Rpa 3-10-2022

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI (RPA)

Nama Pendidik Logeetha A/P Suras Naidu


Nama Guru Pembantu Siti Nursyafiqah Aina Binti Mohd Tajuddin
Tarikh: 3 Oktober 2022
Hari: Isnin
Masa 11:30 Pagi – 12:00 Petang

Umur 3-4 Tahun

Bilangan kanak-kanak 2 Orang

Tema Buah (Deria Rasa)

Tajuk Jom Rasa & Buat Salad Buah

Ruang Aktiviti Ruang Aktiviti

Bidang Pembelajaran Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran


Fokus
Pengetahuan Sedia Ada 1. Kanak-kanak pernah makan buah-buahan (buah epal, buah pai,
buah naga, buah lemon dan lain-lain).
Objektif 1. Kanak-kanak dapat menggunakan deria rasa manis dan masam.
(PDPDP)

2. Kanak-kanak dapat mengenali dan dapat menyebut satu atau dua


jenis nama buah. (PBKLA)

3. Kanak-kanak dapat menunjukkan perasaan gembira semasa


menyanyi lagu salad buah (SSEK)
Senarai bahan/ alat Buah epal, Buah pai, Buah Pisang, Lemon, Buah plum, Yogurt,
Mangkuk untuk mengaul salad, Sudu @ senduk kecil.
*Semua buah telah siap dipotong dalam saiz ketulan yang kecil.
Buah- buahan yang belum dipotong juga disediakan*
Langkah-langkah 1. Guru memanggil kanak-kanak untuk mengemas mainan.
Perlaksanaan 2. Guru memberi salam dan mengucapkan selamat pagi kepada
kanak-kanak. Guru meminta kanak-kanak untuk membaca doa
belajar bersama-sama.
3. Guru mengajak kanak-kanak untuk bersama menyanyikan dan
menari lagu “WELCOME SONG”. Guru memberi arahan mudah
untuk bergerak badan ikut guru.
4. Guru mengajak kanak-kanak untuk bermain membeli buah
secara oloh-oloh.
5. Guru meminta kanak-kanak untuk merasa buah yang mereka beli
tadi (Buah-buahan yang siap dipotong). Sebelum memulakan
aktiviti, guru akan menunjukkan demostrasi aktiviti di hadapan
kanak-kanak iaitu (Jom Rasa Buah Manis dan Masam).
6. Guru akan bertanya kepada kanak-kanak apakah rasa buah dan
nama buah tersebut.
7. Selepas aktiviti tersebut, guru akan menunjukkan lagi 1 aktiviti
yang berkaitan dengan buah iaitu (Jom Buat Buah Salad).
8. Guru mengeluarkan bakul yang mengandungi beberapa buah-
buahan kepada kanak- kanak dan meminta kanak-kanak untuk
meneka.
9. Guru meminta kanak-kanak memulakan aktiviti lalu bersoal
jawab dengan kanak-kanak berkenaan dengan aktiviti.
10. Lepas siap buah salad, guru meminta kanak-kanak untuk
kongsi salad tersebut dengan guru-guru lain.
11. Guru mengajak kanak-kanak untuk mencuci tangan dan
mengemas ruang aktiviti yang digunakan.
12. Guru meminta kanak-kanak untuk mengimbas semula topik
yang mereka telah pelajari.
13. Guru memberi pelekat kepada kanak-kanak untuk ganjaran dan
ucapkan terima kasih atas kerjasama mereka.
Perhatian
- Pastikan ruang aktiviti sesuai dan selamat untuk
dijalankan.
- Pastikan bahan yang digunakan tidak berbahaya
untuk kanak-kanak.
- Pastikan kanak-kanak sihat sebelum menjalankan
aktiviti.

Refleksi 1.

2.

Cadangan 1. Pendidik

2. Kanak-kanak

You might also like