MEMBACA Rumusan Makanan Tradisional

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Cikgu Roslan Daud

MAKANAN TRADISIONAL

Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.

Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Jika tiada tindakan sewajarnya, makanan warisan kita akan lenyap


ditelan zaman. Apatah lagi ketika ini, makanan Malaysia dinilai pada
kedudukan 46 terbaik dunia dengan juara carta diungguli Itali, diikuti
Greece sebelum Sepanyol. Indonesia pula berada di kedudukan ke-14,
manakala Thailand di tangga ke-21. Antara faktor makanan tradisional
kurang popular ialah kebanyakan restoran yang diminati di negara ini ialah
masakan negara asing, antaranya Korea, Jepun, Barat, Arab dan macam-
macam lagi. Restoran Arab misalnya seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Begitu juga generasi muda yang lebih berselera menikmati hidangan negara
asing seperti Korea hinggakan di rumah juga selesa mengisi perut dengan mi
segera Korea.

Sebenarnya, makanan Malaysia yang biasa ditemui di kedai tidak enak,


malah adakala gagal dihidang dengan elok. Selain itu, makanan tradisional
bukan dimasak oleh mereka yang pakar sebaliknya oleh warga asing. Hal ini
diburukkan pula apabila sesetengah wanita Malaysia terutama dalam
kalangan mereka yang bekerja tidak mempunyai kemahiran memasak. Apatah
lagi disokong dengan sumber kewangan, anak-anak terdedah dengan budaya
membeli makanan luar. Oleh itu, memilih makanan asing bukanlah keganjilan
dalam hidup. Malah, hari ini dengan kadar kenaikan harga barang, kita dapati
pada majlis perkahwinan, rasa masakan juga semakin tidak asli. Makanan
tradisional dihidangkan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Hal sebegini perlu diperbetul. Antara strategi drastik yang perlu


diambil supaya legasi makanan warisan dapat diteruskan termasuklah,
penubuhan badan khas untuk memantau semua jenis makanan yang asli di
negara ini. Sebagai contoh, di Perancis, Thailand dan Jepun ada organisasi
yang memantau makanan tradisi mereka bagi memastikan keaslian rasanya
kekal. Kedua, kerajaan perlu memperkenalkan silibus wajib mengenai
makanan Malaysia pada pelbagai peringkat seperti sekolah, program
hospitaliti, kulinari dan pelancongan di institusi pengajian tinggi selain
meneruskan promosi dan pemasaran, juga memupuk kesedaran secara
agresif mengenai keunikan makanan tradisional Malaysia. Jika langkah
sebegini tidak diambil segera, warisan makanan kita yang pelbagai mungkin
tinggal nama dan tiada apa-apa lagi yang dapat kita banggakan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Keaslian makanan tradisi perlu dikekal elak ditelan zaman’
oleh Prof Dr Muhammad Sharim Ab Karim,
Berita Harian Online, 18 Jun 2022

1
Cikgu Roslan Daud

Bahan 2 – Poster

DemonstrasI masakan tradisional


dengan cef jemputan
Jualan buku resipi juadah tradisional
pelbagai etnik dan negeri Masakan pelbagai bangsa

LANGKAH-LANGKAH PENULISAN RUMUSAN

Langkah 1 : Baca soalan


Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak seperti menulis sebuah
rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 2 : Kenal pasti komponen berikut


Tema : _____________________________________________________________________________________
Fokus 1 : _____________________________________________________________________________________
Fokus 2 : _____________________________________________________________________________________
Fokus 3 : _____________________________________________________________________________________

Langkah 3 : Menulis rumusan


Ingat, rumusan mestilah mengandungi tiga komponen penting, iaitu:
1. Pendahuluan
2. Isi [8 isi diperlukan], dan
3. Kesimpulan
Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea. Salin isi daripada bahan secara bulat-bulat tanpa mengubahnya.
Jika terdapat kesalahan bahasa seperti imbuhan yang tidak lengkap atau struktur ayat yang tidak betul, anda perlu
membetulkan kesalahan itu.

