ABSM3103 Fiqh Muamalat
ABSM3103 Fiqh Muamalat
ABSM3103 Fiqh Muamalat
ABSM3103
Fiqh Mu'amalat
Kata Kunci 38
Rujukan 38
PENGENALAN
ABSM3103 Fiqh MuÊamalat adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh
Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini
melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15
minggu.
JAM
ACTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
Membaca modul 60
Ulang kaji 15
OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep harta dan jenis-jenisnya;
2. Menghuraikan konsep pemilikan dan jenis-jenisnya; dan
3. Menghuraikan konsep akad dan hukum hakam berkaitan dengannya.
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti
yang disenaraikan berikut:
Topik 4 membincangkan jenis hak milik yang kedua iaitu hak milik tidak
sempurna. Ia merangkumi perbincangan tentang hak milik ke atas `ayn, hak
milik manfaat secara peribadi dan hak milik manfaat bersama.
Topik 7 menjelaskan tentang tiga perkara yang boleh mencacatkan akad iaitu
al-ghalat, al-ghabn wa al-taghrir dan al-ikrah. Ia mula dengan penjelasan tentang
al-ghalat dari segi definisi, jenis-jenis dan kesannya ke atas akad. Seterusnya
diikuti dengan al-ghabn wa al-taghrir dan al-ikrah. Perbincangan tentang
perkara-perkara tersebut merangkumi definisi, jenis-jenis dan kesannya terhadap
akad.
Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.
Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di
dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian
Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca
bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk
mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.
PENGETAHUAN ASAS
Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan
kursus ini.
KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.
RUJUKAN
Abdul Halim el-Muhammady. (2001). Undang-undang muamalat dan
aplikasinya kepada produk-produk perbankan Islam. Petaling Jaya:
Jawatankuasa Penerbitan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
al-Khin, Mustofa, et al. (2004). Kitab fikah mazhab Syafie. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.
Al-Zuhaili, Wahbah, (1995). Fiqh dan perundangan Islam. Md. Akhir Hj Yaacob
et al. (penterj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Faizah Haji Ismail, (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
PENGENALAN
Para pelajar sekalian, saya doakan semoga anda semua ceria pada hari ini dan
dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Dalam topik pertama ini, kita akan
membicarakan tentang harta dan hak milik menurut perspektif Islam.
Sebagaimana yang kita ketahui harta merupakan suatu yang amat penting dalam
kehidupan kita kerana ia adalah asas yang utama dalam aktiviti ekonomi. Pihak
yang mempunyai keperluan akan berusaha untuk memiliki harta tertentu dan
pihak yang memiliki lebihan boleh menyalurkan hak milik ke atas harta tersebut
kepada orang lain. Memandangkan harta dan hak milik adalah suatu yang amat
penting dalam kehidupan kita, maka kita perlu memahami pengertian harta dan
hak milik menurut Islam, jenis-jenis harta dan hak milik dan apakah cara atau
sebab yang telah ditetapkan oleh Islam bagi membolehkan kita memiliki sesuatu
harta.
AKTIVITI 1.1
Harta ialah apa sahaja yang boleh dimiliki dan boleh dimanfaatkan dalam
keadaan biasa (al-Khafif (t.t)).
Namun demikian, definisi yang dipilih dalam modul ini adalah definisi yang
diberikan oleh al-Khafif. Ini kerana definisi ini lebih tepat dan realistik
berbanding definisi-definisi yang lain. Definisi ini lebih fokus untuk memberi
kefahaman kepada anda apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai harta dalam
Islam. Oleh itu, tidak perlu disenaraikan kesemua definisi tersebut di dalam
modul ini.
Berdasarkan kepada ringkasan di atas, kita dapat memahami bahawa Islam tidak
mengiktiraf semua benda sebagai harta. Sesuatu benda hanya dianggap sebagai
harta apabila memenuhi dua syarat berikut:
Harta/
Kenyataan Contoh Bukan
Harta
1. Sesuatu yang boleh dimiliki tetapi pada Sebiji beras Bukan
kebiasaannya tidak boleh dimanfaatkan.
2. Sesuatu yang tidak boleh dimiliki tetapi boleh Cahaya dari lampu Bukan
dimanfaatkan. awam
3. Sesuatu yang belum ada dalam hak milik tetapi Ikan di dalam Ya“
boleh dimiliki dan boleh dimanfaatkan. sungai
4. Sesuatu yang telah dimiliki dan boleh Rumah yang dibeli “Ya
dimanfaatkan. oleh seseorang
5. Sesuatu yang tidak dibenarkan untuk dimiliki dan Bangkai Bukan
dimanfaatkan oleh sesiapa pun termasuk bukan
Islam.
Huraian bagi setiap jenis harta di atas diringkaskan di dalam Jadual 1.2 di
bawah:
Jenis
Istilah Arab Pengertian Contoh
harta
Tak alih Aqar Harta yang tidak boleh dipindah. Bangunan
Alih Manqul Harta yang boleh dipindah dari satu Buku
tempat ke satu tempat yang lain.
Serupa Mithli Harta yang mempunyai persamaan Pen jenama
seratus peratus atau mempunyai Reynolds yang
perbezaan yang sedikit sahaja dan berdakwat hitam
mudah diperolehi di pasaran.
Tidak Qimi Harta yang tidak mempunyai Barang antik
serupa persamaan atau sukar didapati di
pasaran.
Bernilai Mutaqawwim Harta yang telah dimiliki oleh Baju yang telah
seseorang dan boleh dimanfaatkan dimiliki oleh
menurut hukum Syarak. seseorang.
Tidak Ghayr Harta yang belum dimiliki Burung yang masih
bernilai mutaqawwim atau/dan tidak boleh dimanfaatkan. terbang di udara
atau ikan di dalam
sungai.
AKTIVITI 1.2
(a) Faedah pembahagian harta kepada harta alih dan harta tidak alih
Bagi memudahkan anda memahami perkara ini, perhatikan ringkasannya
seperti di dalam Jadual 1.3 berikut.
Jadual 1.3: Faedah dan Kepentingan Pembahagian Harta Alih dan Tak Alih
Urusan
Keterangan
Muamalat
Syuf`ah Para fuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa tuntutan syuf`ah boleh
dibuat ke atas harta tak alih. Jika ia melibatkan harta alih, mereka
tidak sependapat.
Wakaf Para fuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa harta tak alih boleh
dijadikan harta wakaf. Jika melibatkan harta alih, mereka tidak
sependapat.
Jual beli Para fuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa harta tak alih boleh dijual
meskipun harta tersebut masih belum diterima oleh penjual. Walau
bagaimanapun mereka berselisih pandangan jika harta tersebut dari
kategori harta alih.
Qard Bagi tujuan pelunasan hutang, hakim atau pihak berkuasa hendaklah
(berhutang) terlebih dahulu menjual harta alih yang dimiliki oleh seseorang yang
diisytihar bankrap. Jika masih belum mencukupi, maka barulah
boleh dijual harta tak alih yang dimilikinya.
(b) Faedah dan kepentingan pembahagian harta kepada harta serupa dan
harta tidak serupa
Faedah tersebut telah diringkaskan seperti di dalam Jadual 1.4.
Jadual 1.4: Faedah dan Kepentingan Pembahagian Harta kepada Harta Serupa
dan Harta Tidak Serupa
Urusan
Keterangan
Muamalat
Dhaman Jika A merosakkan harta B dan harta tersebut merupakan harta
(bayaran serupa, maka A hendaklah menggantikan harta yang serupa
ganti rugi) dengannya. Sebagai contoh, andaikan harta tersebut ialah pen
jenama Pilot berdakwat hitam. Maka A hendaklah mendapatkan pen
yang serupa dengan yang asal di pasaran sebagai ganti kepada pen B
yang telah dirosakkannya walaupun harganya lebih mahal.
Walaupun begitu, jika harta B yang dirosakkan oleh A adalah barang
senilai (tidak serupa), maka A hendaklah membayar nilai harta
tersebut sebagai bayaran ganti rugi. Sebagai contoh, harta B tersebut
ialah barangan antik, maka A hendaklah membayar nilai barangan
tersebut.
Syarikat Jika harta syarikat adalah harta serupa, dan salah seorang rakan
(perkongsian) kongsi membuat tuntutan supaya harta syarikat dibahagikan sesama
mereka, maka pembahagian tersebut boleh dibuat meskipun tidak
mendapat persetujuan rakan kongsi yang lain.
Sebaliknya, jika harta itu harta senilai (tidak serupa), maka
pembahagian hanya boleh dibuat setelah mendapat persetujuan
semua rakan kongsi.
(c) Faedah atau kepentingan pembahagian harta kepada harta bernilai dan
harta tidak bernilai
Faedah tersebut diringkaskan dalam Jadual 1.5 berikut.
Urusan
Keterangan
muamalat
Akad Harta bernilai boleh dijadikan subjek akad tetapi harta tidak bernilai
(kontrak) tidak boleh dijadikan subjek akad.
Dhaman Bayaran ganti rugi tidak dikenakan ke atas pihak yang merosakkan
harta tidak bernilai. Jika ia adalah harta bernilai, bayaran ganti rugi
dikenakan ke atas pihak yang merosakannya.
Para pelajar yang saya hormati sekalian, Islam mengiktiraf hak milik/pemilikan
seseorang ke atas sesuatu harta. Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan
hak milik dalam Islam? Apakah bukti yang menunjukkan Islam mengiktiraf hak
seseorang untuk memiliki harta? Adakah anda pernah mendapat maklumat
berhubung jenis-jenis hak milik? Dalam tajuk ini, saya akan berkongsi dengan
anda mengenai definisi hak milik dan jenis-jenisnya menurut Islam.
AKTIVITI 1.3
Cuba fikir apakah yang dimaksudkan dengan hak milik menurut Islam.
Hak milik ialah satu hubungan yang sah antara seseorang dengan sesuatu
harta menurut syarak (Zaydan,1969).
Daripada pengertian di atas, kita dapat memahami bahawa hak milik dalam
Islam merujuk kepada hak milik yang diiktiraf oleh syarak sahaja. Pengiktirafan
syarak terhadap hubungan tersebut menyebabkan orang yang diiktiraf sebagai
pemilik mempunyai keistimewaan dan hak untuk menghalang orang lain
daripada memiliki hartanya secara tidak sah.
Terjemahan:
„... Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka
dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan
setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah
mereka lebih tinggi daripada darjat setengah yang lain; (semuanya itu) supaya
sebahagian daripada mereka senang mendapat kemudahan kehidupannya dari
(bantuan) setengahnya yang lain. Dan lagi, rahmat Tuhanmu (yang meliputi
kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik daripada kebendaan dan
keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.‰
(Surah al-Zukhruf 43:32)
4’n?tã óΟÎγÏ%ø—Í‘ “ÏjŠ!#tÎ/ (#θè=ÅeÒèù š⎥⎪Ï%©!$# $yϑsù 4 É−ø—Ìh9$# ’Îû <Ù÷èt/ 4’n?tã ö/ä3ŸÒ÷èt/ Ÿ≅Òsù ª!$#uρ
Terjemahan:
„Dan Allah telah melebihkan sebahagian daripada kamu atas sebahagian yang
lain pada rezeki yang dikurnikanNya; dalam pada itu, orang yang diberi
kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian daripada kelebihan hartanya
kepada hamba-hamba mereka, supaya orang itu dapat sama mempunyai harta.
Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan
perbuatan syirik?‰
(Surah al-Nahl 16:71)
(a) Cara untuk memiliki harta tersebut hendaklah mengikut cara yang
dibenarkan oleh syariat
Perkara tersebut terkandung dalam firman Allah s.w.t yang berbunyi:
( ⎯ÏμÏ%ø—Íh‘ ⎯ÏΒ (#θè=ä.uρ $pκÈ:Ï.$uΖtΒ ’Îû (#θà±øΒ$$sù Zωθä9sŒ uÚö‘F{$# ãΝä3s9 Ÿ≅yèy_ “Ï%©!$# uθèδ
â‘θà±–Ψ9$# Ïμø‹s9Î)uρ
Terjemahan:
„Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki
yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat
kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah
nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).‰
(Surah al-Mulk 67:15)
Ayat di atas menganjurkan manusia supaya berusaha mencari harta dengan cara
bekerja.
ÏN≡uθäÜäz (#θãèÎ6®Ks? Ÿωuρ $Y7Íh‹sÛ Wξ≈n=ym ÇÚö‘F{$# ’Îû $£ϑÏΒ (#θè=ä. â¨$¨Ζ9$# $y㕃r'¯≈tƒ
Cara terbaik untuk membelanjakan harta ialah dengan cara sederhana iaitu
tidak boros dan tidak bakhil atau kedekut. Berhubung dengan larangan
berbelanja dengan boros telah dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya:
$YΒθè=tΒ y‰ãèø)tFsù ÅÝó¡t6ø9$# ¨≅ä. $yγôÜÝ¡ö6s? Ÿωuρ y7É)ãΖãã 4’n<Î) »'s!θè=øótΒ x8‰
y tƒ ö≅yèøgrB Ÿωuρ
#·‘θÝ¡øt¤Χ
Terjemahan:
„Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan
janganlah engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana
akibatnya akan tinggallah engkau dalam keadaan tercela serta kering
keputusan...‰
(Surah al-IsraÊ 17: 29)
(c) Menunaikan semua kewajipan yang berkaitan dengan harta seperti zakat
Berhubung dengan kewajipan yang berkaitan dengan harta, banyak ayat
al-Quran dan hadis yang memperkatakannya. Antaranya ialah kewajipan
berzakat seperti dalam firman Allah:
( öΝÎγø‹n=æ
t Èe≅|¹uρ $pκÍ5 ΝÍκÏj.t“è?uρ öΝèδãÎdγsÜè? Zπs%y‰|¹ öΝÏλÎ;≡uθøΒr& ô⎯ÏΒ õ‹è{
Terjemahan:
„Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat),
supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan
mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk
mereka.‰
(Surah al-Taubah 9: 103)
Daripada penjelasan di atas, jelas kepada kita bahawa Islam menggalakkan kita
berusaha sedaya upaya mengumpul harta. Walau bagaimanapun, Islam juga
pada masa yang sama, memerintahkan kita mematuhi peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan berhubung dengan cara pemilikan, cara perbelanjaan dan juga
kewajipan-kewajipan yang berkaitan dengan harta.
(a) Hak milik sempurna (Al-milk al-tam) iaitu hak milik ke atas zat harta dan
manfaatnya sekali gus.
(b) Hak milik tidak sempurna (Al-milk ghayr al-tam) iaitu hak milik yang
hanya berlaku ke atas salah satu daripada zat harta atau manfaat harta
tersebut.
Dengan lain perkataan hak milik seseorang ke atas sesuatu benda boleh berlaku
dalam bentuk berikut:
(i) Hak milik ke atas zat harta dan manfaatnya sekali gus
Sebagai contoh, Ahmad memiliki sebuah rumah dan dia sendiri yang
mendiami rumah tersebut. Ini bermakna, hak miliknya berlaku ke atas zat
dan manfaat rumah tersebut sekali gus.
Ringkasan kepada jenis-jenis hak milik adalah seperti di dalam Rajah 1.3.
AKTIVITI 1.4
Para pelajar yang dihormati, maksud tajuk di atas ialah cara-cara yang telah
ditentukan oleh syarak bagi membolehkan kita mendapat hak milik sempurna.
Ini bermakna, jika sesuatu itu diperoleh dengan salah satu sebab atau cara yang
akan disebut di bawah, maka ia akan mendapat hak milik sempurna ke atas
sesuatu harta.
Namun, ada juga pandangan lain yang memasukkan sebab keempat iaitu
syuf`ah dalam kategori akad-akad yang berkaitan pindah milik. Sebenarnya
perbezaan ini tidak memberi kesan apa-apa kecuali dari aspek apakah syuf`ah
merupakan sebab tersendiri atau terangkum di bawah jenis akad yang berkaitan
pindah milik.
Dalam topik 2 dan 3 nanti, kita akan membicarakan setiap sebab di atas secara
terperinci. Oleh itu, memadailah dalam tajuk ini kita menyenaraikan apakah
sebab-sebab yang membolehkan seseorang mendapat hak milik sempurna.
Semoga anda semua sudah memahami dan boleh mengingati apa yang telah kita
bincangkan sebelum ini.
PENGENALAN
Para pelajar sekalian, saya harapkan semoga anda semua telah memahami topik
1 dengan baik. Kali ini kita akan meneroka lebih mendalam tentang cara-cara
untuk mendapat hak milik sempurna. Dalam Topik 2 ini kita akan menfokuskan
kepada sebab yang pertama sahaja iaitu penguasaan ke atas mal mubah. Untuk
makluman anda, beberapa istilah Arab telah dikekalkan atas kepentingan istilah
tersebut. Untuk itu, saya akan memberikan maksud dalam bentuk huraian. Anda
tidak perlu risau dengan istilah-istilah Arab berkenaan kerana saya akan
memberikan maksudnya dalam bahasa Melayu seringkas mungkin bagi
memudahkan anda mengingatinya.
Sebelum saya memberikan penjelasan tentang maksud mal mubah tersebut, sila
lakukan aktiviti di bawah terlebih dahulu. Saya percaya ia boleh memberi
bayangan pada anda maksud harus dalam konteks perbincangan kita ini.
AKTIVITI 2.1
Cuba anda bincang dengan rakan anda tentang ikan-ikan yang ada di
lautan. Adakah ikan tersebut mempunyai pemilik? Adakah syarak
membenarkan kita dan sesiapa sahaja untuk memiliki ikan tersebut?
Bagaimana untuk memilikinya?
Mal mubah ialah harta yang belum dimiliki oleh sesiapa dan SyaraÊ
membenarkan harta tersebut dimiliki (al-Zuhayli, 1997)
Untuk makluman anda, air di lautan dan sungai, rumput rampai yang tumbuh
meliar, pokok-pokok di hutan, binatang buruan sama ada di darat, laut atau
udara adalah di antara contoh mal mubah. Contoh-contoh harta yang saya sebut
ini sebenarnya adalah harta yang pada asalnya belum dimiliki oleh sesiapa.
Harta-harta ini telah dicipta oleh Allah s.w.t untuk kegunaan semua orang.
Syarak juga memberi laluan kepada kita untuk memiliki harta-harta tersebut.
Harta-harta ini boleh dimiliki dengan cara menguasainya. Bagaimana untuk
menguasainya terpulanglah kepada cara yang biasa digunakan untuk
mendapatkan harta-harta tersebut. Sebagai contoh, jika kita ingin memiliki ikan
di sungai, kita hendaklah menangkapnya. Apabila ikan tersebut sudah berada
dalam genggaman kita, maka ikan tersebut dikira sebagai milik kita.
Daripada definisi di atas, sesuatu harta itu hanya akan dikira sebagai mal mubah
apabila memenuhi dua syarat atau ciri iaitu:
(a) Belum dimiliki oleh sesiapa; dan
(b) Syarak membenarkan harta tersebut dimiliki.
Bagi menambah kefahaman anda tentang harta yang termasuk dalam kategori
mal mubah atau tidak, sila rujuk Jadual 2.1.
Berdasarkan takrif ini, sesuatu tanah itu hanya dikira sebagai tanah terbiar
jika syarat-syarat tertentu dipenuhi. Syarat-syarat tersebut adalah seperti
dalam Rajah 2.3.
(a) Peneroka hendaklah seorang Muslim jika sekiranya tanah tersebut berada
dalam negara Islam. Ini bagi mengelak daripada tanah tersebut jatuh ke
tangan orang bukan Islam.
Syarat ini hanya dinyatakan oleh fuqahaÊ Syafie sahaja. Manakala fuqahaÊ
Hanafi, Maliki dan Hanbali tidak meletakkan syarat ini.
(b) Tanah tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa sama ada orang Islam atau
bukan Islam.
Syarat ini dipersetujui oleh semua fuqahaÊ.
Oleh itu, adalah tidak memadai jika seseorang itu hanya setakat meletak batu
tanda atau papan tanda yang menunjukkan bahawa dia akan meneroka tanah
tersebut. Perbezaan antara kerja penerokaan (ihyaÊ) dan meletak tanda (tahjir)
akan dijelaskan selepas ini.
