0% found this document useful (0 votes)
229 views

STEM Preneur

Copyright
© © All Rights Reserved
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
0% found this document useful (0 votes)
229 views

STEM Preneur

Copyright
© © All Rights Reserved
Available Formats
Download as PDF, TXT or read online on Scribd
You are on page 1/ 10

STEMPreneur

SEKOLAH MENENGAH

1.0 PENGENALAN

Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan


Negeri Johor (JPNJ) telah merancang pelaksanaan Karnival Kemahiran Digital 2023.

Usaha melaksanakan pertandingan kokurikulum akademik STEM bertujuan


merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif
Pengukuhan Pendidikan STEM bersepadu, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan
mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan
masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran
bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Pertandingan-pertandingan dalam Karnival Kemahiran Digital 2023 ini berfokuskan


perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan peserta. Dalam
pertandingan-pertandingan ini, murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan
potensi mereka dalam menghasilkan projek STEM dan dihantar secara dalam talian
untuk dinilai di peringkat negeri sebelum dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan dan megoptimumkan minat serta bakat murid dalam bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

2.2 Memperkukuh dan menyokong pengajaran dan pembelajaran bagi mata


pelajaran STEM dengan penglibatan murid secara aktif dan terbimbing

2.3 Menyediakan ruang dan platform kepada murid-murid yang berbilang kaum
untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan yang dijalankan secara
dalam talian

2.4 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam pembudayaan aktiviti dalam


bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah bantuan
kerajaan persekutuan dan negeri. Pertandingan ini terbuka kepada dua
(2) kategori:
a. Sekolah Menengah (Tingkatan 4 hingga 5)
b. Tingkatan 6

3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.


3.3 Tiada had penyertaan bagi setiap sekolah.

3.4 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1)
guru pembimbing.

3.5 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.

3.6 Peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih
dahulu dan guru pembimbing perlu memuat naik borang persetujuan dan
pelepasan ( Borang BSKK 05 ) melalui borang penyertaan secara dalam
talian.

3.6 Borang pendaftaran tidak disediakan oleh penganjur. Peserta hanya perlu
menghantar hasil karya masing-masing melalui borang penyertaan secara
dalam talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

3.8 Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan.


Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh pihak penganjur
Hasil karya murid hendaklah dihantar melalui pautan google forms
penyertaan yang tertera pada poster hebahan.

3.9 Hanya guru pembimbing di sekolah sahaja yang dibenarkan untuk


menguruskan setiap penyertaan hasil karya murid.

3.10 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan karya atau produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.

3.11 Bahan projek atau hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan
kepada peserta. Pihak JPNJ dan KPM berhak menyiarkan rakaman video
atau menggunakan bahan pertandingan di mana-mana platform bagi
tujuan hebahan atau pendidikan.

3.12 Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

3.13 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah pada semua


bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai.

3.14 JPNJ berhak membatalkan penyertaan lewat dan melanggar syarat-syarat


yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

3.15 Keputusan penjurian adalah muktamad

3.16 Sijil penyertaan digital bertaraf peringkat negeri disediakan kepada


setiap peserta pertandingan yang menepati syarat-syarat pertandingan.

Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan butiran yang diisi pada
borang penyertaan yang dibuat secara dalam talian.
4.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

4.1 Peserta perlu menghasilkan video pemasaran bagi produk inovasi


peserta yang berdurasi tidak lebih daripada Tiga (3) minit. Selain itu,
peserta juga perlu menghantar satu Rancangan Perniagaan.

4.2 Tema produk inovasi adalah bebas tetapi mestilah berelemenkan STEM.
5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan STEMPreneur akan dijalankan secara dalam talian. Semua


penyertaan perlu :

5.1.1 dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada


penganjur dan

5.1.2 menghantar pautan google drive yang mengandungi video


persembahan video projek, laporan projek dan poster melalui
google form penyertaan yang disediakan SEBELUM ATAU PADA
JAM 11.59 MALAM 23 JULAI 2023 ( AHAD )

5.2 Peserta tidak dibenarkan memamparkan identiti sekolah pada semua bahan
pertandingan yang dihantar untuk dinilai.

5.3 Pertukaran dan penambahbaikan video persembahan tidak dibenarkan selepas


tarikh tutup penyertaan.

5.4 Format rakaman video pemasaran :

5.4.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (3) minit;

5.4.2 Peserta perlu menerangkan proses pemasaran secara terperinci.


Peserta perlu menunjukkan produk mereka semasa proses
pemasaran;

5.4.3 Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah tidak
dibenarkan;

5.4.4 Peserta dibenarkan menggunakan hanya satu bahasa sahaja


iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penyediaan
video berdasarkan Rancangan Perniagaan yang disediakan.

5.4.5 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV.
Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video
sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur; dan

5.4.6 Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap.