Langkah 4 : Kira dan tulis patah perkataan


Sila kira patah perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan. Tulis jumlah patah
perkataan pada akhir rumusan. Jika lebih, potong mana-mana perkataan yang tidak mengganggu idea.

2
Cikgu Roslan Daud

MAKANAN TRADISIONAL

Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul.

Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Jika tiada tindakan sewajarnya, makanan warisan kita akan lenyap


ditelan zaman. Apatah lagi ketika ini, makanan Malaysia dinilai pada
kedudukan 46 terbaik dunia dengan juara carta diungguli Itali, diikuti
Greece sebelum Sepanyol. Indonesia pula berada di kedudukan ke-14,
manakala Thailand di tangga ke-21. Antara faktor makanan tradisional
faktor kurang popular ialah kebanyakan restoran yang diminati di negara ini ialah
masakan negara asing, antaranya Korea, Jepun, Barat, Arab dan macam-
macam lagi. Restoran Arab misalnya seperti cendawan tumbuh selepas hujan. faktor
Begitu juga generasi muda yang lebih berselera menikmati hidangan negara
asing seperti Korea hinggakan di rumah juga selesa mengisi perut dengan mi
segera Korea.
faktor
Sebenarnya, makanan Malaysia yang biasa ditemui di kedai tidak enak,
faktor malah adakala gagal dihidang dengan elok. Selain itu, makanan tradisional faktor
bukan dimasak oleh mereka yang pakar sebaliknya oleh warga asing. Hal ini
diburukkan pula apabila sesetengah wanita Malaysia terutama dalam
kalangan mereka yang bekerja tidak mempunyai kemahiran memasak. Apatah
lagi disokong dengan sumber kewangan, anak-anak terdedah dengan budaya faktor
membeli makanan luar. Oleh itu, memilih makanan asing bukanlah keganjilan
dalam hidup. Malah, hari ini dengan kadar kenaikan harga barang, kita dapati faktor
faktor pada majlis perkahwinan, rasa masakan juga semakin tidak asli. Makanan
tradisional dihidangkan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Hal sebegini perlu diperbetul. Antara strategi drastik yang perlu


diambil supaya legasi makanan warisan dapat diteruskan termasuklah, strategi
penubuhan badan khas untuk memantau semua jenis makanan yang asli di
negara ini. Sebagai contoh, di Perancis, Thailand dan Jepun ada organisasi
yang memantau makanan tradisi mereka bagi memastikan keaslian rasanya
kekal. Kedua, kerajaan perlu memperkenalkan silibus wajib mengenai
makanan Malaysia pada pelbagai peringkat seperti sekolah, program
hospitaliti, kulinari dan pelancongan di institusi pengajian tinggi selain strategi
strategi meneruskan promosi dan pemasaran, juga memupuk kesedaran secara
agresif mengenai keunikan makanan tradisional Malaysia. Jika langkah
sebegini tidak diambil segera, warisan makanan kita yang pelbagai mungkin strategi
tinggal nama dan tiada apa-apa lagi yang dapat kita banggakan.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Keaslian makanan tradisi perlu dikekal elak ditelan zaman’
oleh Prof Dr Muhammad Sharim Ab Karim,
Berita Harian Online, 18 Jun 2022

3
Cikgu Roslan Daud

Bahan 2 – Poster

strategi

strategi
DemonstrasI masakan tradisional
dengan cef jemputan
strategi Jualan buku resipi juadah tradisional
pelbagai etnik dan negeri Masakan pelbagai bangsa

strategi

LANGKAH-LANGKAH PENULISAN RUMUSAN

Langkah 1 : Baca soalan


Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak seperti menulis sebuah
rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 2 : Kenal pasti komponen berikut


Tema : makanan tradisional / makanan warisan
Fokus 1 : faktor-faktor makanan tradisional kurang popular
Fokus 2 : strategi-strategi meneruskan legasi makanan tradisional
Fokus 3 : tiada

Langkah 3 : Menulis rumusan


Ingat, rumusan mestilah mengandungi tiga komponen penting, iaitu:
1. Pendahuluan
2. Isi [8 isi diperlukan], dan
3. Kesimpulan
Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea. Salin isi daripada bahan secara bulat-bulat tanpa mengubahnya.
Jika terdapat kesalahan bahasa seperti imbuhan yang tidak lengkap atau struktur ayat yang tidak betul, anda perlu
membetulkan kesalahan itu.