SEMAK-KENDIRI 2.3
dilakukan. Walau bagaimanapun, orang yang meletak batu atau papan tanda
berkenaan akan memperoleh hak keutamaan untuk meneroka tanah tersebut.
Maksudnya di sini, orang yang meletak batu tanda berkenaan lebih berhak
untuk meneroka tanah berkenaan berbanding orang lain. Oleh itu, dalam
tempoh tiga tahun bermula dari tarikh dia meletak tanda tersebut, dia berhak
untuk menghalang orang lain daripada meneroka tanah tersebut (Zaydan, 1969;
Faizah,1995).
Setelah saya jelaskan maksud ihyaÊ dan tahjir, adakah anda dapat menyatakan
perbezaan antara keduanya? Bagi membantu anda untuk mengingati perbezaan
antara ihyaÊ dan tahjir, saya ringkaskannya dalam Jadual 2.1.
IhyaÊ Tahjir
Melibatkan kerja-kerja pembukaan dan Hanya sekadar meletak batu atau papan
penerokaan tanah terbiar sehingga tanda ke atas tanah terbiar bagi
tanah tersebut boleh diguna dan menunjukkan bahawa orang yang meletak
dimanfaatkan. tanda berkenaan akan membuka dan
meneroka tanah tersebut.
Mensabitkan hak milik peneroka ke Tidak mensabitkan hak milik ke atas tanah
atas tanah yang diteroka. yang ditanda tetapi orang yang meletak
tanda berkenaan hanya mendapat hak
keutamaan untuk meneroka tanah tersebut.
Pandangan pertama: Hak tersebut hanya sabit di sisi agama sahaja dan tidak
sabit dari segi undang-undang.
Maksudnya di sini, jika Ahmad telah meletak batu tanda pada tanah yang akan
diteroka olehnya, tetapi Fauzi pula yang menerokanya, maka adalah berdosa
bagi Fauzi melakukan sedemikian. Jika Ahmad membawa kes tersebut ke muka
pengadilan, undang-undang tidak berpihak kepadanya. Ini kerana, dari segi
undang-undang, Fauzi adalah pemilik sebenar tanah tersebut kerana dia telah
melakukan kerja-kerja penerokaan, sedangkan Ahmad sekadar meletak batu
tanda sahaja.
Pandangan kedua: Hak tersebut sabit dari segi agama dan undang-undang.
Ini bermakna, merujuk kepada kes di atas, Fauzi bukan sahaja berdosa, tetapi
jika Ahmad membawa kes tersebut ke mahkamah, dia akan memenangi kes itu.
Ini kerana dari sisi undang-undang, Fauzi dikira telah menceroboh. Oleh itu,
perbuatan Fauzi meneroka tanah yang telah bertanda tidak akan mensabitkan
haknya ke atas tanah tersebut.
AKTIVITI 2.2
AKTIVITI 2.3
Cuba bincang dengan rakan anda apakah maksud bahan galian dan
harta karun. Kemudian bandingkan pandangan anda dengan
penerangan yang saya berikan.
Ma`adin ialah apa sahaja harta yang berada di dalam perut bumi
semenjak asal kejadiannya seperti emas, perak, besi dan seumpamanya.
Daripada pengertian di atas, jelas kepada kita bahawa perbezaan antara bahan
galian dan harta karun adalah dari aspek bagaimana ia berada di perut bumi.
Jika sesuatu harta itu memang dari asal kejadiannya adalah di perut bumi, maka
ia dinamakan sebagai bahan galian. Bahan galian ini ada yang berbentuk pepejal
seperti emas dan perak. Kadang-kadang ia juga berbentuk cecair seperti minyak.
Walau bagaimanapun, jika harta tersebut pada asalnya berada di atas bumi
tetapi kemudiannya ditanam atau tertanam ke dalam perut bumi, maka ia
dinamakan sebagai harta karun. Sebagai contoh, barangan kemas yang tertanam
di perut bumi.
Pandangan Alasan
Tidak dikira mal mubah
walaupun dijumpai di dalam
tanah terbiar.
Daripada Jadual 2.2, kita dapat lihat dengan jelas bahawa perbezaan pandangan
mereka tentang bahan galian adalah berpunca daripada perbezaan kaedah yang
menjadi pegangan mereka. Mazhab Maliki yang berpegang kepada kaedah „apa
yang ada di dalam perut bumi tidak mengikut sifat apa yang ada di atas bumi‰
tidak mengiktiraf bahan galian sebagai mal mubah walaupun ia dijumpai di
dalam tanah terbiar.
Manakala bagi mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali yang berpegang kepada
kaedah „apa yang ada dalam perut bumi mengikut sifat apa yang di atas bumi‰
menganggap bahan galian sebagai mal mubah jika ia ditemui di dalam tanah
terbiar yang tiada pemilik. Apabila ia dianggap sebagai mal mubah, maka ia
akan menjadi milik kepada sesiapa sahaja yang menemuinya.
Saya harap anda faham tentang pandangan fuqahaÊ terhadap bahan galian. Bagi
menguji kefahaman anda sila lakukan Semak Kendiri 2.4 di bawah.
Sebelum dijelaskan lebih lanjut tentang pandangan mereka, mari kita fahami
dulu jenis-jenis harta karun. Ini kerana perbezaan jenis ini memberi implikasi
terhadap pengiktirafan setiap jenis tersebut sebagai mal mubah oleh para
fuqahaÊ. Jenis-jenis harta karun adalah seperti berikut:
Sekarang mari kita tinjau pula apa pandangan fuqahaÊ tentang setiap harta karun
tersebut. Sebenarnya para fuqahaÊ berbeza pandangan tentang kedua-dua harta
2.4.1 Definisi
Perkataan al-sayd dalam bahasa Arab mempunyai dua makna iaitu yang
merujuk kepada perbuatan memburu dan juga yang merujuk kepada binatang
buruan itu sendiri.
Dalam konteks perbincangan ini, binatang buruan ialah binatang liar seperti
singa, rusa, kancil, ikan dan seumpamanya yang tinggal di kawasan habitatnya
dan haiwan tersebut tidak dimiliki oleh sesiapa.
Penguasaan jenis ini tetap berlaku walaupun tanpa disertai niat memburu.
Maksud hak milik sementara ialah selagi mana binatang berkenaan tersangkut
atau terperangkap pada alat pemburuan, maka binatang itu menjadi hak milik
penuh pemburu berkenaan. Walau bagaimanapun, jika binatang tersebut berjaya
melepaskan dirinya sebelum penguasaan sebenar berlaku, maka hak milik
tersebut akan gugur.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, pemburu akan mendapat hak milik
sempurna dan berterusan jika dia telah menguasai binatang buruan dalam
bentuk penguasaan sebenar. Persoalannya, jika binatang buruan tersebut
terlepas lari atau terlucut dari tangan pemburu, adakah hak miliknya ke atas
binatang tersebut masih ada? Mari kita lihat pandangan fuqahaÊ berhubung
perkara ini dalam Jadual 2.4.
Jadual 2.4: Kedudukan Hak Milik ke atas Binatang Buruan yang Terlepas Selepas
Berlaku Penguasaan Sebenar
FuqahaÊ Pandangan
Hanafi, Syafi`i dan Hak milik kekal
Hanbali Orang yang menemuinya mesti mengembalikannya
kepada pemburu tersebut.
Maliki Hak milik gugur jika binatang itu terlepas lari sebelum
sempat dijinakkan. Binatang tersebut kembali menjadi mal
mubah yang boleh dimiliki oleh sesiapa yang berjaya
menangkapnya.
Hak milik kekal jika binatang buruan terlepas lari setelah
dijinakkan. Orang yang menemui binatang tersebut wajib
mengembalikannya semula kepada pemilik asal kecuali
jika binatang tersebut telah bertukar menjadi liar kembali.
Para pelajar sekalian, kita sudah hampir sampai ke penghujung Topik 2. Bentuk
penguasaan yang akan kita bincangkan kali ini adalah bentuk keempat kepada
penguasaan ke atas mal mubah. Dengan lain perkataan, kita sekarang akan
membicarakan tentang mal mubah yang keempat iaitu kalaÊ dan ajam. Adakah
anda pernah mendengar perkataan Arab ini? Jika belum, mari kita lihat apakah
yang dimaksudkan dengan kalaÊ dan ajam ini.
2.5.1 Definisi
(a) Definisi kalaÊ
Saya percaya anda sekarang sudah memahami kedua-dua maksud kalaÊ dan
ajam. Adakah kalaÊ dan ajam ini boleh dikuasai dan dimiliki oleh sesiapa sahaja
walau di mana ia tumbuh? Pada hakikatnya, walaupun secara umum kalaÊ dan
ajam adalah termasuk dalam kategori mal mubah, tetapi para fuqahaÊ telah
membincangkan secara terperinci tentang kedudukan kalaÊ dan ajam ini jika ia
tumbuh di tanah milik perseorangan. Mari kita lihat pandangan mereka dalam
perbincangan seterusnya.
(a) Rumput yang tumbuh di atas tanah terbiar yang tiada pemilik
FuqahaÊ bersepakat bahawa ia adalah mal mubah dan boleh dimiliki oleh
sesiapa sahaja.
(i) FuqahaÊ Hanafi dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad
mengatakan ia adalah mal mubah. Ini berdasarkan hadis Rasulullah
s.a.w yang berbunyi:
(ii) FuqahaÊ Syafi`i dan satu riwayat lain daripada Imam Ahmad
mengatakan bahawa rumput tersebut adalah milik tuan tanah
berkenaan.
(c) Pokok-pokok yang tumbuh di atas tanah terbiar yang tiada pemilik
Semua fuqahaÊ sepakat mengatakan ia adalah mal mubah dan sesiapa
sahaja boleh memiliknya.
AKTIVITI 2.4
Sila buat peta minda berkenaan bentuk-bentuk penguasaan ke atas
mal mubah bagi memudahkan anda mengingati apa yang telah
dipelajari.
Mal mubah ialah harta yang belum dimiliki oleh sesiapa dan Syarak
membenarkan kita memilikinya.
Penguasaan ke atas mal mubah boleh dibahagikan kepada empat bentuk
iaitu penerokaan tanah terbiar, penguasaan ke atas bahan galian dan harta
karun, pemburuan dan penguasaan ke atas rumput dan pokok hutan.
Tanah terbiar adalah tanah yang tiada pemilik, terletak jauh dari kawasan
bandar dan penempatan, tidak diguna untuk tujuan tertentu dan tiada
sangkut paut dengan hak sesiapa.
Penerokaan (ihyaÊ) mensabitkan hak milik sempurna kepada peneroka.
Perbuatan meletak tanda pada tanah terbiar (tahjir) tidak mensabitkan hak
milik kepada peneroka tetapi hanya mensabitkan hak keutamaan untuk
meneroka sahaja.
Para fuqahaÊ mempunyai pandangan yang berbeza tentang kedudukan
bahan galian dan harta karun sebagai mal mubah.
Penguasaan ke atas binatang buruan terbahagi kepada dua bentuk iaitu
penguasaan sebenar dan penguasaan anggapan.
Para fuqahaÊ berbeza pandangan tentang kedudukan rumput-rampai dan
pokok-pokok hutan sebagai mal mubah jika rumput dan pokok tersebut
tumbuh di atas tanah yang ada pemilik.
Faizah Haji Ismail. (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
PENGENALAN
Para pelajar sekalian, dalam Topik 2 kita telah membicarakan tentang
penguasaan ke atas mal mubah yang merupakan salah satu sebab mendapat hak
milik sempurna. Walau bagaimanapun, ia merupakan cara khusus untuk
memiliki harta yang masih belum ada pemilik. Kali ini kita akan memperkatakan
pula bagaimana harta seseorang boleh berpindah kepada orang lain menerusi
cara-cara tertentu. Dalam Islam, kita boleh memiliki harta orang lain secara hak
melalui kontrak pindah milik, pewarisan dan syufÊah. Dengan lain perkataan,
kita boleh mendapat hak milik sempurna ke atas harta milik orang lain apabila
berlaku salah satu cara tersebut.
AKTIVITI 3.1
Cuba lihat Rajah 3.1 di bawah. Daripada pemerhatian anda, apakah yang
sedang berlaku dalam kedua-dua gambar berkenaan?
Saya yakin anda semua bersetuju bahawa kita akan menjadi pemilik kepada
sesuatu barang apabila kita membeli barang tersebut, atau jika ia dihadiahkan
kepada kita. Kita juga boleh memiliki sesuatu apabila ia diwasiatkan kepada kita.
Sebenarnya jual beli, hibah (hadiah) dan wasiat adalah di antara akad atau
kontrak yang boleh memindahkan hak milik daripada pemilik asal kepada
seseorang yang lain.
Sebagai contoh, A mencuri kereta B dan seterusnya menjual kereta curi tersebut
kepada C; maka jual beli itu tidak sah. Ini kerana A bukan pemilik kereta
berkenaan dan dia juga tidak boleh menggunakan kereta tersebut. Apabila jual
beli tersebut tidak sah, maka hak milik ke atas kereta tersebut tidak akan
berpindah kepada C. Saya akan jelaskan lebih lanjut tentang akad jual beli ini
dalam topik 9 nanti.
3.1.2 Pewarisan
Apa yang dimaksudkan dengan pewarisan ialah perpindahan hak milik ke atas
harta peninggalan si mati kepada warisnya. Perpindahan hak milik dengan cara
pewarisan ini adalah ketetapan syarak. Maksudnya di sini, apabila berlaku
kematian, syarak telah menentukan siapakah yang berhak mewarisi harta
peninggalan si mati. Syarak juga telah menentukan bahagian setiap waris.
Harta peninggalan si mati atau disebut sebagai harta pusaka hanya akan
berpindah kepada waris yang berhak setelah ditunaikan segala hak-hak yang
berkaitan dengan harta pusaka tersebut seperti hutang si mati, kos pengurusan
jenazah dan wasiat yang dibuat oleh si mati semasa hayatnya. Setelah dijelaskan
segala hak-hak tersebut, maka baki yang tinggal akan diberikan kepada waris-
waris mengikut bahagian masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh
Syarak. Hakikatnya hukum syarak adalah lebih adil dan menjadi keutamaan
(priority). Walau bagaimanapun, jika semua ahli waris yang berhak ke atas harta
tersebut sepakat untuk membahagikan harta sesama mereka dengan kadar sama
banyak, maka ia dibenarkan di atas konsep tanazul hak iaitu pihak yang
mendapat bahagian yang lebih banyak bersetuju untuk menyerahkan
(melucutkan) haknya kepada ahli waris yang kurang mendapat bahagiannya
agar masing-masing mendapat hak sama banyak. Namun jangan mencetuskan
sangkaan bahawa apa yang dilaksanakan tersebut adalah lebih adil berbanding
hukum Syarak kerana Allah s.w.t yang meletakkan hukum adalah Maha
Mengetahui segala-galanya. Penentuan bahagian yang ditetapkan oleh Syarak
wajib diikut apabila tidak berlaku persepakatan atau muafakat antara waris-
waris berkenaan.
SyufÊah ialah hak untuk memiliki harta yang telah dibeli oleh seseorang,
walaupun secara paksa, dengan membayar harga belian serta kos yang
berkaitan. (Zaydan,1969, al-Zuhayli, 1997; al-Khafif, 1996)
Sila amati contoh yang akan saya berikan di bawah bagi menambah kefahaman
anda tentang syufÊah.
Daripada contoh di atas, jelas kepada kita bahawa Zaidi adalah rakan kongsi
Ahmad. Dengan kata lain, Zaidi adalah pemilik bersama ke atas tanah
berkenaan. Apabila Ahmad telah menjual bahagiannya kepada Fuad, ini
bermakna Zaidi akan berkongsi dengan Fuad. Jika Zaidi tidak suka untuk
berkongsi dengan Fuad, Islam memberi hak kepada Zaidi untuk memiliki tanah
yang telah dijual itu walaupun tanpa kerelaan Fuad. Dengan lain perkataan, jika
bukti mencukupi, mahkamah boleh mengeluarkan perintah kepada Fuad untuk
menjual tanah tersebut kepada Zaidi dengan harga yang sama seperti yang telah
dibayarnya kepada Ahmad di samping kos-kos lain yang berkaitan.
(i) إن اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﻀﻰ ﺑﺎﻟﺸﻔﻌﺔ ﻓﻲ آﻞ ﺷﺮآﺔ ﻟﻢ
ﻓﺈن. ﻻ ﻳﺤﻞ ﻟﻪ أن ﻳﺒﻴﻊ ﺣﺘﻰ ﻳﺆذن ﺷﺮﻳﻜﻪ، رﺑﻌﺔ أو ﺣﺎﺋﻂ،ﺗﻘﺴﻢ
. ﻓﺈن ﺑﺎﻋﻪ وﻟﻢ ﻳﺆذن ﻓﻬﻮ أﺣﻖ ﺑﻪ.ﺷﺎء أﺧﺬ وإن ﺷﺎء ﺗﺮك
Maksudnya: Rasulullah s.a.w telah memutuskan bahawa SyufÊah
diharuskan pada semua harta yang dikongsi milik dan belum
dibahagikan lagi, sama ada bangunan atau kebun. Setiap rakan
kongsi tidak boleh menjual bahagiannya kepada orang lain
kecuali setelah mendapat persetujuan daripada rakan kongsi lain.
Kalau dia hendak (memiliki bahagian yang ingin dijual), dia
boleh membelinya dan jika sebaliknya, dia boleh lepaskan
(haknya untuk membeli). Jika dia menjual tanpa persetujuan
rakan kongsinya, maka rakan kongsi tersebut lebih berhak (untuk
memiliki tanah tersebut).
(Riwayat Muslim, al-NasaiÊi dan Abu Daud)
(iii) اﻟﺠﺎر أﺣﻖ ﺑﺸﻔﻌﺔ ﺟﺎرﻩ ﻳﻨﺘﻈﺮ ﺑﻬﺎ وإن آﺎن ﻏﺎﺋﺒﺎ إذا آﺎن ﻃﺮﻳﻘﻬﻤﺎ
واﺣﺪا
Maksudnya: Jiran lebih berhak untuk menuntut SyufÊah ke atas
jirannya. Dia boleh menunggu untuk membuat tuntutan SyufÊah
jika jirannya tidak ada, itu pun sekiranya mereka menggunakan
jalan yang sama.
(Riwayat Ahmad dan ArbaÊah dan perawinya dipercayai
thiqah)
(b) Mengelak harta yang dikongsi milik daripada berpecah atau dibahagi-
bahagikan kepada bahagian yang lebih kecil yang akhirnya tidak
membawa apa-apa faedah kepada semua pihak
Apabila seseorang terpaksa berkongsi memiliki sebidang tanah misalnya
dengan rakan kongsi baru yang berakhlak buruk, tentu sekali keadaan ini
akan mendorongnya untuk membahagikan tanah berkenaan. Dengan kata
lain, tanah tersebut terpaksa dipecah dua misalnya. Akibat pembahagian
had sempadan ini keluasan tanah masing-masing tentunya semakin kecil.
Kemungkinan keluasan tersebut tidak membawa apa-apa faedah pada
kedua-dua pihak berkenaan. Ini berbeza sebelum tanah tersebut
dibahagikan kerana keseluruhan tanah diguna secara bersama. Oleh itu,
pensyariatan syufÊah dapat mengelak daripada berlakunya pembahagian
tanah perkongsian kepada bahagian yang lebih kecil yang pastinya
merugikan semua pihak.
Rajah 3.2: Sebab-sebab mendapat syufÊah
Daripada Rajah 3.2 dapat kita fahami bahawa terdapat dua sebab bagi
membolehkan seseorang itu mendapat hak syufÊah.
Walau bagaimanapun, sebab kedua ini tidak disepakati oleh semua fuqahaÊ.
Pandangan mereka boleh dibahagikan kepada tiga pandangan iaitu (al-Khafif,
1996):
Pandangan ini dikemukakan oleh fuqahaÊ Hanafi. Hujah mereka adalah seperti
berikut:
(b) Jika sekiranya hak syufÊah boleh diberi kepada rakan kongsi atas alasan
mengelak kemudaratan, maka secara logiknya hak syufÊah patut diberi
kepada jiran. Ini kerana jiran baru yang tidak berakhlak juga boleh
menyebabkan kemudaratan kepada jirannya.
