KK BM
KK BM
KK BM
Dengan nama Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang Maha pemurah lagi Maha
Mengasihani .Terlebih dahulu pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan
Rohani binti Abu Bakar, Pengetua SMK Sulaiman dan Puan Zurida binti Ishak, Guru
Penolong Kanan Tingkatan Enam kerana telah memberikan kebenaran kepada pengkaji
untuk melaksanakan kerja kursus bagi subjek Bahasa Melayu. Pengkaji juga ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Siti Rohaya binti Aboullah yang
merupakan Guru Akademik Bahasa Melayu Tingkatan Enam kerana telah memberikan
panduan serta tunjuk ajar kepada pengkaji untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, pengkaji ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada ibu bapa pengkaji yang telah memberikan sokongan dari segi kewangan
dan sokongan emosi kepada pengkaji sepanjang pengkaji melaksanakan kerja kursus ini.
Pengkaji juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan pengkaji yang bersama-sama
membantu pengkaji dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam usaha menyiapkan kerja kursus ini.
PENGENALAN
Latar belakang kajian iaitu keterangan tentang konsep unsur Fonetik dalam Bahasa
Melayu Dalam kajian ini pengkaji telah mengkaji beberapa unsur Fonentik iaitu
pengguguran diftong dan vokal. Bahasa Melayu Moden dalam Dialek Pahang yang terdapat
di Kampung Lada Jerantut, Pahang.
Dialek Pahang merupakan dialek yang dituturkan oleh penduduk negeri terbesar di
Semenanjung Malaysia dan mempunyai dialek daerah dan ragam khas yang banyak.
Secara umumnya, masyarakat di Pahang bertutur dalam dialek Pahang yang berbeza-
beza mengikut kawasan tempat tinggal mereka. Dialek Pahang terkenal dengan
nadanya yang unik kerana boleh berubah daripada nada rendah ke nada tinggi dan
dialeknya yang pantas. Loghat Pahang yang tulen kebiasaannya sukar difahami oleh
masyarakat luar kerana bahasanya yang jauh beza daripada bahasa melayu standard.
1.2 DEFINISI KONSEP
Bahagian ini menerangkan tentang definisi dan konsep yang digunakan dalam
kajian ini.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat dialek dapat didefinisikan sebagai satu bentuk bahasa
yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa
standard , loghat , pelat daerah dan lain-lain lagi . Dialek Pahang , Terengganu dan
sebagainya . Dialek Pahang merupakan Bahasa Melayu lisan yang telah digunakan oleh
Masyarakat Melayu Pahang yang telah dituturkan oleh masyarakat terdahulu sehingga kini,
Kini , dialek Pahang telah digunakan secara meluas berikutan faktor penghijrahan orang
Pahang ke negeri- negeri lain di seluruh Malaysia atas pelbagai faktor kehidupan.
1.2.2 FONETIK
Fonetik ialah subbidang linguistik yang mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa yang telah
dihasilkan ataupun dilafazkan oleh organ-organ pertuturan manusia antaranya ialah organ
atau alat pertuturan seperti lelangit, gusi , anak tekak, bibir dan pita suara, Dalam kajian
fonetik perumusan masalah adalah cara sesuatu bunyi yang dilontarkan dilafazkan oleh
penutur. Bukan itu sahaja, fonetik juga telah dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fonetik
artikulasi, akustik dan auditori. Fonetik juga turut mengkaji komponen-komponen bunyi
suatu bahasa lebih khusus lagi kajian dari aspek fisik dan dari aspek fungsional iaitu peranan
yang telah dimainkan oleh bunyi-bunyi ujuran pada suatu bahasa tertentu.
Menurut Abu Basar membaca adalah gabungan bagi menyuarakan lambang-lambang tulisan
yang dihasilkan ataupun yang telah sedia ada, mengamati serta memahami setiap kandungan
yang wujud. Membaca juga adalah lambang-lambang bertulis yang terkandung didalamnya
serta turut mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman yang dimiliki oleh penutur.
1.2.3 BAHASA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat telah menjelaskan bahawa bahasa ialah sistem
lambang bunyi suara yang sering dipakai sebagai alat penghubungan dalam likungan satu
kelompok manusia antara seorang individu dengan individu yang lain sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung. Bahasa juga merupakan alat komunikasi yang wujud dan
seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Bukan itu sahaja, melalui bahasa juga manusia
dapat melahirkan pelbagai idea , perasaan , dan dapat berhubung antara satu sama lain dengan
lancar. Bahasa juga telah banyak dikuasai secara semula jadi ataupun dipelajari secara formal
ataupun tidak formal. Menurut Wilhelm Von Humboldt telah mendefinisikan bahasa sebagai
sintesis bunyi. Manakala John B. Coral juga turut membuat peninjauan bahasa dari segi
linguistik yang merupakan sistem bunyi vokal.
