Tugasan 2 - Tugasan Individu 20%

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TUGASAN 2 - TUGASAN INDIVIDU (20%)

NUR SABILA BINTI MOHAMAD ( M20232002634 )

Tajuk Artikel :

Tahap Penglibatan Aktiviti Fizikal Dan Indeks Jisim Badan Murid Melanau

Nama Penulis dan Makluman Latar Belakang :

Fhareez Ridzuan Abdullah, Mohd Radzani Abd Razak, Erwan Ismail


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan

Tarikh Artikel Diterbitkan : 1 Mac 2021


Nama Jurnal / Bilangan : Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 3, No.1, 355-360, 2021

a. Isi kandungan artikel secara menyeluruh

Penglibatan aktiviti fizikal dikaitkan dengan pelbagai kebaikan terhadap


kesihatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penglibatan
aktiviti fizikal dan tahap BMI murid Melanau, Sarawak. Instrumen kajian
yang digunakan adalah Physical Activity Questionnaire for Older
Children (PAQ-C). Populasi kajian adalah terdiri daripada murid
Melanau yang berumur antara 10 hingga 12 tahun. Kaedah penentuan
sampel yang digunakan adalah jadual penentuan sampel Krecjie dan
Morgan (1970). Dapatan menunjukkan bahawa tahap penglibatan
aktiviti fizikal murid Melanau adalah tidak aktif. Tahap BMI murid
Melanau pula menunjukkan bahawa berada dalam kategori ideal
secara keseluruhan iaitu 95.8% dengan min = 18.18kgm-2. Hasil ujian
korelasi pearson mendapati bahawa penglibatan aktiviti fizikal
mempunyai hubungan negatif yang rendah yang signifikan terhadap
BMI dalam kalangan murid perempuan iaitu r = -0.339; p < 0.01 =
0.008. Manakala, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
penglibatan aktiviti fizikal terhadap tahap BMI dalam kalangan murid
lelaki iaitu p > 0.05. Penglibatan aktiviti fizikal adalah komponen yang
penting dalam mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit. Pihak
sekolah perlu menjadikan waktu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan adalah waktu untuk menggalakkan murid melakukan aktiviti
fizikal.

b. Isu/masalah/skop

Dalam kajian ini, penulis mengetengahkan isu penglibatan aktiviti


fizikal secara aktif dapat mempengaruhi tahap kesihatan.
Peningkatan prevalen kegemukan di Malaysia adalah perkara yang
membimbangkan. Kajian WHO (2018) mendapati bahawa Malaysia
merupakan negara yang mmepunyai bilangan obesiti yang tertinggi
di Asia Tenggara. Era revolusi industry ke-4 (4IR) ini, tahap
kesihatan menjadi kekangan dalam sosial yang membimbangkan di
kebanyakan negara. Kekangan ini secara tidak langsung dapat
mempengaruhi individu dan masyarakat serta negara. Masalah
kesihatan ini mempunyai perkaitan daripada peringkat kanak-kanak.

Aspek fizikal merupakan komponen yang banyak mempengaruhi


tahap kesihatan. Aspek fizikal merupakan komponen yang sangat
penting dan berkait rapat dengan tubuh badan seseorang
serta kebolehan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dalam jangka
masa yang panjang.Salah satu aktiviti fizikal yang sangat penting
dan mudah dilaksanakan adalah aktiviti senaman. .Penglibatan
aktiviti fizikal ini secara tidak langsung dapat mempengaruhi tahap
kesihatan individu.Oleh itu,kajian ini adalah untuk mengkaji tahap
penglibatan aktiviti fizikal dan kesihatan murid Melanau.
c. Objektif
1. Mengenal pasti tahap penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan
murid Melanau.
2. Mengenal pasti indeks jisim badan dalam kalangan murid
Melanau.
3. Mengenal pasti hubungan di antara tahap penglibatan aktiviti
fizikal dan indeks jisim badan murid Melanau

