SM Samsudin
SM Samsudin
SM Samsudin
ULASAN KES
B) FAKTA KES
1) Pemohon pertama, SM Faisal SM Nasimuddin merupakan bekas suami dan telah bercerai
dengan Emilia bt Hanafi pada 13 April 2016. Pemohon kedua pula adalah bekas ibu
mertua kepada responden. Pada 8 November 2018, Pemohon pemohon telah memfailkan
permohonan kebenaran untuk pengkomitan terhadap bekas isteri pemohon pertama,
Emilia bt Hanafi (No K/P 790630–10–5552) melalui Permohonan No 14400–099–0439–
2018. Setelah meneliti keseluruhan keterangan pemohon melalui afidavit yang difailkan,
mahkamah telah mengeluarkan satu perintah kebenaran dan mengeluarkan notis
menunjukkan sebab terhadap bekas isteri pemohon pertama pada 17 Januari 2019.
Perintah kebenaran tersebut diputuskan atas keingkaran bekas isteri pemohon pertama
untuk mematuhi perintah bertarikh 23 Julai 2018 (‘penghakiman persetujuan’), melalui
Saman No 14100–028–0798–2015. Bekas isteri pemohon pertama dikomitkan ke penjara
selama tujuh hari (‘perintah pengkomitan bertarikh 4 September 2019’) kerana
keengkaran tersebut.
2) Responden pula adalah merupakan seorang Ahli Parlimen Petaling Jaya dan didakwa
telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Mahkamah Syariah dengan menerbitkan
(published) kenyataan-kenyataan penghinaan tersebut di dalam artikel bertajuk ‘05Sep
Injustice Against Muslim Women Still Exist In Legal System’ pada 5 September 2019
1
melalui laman sesawang responden vide http://www.mariachinabdullah.org/injustice-
against-muslim-women-still-exis t-in-the-legal-system/ (‘artikel responden tersebut’).
C) ISU-ISU
iii) samada butir lengkap pertuduhan perlu dinyatakan dalam Notis Tunjuk Sebab?
iv) samada hukuman denda sahaja adalah bersesuaian dengan kesalahan Responden?
4) Pemohon menyatakan bahawa responden pada 5 September 2019 dengan niat mala fide
telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Mahkamah Syariah. Tindakan
responden tersebut adalah dengan cara menerbitkan (published) kenyataan-kenyataan
yang menghina Mahkamah Syariah tersebut di dalam artikel bertajuk ‘05 Sep Injustice
Against Muslim Women Still Exist In Legal System’ pada 5 September 2019 melalui
laman sesawang responden vide http://www.mariachinabdullah.org/injustice- against-
muslim-women-still-exist-inthe-legal-system/ (‘artikel responden tersebut’).
5) Oleh itu, Pemohon telah memfailkan permohonan pada 10 September 2019 bagi
mendapatkan kelulusan mahkamah ini untuk mengeluarkan notis menunjukkan sebab
(NMS) kepada responden kerana telah melakukan penghinaan mahkamah berdasarkan
Seksyen 229(3) ATMMSWP 1998.
2
6) Kenyataan yang diterbitkan oleh Responden adalah seperti berikut :-
Emilia telah meminta kebenaran untuk penjadualan semula tarikh-tarikh lawatan pada 6
dan 7 Oktober 2018 lalu untuk membolehkannya membawa ketiga-tiga anak lelakinya ke
sebuah program amal berbentuk keagamaan. SM Faisal juga telah tidak hadir pada
tarikh-tarikh penggantian iaitu pada 13 dan 14 Oktober dan tidak mengemukakan
sebarang alasan atas ketidakhadirannya.
Emilia yang telah bercerai pada 2016 merupakan seorang mangsa keganasan rumah
tangga dan telah bergelut dengan trauma apabila berada dalam satu hubungan
menderitakan yang mana telah mendapat liputan meluas media pada masa tersebut.
Pada dua tahun yang pertama selepas perceraian, Emilia berusaha untuk menyara anak-
anaknya kerana tidak menerima sebarang nafkah dari bekas suaminya dan telah melalui
pelbagai rintangan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Baru-baru ini, Jabatan Kebajikan telah datang ke kediaman keluarga Emilia untuk
mencari ketiga-tiga anaknya. Ini sangat mengejutkan. Telah hampir empat tahun setelah
kes ini dibawa ke Mahkamah dan sejak dari itu Emilia telah diberi hak penjagaan penuh
ke atas anak-anaknya. Mengapa beliau masih lagi diganggu?
