Kulah 6 - Teori-Pendekatan Konstruktivisme
Kulah 6 - Teori-Pendekatan Konstruktivisme
Kulah 6 - Teori-Pendekatan Konstruktivisme
/PENDEKATAN
KONSTUKTIVISME D R . S YA Z WA N I D R A N I
• Pelajar akan berbincang dalam kumpulan dan berkongsi pengalaman yang sama
serta interaksi yang rapat antara satu sama lain. Guru memainkan peranan
sebagai fasilitator atau pembimbing dengan membekalkan bahan dan
membimbing pelajar untuk membuat pembelajaran inkuiri.
Penstrukturan Semula Idea
• Dalam fasa ini, kemahiran dan pengetahuan akan membantu pelajar membuat
pengubahsuaian atau menyusun semula idea secara urutan. Peranan guru ialah
mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.
Aplikasi Idea
• Setiap guru akan menghadapi masalah di mana setiap pengajaran yang telah
diterangkan namun masih belum dapat difahami oleh pelajar. Hal ini menunjukkan
bahawa seseorang guru dapat mengajar sesuatu pengajaran kepada pelajar
dengan baik dan komited, namun masalah ini datang dari pelajar itu sendiri.
• Usaha keras seorang guru dalam mengajar tidak sepenuhnya memberikan hasil
yang baik kepada pelajar kerana pelajar juga perlulah berusaha dengan keras
dan melapangkan dada untuk menerima ilmu dan memahami pengajaran yang
diajar oleh guru.
• Pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri serta mempunyai
pemahaman dan pengetahuan sedia ada.
• Guru hanya berperanan sebagai fasilitator dan pengawal bilik darjah. Guru hanya
perlu membimbing pada permulaannya dan seterusnya pelajar perlu menguasai
pembelajaran tersebut secara sendiri atau menggunakan bantuan rakan-rakan lain.
• Para pelajar perlu bersedia untuk melibatkan diri secara aktif untuk membina
pengetahuan melalui pengalaman sendiri.
• Guru hendaklah merancang pengajaran dengan menyediakan objektif pengajaran
dan hasil pembelajaran melalui RPH. Dengan penyediaan rancangan pengajaran dan
pembelajaran ini, guru dapat mengenalpasti dan mengetahui jika pelajar telah
mencapai objektif pengajaran dan menguasai hasil pembelajaran.
• Guru juga perlu mengambilkira keupayaan pelajar untuk menggalakkan
pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan
kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengendalikan
pembelajaran kendiri mereka.
• Pelajar perlulah merancang stategik pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri
dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku.
• Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar serta contoh yang boleh
membantu pelajar membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu tentang
pembelajaran tersebut. Guru hendaklah mengaitkan isi pengajaran dengan situasi
sebenar.
• Guru perlu menerapkan pelbagai kaedah pengajaran di dalam bilik darjah
seperti simulasi, main peranan atau lakonan. Ia mampu menarik minat pelajar
kerana ia melibatkan interaksi dengan rakan-rakan yang lain.
KESIMPULAN
Teori ini menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang aktif,
dinamik dan berpusatkan murid. Para pelajar dapat membina konsep dan
pengetahuan baharu berasaskan pengalaman-pengalaman yang mereka peroleh.