5.5 Format Rancangan Perniagaan

5.5.1 kandungan Rancangan Perniagaan

5.5.1.1 Pengenalan
5.5.1.2 Latar Belakang Produk
5.5.1.3 Rancangan Operasi
5.5.1.4 Rancangan Pemasaran
5.5.1.5 Analisis SWOT
5.5.1.6 Analisis Pasaran
5.5.1.7 Rancangan Kewangan
5.5.1.8 Penutup
5.5.1.9 Lampiran
5.5.1.9.1 Gambar Produk
5.5.1.9.2 Poster Iklan

Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa


Inggeris dalam penulisan laporan;
Penyediaan Rancangan Perniagaan mestilah mengikut spesifikasi
yang ditetapkan:

5.5.3.1 jenis font: Arial


5.5.3.2 saiz font: 12
5.5.3.3 single spacing
5.5.3.4 helaian muka surat tidak melebihi 25 muka surat
5.5.3.5 Rancangan Perniagaan perlu dihantar dalam
format .pdf

5.6 Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti


keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.

5.7 Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah


terbakar, meletup atau beracun. Langkah keselamatan hendaklah dititik
beratkan semasa penggunaan bahan-bahan tersebut. Jika terdapat
keperluan, penggunaan bahan yang berbahaya adalah wajib di bawah
pengawasan ibu bapa/guru pembimbing.

6 PROSES PENILAIAN

6.5 Proses penilaian peringkat negeri


6.5.3 Saringan dan penilaian video pemasaran dan Rancangan Perninagaan akan
dilaksanakan oleh pengelola peringkat negeri;
6.5.4 Bahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim peringkat negeri secara dalam
talian; dan
6.5.5 Semua video pemasaran dan Rancangan Perniagaan yang akan mewakili negeri
akan disahkan/diperiksa oleh pihak penganjur peringkat negeri untuk memastikan
bahawa pendaftaran memenuhi syarat penyertaan.
6.5.6 Tiga (3) projek terbaik bagi setiap kategori daripada setiap negeri layak untuk
bertanding pada peringkat kebangsaan.

7 KRITERIA PENILAIAN

7.5 Penilaian Rancangan Perniagaan

BIL KOMPONEN DAN KRITERIA MARKAH


1.0 PENGENALAN
Nama produk, visi dan misi produk, modal permulaan, dan
prospek masa depan perniagaan yang dijalankan (nama syarikat 4
perlu dinyatakan)
2.0 LATAR BELAKANG PRODUK
Tujuan, target pengguna, kegunaan produk, kelebihan produk 4
3.0 RANCANGAN OPERASI
3.1 Carta alir proses pembuatan 3
3.2 Jadual kerja dalam bentuk carta Gantt 3
3.3 Spesifikasi tugas operasi 3
3.4 Keperluan perniagaan 3
3.5 Keperluan bahan, kos peralatan, kos overhead dan kos lain 3
4.0 RANCANGAN PEMASARAN
4.1 Analisis SWOT
4.1.1 kekuatan dan kelemahan produk 3
4.1.2 strategi promosi 3
4.1.3 perbandingan/ kelebihan produk 3
4.1.4 strategi harga pesaing 3
4.1.5 sambutan pengguna 3
4.1.6 penentuan harga 3
4.2 Analisis pasaran
4.2.1 Menghitung sasaran jualan peningkatan 3
4.2.2 Menghitung sasaran untung peningkatan maksimum 3
4.3 Sasaran pelanggan 3
5.0 RANCANGAN KEWANGAN
5.1 Menghitung keperluan modal 6
5.2 Menghitung kos pengeluaran 6
5.3 Menghitung kos jualan 6
5.4 Menghitung sasaran anggaran untung 6
5.5 Menghitung kos seunit 6
6.0 PENUTUP
6.1 Sebab-sebab perniagaan akan berjaya 2
6.2 Penggunaan teknologi/ICT dalam perniagaan yang dipilih. 2
6.3 Menggunakan khidmat agensi yang membantu usahawan
2
dalam memulakan perniagaan.
6.4 Menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan
2
masyarakat
6.5 Cadangan penambahbaikan masa depan 2
7.0 LAMPIRAN
BIL KOMPONEN DAN KRITERIA MARKAH
7.1 Gambar produk 5
7.2 Iklan/Poster pemasaran 5
JUMLAH 100

7.6 Penilaian video pemasaran

MARKAH
KOMPONEN KRITERIA
MAKSIMUM
Pengenalan 10
Latar belakang produk 10
Kelebihan produk 10
Persembahan Harga jual / promosi 10
Sambutan pengguna 10
Cara untuk membeli/tempahan 10
Penutup 10
Susun atur / kelancaran 10
penyampaian
Penyampaian Kreativiti dan Inovasi dalam 10
penyampaian
Bahasa/Pertuturan/ekspresi/gaya 10
JUMLAH 100