Menjatuhkan hukuman penjara 7 hari ke atas seorang ibu yang mempunyai tiga orang
anak kerana menukar jadual lawatan walaupun satu tarikh ganti telah diminta,
3
merupakan satu perkara yang serius Ini jelas menunjukkan bahawa diskriminasi
terhadap wanita-wanita Muslim di dalam sistem keadilan Syariah di negara kita masih
lagi wujud sehingga kini.
Sebagai seorang aktivis dan pejuang hak asasi manusia selama 30 tahun, saya telah
berhadapan banyak kes di mana wanita-wanita Muslim yang diceraikan telah dibiarkan
tidak terbela oleh Mahkamah Syariah, terutamanya apabila melibatkan hak untuk
mendapatkan bekas-bekas suami untuk memberikan nafkah.
Kenapa Mahkamah Syariah dan Jabatan Kebajikan tidak ambil tindakan kepada bapa-
bapa yang tidak membayar nafkah kepada anak-anak? Bentuk diskriminasi dan
ketidakadilan seperti ini mesti dihentikan.
Saya mencadangkan agar Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan
Kemajuan Islam untuk mengambil perkara ini dengan segera dan bekerjasama dengan
Mahkamah Syariah membentuk satu sistem adil untuk menjaga hak-hak yang ditindas.
8) Jika perbuatan menghina mahkamah tersebut dilakukan di luar mahkamah, suatu notis
tunjuk sebab hendaklah diserahkan secara kediri hendaklah dibuat kepada responden.
Mahkamah merujuk kepada Arahan Amalan 13 Tahun 2004 yang menjelaskan seperti
berikut:
4
(1) Penghinaan di luar Mahkamah termasuklah:
ii) Mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis oleh mana-
mana orang atau badan atau pertubuhan atau organisasi yang adalah satu perbuatan
menghina Mahkamah Syariah.
9) Oleh itu, Responden telah melakukan satu perbuatan menghina mahkamah menerusi
kenyataan yang dibuat di laman sesawang oleh Responden di dalam artikel bertajuk ‘05
Sep Injustice Against Muslim Women Still Exist In Legal System’ pada 5 September
2019 melalui laman sesawang responden vide
http://www.mariachinabdullah.org/injustice- against-muslim-women-still-exist-inthe-
legal-system/
10) Selepas notis tunjuk sebab dikeluarkan terhadap Responden, Responden telah
memfailkan afidavit jawapan yang diangkat sumpah dengan tunjuk sebab
sebagaiketerangan lisan pada 21 Februari 2020 dan telah diserahkan kepada pemohon.
Responden menyatakan kepada mahkamah bahawa tidak berlaku sebarang pelanggaran
terhadap perintah mahkamah seperti yang didakwa pemohon tersebut. Responden
menyatakan bahawa kenyataan tersebut telah disalahertikan oleh pemohon kerana ianya
bukan bertujuan untuk menghina atau merendah-rendahkan mahkamah yang mulia ini.
11) Responden mendakwa bahawa kenyataan tersebut adalah merupakan satu kenyataan yang
membina, bertujuan untuk membangkitkan kesedaran dan untuk penambahbaikan sistem
perundangan Syariah.
5
G) KEPUTUSAN DAN ALASAN PENGHAKIMAN
12) Sebagai menjawab kepada isu (i) SAMADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
MEMPUNYAI BIDANGKUASA UNTUK MEMBICARAKAN KES INI.
Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan pemohon ini
berdasarkan subperenggan 46(2)(b)(x) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah
Persekutuan) 1993 (‘APUUI 1993’) yang memperuntukkan mahkamah hendaklah
berbidang kuasa dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding yang berhubungan dengan perkara-perkara lain yang berkenaan
dengannya bidang kuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis
Secara khususnya, bidang kuasa mahkamah untuk mendengar, permohonan ini telah
dinyatakan dengan jelas melalui s 229 ATMMSWP 1998 seperti yang berikut:
(2) Jika penghinaan dilakukan di dalam Mahkamah, maka tidaklah perlu bagi
Mahkamah menyampaikan notis untuk menunjukkan sebab tetapi Mahkamah hendaklah
memastikan bahawa orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu faham tentang jenis
kesalahan yang dikatakan terhadapnya dan diberi peluang untuk didengar untuk membela
dirinya, dan Mahkamah hendaklah membuat suatu rekod yang sepatutnya mengenai
prosiding itu,
(3) Dalam hal penghinaan yang dilakukan di luar Mahkamah, notis supaya menunjukkan
sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh diambil terhadapnya hendaklah
disampaikan ke diri orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu.
6
13) Responden menggunakan fakta yang salah dalam kenyataannya dan juga telah
menggunakan fakta yang tidak berkaitan apabila mengulas tentang isu kes terhadap bekas
isteri pemohon.
14) Responden telah menghina mahkamah dengan memfitnah mahkamah telah memberi
layanan yang tidak adil atau mendiskriminasi kepada bekas isteri pemohon dan wanita.