Pandangan ini dikemukakan oleh fuqahaÊ Maliki, SyafiÊi dan Hanbali. Mereka
berhujah dengan hadis Rasulullah s.a.w:
Hadis ini menunjukkan bahawa apabila telah ada had sempadan milik masing-
masing dan jalan tersendiri bagi setiap pemilik, maka syufÊah tidak boleh
dilakukan.
اﻟﺠﺎر أﺣﻖ ﺑﺸﻔﻌﺔ ﺟﺎرﻩ ﻳﻨﺘﻈﺮ ﺑﻬﺎ وإن آﺎن ﻏﺎﺋﺒﺎ إذا آﺎن ﻃﺮﻳﻘﻬﻤﺎ واﺣﺪا
Maksudnya: Jiran lebih berhak untuk menuntut syufÊah ke atas
jirannya. Dia boleh menunggu untuk membuat tuntutan syufÊah
jika jirannya tidak ada, itu pun sekiranya mereka menggunakan
jalan yang sama.
(Riwayat Ahmad dan ArbaÊah dan perawinya dipercayai ă thiqah)
Setelah meneliti ketiga-tiga pandangan tentang sabit atau tidak hak syufÊah pada
jiran, saya lebih cenderung kepada pandangan pertama. Ini kerana hikmat
pensyariatan syufÊah adalah untuk mengelak daripada berlakunya kemudaratan.
Sebagaimana rakan kongsi, jiran juga boleh mendatangkan mudarat pada jiran
sebelahnya jika dia seorang yang tidak berakhlak mulia. Oleh itu, jika jiran juga
boleh menyebabkan kemudaratan, maka sewajarnya jiran sebelahnya diberi hak
syufÊah.
Bagi memudahkan anda mengingati pandangan fuqahaÊ tentang hak jiran untuk
membuat tuntutan syufÊah, sila rujuk Rajah 3.3.
AKTIVITI 3.2
Sila bincang dengan rakan anda tentang siapakah dan apakah yang
terlibat dalam tuntutan syufÊah.
Untuk pengetahuan anda, orang dan benda yang terlibat dalam tuntutan syufÊah
adalah unsur atau rukun penting dalam syufÊah. Rukun syufÊah terbahagi
kepada tiga iaitu:
Mari kita lihat contoh berikut bagi menjelaskan lagi setiap rukun-rukun syufÊah.
Dalam contoh ini, orang yang membuat tuntutan syufÊah ialah Zuraida.
Sementara orang yang dibuat tuntutan syufÊah ke atasnya ialah pemilik tanah
yang baru iaitu Ahmad. Harta tuntutan syufÊah ialah tanah yang dibeli oleh
Ahmad daripada Fatimah.
(a) Harta tuntutan syufÊah dan harta yang ada dalam milik orang yang
membuat tuntutan syufÊah hendaklah berbentuk harta tak alih
Syarat ini adalah berdasarkan pandangan majoriti fuqahaÊ (Hanafi, Maliki,
Hanbali dan SyafiÊi) yang hanya membenarkan syufÊah dibuat jika ia
melibatkan harta tak alih semata-mata. Sebagai contoh, jika Ahmad
menjual tanahnya, maka jirannya yang mana kedudukan tanahnya
bersebelahan dengan tanah Ahmad mempunyai hak untuk membuat
tuntutan syufÊah. Ini kerana kedua-dua harta tersebut adalah berbentuk
harta tak alih.
اﻟﺸﻔﻌﺔ ﻓﻲ آﻞ ﺷﻲء
Jadual 3.1: Pandangan FuqahaÊ Tentang Jenis Harta yang Harus Dituntut SyufÊah
(b) Barang tuntutan syufÊah berpindah milik daripada pemilik asal kepada
pemilik baru bukan secara percuma tetapi dengan bayaran tertentu
berbentuk mal (harta)
Maksudnya di sini, jika akad yang berlaku antara pemilik lama dengan
pemilik baru (orang yang dibuat tuntutan syufÊah ke atasnya) adalah akad
yang ada balasan seperti akad jual beli, maka barulah tuntutan syufÊah
boleh dibuat.
Sebagai contoh, Ali dan Fauzi berkongsi memiliki sebidang tanah. Fauzi
kemudiannya menjual tanah tersebut kepada Fatimah. Dalam contoh ini,
Fatimah memiliki tanah tersebut melalui akad jual beli, yang
mewajibkannya membayar harga tanah tersebut. Oleh itu, Ali ada hak
untuk membuat tuntutan syufÊah.
(c) Orang yang membuat tuntutan syufÊah masih memiliki hartanya (yang
bersebelahan dengan harta tuntutan) hingga selesai tuntutan syufÊah
Maksudnya di sini, harta yang dimiliki oleh orang yang membuat tuntutan
syufÊah (al-masyfuÊ bih) hendaklah masih kekal dalam hak miliknya
bermula dari tarikh penjualan harta tuntutan syufÊah hinggalah selesai kes
tuntutan syufÊah tersebut. Sila rujuk Rajah 3.4 untuk memahami lebih
mendalam tentang syarat ini.
Rajah 3.4: Tanah yang dituntut (al-masyfuÊ fih) dan tanah yang
dimiliki oleh orang yang membuat tuntutan syufÊah (al-masyfuÊ bih)
Dalam Rajah 3.4, Fauzi adalah pemilik kepada tanah A dan Ahmad adalah
pemilik tanah B. Andaikan bahawa Ahmad telah menjual tanahnya kepada
Fatimah, maka tanah yang akan dibuat tuntutan syufÊah ialah tanah B.
Orang yang berhak membuat tuntutan syufÊah ialah Pemilik Tanah A iaitu
Fauzi. Ini kerana tanah A yang dimilikinya berjiran dengan tanah B.
Merujuk kepada syarat ketiga yang sedang kita bincang sekarang, Fauzi
(d) Orang yang membuat tuntutan syufÊah tidak bersetuju dengan penjualan
yang dibuat oleh rakan kongsinya atau jirannya
Zaydan (1969) menyebut bahawa hikmat pensyariatan syufÊah adalah
untuk mengelak sebarang kemudaratan yang boleh ditimbulkan oleh jiran
atau rakan kongsi baru. Oleh itu, jika pihak yang ada hak tuntutan syufÊah
tidak membantah penjualan yang dilakukan oleh rakan kongsinya, maka
gugurlah haknya untuk membuat tuntutan syufÊah. Ini kerana ia dikira
telah bersetuju untuk menanggung segala risiko yang akan berlaku bila dia
berjiran atau berkongsi dengan jiran atau rakan kongsi baru.
Para fuqahaÊ berbeza pandangan tentang sabit atau tidak hak syufÊah kepada
jiran. Dalam hal ini ada tiga pandangan iaitu pandangan pertama
mengatakan jiran berhak buat tuntutan syufÊah. Pandangan kedua
mengatakan jiran tidak berhak membuat tuntutan syufÊah. Pandangan ketiga
pula ialah jiran berhak membuat tuntutan syufÊah jika jiran berkenaan
berkongsi kemudahan awam seperti jalan raya dengan jiran yang lain.
Rukun syufÊah ada tiga iaitu orang yang membuat tuntutan syufÊah, orang
yang dituntut syufÊah ke atasnya dan harta tuntutan syufÊah.
Syarat-syarat syufÊah ada empat iaitu:
ă Harta tuntutan syufÊah dan harta yang ada dalam milik orang yang
membuat tuntutan syufÊah hendaklah berbentuk harta tak alih;
ă Barang tuntutan syufÊah berpindah milik daripada pemilik asal kepada
pemilik baru bukan secara percuma tetapi dengan bayaran tertentu
berbentuk mal (harta);
ă Orang yang membuat tuntutan syufÊah masih memiliki hartanya (yang
bersebelahan dengan harta tuntutan) hingga selesai tuntutan syufÊah; dan
ă Orang yang membuat tuntutan syufÊah tidak bersetuju dengan penjualan
yang dibuat oleh rakan kongsinya atau jirannya.
FuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa tuntutan syufÊah boleh dilakukan jika
harta tuntutan syufÊah berpindah milik kepada orang yang dibuat tuntutan
syufÊah ke atasnya secara kontrak pindah milik yang adalah balasan
berbentuk mal (harta) seperti jual beli.
FuqahaÊ berselisih pandangan sama ada syufÊah boleh dilakukan atau tidak
jika perpindahan hak milik ke atas harta tuntutan syufÊah daripada pemilik
asal kepada pemilik baru (orang yang dibuat tuntutan syufÊah ke atasnya)
berlaku melalui kontrak pindah milik yang balasannya tidak berbentuk
harta.
Berdasarkan pandangan majoriti fuqahaÊ, jika pemilik asal kepada harta
tuntutan syufÊah memberi harta tersebut secara percuma (tanpa balasan)
kepada orang lain, rakan kongsinya atau jirannya tidak ada hak untuk
membuat tuntutan syufÊah.
Al-syafiÊ Pewarisan
Al-MasyfuÊ fih Rukun-rukun syufÊah
Al-MasyfuÊ minh Syarat-syarat syufÊah
Kontrak pindah milik SyufÊah
PENGENALAN
Para pelajar sekalian, saya harap anda semua masih ingat apa yang telah anda
pelajari dalam Topik 1 sebelum ini tentang jenis-jenis hak milik. Sebagaimana
yang saya sebut sebelum ini, hak milik terbahagi kepada dua iaitu hak milik
sempurna dan hak milik tidak sempurna. Kita telahpun selesai membicarakan
tentang hak milik sempurna dalam Topik 2 dan 3. Dalam topik ini pula, kita
akan membincangkan tentang hak milik tidak sempurna. Sepertimana yang
disebut dalam Topik 1, hak milik tidak sempurna ialah hak milik ke atas salah
satu daripada dua perkara iaitu sama ada ke atas `ayn (zat benda ) semata-mata
atau ke atas manfaat semata-mata. Hak milik ke atas manfaat pula terbahagi
kepada dua iaitu hak milik manfaat secara peribadi dan hak milik manfaat
bersama. Oleh itu secara rumusannya, hak milik tidak sempurna terbahagi
kepada tiga jenis iaitu seperti di dalam Rajah 4.1 berikutnya.
Contoh lain ialah, Fauzi telah mewasiatkan rumahnya untuk didiami oleh
Abdullah sekeluarga untuk tempoh setahun bermula selepas kematiannya.
Setelah Fauzi meninggal, rumah tersebut berpindah milik kepada warisnya.
Memandangkan Fauzi telah meninggalkan wasiat supaya Abdullah sekeluarga
tinggal di rumah tersebut untuk tempoh setahun selepas kematiannya, maka
dalam tempoh ini waris Fauzi hanya memiliki zat rumah tersebut sahaja.
Manakala manfaatnya iaitu hak untuk mendiami rumah tersebut dimiliki oleh
Abdullah sekeluarga dalam tempoh tertentu iaitu setahun.
Pihak yang memiliki zat benda atau harta semata-mata akan terus kekal
memiliki harta tersebut selagi mana dia tidak memindah hak milik ke atas harta
tersebut kepada orang lain seperti melalui jual beli dan sebagainya. Ini
bermakna, hak milik ke atas zat harta adalah bersifat kekal. Ini berbeza dengan
hak milik ke atas manfaat kerana ia bersifat sementara iaitu dalam tempoh yang
dipersetujui sahaja.
AKTIVITI 4.1
Dalam keadaan tertentu, pemilik hak manfaat ini boleh memberi benda tersebut
kepada orang lain untuk dimanfaatkan (Faizah, 1995). Maksudnya di sini,
pemilik manfaat tersebut boleh memberikan hak untuk memanfaatkan benda
tersebut kepada orang lain. Sebagai contoh, Ali telah meminjamkan bukunya
kepada Zarina. Dalam senario ini, Zarina adalah pemilik kepada manfaat buku
tersebut dalam tempoh pinjaman yang ditetapkan. Dalam tempoh pinjaman
tersebut, Zarina boleh meminjamkan buku tersebut kepada orang lain jika Ali
tidak meletakkan apa-apa syarat semasa meminjamkan bukunya kepada Zarina.
Namun, jika Ali telah mensyaratkan bahawa hanya Zarina sahaja dibenarkan
membaca buku tersebut, maka Zarina tidak boleh meminjamkan buku tersebut
kepada orang lain.
Saya ingin jelaskan di sini bahawa pinjaman atau dalam bahasa Arabnya
disebut al-i`arah berbeza daripada pinjaman wang atau dalam bahasa
Arabnya diistilahkan sebagai qardh. Qardh hanya dikhususkan untuk
pinjaman wang semata-mata tetapi al-i`arah adalah pinjaman untuk selain
mata wang. Sebagai contoh, Ahmad meminjamkan keretanya kepada
Fadhly. Oleh itu, Fadhly sebagai peminjam berhak menggunakan kereta
tersebut untuk tempoh yang dipersetujui. Dengan kontrak pinjaman ini,
penggunaan tersebut adalah secara percuma sahaja. Fadhly juga boleh
meminjamkan barang pinjaman tersebut kepada orang lain jika Ahmad
tidak meletakkan apa-apa syarat semasa membuat kontrak pinjaman
tersebut dengan Fadhly. Walau bagaimanapun, terdapat sebahagian
fuqahaÊ yang tidak membenarkan sama sekali peminjam meminjamkan
barang pinjaman kepada orang lain (Faizah,1995).
(d) Wakaf
Wakaf ialah memberi hak milik manfaat kepada pihak yang diwakafkan
kepadanya. Apabila wakaf telah berlaku, pihak yang diwakafkan
(e) Wasiat
Wasiat merupakan salah satu cara pemberian hak milik manfaat kepada
seseorang. Hak milik manfaat yang diperolehi melalui cara wasiat ini
hanya berkuatkuasa setelah pewasiat meninggal dunia.
Saya ingin menarik perhatian anda bahawa jika wasiat hanya melibatkan
pemberian hak milik manfaat sahaja seperti dalam contoh yang saya telah
saya berikan, maka hak milik yang diperolehi oleh orang yang diwasiatkan
kepadanya adalah hak milik tidak sempurna. Ini kerana dia hanya
memiliki manfaat benda yang diwasiatkan sahaja, tetapi jika wasiat
tersebut melibatkan pemberian hak milik fizikal sesuatu benda dan
manfaatnya sekali gus, maka hak milik yang diperolehi oleh pihak yang
diwasiatkan kepadanya adalah hak milik sempurna. Hal ini telah kita
sentuh semasa membicarakan tentang kontrak pindah milik dalam Topik 3.
(a) Pemilikan ini boleh dibataskan, sama ada dari segi cara mengguna, tempoh
atau tempat benda itu digunakan
Sebagai contoh, Zakaria telah meminjamkan keretanya kepada Aminah.
Dalam perjanjian pinjaman tersebut, Zakaria boleh membataskan bentuk
penggunaan seperti menghadkan kereta tersebut untuk memuatkan tidak
lebih daripada empat orang penumpang sahaja. Dia juga boleh
mensyaratkan tempoh pinjaman seperti sehari, seminggu dan sebagainya.
Dia juga boleh menghadkan tempat seperti disyaratkan bahawa kereta itu
hanya digunakan bagi tujuan untuk berulang alik ke tempat kerja sahaja.
(c) Pemilik manfaat adalah pemegang amanah kepada benda yang digunakan
olehnya
Ini bermakna, dia bertanggungjawab menjaga sebaik-baiknya benda
berkenaan. Sekiranya berlaku kerosakan yang bukan berpunca daripada
kelalaiannya atau bukan disengajakan olehnya, maka bukan menjadi
tanggunggjawabnya untuk membayar ganti rugi. Walau bagaimanapun,
dia wajib membayar ganti rugi kepada pemilik benda berkenaan jika dia
sengaja merosakkan benda berkenaan atau dia lalai dalam menjaga benda
berkenaan sehingga menyebabkan berlaku kerosakan.
(d) Segala perbelanjaan yang diperlukan oleh benda tersebut ditanggung oleh
pemilik manfaat selagi mana ia berada dalam bidang kuasanya jika ia
dibenarkan oleh pemilik benda tersebut untuk menggunakannya secara
percuma
(e) Setelah tamat tempoh yang telah ditetapkan, pemilik manfaat hendaklah
memulangkan kembali benda yang digunakan itu kepada pemiliknya.
Sebagai contoh, jika Ahmad meminjamkan keretanya kepada Fauzi untuk
tempoh seminggu, maka selepas tamat tempoh tersebut, Fauzi hendaklah
memulangkan semula kereta tersebut kepada Ahmad.
Daripada Rajah 4.2, jelas kepada kita bahawa seseorang pemilik manfaat tidak
lagi boleh mengguna barang yang berkaitan apabila berlaku salah satu daripada
tiga perkara iaitu:
(a) Apabila tempoh hak milik manfaat secara peribadi telah tamat;
(b) Apabila pemilik atau orang yang berhak mengguna sesuatu benda telah
meninggal dunia. Ini berdasarkan pandangan mazhab Hanafi sebagaimana
yang saya telah jelaskan sebelum ini; dan
(c) Apabila benda yang diguna telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
Para pelajar yang dikasihi, hak milik manfaat secara bersama berbeza daripada
hak milik manfaat secara peribadi. Ini kerana hak milik manfaat secara peribadi
adalah khusus untuk individu yang dibenarkan sahaja. Menurut Zaydan (1969),
hak milik manfaat bersama merujuk kepada hak yang sabit pada sesuatu harta
tak alih untuk kepentingan harta tak alih yang lain tanpa mengambil kira
siapakah pemilik kepada harta tak alih tersebut.
Ini bermakna, hak tersebut akan diperolehi oleh sesiapa sahaja yang memiliki
harta tak alih tersebut.
Dalam istilah ilmu fiqh, hak milik manfaat ini diistilahkan juga sebagai huquq al-
irtifaq. Kita boleh terjemahkan hak ini sebagai hak mengguna kemudahan asas.
Kita akan menyentuh tentang setiap kemudahan asas berkenaan selepas ini.
Seterusnya kita akan membicarakan tentang setiap hak tersebut secara terperinci.
Haq al-syurb ialah hak untuk mengguna air sama ada untuk minuman
sendiri, minuman binatang peliharaan, keperluan di rumah dan
penyiraman tanaman. (Zaydan,1969, al-Zuhayli, 1997; al-Khafif, 1996)
Ini bermakna, air yang berada di dalam tempat yang dibina oleh
seseorang di dalam kawasan tanah miliknya masih kekal sebagai hak
milik awam. Ini kerana air yang keluar dari dalam tanah yang
terdapat di dalam perigi dan seumpamanya bukan hak milik mutlak
pemilik perigi berkenaan.
(iii) Air yang disimpan di dalam bekas dan tempat simpanan tertentu
Air jenis ini adalah air yang disimpan oleh seseorang atau pihak
tertentu seperti syarikat-syarikat air. Sebagai contoh, air yang
disimpan di dalam botol atau tangki air yang dimiliki oleh seseorang.
Haq al-majra ialah hak untuk mengalirkan air bersih dari satu tanah ke
tanah yang lain untuk tujuan penyiraman tanaman di tanah berkenaan
(Zaydan,1969, al-Zuhayli, 1997; al-Khafif, 1996)
Dengan lain perkataan, hak ini adalah hak untuk mendapat bekalan air
bersih dari sumber asalnya seperti sungai dan terusan untuk dialirkan ke
kawasan atau tanah pertanian yang perlu diairi. Biasanya kedudukan
kawasan pertanian ini jauh dari sumber air. Oleh itu bagi mendapat
bekalan air berkenaan, pemilik tanah tersebut perlu membuat parit atau
saliran tertentu yang melalui tanah atau kawasan milik orang lain. Sila lihat
Rajah 4.4 bagi menambah kefahaman anda.
Kita andaikan tanah A dan C perlu diairi. Oleh kerana kedudukannya jauh
dari sungai/terusan, maka dalam keadaan ini, pemilik tanah A dan C
masing-masing mendapat hak untuk membina saluran atau parit di atas
tanah B dan D. Ini bagi membolehkan air dari sungai atau terusan
berkenaan dialirkan ke tanah A dan C.