d. Tinjauan literatur

Statistik di Malysia yang dilakukan melalui National Health Mobility


Survey yang dijalankan pada tahun 2011 mencatatkan 15.1 peratus
rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas adalah obese.
Peningkatan yang berlaku adalah lebih tinggi berbanding 2006 yang
hanya pada 14 peratus. Selain itu, 2.6 juta populasi di Malaysia
adalah obese dan negara ini adalah negara yang tertinggi kadar
obesiti di Asia Tenggara. Daripada aspek jantina, lelaki dikatakan
obese jika mereka mempunyai kadar lemak berlebihan sebanyak 25
peratus manakala wanita adalah 35 peratus. Untuk mengukur
obesiti ini, Kaedah Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan
digunakan. Kaedah ini adalah perbandingan yang dilakukan antara
berat badan dan ketinggian. Haslina et al (2017) dalam kajiannya
yang bertajuk Corak Aktiviti Fizikal Dan Hubungannya Dengan
Obesiti Dalam Kalangan Murid Sekolah Menengah Di Felda yang
bertujuan untuk mengenalpasti corak aktiviti fizikal sama ada
berintensiti rendah, sederhana dan tinggi serta mengenalpasti
hubungan antara corak aktiviti fizikal dengan Indeks Jisim Tubuh
dan ukur lilit pinggang serta mengenalpasti faktor yang
menyumbang kepada obesiti. Dapatan kajian tersebut menunjukkan
bahawa corak aktiviti fizikal murid FELDA adalah berintensiti
sederhana manakala BMI adalah normal. Faktor utama
penyumbang kepada obesiti adalah ukur lilit pinggang. Ini
menunjukkan murid-murid hendaklah sentiasa aktif sepanjang
berada di bangku sekolah agar tidak menyumbang kepada obesiti
dalam kalangan rakyat Malaysia.

Noor Marlina Mohamed Nor et al (2019) menerusi kajian yang


bertajuk Corak Aktiviti Fizikal Dan Tahap Kesihatan Dalam
Kalangan Murid Rural Di Kuala Ketil yang bertujuan untuk mengkaji
corak aktiviti fizikal dan tahap kesihatan murid. Dapatan kajian telah
mendapati bahawa kebanyakan murid menggunakan motorsikal ke
sekolah. Corak aktiviti murid lebih cergas selepas waktu
persekolahan berbanding waktu PJPK,waktu rehat,waktu tengah
hari dan waktu hujung minggu. Dapatan kajian juga menunjukkan
BMI murid adalah normal. Dapatan kajian ini dapat membantu pihak
berkepentingan agar sentiasa menggalakkan murid untuk bergerak
aktif jika terdapat waktu senggang mengikut peraturan yang
ditetapkan di sekolah.

e. Metodologi

Berdasarkan pembacaan jurnal ini, metodologi atau kaedah kajian


yang dijalankan adalah menggunakan pendekatan yang tepat untuk
menjawab persoalan atau objektif dalam kajian ini. Penyelidik
menggunakan kaedah kajian berbentuk kuantitatif dengan
menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan dan korelasi.

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 120 orang murid Melanau
dengan purata umur 11 tahun. Penyelidik menyatakan bahawa
kaedah penentuan sampel yang digunakan adalah jadual
penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970).
f. Dapatan

Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa 120 orang murid


dikaji yang mana 50% adalah murid lelaki dan 50% adalah murid
perempuan. Purata umur murid kajian ini adalah 11 tahun.
Kebanyakan murid adalah beragama Islam iaitu 68.3% dan 31.7%
adalah beragama Kristian. Sektor pekerjaan bapa yang tertinggi
dalam kalangan murid Melanau adalah sendiri iaitu 65.8% dan
sektor pekerjaan ibu tertinggi adalah tidak bekerja iaitu 46.7%
dengan purata pendapatan keluarga adalah antara RM1,000.00
hingga RM1,999.99 iaitu 64.2%. Dapatan juga mendapati bahawa
57.5% murid Melanau bukan atlet dan mempunyai tahap
penglibatan dalam sukan tertinggi adalah peringkat daerah atau
MSSD iaitu 22.5%.

Bagi tahap penglibatan aktiviti fizikal, dapatan menunjukkan bahawa


secara keseluruhannya murid Melanau adalah diklasifikasikan tidak
aktif dalam melakukan aktiviti fizikal iaitu 100%. Dapatan murid
lelaki dan perempuan juga menunjukkan bahawa diklasifikasikan
tidak aktif.