1.2.4 MELAYU
Istilah ‘MELAYU’ telah digunakan dalam pengertian yang luas dan juga sempit.Dalam
pengertian luas, istilah ini telah merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di
Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut sebagai gugusan
pulau-pulau Melayu , iaitu pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang wujud pada masa ini.
Penggunaan istilah ‘ MELAYU” yang lebih am ialah yang merujuk kepada suku bangsa yang
berbahasa Melayu yang telah mendiami di Semenanjung Tanah Melayu , Pantai Timur
Sumatera , Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.
1.2.5 VOKAL
Vokal ialah bunyi yang dihasilkan secara lantang (Radiah Y, Noriah M, Nor’ Aini I, 2010),
bunyi disebut vokal apabila tiada halangan pada alat artikulasi. Arus udara keluar terus-
menerus tanpa sekatan. Halangan untuk bunyi vokal hanya pada pita suara sahaja. Halangan
hanya terjadi pada pita suara tidak lazim disebut artikulasi (J.W.M. Verhaar, 1977) kerana
vokal dihasilkan dengan halangan pita suara maka pita suara bergetar. Glotis dalam keadaan
tertutup tetapi tidak rapat sekali. semua vokal adalah bunyi bersuara. Dalam dasar sebutan
baku bahasa Malaysia, ada dinyatakan bahawa bunyi perlu disebut fonemik. Maka semua
huruf vokal ‘a, e, I, o, u’ perlulah disebut sebagai [a], [e], [i], [o], [u] tetapi ‘e’ mungkin
disebut sebagai [e] seperti dalam elak, ekar, edah ataupun sebagai [ə] seperti dalam embun,.
Maka huruf ‘e’ boleh disebut sebagai [e] atau [ə]. Jadi dalam sebutan baku bahasa Malaysia,
terdapat lima huruf vokal tetapi bunyi vokalnya ialah enam (Radiah Y, Nor’Anini I 2005).
Bunyi-bunyi vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal
belakang. Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah. Vokal dalam bahasa
Inggeris terdiri daripada lapan jenis, iaitu [i], [e], [ɛ], [a], [u], [o],[ɔ], dan [ə] (A. Hamid,
Nurfarah L.A 2007) . Vokal dibezakan menjadi vokal nasal dan vokal oral. Vokal nasal
banyak terdapat dalam dialek Kelantan, bahasa Acheh dan Perancis. Vokal nasal dalam dialek
Kelantan dan Acheh misalnya: [ã, ẽ, ĩ, ũ]. Vokal nasal dalam bahasa Perancis misalnya : on
[õ], en [ə] dan [ɛ] dalam matin ‘pagi’ [matɛ]. Vokal dapat dibahagikan kepada vokal panjang
dan pendek. Tanda panjang biasanya dengan tanda garis pendek di atas atau dengan titik dua
di atas sebelah kanan bunyi panjang itu. Misalnya [a] panjang ditulis [a:] atau [ā], [u] panjang
ditulis [u:] atau [ū] dan sebagainya. (A. Hamid, Nurfarah L.A 2007).
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
b) Menyatakan perbezaan Bahasa Melayu Moden dengan dan Dialek Pahang di dalam
yang terdapat di Kampung Lada , Jerantut , Pahang.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
a) Memperlihatkan perbezaan dialek Pahang dengan bahasa melayu moden yang wujud
di Kampung Lada , Jerantut, Pahang.
b) Menambah daftar dialek Pahang dengan Bahasa Melayu Moden di Kampung Lada ,
Jerantut Pahang.
c) Menjadi rujukan kepada pengkaji yang berminat untuk mengkaji dialek Pahang pada
masa hadapan.
Fokus kajian ini tertumpu kepada penggunaan unsur Bahasa yang terdapat di dalam
Perbandingan Dialek Pahang dengan Bahasa Melayu Moden di Kampung Lada Jerantut ,
Pahang.
Kajian ini telah hanya tertumpu kepada perbandingan dialek Pahang dengan Bahasa Melayu
Moden di Kampung Lada Jerantut ,Pahang. Pengkaji hanya mengkaji tentang dialek Pahang
dengan Bahasa Melayu Moden dalam komunikasi kehidupan harian mereka. Pengumpulan
data ini telah bermula daripada pertengahan bulan September dan berakhir pada bulan
November .
Pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah antaranya ialah kaedah perpustakaan iaitu
kaedah yang merujuk kepada proses untuk pengkaji merujuk bahan bacaan di perpustakaan.