Jika di atas tanah B dan D telah ada saluran air yang bersambung dengan
sungai/terusan berkenaan, maka pemilik tanah B dan D tidak boleh
menghalang pemilik tanah A dan C untuk menyambung saluran berkenaan
hingga ke tanah mereka.
Untuk maklumat anda, hak ini tetap kekal pada tanah A dan C walaupun
pemiliknya bertukar ganti. Maksudnya di sini, sesiapa sahaja yang
memiliki tanah A dan C akan mendapat hak tersebut. Kerana itulah hak
kemudahan asas atau huquq al-irtifaq ini dikatakan sebagai hak yang sabit
kepada harta tak alih terhadap harta tak alih yang lain.
AKTIVITI 4.2
Haq al-masil ialah hak untuk mengalirkan air terbuang atau yang tidak
diperlukan ke tempat laluan (seperti longkang) sehingga ia sampai ke
tempat yang disediakan untuk mengumpul air terbuang. (Zaydan, 1969;
al-Khafif, 1996)
Hak ini adalah lawan kepada hak mengalirkan air bersih. Ini kerana haq al-
masil ini khusus kepada hak seseorang untuk membuang air lebihan atau
yang tidak diperlukan lagi ke tempat asalnya atau tempat tertentu yang
telah disediakan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
70 TOPIK 4 HAK MILIK TIDAK SEMPURNA
Haq al-murur ialah hak seseorang untuk mengguna jalan awam atau jalan
khas yang ada di tanah seseorang yang lain untuk sampai ke tempat atau
kawasan yang dimilikinya (Zaydan, 1969; al-Zuhayli, 1997; al-Khafif,
1996).
Jalan yang diguna oleh seseorang boleh dibahagikan kepada dua jenis
(Zaydan,1969; Faizah,1995) iaitu:
Jika pemilik jalan telah memberi izin kepada orang awam untuk
menggunakan jalan persendirian tersebut, maka hak ini tidak
boleh ditarik balik atau dibatalkan oleh sesiapa jua.
Pemilik jalan persendirian hendaklah membuka jalan ini kepada
orang ramai sekiranya berlaku kesesakan jalan awam atau berlaku
sesuatu yang menghalang lalu lintas di jalan awam tersebut.
Walau bagaimanapun jika jalan persendirian tersebut terletak jauh
dari jalan awam atau tidak bersambung dengan jalan awam, maka
pemilik jalan persendirian berhak menutup jalan miliknya kepada
orang awam.
(i) Haq al-ta`alli iaitu hak yang sabit kepada jiran yang tinggal di tingkat
atas sesebuah bangunan
Hak ini bermaksud jiran yang berada di tingkat atas mempunyai hak
untuk terus tinggal di tingkat atas berkenaan walaupun jika pemilik
bangunan menjual tingkat bawah kepada orang lain atau berlaku
kerosakan pada tingkat bawah.
(ii) Haq al-jiran al-janibi iaitu hak yang sabit kepada jiran bersebelahan
Setiap jiran dilarang melakukan sesuatu tindakan yang boleh
memudaratkan jirannya yang lain. Maksud tindakan yang
memudaratkan ialah sebarang tindakan yang boleh mengganggu
kepentingan asasi seseorang seperti tindakan yang boleh mengancam
nyawa, keselamatan, harta dan sebagainya.
AKTIVITI 4.3
(a) Perkongsian bersama ke atas harta milik awam (jalan raya yang dibina oleh
pihak kerajaan, sungai-sungai besar, tali air, lautan dan seumpamanya)
Setiap hak milik awam boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja. Mereka dikira
berkongsi antara satu sama lain dalam menikmati kemudahan tersebut.
Oleh itu, tiada seorang pun boleh menghalang orang lain daripada
menggunakan kemudahan berkenaan.
(b) Hak berkenaan disyaratkan dalam kontrak yang ada balasan (uqud
mu`awadah)
Maksudnya di sini, dalam perjanjian jual beli sebidang tanah misalnya, satu
pihak telah memasukkan syarat untuk mendapat hak laluan ke atas tanah
tersebut bagi membolehkannya sampai ke tanah yang dimilikinya.
(c) Hak berkenaan telah sedia ada dan telah lama diguna oleh orang ramai
Setiap kemudahan awam yang telah sedia ada atau telah sekian lama
diguna oleh orang ramai, akan kekal sebagai hak awam selagi mana bukti
zahir menunjukkan hak tersebut sabit secara sah. Sebaliknya, jika dapat
dibuktikan bahawa hak tersebut sabit secara tidak sah, maka hak tersebut
boleh dibatalkan.
Hak milik tidak sempurna adalah hak milik yang hanya berlaku ke atas zat
atau fizikal benda semata-mata atau ke atas manfaat benda semata-mata.
Hak milik ke atas manfaat benda semata-mata boleh dibahagikan kepada dua
iaitu hak milik manfaat secara peribadi dan hak milik manfaat bersama.
Perbezaan antara hak milik manfaat secara peribadi dan hak milik manfaat
bersama ialah hak milik manfaat secara peribadi hanya khusus untuk
individu yang diberi hak milik berkenaan sahaja. Manakala hak milik
manfaat bersama adalah hak yang sabit pada harta tak alih terhadap harta
tak alih yang lain tanpa mengambil kira siapa pemilik harta berkenaan.
Hak milik manfaat secara peribadi boleh diperolehi melalui kebenaran yang
diberi oleh pemilik benda, kontrak sewaan, kontrak pinjaman, wasiat dan
wakaf.
Hak milik manfaat bersama ada lima iaitu hak untuk mendapat kemudahan
air (haq al-syurb), hak untuk mengalirkan air bersih (haq al-majra), hak
untuk mengalirkan air terbuang (haq al-masil), hak mengguna jalan (haq al-
murur) dan hak kejiranan (haq al-jiran).
Air yang berada di tempat yang tidak dimiliki oleh sesiapa seperti sungai,
lautan dan seumpamanya boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja. Air ini boleh
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
74 TOPIK 4 HAK MILIK TIDAK SEMPURNA
Faizah Haji Ismail. (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
PENGENALAN
Para pelajar yang saya hormati, mulai sekarang kita akan memperkatakan
sesuatu yang berkaitan dengan teori akad. Dalam topik ini, saya akan
menjelaskan kepada anda semua apakah yang dimaksudkan dengan akad,
tasarruf dan iltizam. Kita juga akan melihat perbezaan antara ketiga-tiga istilah
tersebut. Selain daripada itu, kita akan membincangkan secara terperinci tentang
rukun akad. Saya juga akan menjelaskan kepada anda perbezaan definisi Ijab
dan qabul mengikut pandangan Hanafi dan jumhur fuqahaÊ selain Hanafi iaitu
Maliki, Syafi`i dan Hanbali. Di akhir topik ini, kita lihat pula bentuk-bentuk
sighah akad yang dibenarkan oleh syarak.
(a) Ikatan yang terhasil daripada dua ungkapan atau apa saja yang mengambil
tempatnya seperti bahasa isyarat dan penulisan oleh dua pihak yang
berlainan yang boleh melahirkan hukum syarak tertentu.
Sebagai contoh, apabila A berkata kepada B: „Saya jualkan buku ini dengan
harga RM10‰. Lalu B menjawab: „Saya setuju‰. Apabila berlakunya dua
ungkapan sebegini dari dua pihak yang berlainan, maka terbentuklah akad.
Apabila akad telah terbentuk, akan lahirlah hukum syarak yang telah
ditetapkan atau dinamakan juga natijah akad.
Apakah natijah yang timbul daripada akad jual beli? Natijahnya ialah
berlakunya perpindahan hak milik ke atas barangan jualan daripada
penjual kepada pembeli dan perpindahan hak milik ke atas bayaran
daripada pembeli kepada penjual. Natijah yang lahir menerusi akad jual
beli ini seterusnya menuntut penjual menyerahkan barang jualan kepada
pembeli dan pembeli pula menyerahkan bayaran barang tersebut.
(b) Apa saja tasarruf qawli (perkataan) yang menyebabkan lahirnya hukum
syarak tertentu sama ada ia datang daripada sebelah pihak atau daripada
dua belah pihak.
Sebagai contoh ungkapan daripada sebelah pihak yang membawa natijah
suatu hukum syarak ialah lafaz talak yang dikeluarkan oleh seorang suami
terhadap isterinya yang menyebabkan isterinya tertalak.
AKTIVITI 5.1
Tasarruf ialah apa sahaja perkataan atau perbuatan yang datang daripada
seseorang yang boleh melahirkan hukum syarak tertentu (Syibir, 2004).
Daripada definisi tasarruf yang telah diberikan, kita dapat rumuskan bahawa
tasarruf terbahagi kepada dua iaitu:
Satu komitmen yang diwajibkan oleh seseorang ke atas dirinya sendiri yang
dibuat mengikut pilihan dan kehendaknya sendiri yang mana komitmen
tersebut diharuskan oleh Syarak.
Oleh itu, dapat dirumus bahawa iltizam ialah natijah atau kesan akad. Apabila
berlaku akad jual beli, setiap penjual dan pembeli ada komitmen tersendiri yang
mesti dilaksanakan. Sebagai penjual, dia berkewajipan menyerahkan barang
yang dijual kepada pembeli, sementara pembeli pula mesti menyerahkan
bayaran kepada penjual.
Rajah 5.2 menunjukkan kepada kita bahawa tasarruf lebih umum berbanding
akad. Ini bermakna, setiap akad adalah tasarruf tetapi tidak semua tasarruf
adalah akad. Manakala iltizam adalah natijah atau kesan kepada akad.
5.2 RUKUN AKAD
Rukun adalah unsur penting dalam sesuatu akad. Ia boleh diibaratkan seperti
tiang yang menjadi teras kepada sebuah rumah. Sebuah rumah tidak akan tegak
berdiri tanpa tiang yang menstabilkan kedudukannya. Begitulah juga dengan
akad. Jika tidak ada rukun, maka akad sama sekali tidak akan terbentuk.
Hal ini berbeza dengan pandangan jumhur fuqahaÊ. Ini kerana mereka
menekankan soal siapakah yang mengeluarkan kata-kata berkenaan. Jika kata-
kata itu datangnya daripada pemberi milik seperti penjual misalnya, maka kata-
katanya adalah dikira ijab. Jika kata-kata tersebut datang daripada penerima
milik seperti pembeli misalnya, maka kata-katanya adalah qabul. Ini bermakna
mereka tidak melihat ungkapan mana yang terlebih dahulu dikeluarkan. Oleh
sebab itulah dalam contoh 1 dan 2 dalam Jadual 5.2, ungkapan Ahmad adalah
ijab ă tidak kira sama ada ia bercakap dahulu atau Fauzi yang bercakap dahulu.
Ini kerana Ahmad adalah orang yang akan memberi barang miliknya kepada
Fauzi.
(a) Setiap Ijab dan qabul hendaklah menggambarkan secara jelas kehendak
sebenar pihak yang melakukan akad
Bagi memenuhi syarat ini, ungkapan Ijab dan qabul itu hendaklah datang
daripada seorang yang mempunyai kelayakan untuk berakad. Orang yang
berkelayakan untuk melakukan akad ialah seorang yang waras dan berakal
serta memahami apa yang diungkapnya.
Oleh itu, jika ungkapan Ijab dan qabul daripada orang yang tidak berakal
dan yang tidak memahami hakikat ungkapan tersebut tidak akan memberi
kesan apa-apa. Ini bermakna akad tersebut tidak sah.
Begitu juga dengan A, apabila dia menawarkan harga yang lebih rendah
tetapi B sanggup membeli dengan harga yang lebih tinggi; maka secara
fahamannya A bersetuju dengan tawaran B berkenaan. Ini kerana, apa yang
penting dalam akad ialah persetujuan kedua-dua pihak yang berkontrak.
Oleh itu, selagi mana tidak ada bukti atau petunjuk yang menafikan
kerelaan kedua pihak berkenaan, maka akad tersebut adalah sah.
Berdasarkan syarat ini, jika tidak ada persamaan antara Ijab dan qabul,
maka akadnya tidak sah. Sebagai contoh, jika A berkata kepada B: „Saya
jualkan rumah ini dengan harga RM100,000.‰ Lalu B menjawab: „Saya
membeli ladang kelapa sawit awak dengan harga tersebut.‰ Begitu juga
jika B menjawab: „Saya membelinya dengan harga RM80,000.‰
Jika pihak yang berakad tidak berada dalam satu tempat, seperti
seorang di Kuala Lumpur dan seorang lagi di Kelantan, maka dalam
situasi ini, pihak yang akan melafazkan qabul hendaklah
menyatakannya apabila berita mengenainya sampai terutama jika ia
membuat transaksi jual beli melalui surat atau faks. Malah, jika dalam
tawaran yang dibuat, dia diberi tempoh tertentu untuk menyatakan
persetujuannya, maka selagi mana dia menjawabnya dalam tempoh
berkenaan, maka syarat ketiga ini dikira sudah dipenuhi.
Sekarang anda telah mempelajari syarat-syarat Ijab dan qabul. Bagi menguji
kefahaman anda, sila lakukan Semak Kendiri 5.3.
Oleh itu, para fuqahaÊ menyatakan bahawa apa jua lafaz boleh diguna
ketika berakad, selagi mana lafaz berkenaan dapat memberikan
gambaran yang jelas tentang kehendak orang yang melafazkan
perkataan berkenaan.
Jadual 5.3: Keadaan Orang yang Berakad dengan Isyarat dan Hukumnya
Saya yakin anda pernah pergi membeli-belah di Jusco, Giant dan lain-
lain pasar raya besar. Sekiranya anda ingin membeli sesuatu barang
di sana anda akan mengambil barang yang dikehendaki dan
membawanya kepada juruwang. Juruwang pula akan mengambil
barang berkenaan dan seterusnya memasukkannya ke dalam beg
plastik dan menyerahkannya kepada anda. Kemudian, juruwang
akan menyatakan jumlah harga yang perlu dibayar. Anda akan
mengeluarkan duit dan menghulurkannya kepada juruwang tanpa
melafazkan apa-apa. Dalam senario ini, tidak berlaku komunikasi
secara lisan antara anda dan juruwang. Apa yang berlaku semuanya
dalam bentuk tindakan atau perbuatan. Inilah yang dikatakan sebagai
berakad secara unjuk mengunjuk.
FuqahaÊ Pandangan
SyafiÊi Sebarang akad tidak boleh dilakukan dengan perbuatan semata-
mata tanpa apa-apa lafaz. Ini kerana perbuatan sahaja tidak mampu
memberikan gambaran sebenar kehendak yang tersirat di hati.
Hanafi, Maliki Akad boleh dilakukan dengan perbuatan semata-mata sekiranya
dan Hanbali perbuatan itu sudah biasa digunakan oleh orang ramai dan ia dapat
menjelaskan adanya kerelaan dan kehendak semua pihak untuk
berkontrak.
Dalam isu berakad dengan cara berdiam diri ini, para fuqahaÊ berselisih
pandangan. Ini kerana sikap berdiam diri tidak mampu menggambarkan
kehendak sebenar pihak berkenaan. Atas asas itulah mereka berpandangan
bahawa dari segi hukum asal, tidak sah berakad dengan cara berdiam diri.
Mengikut fuqahaÊ Hanafi, rukun akad hanya satu iaitu adanya ijab dan
qabul.
Mengikut fuqahaÊ Maliki, SyafiÊi dan Hanbali, rukun akad ada tiga iaitu ijab
dan qabul, pihak yang berakad dan subjek akad.
FuqahaÊ Hanafi menjadikan ungkapan daripada orang yang mula-mula
bercakap sebagai ijab dan ungkapan yang keluar daripada pihak kedua
sebagai qabul.
FuqahaÊ Maliki, SyafiÊi dan Hanbali pula menyatakan bahawa hanya
ungkapan yang keluar daripada pemberi milik sahaja (seperti penjual) yang
dianggap sebagai ijab tanpa melihat sama ada dia bercakap dahulu atau
kemudian. Ungkapan daripada orang yang akan menerima milik (seperti
pembeli) pula dikira sebagai qabul meskipun dia yang mula-mula bercakap.
Syarat ijab dan qabul ada tiga iaitu kedua-duanya jelas menggambarkan
kehendak pihak yang berakad, wujud persamaan, dan saling berkaitan iaitu
tiada pemisah di antara kedua-duanya.
Sighah akad boleh dilakukan dalam bentuk perkataan perbuatan atau secara
berdiam diri.
Para fuqahaÊ bersepakat bahawa akad adalah sah jika dilakukan dengan
perkataan sama ada secara lisan, tulisan atau dengan bahasa isyarat bagi
mereka yang tidak mampu berkata-kata dan tidak tahu menulis.
Para fuqahaÊ mempunyai perbezaan pandangan tentang hukum berakad
dengan selain perkataan dan bahasa isyarat bagi mereka yang mampu
berkata-kata atau bisu tapi mampu menulis. Begitu juga jika akad dilakukan
secara berdiam diri.
SEMAK KENDIRI 1.5
1.2
al-Khafif, Ali. (t.t). Ahkam al-mu`amalat al-syar`iyyah. Kaherah: Dar al-Fikr al-
Arabi.
Faizah Haji Ismail. (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
PENGENALAN
Para pelajar sekalian, topik ini adalah sambungan kepada Topik 5. Dalam
Topik 5 yang lalu, kita memperkatakan tentang rukun akad yang pertama iaitu
ijab dan qabul. Kali ini kita akan sambung sedikit lagi tentang rukun pertama
tetapi yang berkaitan dengan kehendak dalaman dan kehendak luaran. Selepas
itu kita akan memperkatakan pula tentang rukun yang kedua dan ketiga iaitu
tentang subjek akad dan juga pihak yang berakad. Perbincangan tentang pihak
yang berakad akan melibatkan juga penjelasan tentang konsep al-ahliyyah,
al-wilayah, al- wakalah dan al-fadalah.
AKTIVITI 6.1
Cuba berbincang dengan rakan anda dua bentuk kehendak yang ada
pada seseorang apabila mereka melakukan sesuatu akad.
dalaman yang tersirat di hati. Ini bermakna, akad tidak sah kalau hanya
ada kehendak dalaman atau hanya ada niat semata-mata tetapi ia tidak
dizahirkan. Begitu juga akad, tidak sah jika kata-kata yang dikeluarkan
tidak diiringi dengan niat untuk berakad seperti kata-kata seorang yang
hilang akal dan seumpamanya.
Bagi membantu anda mengingati apa yang telah saya ajar sebentar tadi, sila
perhatikan Rajah 6.1.
Hukum:
Dari segi hukum, ungkapan mereka ini tidak boleh diambil kira dan akad
mereka tidak sah.
Para fuqahaÊ sepakat mengatakan bahawa jika seseorang itu mabuk tanpa
disengajakan olehnya maka setiap tindakannya tidak boleh diambil kira.
Ini bermakna, akad yang dilakukannya tidak sah.
Hukum:
Perkataan dan perbuatannya tidak diambil kira. Ini bermakna akad yang
dilakukannya tidak sah.
Hukum:
Perkataan atau perbuatan orang yang tiada niat berakad tidak diambil kira.
Oleh itu akad tidak sah.