Langkah 4 : Kira dan tulis patah perkataan


Sila kira patah perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan. Tulis jumlah patah
perkataan pada akhir rumusan. Jika lebih, potong mana-mana perkataan yang tidak mengganggu idea.

4
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN

Tema : makanan tradisional / makanan warisan


Fokus 1 : faktor-faktor makanan tradisional kurang popular
Fokus 2 : strategi-strategi meneruskan legasi makanan tradisional
Fokus 3 : tiada

Pendahuluan
Rumusan membincangkan faktor-faktor / punca-punca / sebab-sebab makanan tradisional kurang popular
P1 dan strategi-strategi / langkah-langkah / usaha-usaha / cara-cara / inisiatif-inisiatif / kaedah-kaedah 2m
/ pendekatan-pendekatan / tindakan-tindakan meneruskan legasi makanan tradisional.
P2 Rumusan membincangkan faktor-faktor / punca-punca / sebab-sebab makanan tradisional kurang popular. 1m
Rumusan membincangkan strategi-strategi / langkah-langkah / usaha-usaha / cara-cara / inisiatif-
P3 inisiatif / kaedah-kaedah / pendekatan-pendekatan / tindakan-tindakan meneruskan legasi makanan 1m
tradisional.
P4 Rumusan membincangkan isu makanan tradisional yang dipinggirkan di negara ini. 0m

Fokus 1 [Faktor-faktor makanan tradisional kurang popular]


F1 kebanyakan restoran yang diminati di negara ini ialah masakan negara asing [B1] 2m
F2 generasi muda lebih berselera menikmati hidangan negara asing [B1] 2m
F3 makanan Malaysia yang biasa ditemui di kedai tidak enak [B1] 2m
F4 adakala gagal dihidang dengan elok [B1] 2m
F5 makanan tradisional bukan dimasak oleh mereka yang pakar sebaliknya oleh warga asing [B1] 2m
F6 sesetengah wanita Malaysia terutama dalam kalangan mereka yang bekerja tidak mempunyai kemahiran
2m
memasak [B1]
F7 anak-anak terdedah dengan budaya membeli makanan luar [B1] 2m
F8 rasa masakan juga semakin tidak asli [B1] 2m

Fokus 2 [Strategi-strategi meneruskan legasi makanan tradisional]


S1 penubuhan badan khas untuk memantau semua jenis makanan yang asli di negara ini [B1] 2m
S2 kerajaan perlu memperkenalkan silibus wajib mengenai makanan Malaysia [B1] 2m
S3 [kerajaan perlu] meneruskan promosi dan pemasaran [B1] 2m
S4 [kerajaan perlu] memupuk kesedaran secara agresif mengenai keunikan makanan tradisional Malaysia [B1] 2m
S5 Pesta Makanan Tradisional Melayu [B2] 2m
S6 demonstrasi masakan tradisional dengan cef jemputan [B2] 2m
S7 jualan buku resipi juadah tradisional pelbagai etnik dan negeri [B2] 2m
S8 pertandingan masakan pelbagai bangsa [B2] 2m

Kesimpulan
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah memelihara makanan tradisional supaya dapat menjadi identiti bangsa. 2m
K2 Kesimpulannya, makanan tradisional haruslah dilestarikan oleh kerajaan agar dapat menjadi tarikan pelancong. 2m
K3 Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama menjaga makanan tradisional. 1m
K4 Kesimpulannya, kita perlulah memelihara warisan nenek moyang supaya tidak pupus ditelan zaman. 0m

B1 : Bahan 1
B2 : Bahan 2
B3 : Bahan 3

You might also like