Selain itu, pengkaji juga melayari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat yang
diingini berkaitan dengan bidang kajian pengkaji. Seterusnya pengkaji menggunakan kaedah
kajian lapangan dengan pengkaji pergi ke kampung tersebut untuk berinteraksi dengan
penduduk kampung bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
6.1 Pemerolehan Data.
Sumber data kajian ini ialah perbezaan dialek Pahang dengan Bahasa Melayu Moden di kampung
Lada. Pelbagai maklumat telah diperoleh hasil penelitian yang dibuat dengan bahan yang sesuai dan
menepati ciri yang diperlukan dalam kajian.
Data teks yang dikaji ialah perbandingan penggunaan Fonetik yang berkaitan dengan Dialek
Pahang dengan Bahasa Melayu Moden merujuk kepada penduduk Kampung Lada , Jerantut,
Pahang.
Data yang telah dianalisis dihasilka dalam bentuk jadual beserta dengan contoh bagi
memudahkan penyampaian maklumat oleh pengkaji. Semua hasil kajian dibincangkan dalam
dapatan kajian ini.
Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian tentang pengunaan Dialek Pahang
dengan Bahasa Melayu Moden di Kampung Lada , Jerantut, Pahang.
PENGGUGURAN VOKAL I
Jadual 1 menunjukkan senarai perbezaan penggunaan bahasa melayu moden dan dialek yang
terdapat di Kampung Lada Jerantut , Pahang. Berdasarkan senarai bahasa melayu moden
bagi pengguguran vokal (i) dalam jadual di atas kepada bahasa dialek Pahang menunjukkan
perubahan yang paling dominan ialah pengguguran vocal ( i ) dalam pengucapan, ujuran dan
sebutan .Prnggunaan vocal ( i ) boleh didapati di hujung setiap perkataan . Sebagai contoh,
Jelaslah bahawa penggunaan vokal dalam suku kata tertutup banyak berubah apabila
dituturkan di dalam dialek Pahang.
Jadual 3 telah menunjukkan perkataan-perkataan Bahasa Melayu Moden yang telah ditukar
kepada Bahasa Dialek Pahang. Bahasa Melayu Moden ini telah diubah 100 % kepada Bahaa
Dialek Pahang oleh penutur yang menetap di Kampung Lada , Jerantut ,Pahang. Bahasa ini
sering digunakan didalam kehidupan harian penutur untuk berkomunikasi antara satu sama
lain dalam kehidupan harian mereka di samping itu mereka mampu memperkenalkan loghat
loghat yang terdapat di kawasan tersebut bersama – sama dengan masyarakat luar yang
kurang fasih berkaitan dengan dialek Pahang atau dikenali sebagai Loghat Negeri Pahang
yang sudah wujud oleh sekian lamanya oleh masyarakat yang terdahulu.
Rumusan kajian ini mendapati terdapat penggunaan diftong /ai/ dimana vokal /i/ digugurkan
dan pertukaran vokal u kepada e yang digunakan oleh penduduk di Kampung Lada, Jerantut,
Pahang dalam percakapan harian mereka. Penggunaan diftong dan pertukaran vokal ini
didapati berlaku dalam beberapa perkataan Bahasa Melayu Standard dan pengkaji telah
mengkaji 50 perkataan yang terdapat diftong dan pertukaran vocal ini. Hal ini telah
mendapati bahawa diftong /ai/ yang digugurkan vocal /i/ lebih banyak digunakan berbanding
dengan diftong yang lain. Didapati juga mana-mana perkataan yang mempunyai konsonan /r/
akan disebut /gh/.
9.0 PENUTUP.
Kesimpulannya yang dapat dikatakan kajian ini membuktikan bahawa Loghat Negeri Pahang
mempunyai perkataan yang mengandungi Diftong. Antaranya ialah, pengugguran vokal /i/,
pengugguran vokal /u/ dan penggubahan perkataan Bahasa Melayu Moden kepada Bahasa
Melayu Klasik yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari. Kajian ini juga bertujuan untuk
mencari tahu lebih dalam ciri-ciri khas dan keunikan Loghat Negeri Pahang. Semoga kajian
ini menjadi rujukan kepada pengkaji lain untuk menambah baik kajian berkaitan dengan
Diftong yang terdapat dalam Loghat Negeri Pahang. Pengkaji juga berharap kajian seperti ini
dapat diteruskan pada masa akan datang.
BIBLIOGRAFI
INTERNET
1.DEFINISI BAHASA
https://images.app.goo.gl/3CC4d94dCwjzVkyU7
2.DEFINISI VOKAL
https://doadantakdir.blogspot.com/2014/12/penghasilan-bunyi-vokal-dan-diftong.html?
m=1
3. DEFINISI MELAYU
https://images.app.goo.gl/R2Ush1wpuvNiPq6f6
4.DEFINISI FONETIK
http://caeser-rio.blogspot.com/2013/06/definisi-fonetik.html?m=1
https://www.scribd.com/doc/232120707/Kamus-Loghat-Pahang-version-1.