Hukum:
Para fuqahaÊ berbeza pandangan sama ada sah atau tidak akad yang
dilakukan oleh mereka yang tersilap atau lupa. Dalam hal ini, ada dua
pandangan:
: أن رﺳﻮل اﷲ ﺻﻠﻰ اﷲ ﻋﻠﻴﻪ وﺳﻠﻢ ﻗﺎل: ﻋﻦ اﺑﻦ ﻋﺒﺎس رﺿﻲ اﷲ ﻋﻨﻬﻤﺎ
( ) إن اﷲ ﺗﺠﺎوز ﻋﻦ أﻣﺘﻲ اﻟﺨﻄﺄ واﻟﻨﺴﻴﺎن وﻣﺎ اﺳﺘُﻜﺮهﻮا ﻋﻠﻴﻪ
Hukum:
Para fuqahaÊ tidak sependapat tentang akad yang dilakukan secara
bergurau sama ada ianya sah atau tidak. Dalam masalah ini, terdapat dua
pandangan berbeza:
Hukum:
Para fuqahaÊ mempunyai pandangan yang berbeza berhubung perkataan
atau perbuatan yang dilakukan secara paksaan. Pandangan mereka dalam
masalah ini adalah seperti berikut:
buku ini kepada awak dengan harga RM20.‰ Lalu B menjawab: „Saya
setuju.‰
Hukum:
Akad yang berlaku adalah akad sebenar yang dimaksudkan oleh orang
yang melafazkannya dan bukan sekadar merujuk kepada perkataan yang
diguna selagi mana ada bukti (qarinah) yang menunjukkan maksudnya
yang sebenar. Dalam contoh yang dinyatakan sebelum ini, akad yang
berlaku adalah akad jual beli dan bukannya hibah. Ini kerana dengan
meletakkan harga buku berkenaan, sudah terbukti bahawa A bermaksud
untuk menjual buku berkenaan kepada B.
Hukum:
Para fuqahaÊ tidak sependapat dalam masalah ini. Pandangan mereka
adalah seperti berikut:
Kita telah pun mempelajari kesemua lapan keadaan di mana kehendak dalaman
tidak selari dengan kehendak luaran. Tentu anda merasai kesukaran untuk
mengingati kesemua kedaaan berkenaan berserta dengan hukumnya sekali,
bukan? Bagi membantu anda untuk mengingati kelapan-lapan keadaan tersebut,
mari kita lihat Jadual 6.1.
Jadual 6.1: Keadaan Perbezaan Kehendak Dalaman dan Luaran serta Hukumnya
Dalam akad jual beli misalnya, subjek akad ialah barang jualan dan harga jualan.
Dalam akad ijarah (sewaan) pula, manfaat dan bayaran sewa adalah subjek
akadnya (Syibir,2004). Dengan kata lain, suatu yang dijadikan sebagai subjek
akad berbeza sifatnya mengikut jenis akad. Ia mungkin berbentuk material
seperti buku, rumah dan seumpamanya yang dijadikan subjek akad jual beli. Di
samping itu, ia juga boleh berbentuk manfaat semata-mata seperti manfaat
rumah dalam akad sewaan. Subjek akad juga boleh jadi dalam bentuk kerja atau
khidmat seperti dalam akad wakalah (Faizah,1995).
(a) Subjek akad hendaklah suatu yang tidak berlawanan dengan kehendak
akad itu sendiri dan juga hukum Syarak
Syarat ini perlu dipenuhi kerana setiap akad mempunyai kehendak atau
tuntutannya yang tersendiri yang berkait langsung dengan subjek akad
berkenaan. Suatu akad dikira tidak sah sekiranya subjek akad berkenaan
tidak selaras dengan kehendak akad.
Jika subjek akad berbentuk manfaat, syarat ini tidak perlu dipenuhi. Ini
kerana tabiat manfaat itu sendiri tidak akan wujud sekali gus tetapi akan
ada dari semasa ke semasa.
(d) Subjek akad boleh diserahkan kepada pihak yang berkenaan pada masa
yang dipersetujui
Syarat ini dipersetujui oleh semua fuqahaÊ jika ia melibatkan akad yang ada
balasan. Walau bagaimanapun, jika melibatkan akad tabarruÊ, sebahagian
fuqahaÊ tidak meletakkan syarat ini.
Sebenarnya syarat ini penting dalam akad yang ada balasan. Ini kerana
penyerahan subjek akad memang menjadi salah satu tuntutan akad itu
sendiri. Dalam akad jual beli misalnya, penjual mesti menyerahkan barang
jualannya kepada pembeli. Begitu juga pembeli hendaklah menyerahkan
harga jualan.
6.3.1 Al-Ahliyyah
Al-ahliyyah bererti kelayakan atau keupayaan. Apabila dikatakan seseorang itu
mempunyai al-ahliyyah untuk berakad, ini bermakna dia layak dan boleh
melakukan akad pada pandangan Syarak.
Kelayakan ini akan dimiliki oleh setiap orang yang hidup ă tidak kira
sama ada dia kecil atau dewasa, berakal atau sebaliknya, sakit atau
sihat dan sebagainya. Selagi seseorang itu masih hidup, dia memiliki
kelayakan ini.
Kelayakan ini terbahagi pula kepada dua jenis iaitu kelayakan untuk
menerima secara sempurna (ahliyyah al-wujub al-kamilah) dan
kelayakan untuk menerima secara tidak sempurna (ahliyyah al-wujub
al-naqisah).
Kelayakan ini juga terbahagi kepada dua jenis iaitu kelayakan untuk
melaksana secara sempurna (ahliyyah al-adaÊ al-kamilah) dan
kelayakan untuk melaksana secara tidak sempurna (ahliyyah al-adaÊ
al-naqisah).
Seterusnya saya akan jelaskan kepada anda apa yang boleh diterima dan
dilaksanakan oleh setiap peringkat berasaskan kelayakan yang dimiliki
oleh mereka.
Penjelasan tentang setiap halangan ini saya ringkaskan dalam Jadual 6.3
dan 6.4.
Jadual 6.4: Halangan Kelayakan yang Disebabkan oleh Manusia dan Kesannya
6.3.2 Al-Wilayah
Mengikut istilah Syarak, al-wilayah atau kuasa ialah mandat yang diberi oleh
Syarak kepada seseorang untuk mengurus diri dan harta secara sah (Zaydan,
1969, Faizah, 1995). Dari sini dapat difahami bahawa seseorang itu hanya boleh
melakukan akad apabila dia mempunyai kelayakan (al-ahliyyah) dan juga kuasa
(al-wilayah). Ini bermakna, kelayakan dan kuasa adalah syarat utama yang perlu
ada pada orang yang berakad.
Kuasa ini merangkumi kuasa mengurus diri dan harta orang lain.
Pendapat Penerangan
Hanafi Wasi (orang yang diwasiatkan oleh bapa), wasi kepada wasi.
Jika tiada wasi, datuk, atau penerima wasiat datuk.
Jika tiada, kerajaan atau pemegang wasiatnya.
Maliki dan Wasi, seterusnya hakim dan akhirnya orang yang
Hanbali diamanahkan oleh hakim.
SyafiÊi Datuk, diikuti oleh penerima wasiat sama ada daripada bapa
atau datuk mengikut siapa yang paling akhir meninggal
dunia. Jika tiada, berpindah kepada hakim dan orang yang
diwasiat oleh hakim.
(c) Pihak yang berkuasa mengurus harta orang gila dan yang terencat akal
Semua fuqahaÊ Hanafi, Maliki, SyafiÊi dan Hanbali sepakat bahawa jika
seseorang itu gila atau terencat akal semenjak kecil lagi, maka orang yang
berkuasa menguruskan hartanya adalah orang yang sama semasa dia
dalam usia kanak-kanak.
Syarat-syarat wakil
Menurut pandangan Hanafi, orang yang menjadi wakil kepada
orang lain hendaklah seorang yang berakal dan mumayyiz.
Walaupun begitu, mazhab Maliki, Syafii dan Hanbali menyatakan
bahawa hanya orang yang mampu menguruskan hartanya sahaja
yang boleh menjadi wakil. Oleh itu, menurut mereka, kanak-
kanak mumayyiz hanya boleh menjadi wakil pada perkara yang
membawa manfaat semata-mata seperti menerima hibah
(hadiah/pemberian).
Al-Wakalah al-Khassah
Wakalah jenis ini ialah wakalah yang membataskan kuasa wakil
kepada perkara tertentu sahaja seperti menjual kereta, menyewa
rumah dan seumpamanya.
Al-Wakalah al-ÊAmmah
Dalam wakalah jenis ini, pemberi tidak mengkhususkan tugas
tertentu kepada wakil tetapi memberinya kuasa secara umum.
Contohnya: „Saya melantik awak sebagai wakil saya dalam semua
perkara.‰ Wakalah jenis ini tidak disepakati oleh semua fuqahaÊ
tentang kesahihannya.
Al-Wakalah al-Muqayyadah
Dalam wakalah ini, pemberi wakil menentukan syarat-syarat
tertentu seperti katanya: „Saya melantik awak untuk menjual
buku ini dengan harga RM50 tunai.‰ Dalam contoh ini, pemberi
wakil menentukan harga buku dan cara dijual iaitu tunai.
Al-Wakalah al-Mutlaqah
Wakalah ini bebas daripada sebarang syarat seperti A
mewakilkan B menjual rumahnya tetapi tidak ditentukan
berapakah harganya. Dalam situasi ini, wakil hendaklah menjual
rumah tersebut dengan harga yang tidak membawa kerugian
kepada pemiliknya.
(b) Al-Fadalah
Al-Fadalah ialah suatu tindakan yang dilakukan seseorang terhadap harta
orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kuasa dan izin daripada
pemiliknya (Zaydan, 1969, Faizah 1995).
AKTIVITI 6.2
Cuba anda fikir dan senaraikan apakah pekerjaan pada hari ini yang
menggunakan konsep wakalah.
Kehendak dalam urusan akad terbahagi kepada dua iaitu kehendak dalaman
(niat) dan kehendak luaran (tindakan luaran yang menzahirkan kehendak
dalaman).
Akad tidak sah jika dilakukan oleh orang yang tidak sedar dengan apa yang
diungkap, orang yang tidak memahami perkataan yang diguna dan orang
yang menuturkan sesuatu tanpa ada niat untuk berakad.
Para fuqahaÊ berselisih pandangan sama ada sah atau tidak akad jika
dilakukan oleh orang yang melakukannya secara bergurau, orang yang
dipaksa atau orang yang melakukan akad tetapi mempunyai niat lain yang
bertentangan dengan Syarak.
Akad dikira sah walaupun menggunakan perkataan yang mempunyai
maknanya yang tersendiri dari segi bahasa dengan syarak terdapat bukti
(qarinah) yang secara jelas menunjukkan maksud sebenar orang yang
menuturkannya seperti menggunakan lafaz hibah dalam akad jual beli.
Suatu yang dijadikan subjek akad hendaklah menepati kehendak akad dan
hukum Syarak, wujud ketika akad dilakukan, diketahui oleh pihak yang
berakad dan boleh diserahkan.
Al-ahliyyah atau kelayakan terbahagi kepada dua iaitu kelayakan untuk
menerima dan kelayakan untuk melaksana. Kedua-duanya pula boleh
dibahagikan kepada dua jenis: kelayakan sempurna dan kelayakan tidak
sempurna.
Selagi seseorang itu hidup, selagi itulah dia mempunyai kelayakan untuk
menerima.
Kelayakan untuk menerima akan diperolehi jika seseorang itu berakal dan
mumayyiz.
Halangan kelayakan semula jadi ialah gila, terencat akal, tidur atau pitam,
sakit yang membawa mati.
PENGENALAN
Apa khabar para pelajar sekalian? Saya doakan semoga anda semua sentiasa
sihat dan bermotivasi untuk meneruskan pelajaran kita seterusnya. Dalam topik
ini, saya akan menjelaskan kepada anda perkara-perkara yang boleh
mencacatkan akad atau dalam bahasa Arab disebut sebagai `uyub al-`aqd. Kita
akan menyentuh empat perkara yang boleh memberi kesan terhadap akad iaitu
al-ghalat, al-ghabn, al-taghrir dan al-ikrah. Huraian terhadap keempat-empat
perkara di atas akan meliputi tiga aspek iaitu definisi, jenis-jenis dan kesannya
terhadap akad. Saya harap anda semua dapat memahami topik ini dengan baik.
7.1 AL-GHALAT
Dalam menjalankan sesuatu akad, ada perkara- perkara yang boleh
menyebabkan kecacatan atau merosakan akad tersebut. Antara perkara yang
boleh mencacatkan akad adalah al-ghalat.
Sangkaan yang ada dalam fikiran bahawa sesuatu perkara itu adalah seperti
begini dan begini tetapi hakikatnya tidak seperti yang disangkakan.
Al-ghalat atau kesilapan yang menjadi fokus kita dalam perbincangan ini adalah
kesilapan dalam akad. Maksud kesilapan tersebut ialah selepas selesai akad,
pihak yang berakad menyedari bahawa subjek akad berbeza daripada apa yang
telah dipersetujui ă sama ada perbezaan itu dari segi fizikal atau sifatnya (Syibir
2004).
Contoh kesilapan dari segi fizikal ialah A membeli sebentuk cincin yang
disangkanya emas tetapi ternyata bahawa ia adalah cincin tembaga sahaja.
Contoh kesilapan pada sifat ialah A membeli kain yang disangkanya berwarna
hitam tetapi ternyata bahawa ia berwarna biru gelap.
AKTIVITI 7.1
Sila berbincang dengan rakan anda tentang peristiwa di mana apa
yang dibeli berbeza daripada apa yang dihendaki? Apakah tindakan
yang dilakukan? Pernahkah anda atau rakan anda terfikir bahawa
ada di antara kesilapan tersebut yang memberi kesan terhadap
kesahihan akad?
beli cincin emas ini dengan harga RM500.‰ B menerima tawaran berkenaan
dan menjual cincin tersebut kepada A. A hanya menyedari kesilapan
tersebut bahawa cincin yang dibeli ialah cincin tembaga dan bukannya
emas setelah selesai akad.
Walau bagaimanapun, jika kesilapan itu hanya berlaku pada sifat subjek
akad sahaja, maka akad tidak batal dengan sebab kesilapan itu. Sebagai
contoh, A membeli sehelai kain yang disangkanya berwarna hitam tetapi
pada hakikatnya ia berwarna biru gelap. Walaupun akad tidak terbatal
dengan sebab kesilapan ini tetapi pihak yang berkenaan mempunyai
pilihan untuk membatalkan akad tersebut jika dia mahu. Ini kerana pada
hakikatnya A memang ingin membeli kain dan sememangnya perkara
yang diakadkan adalah kain. Dengan lain perkataan, subjek akad ada ă
cuma sifatnya sahaja berbeza. Oleh itu, dalam kes ini, pembeli tersebut
boleh membuat pilihan sama ada ingin teruskan akad berkenaan atau
membatalkannya.
Satu yang perlu anda ingat ialah, pihak berkenaan hanya mempunyai
pilihan tersebut jika akad yang dilakukan itu adalah akad yang boleh
dibatalkan (fasakh) mengikut hukum Syarak seperti jual beli. Bagi
membantu anda mengingati apa yang telah saya jelaskan sebentar tadi, sila
rujuk Jadual 7.1.
Apa yang diterima oleh salah seorang daripada pihak yang berakad tidak
sepadan dengan apa yang diterima oleh pihak yang lain sama ada ianya
lebih rendah daripada nilai sebenar atau lebih tinggi (al-Zuhayli,1997).
Dalam bahasa Melayu, al-ghabn bererti kerugian. Sebagai satu istilah fiqh,
ia diertikan seperti berikut:
Saya ingin jelaskan kepada anda bahawa dalam membicarakan tentang isu
al-ghabn ini, apa yang menjadi fokus fuqahaÊ ialah ketidakseimbangan
antara apa yang diberi dengan apa yang diterima sehingga menyebabkan
satu pihak mengalami kerugian besar dan satu pihak lagi mengaut
keuntungan berganda. Dengan kata lain, isu al-ghabn ini berkait rapat
dengan akad yang ada balasan atau `uqud mu`awadat. Ini kerana hanya
dalam akad yang ada balasan sahaja kita boleh buat perbandingan antara
dua perkara yang ditukar, sama ada apa yang ditukar itu sepadan atau
tidak.
Berbalik kepada contoh yang saya berikan sebelum ini. Jelas kepada kita
bahawa apa yang diberi oleh salah satu pihak tidak sepadan dengan apa
yang diterima olehnya. Dalam contoh tersebut, A telah memberi satu
barang kepada B yang bernilai RM250 tetapi yang diterimanya ialah
RM100. Dalam hal ini, yang mengalami kerugian adalah penjual. Jika B
pula membayar barang tersebut dengan harga RM500, kita lihat B sebagai
pembeli adalah orang yang mengalami kerugian. Saya harap anda dapat
lihat perbezaan ketara antara harga jualan dengan nilai sebenar barang
tersebut. Perkara inilah yang dinamakan dalam istilah fiqh sebagai al-
ghabn. Ia boleh jadi satu kerugian besar atau mungkin hanya kerugian
kecil. Kita akan bincang tentang kedua-dua jenis kerugian tersebut selepas
ini.
Kerugian hanya dianggap sedikit jika harga yang dijual itu termasuk dalam
lingkungan nilai yang diberi oleh jurunilai. Jika harga yang dikenakan
tidak termasuk dalam lingkungan nilai yang diberi oleh jurunilai, maka
kerugian tersebut dianggap sebagai kerugian yang banyak (al-
Zuhayli,1997, Syibir, 2004 ).
Sebagai contoh, A telah menjual suatu barang dengan harga RM20. Apabila
dirujuk kepada tiga orang jurunilai, yang pertama menyatakan nilainya
ialah RM19, yang kedua pula mengatakan nilainya RM19.50 dan yang
ketiga menjelaskan nilainya ialah RM20. Dalam hal ini, didapati kerugian
yang dialami pembeli hanya sedikit sahaja kerana harga jualan tersebut
termasuk dalam salah satu nilai yang diberi oleh jurunilai yang dirujuk.
Walau bagaimanapun, jika penjual tersebut menjual dengan harga RM30
misalnya, maka dalam keadaan ini kerugian yang dialami pembeli adalah
banyak. Ini kerana tiada seorang pun jurunilai yang dirujuk menyatakan
nilai barang berkenaan adalah RM30.
AKTIVITI 7.2
Sila berbincang dengan rakan anda tentang dua jenis kerugian yang telah
anda pelajari serta berikan contoh lain bagi menambah kefahaman anda.
Anda disaran membentuk jadual bagi memudahkan anda mengingati
dan memahami tentang dua jenis kerugian tersebut.
Saya harap anda semua memahami penjelasan saya tentang kesan kerugian dan
penipuan terhadap akad. Sebenarnya kerugian dan penipuan tidak menjejaskan
kesahihan akad tetapi kesannya hanya dari segi boleh atau tidak pihak yang rugi
atau tertipu menfasakhkan akad. Sila rujuk Jadual 7.2 bagi membantu
menambah kefahaman anda dan memudahkan anda mengingati apa yang telah
dipelajari tentang kesan al-ghabn dan al-taghrir ke atas akad.
7.3 AL-IKRAH
7.3.1 Definisi Al-Ikrah
Al-Ikrah dalam bahasa Melayu bererti paksaan. FuqahaÊ mendefiniskannya
sebagai satu paksaan ke atas orang lain secara salah untuk melakukan suatu
perkara yang tidak disukainya dengan cara membuat ugutan yang mampu
dilakukan oleh orang yang memaksa (Zaydan, 1969).
Zaydan (1969) menyatakan bahwa suatu paksaan tidak dikatakan telah berlaku
melainkan jika memenuhi syarat-syarat berikut:
(a) Orang yang memaksa mampu melakukan ugutan yang dibuatnya. Jika
orang yang memaksa tidak berupaya melaksanakan ugutannya dan orang
yang dipaksa tahu hakikat tersebut, maka ugutan tersebut tidak bererti
apa-apa dan paksaan tidak wujud sama sekali.
(b) Orang yang dipaksa takut dan bimbang dengan ugutan berkenaan dan
yakin bahawa orang yang melakukan ugutan itu akan melaksanakan
ugutannya jika dia tidak melakukan apa yang dipaksa olehnya.
(c) Ugutan yang dibuat melibatkan ancaman terhadap nyawa orang yang
dipaksa, atau kecederaan terhadap salah satu anggotanya atau mungkin
dalam bentuk ditahan atau dipukul. FuqahaÊ SyafiÊi, Hanbali dan
sebahagian Hanafi mengganggap paksaan dikira ada jika ugutan tersebut
berbentuk merosakkan harta dengan syarat kerosakan tersebut adalah
banyak. Menurut fuqahaÊ Hanafi, jika ugutan itu melibatkan isteri orang
yang dipaksa atau mahramnya, paksaan juga dikira telah berlaku.