7.7 Pengiraan Jumlah Markah


jumlah markah (Rancangan Perniagaan + Video Pemasaran) X100
2
8.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi dan sijil pencapaian


Naib Johan : Trofi dan sijil pencapaian
Ketiga : Trofi dan sijil pencapaian
Keempat : Trofi dan sijil pencapaian
Kelima : Trofi dan sijil pencapaian

Kelayakan bagi sijil penyertaan :


Peringkat negeri : Markah melebihi 40 peratus
Peringkat daerah : Markah kurang daripada 40 peratus
BORANG PENILAIAN STEMPreneur

A. PENILAIAN RANCANGAN PERNIAGAAN

MARKAH
BIL PERKARA MARKAH
MAKSIMUM
1.0 PENGENALAN
Nama produk, visi dan misi produk, modal permulaan, dan
prospek masa depan perniagaan yang dijalankan(nama 4
syarikat perlu dinyatakan)
2.0 LATAR BELAKANG PRODUK
Tujuan, target pengguna, kegunaan produk, kelebihan
4
produk
3.0 RANCANGAN OPERASI
3.1 Carta alir proses pembuatan 3
3.2 Jadual kerja dalam bentuk carta Gantt 3
3.3 Spesifikasi tugas operasi 3
3.4 Keperluan perniagaan 3
3.5 Keperluan bahan, kos peralatan, kos overhead dan kos 3
lain
4.0 RANCANGAN PEMASARAN
4.1 Analisis SWOT
4.1.1 kekuatan dan kelemahan produk 3
4.1.2 strategi promosi 3
4.1.3 perbandingan/ kelebihan produk 3
4.1.4 strategi harga pesaing 3
4.1.5 sambutan pengguna 3
4.1.6 penentuan harga 3
4.2 Analisis pasaran
4.2.1 Menghitung sasaran jualan peningkatan 3
4.2.2 Menghitung sasaran untung peningkatan 3
maksimum
4.3 Sasaran pelanggan 3
5.0 RANCANGAN KEWANGAN
5.1 Menghitung keperluan modal 6
5.2 Menghitung kos pengeluaran 6
5.3 Menghitung kos jualan 6
5.4 Menghitung sasaran anggaran untung 6
5.5 Menghitung kos seunit 6
6.0 PENUTUP
6.1 Sebab-sebab perniagaan akan berjaya 2
6.2 Penggunaan teknologi/ICT dalam perniagaan yang dipilih. 2
6.3 Menggunakan khidmat agensi yang membantu usahawan
2
dalam memulakan perniagaan.
6.4 Menjalankan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan
2
masyarakat
6.5 Cadangan penambahbaikan masa depan 2
7.0 LAMPIRAN
7.1 Gambar produk 5
7.2 Iklan/Poster pemasaran 5
JUMLAH 100
B. PENILAIAN VIDEO PEMASARAN

MARKAH MARKAH
KRITERIA PENERANGAN
MAKSIMUM
Pengenalan 10
Latar belakang produk 10
Kelebihan produk 10
PERSEMBAHAN Harga jual/promosi 10
Sambutan pengguna 10
Cara untuk membeli/tempahan 10
Penutup 10
Susun atur/kelancaran penyampaian 10
Kreativiti dan Inovasi dalam
PENYAMPAIAN 10
penyampaian
Bahasa/Pertuturan/ekspresi/gaya 10
JUMLAH 100

RUMUSAN :

MARKAH :

+
X 100 =
2

TANDATANGAN : NAMA JURI :


BORANG BSKK 05

BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN


Saya (nama ibu/bapa/penjaga) .....................................................................................................
kepada (nama anak) ................................................................................................................................
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak .................................................................. dari sekolah
............................................................................................ Negeri ...........................................
untuk menyertai aktiviti Pertandingan : ...................................................................................................
Sempena Penganjuran Johor STEM Online Challenge Tahun 2022.

2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak penganjur.
Walaupun demikian, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-peraturan dan
arahan sepanjang program dijalankan.

3. Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk merakam imej
dan/atau suara dan menggunakan karya seni dan/atau karya bertulis anak/jagaan saya, pada rakaman
video, pada filem, pada gambar, dalam media digital dan dalam apa jua bentuk medium elektronik atau
cetak dan untuk mengedit atau merekod mengikut budi bicara mereka.

Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ......................................................


(Rumah) : ............................................... (Pejabat ) : ..............................................

Sekian, terima kasih.


Yang benar;

.................................................................
(Nama : ) Tarikh: ......................
(No. KP : .................................................. )

Pengesahan Pengetua / Guru Besar

.........................................................................
( Nama : )
Cop jawatan :

Cop Rasmi Sekolah


Tarikh :

You might also like