Contoh Teks Debat Ala Parlimen
Contoh Teks Debat Ala Parlimen
Contoh Teks Debat Ala Parlimen
Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajardalam
kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua -dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan
untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekaligus memberi masa lapang yang lebih banyak kepada
pelajar. Dengan ini, pelajar boleh menggunakan masa yang terluang untuk menyertai
kegiatan kokurikulum. Mereka boleh menyertai kegiatan persatuan, kelabmahupun
permainan. Pertandingan lari berganti -ganti, petanqe, bola sepak dan sebagainyaturut
menjadi pilihan utama aktiviti sukan yang juga merupakan pilihan kegemaran parapelajar.
Kesannya, pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah sehingga ke peringkat daerah, negeri
mahupun antarabangsa. Hal ini jauh berbeza dengan dahulu apabila pelajar harus menghadiri
kelas tambahan yang diwajibkan di kebanyakan sekolah supaya dapat melulus peperiksaan
UPSR dan PMR yang meliputi subjek -subjek penting. Oleh itu, jelasnyabahawa pemansuhan
UPSR dan PMR dapat memberi peluang tanpa batasan kepada pelajar untuk menceburi diri
mereka dalam kegiatan kokurikulum.
Tuan Yang Dipertua dan sidang dewan yang saya muliakan sekalian,
Dengan menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama membuka hati dan minda kita supaya
menerima pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini untuk kepentingan anak bangsa
kita sendiri. Oleh yang demikian langkah Kementerian Pelajaran di negara kita untuk
memansuhkan peperiksaan awam ini adalah wajar dan tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu
sekali lagi saya katakan bahawa peperiksaan awam, UPSR dan PMR wajar dimansuhkan.
Sekian mohon untuk terus mencadang.
Hujah Daripada Pihak Pembangkang( Ketua Pembangkang).
Salam aspresiasi dan salam satu Malaysia buat Tuan Yang Dipertua, rakan-rakan di deligasi
kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan Ahli-Ahli dewan yang dimuliakan sekalian. Tuan
Yang Dipertua Dewan, setelah dibentangkan definisi usul secara literal oleh pihak kerajaan
yang saya kira begitu menarik sekali, maklumlah diambil bulat-bulat daripada Kamus
Dewan, kami dari legasi pembangkang faham tentang usul yang dikemukakan. Namun ,
memang sudah menjadi adat di dalam arena perdebatan di mana sudah menjadi
tanggungjawab kami dalam meneliti beberapa kesilapan dan kekurangan. Oleh itu kami akan
mengutarakan hujah-hujah logik dan benar untuk menangkis hujah-hujah kurang jelas
daripada pihak kerajaan sebentar tadi.
Sebagai ketua pembangkang, saya akan menyatakan hujah-hujah yang membantah sekeras-
kerasnya usul ini. Seterusnya hujah saya akan disambung oleh rakan pembangkang kedua
yang ternyata tidak kurang mantap hujahnya , pembangkang ketiga pula membidas hujah-
hujah songsang daripada pihak kerajaan. Jadi, kami yakin sepenuhnya dengan hujah yang
kami lontarkan nanti, pihak kerajaan terpaksa menerima hakikat bahawa peperiksaan awam
ini tidak wajar dimansuhkan.
Pertama pada hari ini Yang Dipertua, kami masih kurang jelas tentang perlaksanaan
pemansuhan peperiksaan awam ini. Hal ini kerana , pihak kerajaan sebentar tadi telah
mengatakan peperiksaan awam ini dimansuhkan kerana pelajar hanya belajar berorientasikan
peperiksaan semata-mata. Sekiranya tanpa peperiksaan, bagaimana hendak menilai usaha
pelajar dan guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran? Dan yang keduanya Yang
Dipertua, mereka menyatakan bahawa pemansuhan peperiksaan awam ini adalah untuk
mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan. Kalau benar pemansuhan peperiksaan awam ini
dapat menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan mengapa peperiksaan awam ini tidak
dimansuhkan pada tahun 1997 dulu, ketika negara kita mengalami kemelesetan ekonomi
yang sangat teruk? Di mana kerelevenan hujah yang disampaikan oleh deligasi kerajaan?
Kami harap dapat dijawab pertanyaan ini oleh pihak kerajaan sebentar lagi.
Di samping itu Yang Dipertua, pemansuhan UPSR dan PMR akan mengurangkan bilangan
pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalampeperiksaan SPM. Hal ini
demikian, kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas
belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang
secukupnya sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan
pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM akanmemperlihatkan pola yang merosot.
Hal ini jauh berbeza apabila dengan kewujudan UPSR dan PMR, pelajar akan mendapat
pengalaman peperiksaan sebenar yang pertama dalamUPSR di peringkat sekolah rendah
sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM di sekolahmenengah. Dengan ini, kesilapan
yang pertama boleh dibaik pulihkan pada peperiksaan kali kedua iaitu PMR. Hal ini
membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggiuntuk menduduki
peperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat percubaan
untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar menduduki peperiksaan itu
sangat penting Yang Dipertua memandangkan mereka tidak lepas daripada perasaan kurang
yakin apabila berdepan dengan peperiksaan.