Manakala Hanbali pula menyatakan paksaan telah ada jika ugutan yang
dibuat melibatkan keselamatan anak orang yang dipaksa.
Al-Zuhayli (1997) menyatakan dua syarat lain selain syarat-syarat di atas iaitu:
(a) Perkara yang menjadi ugutan akan dilakukan segera iaitu semasa paksaan
dibuat dan bukannya pada masa akan datang. Oleh itu, jika A memaksa B
untuk menandatangani suatu perjanjian dan mengugut akan
membunuhnya minggu berikutnya, maka dalam keadaan ini paksaan
dikira tidak berlaku.
(b) Paksaan itu bukanlah paksaan secara sah atau bukan yang diakui agama
atau undang-undang. Oleh itu, jika mahkamah mengeluarkan perintah
supaya harta orang muflis dijual bagi menjelaskan segala hutangnya, maka
dalam situasi ini paksaan tersebut adalah paksaan yang sah di sisi agama
dan undang-undang.
AKTIVITI 7.3
Pandangan pertama
Mengikut pandangan ini, akad yang dilakukan secara paksaan adalah tidak sah,
tidak kira sama ada akad tersebut merupakan akad yang boleh difasakh seperti
jual beli atau yang tidak boleh difasakh seperti akad nikah.
Pandangan ini dikemukakan oleh fuqahaÊ Maliki, SyafiÊi dan Hanbali. Alasan
kepada pandangan mereka ialah:
Ç⎯≈yϑƒM}$$Î/ B⎦È⌡ϑ
y ôÜãΒ …çμç6ù=s%uρ oνÌò2é& ô⎯tΒ ÿωÎ)
(c) Akad tidak sah jika tidak disertai niat untuk melakukannya. Oleh sebab
itulah, tindakan orang gila atau kanak-kanak tidak diambil kira kerana
golongan ini tidak mempunyai niat yang boleh diiktiraf. Begitu juga
dengan orang yang dipaksa, dia tidak mempunyai niat untuk melakukan
apa yang dipaksa ke atasnya. Apa yang dilakukannya dalam situasi
tersebut semata-mata untuk menyelamatkan dirinya daripada ancaman
dan ugutan yang ditujukan kepadanya.
Pandangan Kedua
Pandangan ini membezakan antara paksaan yang berlaku dalam akad yang
boleh difasakh dan akad yang tidak boleh difasakh. Menurut pandangan ini, jika
seseorang itu dipaksa untuk melakukan akad yang boleh difasakh, maka akad
tersebut dianggap fasid sahaja dan bukannya batal. Maksudnya di sini, jika
keadaan paksaan sudah tidak wujud, dan pihak yang berakad secara paksa
sebelumnya menyatakan persetujuannya untuk meneruskan akad yang
dibuatnya sebelum ini, maka akad tersebut dikira sah. Ini bermakna ia tidak
perlu melakukan akad kali kedua bagi meneruskan akad yang dilakukan
sebelum ini. Dia hanya perlu menyatakan persetujuannya sahaja apabila paksaan
sudah tiada.
Jika seseorang itu dipaksa melakukan akad yang tidak boleh difasakh seperti
akad nikah dan talak, maka akad tersebut tetap sah. Ini kerana akad-akad ini jika
dilakukan dengan bersungguh-sungguh atau secara main-main sekalipun, ia
tetap sah. Para fuqahaÊ berhujah dengan hadis Rasulullah s.a.w:
Antara perkara yang boleh mencacatkan akad ialah al-ghalat (kesilapan), al-
ghabn (kerugian), al-taghrir (penipuan) dan al-ikrah (paksaan).
Al-ghalat ialah kesilapan tanggapan terhadap subjek akad sama ada
kesilapan itu terhadap fizikal subjek akad atau terhadap sifatnya.
Kesilapan boleh berlaku dalam dua bentuk iaitu secara tersembunyi dan
secara nyata.
Kesilapan tersembunyi adalah kesilapan yang hanya tersimpan di hati pihak
berkenaan. Kesilapan nyata pula ialah kesilapan yang dinyatakan semasa
akad dilakukan.
Akad yang dilakukan tetap sah jika kesilapan itu hanya berbentuk kesilapan
tersembunyi.
Akad terbatal jika berlaku kesilapan secara nyata dan ia berlaku ke atas
fizikal subjek akad. Ini kerana apabila berlaku kesilapan pada fizikal akad,
maka akad itu dilakukan tanpa subjek akad sebenarnya.
Akad tetap sah walaupun kesilapan adalah secara nyata sekiranya kesilapan
itu hanya berkaitan dengan sifat subjek akad semata-mata.
Al-ghabn atau kerugian dianggap berlaku apabila tidak ada apa yang
diterima daripada orang lain atau barang tidak sepadan dengan apa yang
diberi kepadanya.
Kerugian terbahagi kepada dua iaitu kerugian yang sedikit dan kerugian
yang banyak.
Suatu kerugian dikira banyak apabila harga jualannya tidak termasuk dalam
nilai yang diberi oleh para jurunilai yang dirujuk.
Orang yang hanya mengalami kerugian yang sedikit tidak boleh
menfasakhkan akad. Akan tetapi jika kerugian tersebut berpunca daripada
penipuan, sebahagian fuqahaÊ mengatakan pihak yang mengalami kerugian
boleh menfasakhkan akad dan sebahagian yang lain menyatakan sebaliknya.
Jika kerugian yang dialami adalah banyak dan ia berpunca daripada
penipuan, fuqahaÊ sepakat mengatakan pihak yang rugi boleh menfasakhkan
akad.
Penipuan yang berlaku dalam akad membolehkan orang yang ditipu
menfasakhkan akad dengan syarat pihak yang tertipu tidak menyedari
penipuan tersebut semasa berakad.
Sebahagian fuqahaÊ mengatakan paksaan akan menyebabkan akad terbatal
tidak kira sama ada akad berkenaan termasuk dalam kategori akad yang
boleh difasakh ataupun tidak.
Sebahagian fuqahaÊ mengatakan akad tetap sah walaupun ada unsur
paksaan jika sekiranya akad tersebut adalah akad yang tidak boleh difasakh.
Jika paksaan berlaku dalam akad yang boleh difasakh, akad tersebut hanya
dikira fasid sahaja iaitu akad tersebut akan bertukar menjadi sah jika
persetujuan diberi setelah paksaan berakhir.
Faizah Haji Ismail. (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
PENGENALAN
Para pelajar sekalian, dalam Topik 8 ini kita akan membicarakan tentang Khiyar
atau dalam bahasa Melayunya ialah pilihan. Untuk pengetahuan anda, dalam
sistem muamalat Islam, pihak yang berakad diberi pilihan sama ada untuk
meneruskan akad atau menfasakhkannya iaitu membatalkannya jika berlaku
perkara-perkara yang membolehkannya berbuat demikian. Dalam
membicarakan topik Khiyar ini, kita akan memperkatakan tentang empat jenis
Khiyar iaitu Khiyar syarat, Khiyar taÊyin, Khiyar ruÊyah dan Khiyar Âayb.
Huraian terperinci tentang setiap Khiyar ini akan dibuat terutama yang
melibatkan tentang syarat-syarat dan perkara-perkara yang menamatkan atau
mengugurkan hak Khiyar ini.
Daripada pengertian di atas, dapat kita fahami bahawa Khiyar syarat ini secara
khususnya merujuk kepada pilihan untuk meneruskan akad yang telah dibuat
atau menfasakhkannya. Hak ini mungkin hanya diberi kepada salah seorang
daripada pihak yang berakad atau mungkin kedua-duanya sekali. Malah, hak ini
mungkin diberi kepada orang lain seperti wakil yang dilantik oleh pihak yang
berakad (Syibir, 2004).
AKTIVITI 8.1
Sila berkongsi pengalaman dengan rakan anda tentang perkara-perkara
berikut:
(a) Anda atau rakan anda diberi pilihan untuk meneruskan akad atau
sebaliknya dalam tempoh tertentu.
(b) Anda atau rakan anda memberi pilihan kepada pihak lain yang
berakad dengan anda atau rakan anda sama ada untuk
meneruskan akad atau sebaliknya untuk tempoh tertentu.
Apabila akad lazim yang boleh difasakh ini mengandungi Khiyar syarat, ia akan
membolehkan pihak yang memiliki hak Khiyar untuk menfasakhkan akad pada
bila-bila masa dalam tempoh yang ditetapkan. Jika anda teliti maksud asal akad
lazim, anda tentu dapat faham bahawa salah satu pihak yang berakad tidak
boleh menfasakhkan akad tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada
pihak yang lain. Walau bagaimanapun, apabila akad jenis ini mengandungi
Khiyar syarat, maka pihak yang memiliki Khiyar ini boleh menfasakhkan akad
dan dia tidak perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan pihak satu lagi.
Dengan lain perkataan, Khiyar syarat ini menjadikan akad berkenaan tidak lazim
atau tidak mengikat pihak yang mendapat hak Khiyar berkenaan. Justeru, pihak
Namun, Khiyar syarat ini tidak boleh dilakukan atau diletakkan dalam akad
yang tidak lazim seperti akad wakalah (perwakilan), pinjaman (iÊarah), hibah
(pemberian) dan lain-lain. Ini kerana akad yang tidak lazim sememangnya akad
yang memberi hak kepada pihak yang berakad untuk menfasakhkan akad pada
bila-bila masa tanpa perlu mendapat persetujuan pihak yang lain. Oleh itu, akad
jenis ini tidak memerlukan Khiyar syarat kerana sudah menjadi sifat asal akad
tersebut boleh difasakh pada bila-bila masa oleh salah seorang pihak yang
berakad.
Khiyar syarat ini juga tidak boleh diletakkan dalam akad lazim yang sama sekali
tidak boleh difasakh seperti akad nikah dan khuluÊ (tebus talak). Anda tentu
merasa keliru apabila dikatakan akad nikah tidak boleh difasakh. Saya ingin
jelaskan kepada anda bahawa apabila kita memperkatakan suatu akad itu boleh
difasakh, ini bermakna akad tersebut adalah akad yang boleh dibatalkan oleh
salah seorang pihak yang berakad. Dari segi hukum, akad yang batal tidak
melahirkan apa-apa implikasi atau kesan. Dalam konteks akad nikah
sememangnya ia tidak boleh difasakh walaupun dengan persetujuan kedua-dua
belah pihak. Pembubaran perkahwinan hanya boleh dibuat dengan lafaz talak
oleh suami atau fasakh oleh pihak hakim/qadi. Walau bagaimanapun,
perceraian yang berlaku tidak mengecualikan suami dari menunaikan hak yang
sabit untuk isteri hasil daripada perkahwinan tersebut seperti mahar dan nafkah
jika ia masih belum dijelaskan dalam tempoh perkahwinan (Zaydan, 1969). Ini
berbeza dengan akad jual beli. Apabila difasakh, akad jual beli akan terbatal dan
tiada apa-apa implikasi akan lahir daripadanya. Oleh itu penjual tidak
bertanggungjawab untuk menyerahkan barang yang dijual dan pembeli juga
tidak bertanggungjawab untuk membuat bayaran. Semoga anda jelas dengan
apa yang telah diterangkan berhubung akad lazim yang boleh difasakh dan akad
lazim yang tidak boleh difasakh.
Sila rujuk Jadual 8.1 bagi memudahkan anda mengingati jenis akad yang boleh
menerima Khiyar syarat.
Jadual 8.1: Jenis Akad yang Boleh dan Tidak Boleh Menerima Khiyar Syarat
Jenis Akad Contoh Boleh atau Tidak Khiyar Syarat
Akad lazim yang boleh
Jual beli, sewa Boleh
difasakh
Akad lazim yang tidak
Nikah, tebus talak Tidak boleh
boleh difasakh
Akad tidak lazim Hibah, wakalah Tidak boleh
Sebelum kita membincangkan jenis Khiyar seterusnya, sila uji kefahaman anda
dengan membuat Semak Kendiri 8.1.
Hak yang diberi kepada salah satu pihak yang berakad untuk memilih dan
menentukan salah satu daripada tiga barang yang berbeza harga dan
spesifikasinya sebagaimana yang dinyatakan dalam akad. (Zaydan, 1969, al-
Zuhayli,1997).
Sebagai contoh, A menawarkan kepada B untuk menjual salah satu daripada dua
helai baju. Setiap baju dinyatakan harganya. Dalam hal ini, B boleh memilih dan
menentukan baju mana yang hendak dibeli. Apabila penentuan telah dibuat,
maka baju yang dipilih itulah yang menjadi subjek kepada akad berkenaan.
Khiyar ini hanya boleh dibuat dalam akad yang ada balasan (imbalan/tukar
ganti) seperti akad jual beli, sewaan dan seumpamanya. Menurut pandangan
yang paling jelas dalam mazhab Hanafi, hak ini hanya diberi kepada pembeli
sahaja (Zaydan, 1969, al-Zuhayli, 1997).
Khiyar taÊyin ini hanya diharuskan oleh fuqahaÊ mazhab Hanafi sahaja.
Manakala fuqahaÊ lain termasuk Syafii, Khiyar ini tidak diharuskan kerana
terdapat subjek akad tidak diketahui. Al-Zuhayli (1997) menjelaskan bahawa
Khiyar ini diharuskan oleh mazhab Hanafi kerana ia satu keperluan. Keperluan
ini dapat dilihat jika pihak yang berkenaan tidak mempunyai kepakaran dalam
memilih yang terbaik antara dua atau tiga benda yang ditawarkan. Oleh itu, ia
memerlukan masa untuk memberinya peluang untuk bertanya kepada mereka
yang pakar. Menurut al-Zuhayli lagi, walaupun sebelum penentuan dibuat
subjek akad tidak diketahui tetapi unsur jahalah (tidak diketahui) itu tidak
membawa kepada pertelingkahan kerana harga bagi setiap barang yang
ditawarkan kepada pembeli telah ditentukan.
(a) Barang yang hendak dipilih hendaklah tidak lebih daripada tiga. Ini kerana
pada kebiasaannya setiap barang hanya tergolong dalam tiga kategori iaitu
barang yang elok, sederhana atau tidak elok. Oleh itu tiga barang sahaja
sudah memadai untuk menentukan antara tiga kategori barang berkenaan.
(b) Benda yang hendak dipilih itu tidak sama antara satu sama lain dari segi
nilai dan spesifikasi. Harga bagi setiap barang berkenaan juga hendaklah
ditentukan. Ini kerana jika ia mempunyai persamaan antara satu sama lain,
maka tidak ada makna untuk membuat penentuan. Harga setiap barang
perlu ditentukan demi mengelak daripada unsur jahalah yang boleh
mencetuskan pertikaian antara pihak yang berakad. Jika ada unsur jahalah,
akad tidak sah.
(c) Tempoh untuk membuat pilihan hendaklah ditentukan. Bagi Abu Hanifah,
tempoh berkenaan hendaklah tidak melebihi tiga hari. Walau
bagaimanapun bagi Abu Musa dan Muhammad (kedua-duanya anak
murid Abu Hanifah), tiada had tempoh maksimum. Yang penting,
tempohnya disebut secara jelas walaupun ia melebihi tiga hari.
Untuk pengetahuan anda, jika Khiyar taÊyin ini tidak disertai dengan
Khiyar syarat, pihak yang berakad terikat untuk meneruskan akad
berkenaan (al-Zuhayli, 1997). Ini bermakna, pihak yang berkontrak tidak
diberi pilihan sama ada untuk meneruskan akad atau sebaliknya. Namun
demikian, jika Khiyar taÊyin ini disertai juga dengan Khiyar syarat, maka
pihak yang mendapat kedua-dua Khiyar berkenaan boleh membuat dua
pilihan:
(i) Memilih dan menentukan mana satu barang yang dia bersetuju untuk
membelinya; dan
(ii) Memilih untuk meneruskan akad atau menfasakhkannya.
(a) Pihak yang berkenaan telah membuat keputusan barang mana satukah
yang menjadi pilihannya tidak kira sama ada keputusan itu dibuat secara
langsung atau tidak langsung. Contoh pernyataan secara langsung ialah
pembeli menyebut secara jelas barangan yang dipilihnya. Manakala
pernyataan secara tidak langsung ialah seperti pembeli melakukan sesuatu
pada salah satu barang berkenaan sehingga dapat difahami bahawa dia
telah memilih barang tersebut untuk dibeli.
(b) Berlaku kerosakan pada salah satu barang yang ditawar oleh penjual atau
berlaku sesuatu perkara yang menghalang barang tersebut daripada
dipulangkan kepada penjual. Kedua-dua perkara ini apabila berlaku di
tangan pihak yang mempunyai hak memilih tersebut mengakibatkan
berakhirnya Khiyar taÊyin tersebut.
Hak yang diberi kepada pembeli untuk memilih sama ada hendak
meneruskan akad atau menfasakhkannya setelah melihat subjek akad,
sekiranya barang tersebut belum dilihat semasa akad dilakukan atau
sebelumnya, dalam tempoh yang pada kebiasaannya barang tersebut
tidak mengalami perubahan (al-Zuhayli,1997).
Dalam situasi kedua, jarak masa di antara melihat dan membuat akad hendaklah
pendek di mana dalam tempoh tersebut pada kebiasaannya tidak akan berlaku
perubahan pada barang berkenaan. Ini kerana jika dia telah melihat barang
tersebut dalam tempoh berkenaan, maka dia tidak lagi mempunyai hak Khiyar
berkenaan.
Hak Khiyar ini akan diperoleh tidak kira sama ada gambaran atau spesifikasi
barang berkenaan telah diberi oleh penjual ataupun sebaliknya (Syibir, 2004).
Untuk pengetahuan anda, Khiyar ruÊyah ini diharuskan oleh sebahagian besar
para fuqahaÊ termasuk fuqahaÊ Hanafi dan Maliki. Ia juga merupakan qawl
qadim (pandangan lama) dalam mazhab SyafiÊi dan salah satu daripada
pandangan fuqahaÊ Hanbali. Antara hujah mereka ialah berdasarkan hadis
Rasulullah s.a.w :
إن ﺷﺎء أﺧﺬﻩ وإن ﺷﺎء ﺗﺮآﻪ، ﻓﻠﻪ اﻟﺨﻴﺎر إذا رﺁﻩ،ﻣﻦ اﺷﺘﺮى ﻣﺎ ﻟﻢ ﻳﺮﻩ
Maksudnya: „Sesiapa yang membeli tanpa melihatnya terlebih dahulu,
baginya Khiyar apabila melihatnya, sekiranya ia mahu dia boleh teruskan
dan jika tidak, ia boleh meninggalkannya (membatalkan akad).‰
Khiyar ruÊyah ini tidak diharuskan oleh SyafiÊi iaitu mengikut qawl jadid
(pandangan baru) dan ia juga salah satu daripada pandangan fuqahaÊ Hanbali.
Ini kerana mereka berpandangan tidak harus berakad ke atas sesuatu yang tidak
ada semasa akad dilakukan. Ini sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis
Rasulullah s.a.w :
Sebarang jual beli barang yang belum ada semasa akad dilakukan tetapi ia boleh
diserah pada masa yang ditetapkan, adalah tidak termasuk dalam kategori
gharar yang dilarang. Ini kerana keupayaan untuk membuat serahan dapat
menghalang daripada berlakunya pertelingkahan antara pihak yang berkontrak.
(a) Barang yang menjadi subjek akad belum dilihat atau dikenal pasti oleh
pihak yang berakad semasa akad dilakukan atau sebelumnya.
Apa yang dimaksudkan dengan melihat di sini bukan sekadar
memandangnya tetapi konsep melihat ini termasuk juga menyentuh,
menghidu atau merasai barang berkenaan. Dengan perkataan lain, barang
tersebut dikenal pasti betul-betul dan bukan sekadar memandang kepada
barang berkenaan sahaja. Cara mengenal pasti subjek akad berbeza
mengikut tabiat dan cara penggunaannya.
Konsep melihat atau mengenal pasti juga dikira telah berlaku sebelum
akad dilakukan jika barang tersebut masih tidak mengalami apa-apa
perubahan dalam tempoh ia mula melihatnya hingga akad dilakukan.
