Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantumengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematikdi Sekolah Rendaholehlai Kim Leong
Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantumengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematikdi Sekolah Rendaholehlai Kim Leong
Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantumengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematikdi Sekolah Rendaholehlai Kim Leong
MATEMATIKDI SEKOLAH RENDAH oleh Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan
Jabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meninjau mengenai penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran
matematik di sekolah rendah.
-borang soal selidik untuk mengetahui jenis bahan bantu mengajar yang ada di sekolah, persepsi responden
terhadap kepentingan dan peranan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik serta
kekerapan menggunakan bahan bantu mengajar tertentu dalam pengajarannya.
Dapatan Kajian menunjukkan bahawa secara purata, sekolah -sekolah mempunyai dua pertiga daripada dua puluh
tujuh jenis bahan bantu mengajar yang dinyatakan. Lebih daripada 95 % responden berpendapat bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman
murid terhadap konsep -konsep matematik yang akan diajarnya. Dari segi kekerapan menggunakan bahan bantu
mengajar, sebilangan besar responden selalu menggunakan bahan bantu mengajar yang dinyatakan dalam
pengajaran topik terpilih. Kekerapan menggunakan bahan audio visual dan komputer dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik amat rendah iaitu lebih daripada 64 % responden langsung tidak menggunakannya dalam
pengajaran di bilik darjah.
PENDAHULUAN Pengenalan
Dalam kurikulum KBSR, kaedah pengajaran yang memusatkan pelajar, bahan dan berasaskan aktiviti telah menjadi
fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah rendah sejak ia dilaksanakan dalam tahun
1982. Dengan perubahan ini, kurikulum latihan perguruan di maktab-maktab perguruan telah diubahsuai untuk
melatih guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai
kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, pelajar dan aktiviti.
Persoalan yang sering ditanya ialah: Sejauh manakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang didedahkan kepada
guru pelatih semasa dia di maktab dapat dipraktikan di sekolah? Adakah amalan guru dalam pengajaran
pembelajaran di bilik darjah dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kelengkapan sumber dan bahan pengajaran,
saiz kelas dan faktor masa?
Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara kita akan dibestarikan dan dilengkapi dengan
pelbagai sumber pelajaran dan bahan bantu mengajar yang merangkumi pelbagai media.
Oleh itu, guru-guru di sekolah harus menguasai kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaanya untuk
mencapai dengan jayanya objektif pelajaran yang telah dirancang. Guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran-
cabaran dan perubahan- perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik darjah
khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dengan berkesan dan juga perubahan
'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Pernyataan Masalah
Dalam latihan keguruan di maktab, guru pelatih pengkhususan matematik telah didedahkan
1. pelbagai kaedah mengajar yang memusatkan pelajar,
2. sumber-sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan bantu mengajar dengan
berkesan.
3. Kaedah-kaedah yang dipelajari itu diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila mereka bertugas sebagai guru
mata pelajaran matematik di sekolah kelak.
4. Seseorang guru juga harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang
paling berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang.
5. Kualiti sesuatu pelajaran yang memusatkan pelajar amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai.
6. Sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang dilengkapi bahan bantu mengajar tidak dapat membantu
pelajar dalam pembelajarannya jika gurunya tidak mahir menggunakan bahan itu dengan berkesan.
1
Tujuan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik oleh guru di sekolah rendah. Kajian ini difokuskan kepada:
- jenis bahan bantu mengajar yang ada di sekolah
- persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar;
- kekerapan guru menggunakan bahan bantu mengajar
- masalah-masalah yang dihadapi oleh guru.
2
sangat rendah (10.7 %untuk nilai tempat dan 9.5 % untuk empat operasi) dan sebilangan besar responden langsung
tidak menggunakannya dalam pengajaran topik ini. Ini mungkin kerana sebilangan besar sekolah tidak mempunyai
bahan ini
Peratusan responden yang kadang -kadang sahaja menggunakan bahan bantu mengajar yang dinyatakan dalam
pengajar topik wang (57.1%), perpuluhan (46.4 %), timbangan berat (40.5 %), isipadu cecair (46.4 %), ruang (39.3 %),
kad imbasan (45.2%) serta permainan (53.6 %) untuk aktiviti pengukuhan dan penilaian agak tinggi. Data juga
menunjukkan peratusan yang lebih tinggi jika bahan bantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti di bilik
darjah, misalnya penggunaan wang palsu untuk aktiviti jual beli, aktiviti sukat menyukat dengan menggunakan
bikar/silinder dll. Peratusan responden yang langsung tidak menggunakan media lain seperti surat khabar, bahan
audio-visual dan komputer selain daripada bahan maujud/konkrit adalah agak tinggi iaitu surat khabar (29.8 %),
audio-visual (lebih daripada 64 %)dan komputer (82.1 %). Ini mungkin kerana sebilangan besar sekolah tidak
mempunyai bahan yang dinyatakan khususnya OHP dan komputer
Daripada dapatan kajian, didapati bahawa wujud keadaan dimana peratusan sekolah yang mempunyai sebilangan
bahan bantu mengajar yang dinyatakan agak tinggi tetapi kekerapan penggunaannya dalam pengajaran dan
pembelajaran rendah
Peratusan sekolah yang mempunyai OHP agak rendah dan dapatan ini mencerminkan kekerapan penggunaannya.
Peratusan guru yang langsung tidak menggunakan bahan ini adalah sangat tinggi iaitu 87.0%.
Pada keseluruhannya, persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajardalam pengajaran dan
pembelajaran matematik adalah amat positif. Dari bidang afektif, mereka percaya bantu mengajar dapat
meningkatkan minat dan perasaan ini tahu di kalangan pelajar. Pelajar dijangka juga dapat mempertingkatkan
kefahaman konsep serta penglibatan pelajar yang lebih aktif dalam aktiviti pembelajaran. Pandangan ini memang
selaras dengan maktlamat KBSR yang menitikberatkan pengajaran yang memusatkan murid dengan manipulasi
bahan-bahan maujud.
Walaupun guru-guru mempunyai persepsi yang amat positif terhadap penggunaan bahan bantu mengajar, amalan
penggunaan bahan itu di bilik darjah tidak begitu menggalakkan atas kekangan seperti kekurangan masa, bahan-
bahan tidak mencukupi, tidak praktikal, beban mengajar yang tinggi, sumber kewangan yang tidak mencukupi serta
tidak mahir membina bahan secara sendiri.
Data kajian juga mencadangkan bahawa tidak wujud perbezaan yang ketara bagi kekerapan guru-guru daripada
kedua-dua jenis sekolah dalam amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran topik matematik yang
tertentu.
3
CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian di atas, beberapa cadangan patut diambil kira oleh beberapa pihak untuk menjayakan
amalan penggunaan bahan bantu mengajar di sekolah:
1. Pihak maktab menganjurkan kursus-kursus pendek untuk mengendalikan bengkel pembinaan bahan mengajar
serta teknik penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada jenis bahan yang jarang
digunakan di sekolah seperti rod cuisenaire dan blok Dienes.
2. Pusat sumber di sekolah harus dilengkapi dengan bahan-bahan bantu mengajar yang kerap digunakan oleh guru
dalam pengajaran konsep matematik tertentu.
3. Guru harus memupuk sikap ingin cuba khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang
pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza.
4. Guru mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah
kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.
5. Pihak pentadbir sekolah harus memberi sokongan sepenuhnya dalam pelaksanaan pelbagai kaedah yang
memusatkan murid serta bantu mengatasi masalah pengurusan bilik darjah