Bagi indeks jisim badan (BMI) pula mendapati bahawa murid


Melanau diklasifikasikan BMI yang ideal iaitu 95.8% secara
keseluruhan dengan min BMI adalah 18.18kgm-2 . Bagi murid lelaki,
min BMI murid adalah 18.25kgm-2 dan diklasifikasikan BMI yang
ideal iaitu 95.0%. Bagi murid perempuan, min BMI murid adalah
18.11kgm-2 dan diklasifikasikan BMI yang ideal iaitu 96.7%

Hasil kajian korelasi pearson mendapati bahawa penglibatan aktiviti


fizikal mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap indeks
jisim badan dalam kalangan murid perempuan iaitu r = -0.339; p <
0.01 = 0.008. Manakala penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan
murid lelaki tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap
indeks jisim badan.

g. Kesimpulan

Tahap penglibatan aktiviti fizikal yang aktif dapat mempengaruhi


kesihatan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap
penglibatan aktiviti fizikal dan tahap BMI murid Melanau, Sarawak.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa
tahap penglibatan aktiviti tidak aktif bagi lelaki dan perempuan. Ini
menyebabkan mereka mempunyai risiko kesihatan yang rendah
tetapi mempunyai BMI yang ideal iaitu 95.8% secara keseluruhan
dengan min BMI adalah 18.18 kgm-2 . Bagi murid lelaki, min BMI
murid adalah 18.25 kgm-2 dan diklasifikasikan BMI yang ideal iaitu
95.0%. Bagi murid perempuan, min BMI murid adalah 18.11 kgm-2
dan diklasifikasikan BMI yang ideal iaitu 96.7%.

Kesimpulannya,waktu PJPK di sekolah memang tidak dinafikan lagi


merupakan matapelajaran yang penting untuk diajar di sekolah. Jika
di rumah, murid-murid mungkin dipengaruhi oleh banyak faktor yang
menyebabkan mereka tidak melibatkan diri secara aktif salah satu
daripadanya adalah kerana teknologi internet. Mereka lebih
berminat dengan bermain permainan secara dalam talian daripada
berada di luar rumah untuk melakukan aktiviti fizikal atau untuk
riadah bersama rakan-rakan serta keluarga. Oleh hal yang
demikian,pengkaji mencadangkan agar pengkaji lain dapat mengkaji
mekanisme yang lain yang dapat menggalakkan murid-murid untuk
lebih aktif dalam melakukan aktiviti fizikal dengan
mentransformasikan bidang kokurikulum di sekolah mengikut
keadaan dan situasi semasa yang lebih berkarisma dan dinamik
untuk semua murid.
h. Pandangan / kritikan (Berikan justifikasi)

Kajian dalam artikel ini sejajar dan konsisten dengan hasil penelitian
yang dibuat oleh penyelidik. Walaubagaimanapun, artikel ini
sepatutnya menyatakan lebih banyak sokongan maklumat daripada
kajian-kajian terkini dan terdahulu bagi mengukuhkan kesimpulan
yang telah dibuat.

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 120 orang murid Melanau
dengan purata umur 11 tahun. Penyelidik menyatakan bahawa
kaedah penentuan sampel yang digunakan adalah jadual
penentuan sampel Krecjie dan Morgan (1970). Namun begitu,
penyelidik tidak menyatakan kaedah persampelan yang digunakan

Artikel ini tidak mempunyai kerangka konseptual kajian atau


kerangka teoritikal kajian. Gambaran keseluruhan bagi kajian ini
tidak dapat dinyatakan dengan jelas serta bagaimana carta aliran
sebenar untuk membuktikan bahawa kajian ini dijalankan dengan
teratur serta mengikut prosedur yang sebenar.

Selain itu, artikel jurnal tidak menerangkan dan menentukan dengan


jelas sebab atau permasalahan yang wujud dalam populasi yang
telah dipilih. Hal ini demikian menyebabkan fakta untuk
menyelesaikan pemasalahan kajian tidak dapat dinyatakan dengan
kukuh serta kajian-kajian yang akan datang tidak dapat mengenal
pasti jurang ilmu pengetahuan yang terdapat dalam kajian ini.
Ilmu pengetahuan baru yang saya perolehi adalah berkaitan dengan
kajian
Sebagai seorang bakal penyelidik, banyak yang dapat saya pelajari
daripada artikel ini. Untuk meningkatkan kualiti kajian, saya akan
membuat penambahbaikan daripada aspek permasalahan kajian.
Saya akan pastikan kajian saya disokong oleh kajian lampau dalam
tempoh lima tahun terkini.

You might also like