Namun demikian, jika ia telah melihatnya sebelum akad dan tempohnya
sudah lama di mana telah berlaku perubahan pada barang berkenaan,
maka dalam hal ini, Khiyar ruÊyah masih boleh dilakukan. Ini kerana jika
barang tersebut sudah lama dilihat dan ia telah mengalami perubahan
sebelum akad dilakukan, ia dianggap seolah-olah belum melihatnya
semasa akad dilakukan.
(b) Barang yang menjadi subjek akad hendaklah terdiri daripada jenis yang
boleh ditentukan atau dalam istilah bahasa Arabnya disebut yataÊayyan bi
al-taÊyin.
Bagi memudahkan anda memahami konsep „boleh ditentukan‰ di sini, sila
amati contoh berikut. A telah pergi ke kedai untuk membeli buku tertentu.
Di kedai tersebut terdapat sepuluh buah buku yang sama tajuk dan
pengarangnya sebagaimana dikehendaki oleh A. Jika A memilih salah satu
daripadanya, maka buku yang diambil itulah yang menjadi subjek akad.
Penjual tidak boleh sewenang-wenangnya menukarkan dengan buku lain
walaupun tajuk dan pengarangnya adalah sama. Ini kerana walaupun
buku-buku tersebut sama dari segi tajuk dan pengarangnya, tetapi subjek
akad yang diredhai oleh A hanyalah buku yang telah ditentukan olehnya.
Dalam perbincangan fiqh, benda yang tidak termasuk dalam kategori yang
boleh ditentukan ialah mata wang. Sebagai contoh wang kertas RM5.
Walaupun berbeza nombor siri atau rupa paras iaitu yang baru atau yang
lusuh, nilainya tetap RM5. Oleh itu, jika A menunjukkan bayaran perlu
dibuat dengan wang kertas RM5 tertentu, pihak yang membayar tidak
terikat untuk memberi wang kertas RM5 yang ditunjuk oleh A. Malah, dia
boleh membuat bayaran dengan mana-mana nombor siri asalkan nilainya
ialah RM5.
(c) Khiyar ruÊyah hendaklah hanya diberi kepada mereka yang akan
menerima hak milik seperti pembeli. Oleh itu, penjual tidak mempunyai
hak untuk melakukan Khiyar ruÊyah ini.
(d) Akad yang dilakukan hendaklah terdiri daripada akad yang boleh difasakh
seperti akad jual beli. Jika akad tersebut bukan daripada jenis yang boleh
menerima fasakh, maka Khiyar ruÊyah tidak boleh dilakukan.
(e) Khiyar ruÊyah hanya boleh dilaksanakan setelah pembeli melihat barang
yang dibeli. Maksudnya di sini, sebarang keputusan sama ada hendak
meneruskan atau menfasakhkan akad yang telah dibuat hanya boleh
dilakukan setelah barang berkenaan dilihat. Ini kerana, selagi mana ia tidak
melihat barang yang sudah dibeli, selagi itulah dia tidak boleh membuat
pilihan.
Diharap anda tidak keliru dengan penjelasan sebelum ini iaitu hak ini
hanya diperolehi jika pembeli tidak melihat barang tersebut sebelum akad
dilakukan. Syarat kelima ini bermaksud, setelah pembeli mendapat hak
tersebut disebabkan oleh barangan yang dibeli masih belum lagi dilihatnya
semasa akad, hak tersebut hanya boleh dilaksanakan setelah dia melihat
sendiri barangan yang dinyatakan oleh penjual semasa akad dilakukan.
(a) Pihak yang mempunyai hak Khiyar tersebut telah menyatakan kerelaannya
untuk meneruskan akad berkenaan sama ada dinyatakan secara perkataan
atau perbuatan. Contoh pernyataan secara perbuatan ialah pembeli tidak
memulangkan kembali barang berkenaan setelah melihatnya. Perbuatan ini
menunjukkan pembeli bersetuju dengan barang berkenaan.
(b) Barang yang menjadi subjek akad telah rosak semasa ia berada di tangan
orang yang mempunyai hak Khiyar tersebut sama ada kerosakan itu dalam
bentuk yang menyeluruh atau hanya sebahagian sahaja. Ini kerana, apabila
berlaku kerosakan, barang tersebut tidak mungkin dikembalikan dalam
bentuknya yang asal kepada penjual.
(c) Pihak yang mempunyai hak Khiyar tersebut meninggal dunia sebelum
sempat ia membuat pilihan. Ini merujuk kepada pandangan mazhab
Hanafi. Tetapi merujuk kepada pandangan Maliki, Syafii dan Hanbali, hak
ini akan berpindah kepada warisnya.
(d) Pihak yang mempunyai hak Khiyar tersebut tidak segera membuat
keputusan sebaik sahaja melihat barang yang dibelinya sebelum ini. Ini
kerana, apabila dia tidak menfasakhkan akad sebaik sahaja melihat barang
berkenaan membuktikan bahawa dia bersetuju untuk meneruskan akad
tersebut.
Hak untuk menfasakhkan akad atas sebab-sebab kecacatan yang ada pada
subjek akad (Faizah, 1995).
Menerusi definisi tersebut, kita dapat memahami bahawa pihak yang berakad
mempunyai hak ini apabila dia mendapati ada kecacatan pada subjek akad. Hak
Khiyar ini sebenarnya hanya diperolehi oleh pihak yang akan mendapat hak
milik seperti pembeli atau penyewa dan bukannya pihak yang memberi hak
milik seperti penjual atau pemilik barang sewaan. Ini kerana, penjual atau
pemilik barang sewaan tidak mengalami apa-apa kerugian jika barang yang
dijual atau yang disewa ada kecacatan. Walau bagaimanapun, jika pembeli
membeli sesuatu dan mendapati ada kecacatan pada barang yang dibeli, tentu
sekali dia merasa tidak puas hati. Ini bermakna, kecacatan tersebut boleh
menjejaskan kerelaannya untuk meneruskan akad berkenaan. Oleh itu, bagi
mempastikan bahawa akad yang dilakukan itu benar-benar berasaskan kerelaan
hati pihak yang berakad, maka Khiyar Âayb ini diharuskan dalam Islam.
AKTIVITI 8.2
(a) Kecacatan tersebut telah ada sebelum barang berkenaan diserahkan kepada
orang yang bakal memiliki barang tersebut, misalnya pembeli. Apa yang
penting dalam masalah ini ialah kecacatan tersebut berlaku sebelum barang
tersebut diterima oleh pihak yang berakad, tidak kira sama ada ia berlaku
selepas atau sebelum akad dilakukan.
Syarat kedua ini menjelaskan kepada kita bahawa terdapat dua bentuk
kecacatan yang membolehkan pihak yang berkontrak memiliki Khiyar Âayb
iaitu kecacatan yang mengurangkan nilai subjek akad dan kecacatan yang
menghalang pihak berkenaan menggunakan subjek akad tersebut.
(c) Kecacatan tersebut tetap ada dan berterusan sehingga ke saat pihak yang
mendapat hak Khiyar Âayb menfasakhkan akad. Jika kecacatan tersebut
hilang sebelum pihak berkenaan menfasakhkan akad, maka hak Khiyar
Âayb tersebut akan gugur.
(d) Pihak yang mendapat hak Khiyar berkenaan tidak mengetahui tentang
kecacatan tersebut semasa melakukan akad. Jika dia telah mengetahui
kecacatan tersebut dan rela menerima kecacatan tersebut, maka dia tidak
mempunyai hak Khiyar Âayb.
(e) Ketika berakad, pihak yang memberi milik contohnya penjual, tidak
mensyaratkan dia tidak bertanggungjawab terhadap apa jua kecacatan
yang ada pada subjek akad. Ini kerana, apabila dia meletakkan syarat
sedemikian dan pihak satu lagi bersetuju untuk meneruskan akad,
maknanya dia sedia menerima apa jua kecacatan yang mungkin ada pada
subjek akad. Oleh itu dalam situasi ini, pihak yang akan memiliki subjek
akad tidak lagi mempunyai hak Khiyar Âayb tidak kira sama ada penjual
tersebut semasa membuat syarat berkenaan mengetahui tentang kecacatan
berkenaan atau sebaliknya. Ini adalah pandangan fuqahaÊ Hanafi.
(f) Akad yang boleh difasakh atas asas Khiyar Âayb ini hendaklah akad yang
ada balasan (Âuqud muÊawadah) seperti akad jual beli dan subjek akad
berkenaan mestilah yang boleh ditentukan seperti rumah dan sebagainya.
Oleh itu, Khiyar Âayb tidak boleh dilakukan pada akad sukarela (tabarruÊat)
seperti hibah (pemberian secara percuma). Begitu juga Khiyar Âayb tidak
dapat dilakukan jika subjek akad bukan dari jenis yang boleh ditentukan
seperti mata wang. Diharap anda masih ingat penjelasan tentang perkara
ini dalam perbincangan berkenaan Khiyar taÊyin.
(a) Pihak yang mendapat hak Khiyar tersebut bersetuju atau rela terhadap
kecacatan berkenaan tidak kira sama ada persetujuan tersebut dinyatakan
secara jelas atau ia dapat difahami sedemikian. Contoh persetujuan secara
jelas ialah pembeli berkata: „Saya setuju membeli barang ini walaupun ada
kecacatan padanya.‰ Contoh persetujuan secara fahaman ialah pembeli
menggunakan atau menjual barang berkenaan atau menghadiahkannya
kepada seseorang.
(b) Subjek akad telah musnah atau berlaku kecacatan baru sebelum pembeli
sempat mengembalikan semula barang tersebut kepada penjual. Apabila
subjek akad musnah atau berlaku kecacatan baru, walau apa jua sebabnya,
maka dalam situasi ini pembeli tidak lagi memiliki hak Khiyar Âayb. Ini
kerana pembeli tidak dapat mengembalikan semula barang tersebut
kepada penjual dalam bentuknya yang asal semasa menerimanya daripada
penjual.
(c) Berlaku pertambahan atau perubahan pada subjek akad setelah diterima
oleh pembeli. Pertambahan tersebut mungkin dalam bentuk yang terasing
(terpisah atau tersendiri) seperti lembu yang dibeli telah melahirkan anak
atau dalam bentuk yang tidak terpisah seperti pembeli telah mencelup kain
yang dibeli dengan warna lain.
(d) Pembeli lewat mengembalikan semula barang yang rosak kepada penjual
dan kelewatan itu bukan kerana sebab-sebab yang munasabah. Ini kerana
perbuatan melengah-lengahkan pemulangan barang berkenaan kepada
penjual menunjukkan pembeli bersetuju dengan kecacatan yang ada pada
barang berkenaan.
(a) Barang tersebut mengalami kecacatan baru di samping kecacatan lama atau
asal semasa ia berada di tangan pembeli. Kecacatan tersebut pula berlaku
bukan disebabkan oleh pembeli, tidak kira sama ada sebelum dia
mengetahui wujudnya kecacatan asal atau selepasnya.
Saya harap anda telah memahami bahawa pembeli hanya boleh menfasakhkan
akad jika kecacatan tersebut adalah kecacatan asal iaitu yang berlaku sebelum
barang tersebut diserah kepadanya. Apabila berlaku kecacatan baru, pembeli
tidak dapat memulangkan kembali barang yang dibelinya seperti keadaan asal.
Apabila ia tidak dapat memulangkan kembali barang berkenaan dan tidak boleh
menggunakan hak Khiyar Âayb, maka Islam memberinya ruang untuk membuat
tuntutan ganti rugi ke atas kecacatan asal yang berlaku sebelum barang
berkenaan diserah kepadanya. Maksudnya di sini, pembeli boleh meminta
penjual untuk mengembalikan semula sebahagian harga barang berkenaan.
Bagi menentukan berapakah jumlah ganti rugi tersebut, pihak berkenaan perlu
menentukan nilai subjek akad yang tidak ada kecacatan tersebut dan nilai
tersebut adalah mengikut nilai semasa akad dilakukan. Selepas itu ditentukan
pula nilai barang berkenaan jika ada kecacatan tersebut dan nilai ini juga perlu
mengikut nilai semasa akad dilakukan. Perbezaan nilai tersebut dijadikan asas
kepada jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh penjual. Sebagai contoh, jika
nilai subjek akad yang tiada kecacatan pada tarikh akad dilakukan ialah
RM1,000, dan nilainya dengan kecacatan tertentu adalah RM800, maka
perbezaan antara dua nilai tersebut ialah RM200 atau 1/5. Oleh itu jika barang
tersebut telah dijual dengan harga RM600, maka pembeli berhak menuntut
semula sebanyak 1/5 daripada RM600 iaitu sebanyak RM120 (Zaydan, 1969).
Khiyar syarat ialah hak untuk membuat pilihan sama ada membatalkan akad
atau meneruskannya, yang diberi kepada salah satu pihak yang berakad atau
kedua-duanya sekali atau pihak lain untuk tempoh tertentu apabila Khiyar
tersebut dinyatakan atau disyaratkan dalam akad.
Khiyar ini hanya diperolehi apabila ia disyaratkan atau disebut dalam akad
secara jelas.
Para fuqahaÊ sepakat mengharuskan Khiyar syarat tetapi berbeza pandangan
dari segi tempohnya.
Khiyar syarat hanya boleh berlaku dalam akad yang lazim dan boleh
menerima fasakh seperti akad jual beli.
Khiyar syarat akan berakhir apabila berlaku salah satu daripada empat
perkara iaitu pihak yang memiliki Khiyar berkenaan telah membuat
keputusan meneruskan akad atau sebaliknya, tempoh Khiyar telah tamat,
pihak yang memiliki Khiyar tersebut meninggal dunia, dan subjek akad
mengalami kerosakan semasa ditangan pihak yang memiliki Khiyar tersebut.
Khiyar taÊyin ialah hak yang diberi kepada salah seorang pihak yang berakad
untuk memilih dan menentukan salah satu daripada tiga barang yang
berbeza harga dan spesifikasinya sebagaimana yang dinyatakan dalam akad.
Khiyar taÊyin hanya diharuskan oleh fuqahaÊ Hanafi sahaja.
Syarat Khiyar taÊyin ada tiga iaitu :
– Barang yang hendak dipilih tidak melebihi tiga;
– Ditentukan tempoh tertentu; dan
ă Setiap benda yang hendak dipilih berbeza dari segi sifat atau spesifikasi
dan harga setiap benda tersebut ditentukan.
Khiyar taÊyin akan berakhir apabila pembeli telah membuat pilihan atau
apabila berlaku kerosakan pada salah satu barang berkenaan semasa ia
berada di tangannya.
Khiyar ruÊyah ialah hak yang diberi kepada pembeli untuk memilih sama
ada hendak meneruskan akad atau menfasakhkannya setelah melihat subjek
akad, sekiranya barang tersebut belum dilihat semasa akad dilakukan atau
sebelumnya dalam tempoh yang pada kebiasaannya barang tersebut tidak
mengalami perubahan.
Pembeli mempunyai hak Khiyar ruÊyah apabila berlaku salah satu daripada
dua perkara berikut:
– Subjek akad tersebut belum dilihat semasa akad dilakukan, atau
– Subjek akad belum dilihat sebelum akad dilakukan dalam tempoh yang
secara kebiasaannya tiada perubahan akan berlaku pada subjek akad
berkenaan
Khiyar ruÊyah mempunyai lima syarat iaitu:
– Barang tersebut belum dilihat semasa atau sebelum akad dilakukan;
– Barang yang menjadi subjek akad hendaklah terdiri daripada jenis yang
boleh ditentukan;
– Hanya diberi kepada mereka yang akan menerima hak milik seperti
pembeli;
– Hanya boleh dilaksanakan setelah pembeli melihat barang yang telah
diakadkan sebelumnya; dan
– Akad yang dilakukan hendaklah terdiri daripada akad yang boleh
difasakh seperti akad jual beli
Khiyar ruÊyah akan tamat dengan berlakunya salah satu daripada empat
perkara iaitu:
– Pemilik Khiyar (pembeli) telah menyatakan persetujuan untuk
meneruskan akad;
– Berlaku kerosakan pada subjek akad semasa di tangan pembeli;
– Pemilik Khiyar meninggal dunia; dan
– Pemilik Khiyar tidak segera membuat keputusan sebaik sahaja melihat
barang yang dibeli.
Khiyar Âayb ialah hak untuk menfasakhkan akad atas sebab-sebab kecacatan
yang ada pada subjek akad.
Khiyar Âayb ada enam syarat iaitu:
– Kecacatan tersebut telah ada sebelum barang berkenaan diserahkan
kepada orang yang bakal memiliki barang tersebut, misalnya pembeli;
– Kecacatan tersebut mengurangkan nilai barang berkenaan menurut
pandangan atau Âurf (adat kebiasaan) para peniaga atau menyebabkan
pihak yang akan memiliki barang berkenaan tidak dapat
menyempurnakan matlamat sebenar memiliki barang berkenaan;
– Kecacatan tersebut tetap ada dan berterusan sehingga ke saat pihak yang
mendapat hak Khiyar Âayb menfasakhkan akad;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
150 TOPIK 8 KHIYAR
Faizah Haji Ismail. (1995). Asas-asas muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
PENGENALAN
Para pelajar sekalian, saya mendoakan anda semua dapat memahami kesemua
topik yang telah saya jelaskan sebelum ini. Dalam Topik 9 kali ini, saya akan
memberikan penjelasan berhubung akad-akad yang diiktiraf dalam Islam. Akad-
akad yang akan saya jelaskan nanti merupakan akad-akad yang sudah diberikan
namanya atau disebut juga sebagai akad penama (Âuqud musamma). Kesemua
akad-akad berkenaan akan dibincang mengikut jenis masing-masing.
Perbincangan kita akan bermula dengan jenis-jenis akad yang disebut sebagai
akad muÊawadah iaitu akad yang ada imbalan atau balasan. Selepas itu, saya
akan memperkatakan pula akad-akad tabarruÊ (sukarela) dan akad taÊminat
(jaminan). Semua akad-akad ini hanya disentuh secara ringkas iaitu hanya
meliputi definisi dan syarat-syarat sahaja. Tujuan utama pendedahan tentang
akad-akad ini adalah untuk memberi gambaran umum sahaja dan bukannya
membincangkannya secara terperinci.
Pertukaran sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan
kekal (Al-Khin, et al., 2004)
Daripada pengertian di atas, dapat kita fahami bahawa dalam akad jual beli
perlu berlaku pertukaran harta antara dua pihak yang berakad dan ia
bertujuan untuk pemilikan. Ia juga perlu melibatkan apa yang diiktiraf
sebagai harta menurut Syarak.
Akad jual beli ini adalah akad yang diakui oleh Syarak. Antara perakuan
tersebut ialah firman Allah s.w.t.:
(i) Seorang yang baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan
baik.
Oleh itu, jual beli yang dilakukan oleh kanak-kanak dan orang gila
adalah tidak sah.
Hukum ini hanya dikecualikan dalam kes jual beli yang dilakukan
oleh penjaga (wali) iaitu bapa ke atas harta milik anaknya.
Maksudnya, si bapa boleh bertindak sebagai penjual dan pembeli
dalam urusan jual beli harta anaknya. Ini kerana lazimnya sifat kasih
sayang seorang bapa menafikan kemungkinan si bapa tadi
memperdaya anaknya dalam urusan jual beli berkenaan. Begitu juga
dalam kes jual beli yang dilakukan oleh seorang pemerintah terhadap
harta orang yang dibawah jagaannya.
Memandangkan huraian tentang syarat i, ii dan iii telah diberi dalam Topik
6 yang lalu, maka saya hanya akan fokuskan kepada syarat (iv) dan (v)
sahaja.
Syarat kelima iaitu barang tersebut di bawah kuasa penjual pula membawa
maksud barang yang hendak dijual itu mestilah suatu yang penjual
mempunyai kuasa ke atasnya. Kuasa itu boleh diperolehi jika ia adalah
pemiliknya. Kuasa juga boleh diperolehi jika ia termasuk dalam kategori
penjaga (wali atau wasi) kepada barang orang yang berada di bawah
jagaannya. Selain daripada itu wakil juga termasuk dalam kategori orang
yang mempunyai kuasa ke atas barang jualan jika ia dilantik untuk
melakukan urusan berkenaan.
