Agama 2 - Sikh
Agama 2 - Sikh
Agama 2 - Sikh
SIKH
JELASKAN SEJARAH & PERKEMBANGAN AGAMA SIKH
Gabungan daripada ajaran agama Hindu dan Islam.
Dua tokoh reformis Hindu yang berjaya menyatukan kedua-dua ajaran ini
ialah Ramanand (1400-1470M) & Kabir (1440-1518M).
Ramanand ialah seorang penyair & beliau mengasaskan aliran Hindu
Bhakti kerana tidak bersetuju dengan golongan Brahmin yang
mementingkan kasta.
Hindu Bhakti: Ajaran tentang keesaan tuhan.
Kabir ialah anak murid kepada Ramanand.
Pengasas kepada Kabir Panthis.
Pada tahun 1469, Guru Nanak Dev ialah sebagai pengasas agama Sikh.
Ajarannya: Berbentuk peraturan kemasyarakatan.
SIAPAKAH GURU NANAK DEV?
Dilahirkan pada tahun 1469 di Lahore.
Meninggal dunia pada tahun 1539.
Berketurunan bangsawan yang beragama Hindu.
Seseorang yang suka bersendirian di hutan/mana-mana tempat yang
sunyi untuk bertafakur memikirkan pelbagai aspek keagamaan.
Pada suatu hari, beliau telah hilang dan tidak bercakap selama tiga hari
sehingga beliau mengeluarkan ayat pertamanya iaitu, "Tiada agama
Hindu & juga tiada agama Islam. Tuhan bukanlah Hindu dan bukan
Islam. Jalan yang aku ikuti ialah jalan tuhan."
Peristiwa ini dianggap ibarat Guru Nanak menerima wahyu.
Jumapa agama di hutan sebab bertafakur di sana.
Mendakwa sebagai jurucakap/wakil tuhan yang telah diberikan Amrit.
Amrit: Air madu yang dikacau dengan sebilah pedang.
SIAPAKAH ANTARA 10 GURU DALAM AGAMA SIKH &
SUMBANGANNYA
Guru Gobind Singh Guru Nanak
1675-1708 1469-1539
Guru Angad
Guru Tegh Bahadur 1539-1552
1664-1675
Guru Ramdas
1574-1581
Guru Har Rai
1644-1661
Guru Arjun
Guru Hargobind 1581-1606
1606-1644
GURU GOBIND SINGH (1675-1708)
Guru yang terakhir.
Bertanggungjawab dalam menyempurnakan & melengkapkan agama Sikh.
Sumbangan:
Memperkenalkan konsep Khalsa (Orang yang terpilih saja akan menjadi
penganut ajaran Sikh).
Upacara Amrit Sanksar (Upacara pembaptisan): Ritual untuk uji keberanian
& ketabahan. Mereka akan diberi minuman Amrit (iaitu air campuran madu
yang dikacau dengan pedang).
Memperkenalkan 5 jenis simbol (5Ks / Kakkars) yang menjadi lambang &
identiti orang Sikh.
Menunjukkan komitmen & keimanan terhadap ajaran Guru & tuhan.
Memperkenalkan pemakaian kain pembalut kepala/kain serban sama ada
lelaki/wanita.
Menyusun & menghasilkan Kitan Dasam Granth.
Menyusun & menggabungkan Kitab Adi & Dasam Granth sehingga
menghasilkan Kitab Guru Granth Sahib.
TERANGKAN SECARA RINGKAS TENTANG KONSEP
5Ks/KAKKARS.
Kesh: rambut panjang.
Simbol keimanan.
Kangha: sikat rambut kecil.
Simbol kebersihan.
Kirpan: pisau/keris.
Simbol keteguhan iman & pembela keadilan.
Kara: gelang besi.
Simbol kepatuhan kepada agama.
Peringatan untuk tidak melakukan kejahatan.
Kach: seluar pendek.
Simbol kesediaan & ketangkasan.
Raju menyikat KESH menggunakan KANGHA. Lepastu, dia memotongnya
menggunakan KIRPAN. Setelah selesai, dia memakai KARA & KACH sebelum
keluar bersiar.
APAKAH NAMA BAGI KITAB SUCI DALAM AGAMA SIKH?
Guru Granth Sahib
Kitab rujukan utama.
Menjadi Guru/dipanggil sebagai 'Learning Guru' pada masa kini.
Mengandungi setiap ajaran daripada Kitab Adi & Dasam Granth.
Terdiri daripada enam bahasa seperti Punjabi, Persia, Hindu & Arab.
Tidak ramai yang memahaminya.
Adi Granth
Disusun dalam bentuk syair oleh enam orang Guru.
Syairnya dipetik daripada orang Islam & Hindu.
Dasam Granth
Ditulis oleh Gorbind Singh.
Merangkumi perbincangan tentang keberanian & ketabahan.
APAKAH KONSEP KETUHANAN PENGANUT AGAMA SIKH?
Sikh percaya kepada satu tuhan iaitu Monisme.
Tetapi mereka juga percaya tuhan menyerupai dalam banyak bentuk iaitu
Panteisme.