15) Dalam tuntutan ini, pemohon telah memfailkan tuntutan bahawa responden telah
melakukan penghinaan di luar mahkamah menurut Seksyen 229(3) ATMMSWP 1998.
Menerusi peruntukkan yang dinyatakan tersebut, telah mengesahkan bahawa Mahkamah
ini mempunyai kuasa untuk mendengar dan memulakan prosiding membicarakan kes
penghinaan mahkamah samada di dalam ataupun di luar mahkamah.
16) Pertama, Permulaan prosiding penghinaan dimulakan oleh Pemohon sebagai pihak yang
berkepentingan ataupun berkaitan. Permohonan pemohon adalah untuk mendapat
kelulusan mahkamah untuk mengeluarkan notis tunjuj sebab kepada Responden.
Pemohon hendaklah memfailkan satu permohonan notis tunjuk sebab bagi kesalahan
penghinaan yang dikatakan dilakukan oleh orang tersebut dan dialamatkan kepada orang
tersebut.
17) Kedua, Permohonan notis tunjuk sebab hendaklah disokong dengan affidavit sokongan
pemohon yang mengandungi butiran diri pemohon, butiran diri orang yang dikatakan
menghina mahkamah iaitu Responden dan alasan permohonan iaitu berkaitan dengan
tindakan atau perbuatan Responden dan cara yang dikatakan menghina mahkamah itu.
7
18) Ketiga, notis tunjuk sebab tersebut perlu difailkan di mahkamah dan mahkamah
hendaklah mendaftarkan dan membicarakan permohonan tersebut mengikut undang-
undang yang diperuntukkan.
19) Keempat, Setelah mahkamah meneliti notis tunjuk sebab yang difailkan, mahkamah akan
memutuskan bahawa pemohon berhak atau tidak dan boleh memohon kepada mahkamah
untuk memulakan tindakan penghinaan mahkamah ke atas Responden.
21) Penyampaian Notis tunjuk sebab hendaklah diserahkan secara kediri kepada Responden
sebagai mana diperuntukkan dalam Seksyen 229 (3) ATMMSWP 1998 kerana tindakan
penghinaan dilakukan di luar mahkamah.
22) Penyampaian notis tunjuk sebab hendaklah diserahkan kepada Responden selaras dengan
Seksyen 45 ATMMSWP 1998 dua hari genap sebelum tarikh pendengaran kes. Sekiranya
pemohon tidak hadir pada mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah, suatu
waran tangkap boleh dikeluarkan kepada Responden.
23) Jika kehadiran responden adalah berdasarkan waran tangkap, maka suatu jaminan wajar
dikeluarkan kepada responden untuk memastikan kehadirannya pada tarikh yang akan
datang. Responden semasa kehadirannya di mahkamah, hendaklah diberi pilihan sama
ada untuk mengaku bersalah dan memohon maaf tanpa syarat mahupun membela dirinya
sendiri.
24) Selepas menerima notis tunjuk sebab, Responden perlu menghadirkan diri ke tarikh yang
telah ditetapkan oleh Mahkamah.
8
25) Sekiranya responden hadir, mahkamah hendaklah mendengar pengakuan responden dan
memberi peluang responden membela dirinya atau memberi penjelasan terhadap tindakan
yang dikatakan sebagai menghina mahkamah tersebut termasuklah dengan memanggil
saksi-saksinya.
26) Sekiranya pihak yang menghina mahkamah hendak membela dirinya secara lisan, maka
hakim bicara hendaklah menjalankan siasatan terhadapnya secara ‘inquistorial’ iaitu di
mana Hakim menjalankan siasatan secara inkuiri (soal balas dan siasat secara lisan).
Hakim bicara juga boleh berdasarkan kuasa budi bicaranya boleh membenarkan
Responden disoal oleh pemohon dan/atau Peguam Syarienya sendiri.
27) Sekiranya Responden membuat pembelaannya melalui afidavit bagi menjawab notis
tunjuk sebab tersebut, hakim bicara boleh membenarkannya dan disoal-balas dan disoal-
semula oleh pihak-pihak termasuklah hakim bicara itu sendiri. Selanjutnya
perintah/keputusan akan dilakukan oleh Hakim.
28) Walau bagaimanapun, dalam kes ini proses soal balas dan soal semula terhadap afidavit
pembelaan tidak dijalankan kerana pemohon tidak berhasrat untuk membuat soal balas
tersebut.
