Salbiah V HJ Ahmad
Salbiah V HJ Ahmad
Salbiah V HJ Ahmad
SALBIAH OTHMAN
lwn.
HJ AHMAD ABDUL GHANI
PENGHAKIMAN
[1] Di hadapan mahkamah ini adalah suatu tuntutan untuk suatu gantirugi
pertunangan, yang mana pihak pemohon menuntut suatu gantirugi akibat
putus pertunangan kepada pihak defendan.
Bidangkuasa Asal
(a) ...
Salbiah Othman
124 lwn. Hj Ahmad Abdul Ghani [2002] 1 MSLR
Pengertian Pertunangan
[7] Pertunangan mengikut hukum syarak ialah suatu perjanjian sama ada
secara bertulis atau perjanjian mulut untuk berkahwin. Pada ketika itu haram
bagi orang lain untuk mengikat pertunangan dengan perempuan itu.
[9] Dari seksyen ini memberikan makna bahawa apabila suatu pihak yang
enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu selepas termeterai
pertunangan tanpa sebab-sebab yang munasabah dan sah, manakala pihak
yang satu lagi bersetuju untuk meneruskan perkahwinan itu dengannya maka
pihak yang memungkiri adalah bertanggungjawab memulangkan:
Maksudnya:
Fakta Ringkas
[15] Mahkamah percaya bahawa tuntutan bil (1.) di atas adalah tidak
berkaitan di mahkamah ini kerana tempat yang paling layak dan sesuai bagi
isu ini adalah di Mahkamah Tinggi Sivil (Tuntutan Sivil), yang mana hal ini
adalah berkaitan dengan ganti rugi am kerana keaiban/malu, tohmahan
masyarakat, penderitaan, tekanan jiwa dan perasaan dan lain-lainnya.
[16] Oleh hal yang demikian, hanya tuntutan bil (2.) sahaja akan diberikan
perhatian, sepertimana yang di sebutkan oleh s 15 EUKINS berkenaan.
Salbiah Othman
126 lwn. Hj Ahmad Abdul Ghani [2002] 1 MSLR
kos jemputan
[20] Dalam beberapa hal mengenai kos-kos dan tuntutan ini, Mahkamah
menghadapi beberapa kesukaran bagi membuat penilaian dan pemerhatian
memandangkan tiada apa-apa resit-resit dan bukti-bukti pembelian
dikemukakan. Walauapapun, mahkamah mendapati bahawa beberapa
perkara tersebut adalah mempunyai asas dan munasabah, logik, dapat
diterima dan menjadi suatu perkara yang biasa pada adat setempat. Ini adalah
kerana ianya bersesuaian bagi maksud persiapan untuk majlis pertunangan
dan perkahwinan sebagaimana keadaan amalan biasa masyarakat setempat (
a'dat muhakkamah). Atas alasan dan pertimbangan ini maka mahkamah telah
membenarkan beberapa tuntutan tersebut.
Keputusan