Mereka beranggapan bahawa tuhan wujud dalam alam semula jadi & semua
ciptaannya.
Mempunyai persamaan elemen dalam agama Islam iaitu konsep monoteisme
manakala dalam agama Hindu iaitu konsep Panteisme.
Tuhannya ialah Nam.
Mempunyai banyak sifat.
Terdiri daripada dua aspek iaitu tuhan Nirguna & Sirguna.
Nirguna (menyerupai sifat tuhan dalam agama Islam): boleh
diterangkan. (Nirguna=Naguna)
Sirguna (menyerupai tuhan yang disembah oleh agama Hindu): tidak
boleh diterangkan. (Sirguna=Saguna)
Namun, mereka hanya menyembah tuhan Nirguna iaitu menjelma dalam
banyak tuhan/alam semula jadi/semua ciptaannya termasuk manusia.
JELASKAN PERBEZAAN KONSEP KARMA SAMSARA ANTARA
AGAMA HINDU DENGAN SIKH.
Jalan keselamatan
Hindu: Kehidupan semula yang dilalui oleh semua orang untuk mencapai Moksha
supaya tidak dilahirkan semula & dapat bersatu dengan tuhan.
Sikh: Kehidupan semula yang dilalui oleh semua orang untuk mencapai Mukhti
supaya tidak dilahirkan semula & dapat bersatu dengan tuhan.
Balasan kejahatan
Hindu: Jika di dunia membuat kejahatan, maka akan dilahirkan semula dalam
kasta yang rendah daripada kehidupan sebelum.
Sikh: Jika di dunia membuat kejahatan, dia masih dilahirkan dalam keadaan yang
sama seperti kehidupan sebelumnya. Tiada istilah turun kasta.
Cara keselamatan
Hindu: Perlu melakukan Yoga Chara untuk mencapai Moksha. (+pilih salah satu &
huraikan; rujuk tajuk Hindu)
Sikh: Perlu membuat meditasi kepada tuhan Nam, melakukan pujian terhadap
tuhan & melakukan kebaikan seperti menuntut ilmu, berdisiplin & berkhidmat
untuk mencapai Mukhti
Contoh amalan kebaikan:
Menuntut ilmu: Ilmu dunia & agama Sikh.
Berdisiplin: Patuh kepada 5Ks & larangan. (+bagi contoh salah satu)
Berkhidmat: Perayaan Gurupurab iaitu Langar.
Dapur di Gurdwara untuk memasak & memberi makan kepada orang lain
termasuk agama lain.
Sedekah 1/10 daripada gaji.
Makanan yang halal & bersih iaitu makanan selain daging.
Larangan dalam agama Sikh:
Tidak memotong rambut.
Tidak melakukan kejahatan/tidak bermoral.
Tidak merokok.
Tidak memakan daging yang disembelih oleh orang Islam.
Tidak meminum minuman yang beralkohol.
Persamaan
Proses karma samsara/kelahiran semula akan menjadi lebih baik jika seseorang
itu melakukan kebaikan dalam kehidupan yang lepas.
TERANGKAN SECARA RINGKAS UPACARA KEAGAMAAN AGAMA
SIKH.
Penyembahan & Kebaktian
Sembahyang individu
Waktu pagi & petang.
Dimulakan dengan memuji tuhan.
Dilakukan di rumah/mana-mana tempat yang sesuai.
Sembahyang berkumpulan
Dilakukan di Gurdwara/mana-mana tempat yang ada Kita Guru Granth Sahib.
Perlu menutup kepala, masuk ikut pintu yang menghadap Guru Granth Sahib &
mengelilinginya sebelum duduk menghadap Guru Granth Sahib.
Amrit Sanskar
Upacara pembaptisan yang dilakukan di Gurdwara di hadapan Guru Granth Sahib.
Disaksikan lima orang Sikh yang soleh iaitu Panj Piare (Five Beloved Ones).
Sebelum:
Mandi & pakai simbol 5Ks.
Semasa:
Bacaan buku teks agama seperti Jap Sahib & Japji Sahib. (m/s 207)
Selepas:
Diberikan minum air Amrit & barulah dianggap sebagai ahli Khalsa.
Bacaan Mool Mantra dari Kitab Granth Sahib.
Memakan manisan iaitu karah parshad (halwa yang suci).
Naamkaran
Upacara pemberian nama bayi di Gurdwara.
Granthi (orang yang arif tentang agama) akan membaca Kitab Granth Sahib supaya pihak
keluarga boleh memilih nama yang disukainya.
Bayi lelaki: Singh (singa).
Bayi perempuan: Kaur (puteri).
Dastar Bandhni
Upacara pemakaian serban bagi remaja lelaki.
Anand Karaj
Upacara perkahwinan.
Percaya kepada sistem monogami iaitu satu suami & isteri.
Upacara yang dilakukan:
Mangani: Pertunangan.
Milni: Pertemuan antara bapa pengantin lelaki dengan perempuan di rumah pihak wanita.
Anand Karaj: Dimulakan dengan nyanyian & bacaan kitab Sikh sehingga selesai. (m/s
208)