29) Pemohon berhujah bahawa elemen yang perlu diteliti oleh mahkamah dalam permohonan
ini adalah seperti berikut:
(a) kenyataan seseorang yang dibuat secara objektif dan holistik telah merujuk kepada
Mahkamah Syariah dan sistem pentadbirannya;
(b) kenyataan yang dibuat dalam maksud semulajadi dan biasa, merupakan penghinaan
kepada Mahkamah Syariah dan sistem pentadbirannya; dan
(c) kenyataan yang dibuat berisiko besar telah menjejaskan kepercayaan awam kepada
pentadbiran keadilan khususnya Mahkamah Syariah
9
30) Elemen-elemen yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk memutuskan samada
wujudnya elemen penghinaan kepada Mahkamah :-
31) Mahkamah telah menghakimkan bahawa artikel Responden seperti yang berikut:
10
(d) bahawa kenyataan-kenyataan responden tersebut menghina kredibiliti dan/atau
kebijaksanaan HakimHakim Mahkamah Syariah yang terpelajar; dan
32) Mahkamah dengan ini telah mendapati bahawa Pemohon telah membuktikan tindakan
Responden ini adalah suatu penghinaan Mahkamah.
33) Oleh kerana kes penghinaan Mahkamah adalah kes Mal, maka tidak perlu dinyatakan
secara terperinci butiran lengkap seperti kes jenayah. Ia adalah memadai dinyatakan
dalam notis tunjuk sebab tersebut menyatakan butiran penghinaan yang dilakukan
Responden sekadar untuk memaklumkan Respoden berkaitan tindakan penghinaannya
kepada Mahkamah dan tiada format spesifik yang diperlukan untuk pemfailan notis
tunjuk sebab tersebut.
34) Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan dalam kes ini, terdapat prinsip-prinsip yang perlu
dipatuhi ketika menyediakan pertuduhan di mana setiap pertuduhan hendaklah jelas dan
terang serta mengandungi semua butir-butir seperti tarikh, masa dan tempat kejadian,
termasuklah alamat lengkap serta bahan-bahan yang perlu dinyatakan seperti niat dan
perbuatan merujuk kepada peruntukkan dan enakmen yang berkaitan.
J) HUKUMAN
35) Hukuman penghinaan Mahkamah telah diperuntukkan dalam Seksyen 229 ATMMSWP
1998 seperti berikut :-
11
229(1) Mahkamah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding
terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah dan boleh, dalam prosiding
sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama tempoh tidak melebihi enam
bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit.
36) Mahkamah memberi pandangan bahawa hukuman denda adalah satu hukuman yang biasa
dan mampu dibayar Responden. Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman
pemenjaraan terhadap responden bagi memastikan objektif untuk mencegah pengulangan
kesalahan yang sama. Hukuman pemenjaraan ini hendaklah dianggap sebagai peringatan
sama ada kepada responden mahupun seluruh masyarakat awam agar tidak sewenang-
wenangnya membuat apa-apa kenyataan yang menghina mahkamah.
(a) mahkamah meluluskan permohonan ini berdasarkan s 229(3) Akta Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1998;
(c) mahkamah menolak tunjuk sebab yang dikemukakan oleh Responden; dan
(d) mahkamah memerintahkan Responden Maria Chin Abdullah (No Kad Pengenalan:
560929–71–5060) hendaklah dikomit ke penjara selama tempoh tujuh hari.
12
H) ULASAN/PANDANGAN
38) Pendakwaan mengenai penghinaan mahkamah perlu diteliti dengan adanya keterangan
yang mencukupi yang mewajarkan pendakwaan. Pihak pendakwaan juga perlu
memastikan bahawa alasan-alasan pembelaan yang akan dibangkitkan oleh Responden
untuk membela diri yang akan melemahkan tuntutan pendakwaan.
39) Penghinaan mahkamah ataupun kegagalan untuk mematuhi perintah mahkamah wajar
dikenakan hukuman yang setimpal di mana peruntukkan yang sedia ada dari segi bayaran
denda masih dikira sebagai rendah kerana denda maksimum yang diperuntukkan hanya
sebanyak RM 2,000.00. walaupun mahkamah pada setiap keputusan yang dilakukan
hendaklah memastikan hukuman yang ditentukan mencapai tujuan dan prinsip hukuman.
40) Cadangan pindaan kepada amaun denda maksimum perlu dilakukan untuk memastikan
hukuman sedia ada iaitu penjara maksimum 6 bulan adalah selaras dan selari dengan
hukuman denda maksimum yang boleh dikenakan terhadap Responden/pesalah.
42) Oleh itu, berdasarkan kes ini hukuman pemenjaraan dikenakan terhadap Responden
sebagai peringatan untuk memastikan objektif untuk mencegah pengulangan kesalahan
yang sama di samping memberi peringatan kepada Responden dan juga masyarakat
awam tidak sewenang-wenangnya menghina mahkamah dapat dicapai.
13