Begitulah secara ringkas syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi akad jual
beli. Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat banyak jenis jual beli
dan setiap jenis tersebut mempunyai syarat-syaratnya yang khusus. Walau
bagaimanapun, saya tidak dapat membicarakan kesemua jenis-jenis
tersebut. Ini kerana seperti yang telah saya jelaskan dari awal lagi bahawa
perbincangan tentang akad-akad dalam topik ini hanya secara umum dan
ringkas sahaja. Perbincangan ini hanyalah bersifat pengenalan sahaja dan
tidak bertujuan untuk menghuraikan satu persatu secara terperinci.
(iv) Kerja atau tugasan yang diberi kepada orang yang diupah hendaklah
bukan asalnya menjadi kewajipan Syarak bagi pengambil upah
Jika kerja yang dilakukan itu merupakan suatu yang wajib ditunaikan
oleh orang yang diupah walaupun tanpa akad ijarah, maka ia tidak
boleh menjadi subjek akad seperti mengupah seseorang untuk
mengerjakan solat dan sebagainya.
(vi) Manfaat tersebut hendaklah suatu yang diiktiraf oleh adat kebiasaan
Maksudnya di sini, setiap sesuatu sudah diiktiraf atau diakui
manfaatnya yang tersendiri seperti rumah sebagai tempat kediaman,
buku sebagai bahan bacaan dan sebagainya. Oleh itu, akad sewaan
dikira terbatal jika manfaat yang menjadi subjek akad adalah suatu
yang tidak diterima umum atau bukan menjadi amalan kebiasaan
seperti menyewa pokok untuk menyidai pakaian.
AKTIVITI 9.1
(i) Wujud persamaan kadar bagi dua matawang yang sama jenis
Dalam memberi penjelasan tentang syarat ini, saya akan berikan
contoh wang emas iaitu dinar yang digunakan suatu masa dahulu.
Sekiranya dinar ditukar dengan dinar yang lain, maka kedua-dua
dinar berkenaan mestilah sama dari segi berat, sama ada kedua-
duanya telah dibentuk atau salah satu sahaja yang dibentuk. Di
samping itu, pertukaran boleh dibuat walaupun salah satu
daripadanya bermutu tinggi dan yang lain bermutu rendah.
9.2.1 Hibah
(a) Definisi Hibah
(i) Ijab dan qabul hendaklah ada kesinambungan, tidak bersyarat dan
tidak bertempoh
Ini bermakna, tidak boleh wujud selang atau pemisah di antara ijab
dan qabul. Kedua-duanya juga mesti bebas daripada sebarang syarat.
Maka jika A berkata: „Saya hibahkan buku ini kepada awak dengan
(ii) Barang yang hendak dihibah hendaklah ada semasa akad dilakukan
Oleh itu, akad hibah tidak sah jika barang yang hendak dihibah tidak
ada semasa akad dilakukan. Ini kerana akad hibah merupakan akad
pemindahan hak milik secara serta merta. Jika barang hibah tidak
ada, maka perpindahan tidak mungkin berlaku.
(iii) Barang yang hendak dihibah hendaklah bernilai dan dimiliki oleh
pemberi hibah
Oleh itu tidak sah menghibahkan sesuatu yang tidak bernilai seperti
bangkai, arak dan seumpamanya kerana semuanya tidak diiktiraf
sebagai barang bernilai menurut pandangan Syarak. Begitu juga tidak
sah hibah jika menghibahkan sesuatu yang bukan milik pemberi
hibah seperti harta awam dan harta orang lain. Ini kerana akad hibah
ini diperlukan semasa penyerahan. Barang yang bukan hak milik
pemberi hibah tidak mungkin dapat diserah kepada penerima hibah.
9.2.2 Wasiat
(a) Definisi Wasiat
Wasiat boleh dibahagikan kepada dua iaitu wasiat khas dan wasiat am.
Wasiat khas ialah wasiat yang ditujukan kepada orang-orang tertentu yang
terhad bilangannya. Wasiat am pula ialah yang melibatkan penerima yang
ramai seperti wasiat kepada orang miskin, masjid dan seumpamanya.
(iii) Harta yang diwasiatkan hendaklah tidak melebihi satu pertiga (1/3)
daripada harta pewasiat. Jika diwasiatkan melebihi daripada satu
pertiga, maka wasiat tersebut hanya sah setakat satu pertiga sahaja
(H. Idris, 1991).
9.2.3 Wakaf
(a) Definisi wakaf
Wakaf dalam bahasa Arab disebut waqf. Para fuqahaÊ Hanafi memberikan
pengertian yang berbeza dengan pengertian yang diberikan oleh
kebanyakan fuqahaÊ selainnya iaitu Maliki, SyafiÊi dan Hanbali. Walau
bagaimanapun dalam mendefiniskan wakaf ini, saya hanya memilih apa
yang dikemukakan oleh kebanyakan para fuqahaÊ iaitu Maliki, SyafiÊi dan
Hanbali. Menurut mereka wakaf bererti menahan sesuatu harta yang
fizikalnya tetap kekal walaupun setelah dimanfaatkan, daripada digunakan
oleh pewakaf dan diserahkan ke tempat-tempat yang dibenarkan Syarak
sebagai cara mendekatkan diri kepada Allah (al-Zuhayli, 1997, H.Idris,
1991).
Definisi wakaf yang saya telah saya jelaskan tersebut menunjukkan bahawa
apabila seseorang telah mewakafkan hartanya, maka dia tidak boleh lagi
menggunakan harta tersebut. Setelah diwakafkan, harta tersebut akan
menjadi hak Allah. Oleh itu ia tidak boleh dimiliki, dijual, diwariskan atau
dihibahkan kepada sesiapapun.
(i) Harta tersebut hendaklah berbentuk Âayn. Oleh itu tidak sah
mewakafkan hutang misalnya.
Begitu juga tidak sah mewakafkan sesuatu yang tidak kekal lama seperti
mewakafkan makanan, sayuran dan seumpamanya.
(i) Hutang itu hendaklah hutang yang telah sabit dan wajib dibayar
seperti hutang yang terhasil daripada jual beli yang ditangguhkan
bayarannya. Oleh itu, tidak sah menggadai sesuatu ke atas hutang
yang akan sabit pada masa akan datang.
(ii) Hutang tersebut hendaklah hutang yang lazim atau yang akan
menjadi lazim. Suatu hutang dikira lazim apabila ia terhasil daripada
akad yang lazim seperti jual beli yang bebas daripada syarat khiyar.
Walau bagaimanapun, bayaran tertangguh dalam akad jual beli yang
masih dalam tempoh khiyar dikira hutang yang akan menjadi lazim.
Kedua-dua jenis hutang ini boleh dijamin dengan barang gadaian.
(iii) Hutang tersebut hendaklah diketahui kadar dan sifatnya. Jika pihak
yang berakad tidak mengetahui jumlah hutang yang akan dijamin,
maka akad gadaian tidak sah.
(i) Barang gadaian ada semasa akad dilakukan dan ia boleh diserah
kepada pemegang gadai. Oleh itu, akad gadaian tidak sah jika barang
gadaian tidak ada atau tidak diyakini akan ada. Ini kerana keadaan
ini menjadikan barang tersebut tidak dapat dijual apabila diperlukan
iaitu apabila penghutang gagal menjelaskan hutangnya.
(ii) Barang gadaian itu mestilah harta yang bernilai pada pandangan
Syarak. Oleh yang demikian, bangkai, arak dan seumpamanya tidak
boleh dijadikan sebagai barang gadaian sebab barang-barang tersebut
tidak bernilai dan tidak boleh dijual beli.
(iii) Barang gadaian diketahui oleh pihak yang berakad iaitu penggadai
dan pemegang gadai. Oleh itu, menggadaikan sesuatu yang tidak
diketahui seperti menggadai salah seekor lembu di kandang tertentu
akan menyebabkan akad gadaian tidak sah.
9.3.2 Kafalah
(a) Definisi Kafalah
Abdul Halim (2001) menyebut bahawa kafalah menurut fuqahaÊ Maliki,
SyafiÊi dan Hanbali ialah menggabungkan tanggungan penjamin dengan
tanggungan orang lain terhadap orang yang dijamin tentang hak
Daripada definisi di atas, kita dapat memahami bahawa akad kafalah akan
menjadikan penjamin dan orang yang berhutang sama-sama menanggung
hutang. Ini bermakna orang yang dijamin tentang hak tanggungan hutang
boleh membuat tuntutan ke atas kedua-duanya. Sebagai contoh, A telah
berhutang dengan B dan C menjadi penjaminnya. Dalam kes ini, B boleh
membuat tuntutan hutangnya ke atas A dan C.
Akad muÊawadah terdiri daripada akad jual beli, sewaan dan pertukaran
matawang.
Akad tabarruÊ terdiri daripada akad hibah, wakaf dan wasiat.
Akad taÊminat pula terdiri daripada akad gadaian dan kafalah.
Akad jual beli adalah akad yang melibatkan pertukaran suatu harta dengan
harta yang lain bagi tujuan pemilikan.
Barang yang hendak dijadikan subjek akad jual beli hendaklah wujud ketika
akad dilakukan, boleh diserah, diketahui oleh pihak berakad, bernilai dan
bermanfaat serta berada di bawah kuasa penjual.
Manfaat atau perkhidmatan yang menjadi subjek akad sewaan hendaklah
memenuhi syarat-syarat tertentu iaitu diketahui oleh pihak yang berakad,
mampu diperolehi, diharuskan oleh Syarak, diiktiraf oleh adat kebiasaan,
bukan kewajipan pengambil upah dan manfaat itu diperolehi oleh pemberi
upah.
Akad al-sarf hanya sah jika memenuhi empat syarat iaitu serahan segera,
dibuat dalam majlis akad, sama kadar jika sama jenis matawang dan tiada
khiyar syarat.
Barang yang hendak dihibah hendaklah ada semasa akad dilakukan, bernilai
dan dimiliki oleh pihak yang berakad.
Suatu yang hendak diwasiatkan hendaklah mempunyai nilai, boleh dimiliki
dan dipindah milik serta tidak melebihi 1/3 daripada harta pewasiat.
Suatu yang diwakafkan hendaklah berbentuk Âayn, diketahui, dimiliki oleh
pewakaf, boleh dimanfaatkan dan manfaat tersebut kekal lama.
Suatu yang dijadikan barang gadaian hendaklah ada ketika akad dilakukan,
boleh diserah, bernilai, diketahui oleh pihak yang berakad dan dimiliki oleh
penggadai.
Hutang yang dikaitkan dengan suatu cagaran hendaklah hutang yang telah
sabit dan wajib ditunaikan oleh penggadai, hutang yang lazim atau akan
menjadi lazim, serta diketahui kadar dan sifatnya.
Dalam akad kafalah, pemiutang berhak membuat tuntutan sama ada
terhadap penjamin dan orang yang dijamin (penghutang).
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud wadiÊah dan syarat-syaratnya;
2. Menghuraikan maksud syarikat, syarat-syarat dan jenis-jenisnya; dan
3. Menghuraikan maksud mudarabah dan syarat-syaratnya.
PENGENALAN
Para pelajar sekalian, kita sudah sampai ke penghujung pelajaran. Dalam Topik
10 kali ini, saya akan menyambung penjelasan saya tentang jenis-jenis akad yang
disyariatkan dalam Islam. Pada kali ini, kita akan membincangkan tentang dua
lagi kategori akad iaitu akad penjagaan dan akad perkongsian. Bentuk akad
penjagaan yang disyariatkan ialah akad wadiÊah. Sementara akad perkongsian
pula terdiri daripada akad syarikat dan mudarabah. Perbincangan tentang
ketiga-tiga jenis akad ini akan difokuskan kepada definisi dan syarat-syarat.
Walaupun begitu, jenis-jenis syarikat akan turut dibincangkan dalam topik ini
memandangkan terdapat pelbagai bentuk syarikat yang dibincangkan oleh para
fuqahaÊ dalam penulisan mereka.
10.1.1 Wadi’ah
(a) Definisi wadiÊah
Para fuqahaÊ memberikan pelbagai pengertian terhadap perkataan wadiÊah.
Walau bagaimanapun perbezaan tersebut hanya dari segi teknikal sahaja
tetapi maksudnya adalah sama sahaja. Secara umumnya pengertian
wadiÊah adalah seperti berikut:
Daripada pengertian di atas, dapat kita fahami bahawa akad wadiÊah ini
melibatkan permintaan seseorang kepada seseorang yang lain untuk
menjaga barang miliknya atau sesuatu yang diguna untuk tujuan khusus
seperti anjing yang dilatih untuk memburu. Sebagai contoh, Ahmad
meminta Ali supaya menjaga lembunya di sepanjang pemergiannya ke
Makkah.
Akad wadiÊah ini adalah akad yang diakui oleh Syarak. Antara perakuan
tersebut ialah firman Allah s.w.t:
AKTIVITI 10.1
10.2.1 Syarikat
Definisi Syarikat
Syarikat atau disebut juga musyarakah mempunyai banyak jenis dan setiap
daripadanya mempunyai erti yang tersendiri. Walau bagaimanapun, secara
umumnya syarikat boleh diertikan seperti berikut:
Penyertaan dua atau lebih pihak dalam satu perniagaan tertentu dengan
sejumlah modal yang ditentukan mengikut kontrak, untuk menjalankan
perniagaan dan bersama-sama berkongsi keuntungan dan kerugian mengikut
yang ditentukan (Siddiqi, 1991)
Daripada pengertian di atas dapat kita fahami bahawa akad syarikat secara
umumnya merupakan akad perkongsian antara dua orang atau lebih.
Perkongsian ini melibatkan perkongsian dalam menyumbang modal
sebagaimana keuntungan dan kerugian juga turut dikongsi bersama.
Pembahagian syarikat
Secara umumnya syarikat terbahagi kepada dua seperti yang diringakaskan
dalam Rajah 10.1 di bawah.
Syarikat Milik
Syarikat milik ialah perkongsian antara dua orang atau lebih dalam memiliki
sesuatu barang tanpa melalui akad syarikat. Syarikat milik ini terbahagi kepada
dua (sila rujuk Jadual 10.1).
Syarikat Akad
Syarikat ini terbentuk melalui akad yang dilakukan antara dua orang atau lebih
untuk berkongsi melakukan sesuatu perniagaan. Syarikat akad ini terbahagi
kepada tiga iaitu:
Syarikat amwal;
Syarikat wujuh; dan
Syarikat aÊmal atau abdan.
Syarikat mufawadah ini tidak disepakati oleh semua fuqahaÊ dari segi
keharusannya. Hanya fuqahaÊ Hanafi dan Maliki sahaja yang
mengharuskannya. Sementara fuqahaÊ SyafiÊi dan Hanbali tidak
mengharuskannya (al-Zuhayli, 1997). Walau bagaimanapun istilah
syarikat mufawadah yang dimaksudkan oleh Maliki sebenarnya
merujuk kepada syarikat Âinan. Oleh itu dari segi praktiknya, jumhur
termasuk Maliki tidak mengharuskan syarikat mufawadah ini
(Ab.Mumin, 1999).
Sebagai contoh, dua orang tukang jahit yang berkongsi untuk menerima
upah menjahit baju. Hasil upah yang diperolehi akan dibahagi sesama
mereka mengikut nisbah yang dipersetujui.
Syarikat ini diharuskan oleh fuqahaÊ Maliki, Hanafi dan Hanbali. Ini kerana
syarikat boleh dibentuk berasaskan modal atau kerja. FuqahaÊ SyafiÊi tidak
mengharuskan syarikat ini kerana syarikat hanya boleh dibentuk
berasaskan modal dan bukannya kerja (al-Zuhayli, 1997; Abdul Halim,
2001)
AKTIVITI 10.2
Syarat-syarat umum
Syarat-syarat umum bagi syarikat Âuqud adalah seperti berikut (al-Zuhayli,1997,
Abdul Halim, 2001):
(iii) Kadar keuntungan hendaklah tidak berbentuk jumlah tetap seperti RM100
dan seumpamanya
Larangan penentuan untung berkadar tetap adalah kerana kemungkinan
keuntungan tidak diperolehi sebanyak itu. Oleh itu, penentuan keuntungan
hendaklah dibuat dalam bentuk nisbah seperti 50:50 atau dalam bentuk
peratus seperti 30% dan sebagainya.
Syarat-syarat khusus
(i) Modal syarikat mesti ada semasa akad syarikat dilakukan. Ini
bermakna modal tidak boleh dalam bentuk hutang. Ini kerana
pembentukan syarikat ini adalah untuk mendapat keuntungan,
sedangkan keuntungan dapat dicapai melalui pengurusan modal. Jika
modal dalam bentuk hutang atau modal tidak ada semasa akad
dilakukan, maka matlamat syarikat tidak tercapai.
(ii) Modal hendaklah dalam bentuk matawang dan bukannya barang. Ini
merupakan pandangan kebanyakan fuqahaÊ. Walau bagaimanapun,
Imam Malik membenarkan modal dalam bentuk barang yang dinilai
harganya (Abdul Halim, 2001). Maksudnya di sini, jika tanah
dijadikan sebagai modal, maka nilai tanah tersebut hendaklah
ditentukan pada masa akad dilakukan. Jika nilainya ialah RM100
ribu, maka modal yang disumbang adalah sebanyak RM100 ribu.
Penentuan ini penting bagi memudahkan pengiraan keuntungan dan
kerugian yang akan diperolehi dan ditanggung oleh pihak yang
berkongsi.
10.2.2 Mudarabah
(a) Definisi Mudarabah
AKTIVITI 10.3
Akad wadiÊah merupakan akad yang melibatkan satu pihak meminta pihak
yang lain untuk menjaga harta miliknya.
Pihak yang diminta menjaga harta seseorang boleh melakukannya secara
percuma atau mengenakan bayaran tertentu.
Akad syarikat atau musyarakah merupakan akad perkongsian yang
melibatkan semua pihak akan menyumbang modal.
Keuntungan dalam syarikat akan dibahagikan mengikut nisbah atau peratus
yang dipersetujui seperti 50:50 atau 10%, 50% dan sebagainya.
Kerugian dalam syarikat akan ditanggung oleh semua rakan kongsi
berdasarkan nisbah sumbangan modal masing-masing.
Syarikat secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu syarikat milk dan
syarikat Âuqud.
Syarikat milk merujuk kepada perkongsian memiliki sesuatu yang seperti
berkongsi memiliki harta pusaka.
Syarikat Âuqud ialah syarikat yang berasaskan kepada akad yang berlaku
antara dua orang atau lebih untuk menjalankan perniagaan tertentu.
Syarikat Âuqud terbahagi kepada tiga iaitu syarikat amwal, abdan atau aÊmal
dan wujuh.
Syarikat amwal terdiri daripada syarikat Âinan dan mufawadah.
Dalam syarikat mufawadah, pihak yang berkongsi mesti mempunyai
persamaan dari segi modal, agama dan juga kuasa pengurusan harta
(tasarruf).
Barangan juga boleh dijadikan modal syarikat atau mudarabah mengikut
pandangan fuqahaÊ Maliki dengan syarat barang tersebut hendaklah
ditentukan nilainya pada masa akad dilakukan.
Mudarabah berbeza daripada syarikat kerana dalam syarikat, modal akan
disumbang oleh semua rakan kongsi; manakala dalam mudarabah, modal
hanya disumbang oleh sebelah pihak sahaja. Kedua-duanya juga berbeza
dari segi tanggungan kerugian di mana kerugian dalam syarikat ditanggung
oleh semua rakan kongsi berdasarkan sumbangan modal masing-masing;
sedangkan dalam mudarabah, kerugian hanya ditanggung oleh penyumbang
modal.
Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem kewangan Islam dan pelaksanaannya di
Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Abdul Halim Muhammad. (2001). Undang-undang muamalat & aplikasinya
kepada produk-produk perbankan Islam. Kajang: Aras Mega (M) Sdn Bhd.
al-Zuhayli, Wahbah. (1997). Al-Fiqh al-islami wa adillatuh. Damsyik : Dar al-
Fikr.
OR
Thank you.