Kerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu Tradisional
Kerajaan Melayu Tradisional
Topik 1
1 - 33
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
kerajaan-kerajaan
Melayu
2.
Menghuraikan ciri-ciri kerajaan Melayu tradisional dari segi sosial, ekonomi dan politik; dan
3.
Membincangkan peranan dan sumbangan kerajaan Melayu tradisional kepada pembentukan masyarakat masa kini.
2 - 33
Kuliah ini akan terbahagi kepada tiga topik utama iaitu; Memahami konsep Pensejarahan Malaysia,
Mengalurkan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara dan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka,
Membincangkan struktur masyarakat Melayu tradisional dari segi politik, ekonomi dan sosial.
3 - 33
ZAMAN PRASEJARAH
ZAMAN SEJARAH
ZAMAN PROTOSEJARAH
4 - 33
Sejarah Malaysia meliputi tiga peralihan zaman iaitu prasejarah, protosejarah dan sejarah (moden).
Zaman prasejarah di Malaysia meliputi era paleolitik, mesolitik dan neolitik. Di Malaysia wujud tapak-tapak prasejarah di beberapa lokasi seperti Kota Tampan, Perak, Kota Gelanggi, Pahang, Gua Cha, Kelantan dan Gua Niah, Sarawak.
5 - 33
Zaman protosejarah meliputi era kerajaan-kerajaan maritim awal di Malaysia seperti Kuala Selinsing, Kedah Tua, Lembah Bujang, dan Kesultanan Melayu Melaka.
Kebanyakan zaman protosejarah wujud di lokasi kawasan lembah sungai dan pelabuhan yang menjalankan aktiviti perdagangan. Kerajaan yang terbentuk di lembah sungai kemudiannya berkembang menjadi sebuah empayar seperti Melaka.
6 - 33
7 - 33
Sejak abad pertama hingga abad ke-14M, telah terbentuk kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara meliputi kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
Kerajaan agraria - Dvaravati (Lembah Sungai Menam Chao Phraya dan Irrawaddy), Funan dan Angkor (Lembah Mekong) Kerajaan maritim - Funan (Oc-eo), Srivijaya (Sumatera), Kedah Tua dan Lembah Bujang (Kedah). Pengaruh Funan begitu kuat telah menjajah wilayah seperti Tun-Sun, Ko-lo, Pan-Pan, Tambralingga, Kataha dan termasuk Langkasuka (sebahagian wilayah utara negeri Kedah).
8 - 33
Pada abad ke-5M telah muncul sebagai sebuah kerajaan Melayu awal dalam bidang maritim iaitu kerajaan Kedah Tua.
Dalam sumber India, kerajaan Kedah disebut sebagai Kalagam atau Kadaram. Kerajaan Kedah Tua dikatakan kaya dengan permata, emas, kayu cendana, mutiara, batu karang, dan hasil-hasil laut. Faktor inilah yang menyebabkan masyarakat Kedah Tua banyak menumpukan kegiatan laut berbanding kegiatan agraria.
9 - 33
10 - 33
Setelah
Funan merosot abad ke-6M, muncul sebuah kerajaan maritim yang kuat iaitu Srivijaya abad ke-7M.
dianggap kerajaan Melayu maritim yang pertama menerima pengaruh Buddha.
Srivijaya
Srivijaya
berjaya meluaskan jajahan takluknya hingga ke utara Tanah Melayu, Jawa dan Sumatera.
11 - 33
12 - 33
Banyak tinggalan Hindu-Buddha terdapat di Lembah Bujang dalam bentuk tapak candi, patung dewa dan dewi serta inskripsi dalam bahasa Sanskrit.
Di Lembah Bujang terdapat lebih 30 tapak candi semasa perkembangan Hindu-Buddha. Binaan candi di Lembah Bujang dikatakan begitu banyak berbeza dari segi saiz, struktur dan rupa bentuk.
13 - 33
14 - 33
Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1403 selepas kejatuhan empayer Srivijaya dan Majapahit pada abad ke-15M. Melaka telah membina dasar luar negara yang bersifat selamat dan terjamin dengan negara-negara luar. Kebangkitan empayer Kesultanan Melayu Melaka dipengaruhi oleh sultan-sultan yang berkaliber dan adil seperti Parameswara (Raja Iskandar Syah), Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansor Syah, dan Sultan Alauddin Riayat Syah.
15 - 33
Sultan Berkaliber
16 - 33
Tome Pires menyatakan Sultan Muzaffar Shah sebagai seorang yang baik hati dan bersikap munasabah. Sejarah Melayu mewatakkan Sultan Muzaffar sebagai terlalu baik fiil baginda, dengan adil dan murah dan saksama. Pires menggambarkan Sultan Mansor Shah (Mamsursa) sebagai seorang yang bermaruah manakala Sejarah Melayu menggambarkan Sultan Mansor sebagai terlalu baik parasnya, serta adil lagi pemurah. Pires menyatakan The King of Malacca dealt kindly and reasonably with them, which is a thing that greatly attracts merchants, especially the foreigners.
17 - 33
Kesultanan Melayu Melaka telah mengadakan hubungan dengan China untuk menjaga keselamatan dari ancaman kuasa Siam. China menganggap semua negara yang menghantar rombongan kepadanya dianggap sebagai sebuah negara ufti.
Fungsi penghantaran ufti oleh Melaka kepada China adalah sebagai bukti Melaka menerima ketuanan China.
Melaka berjaya mengimbangi kuasa (balance of power) Siam dengan menggunakan kuasa China.
18 - 33
Melaka telah muncul sebagai sebuah pelabuhan yang terpenting di perairan Selat Melaka sekitar abad ke-15M dan ke-16M.
Tome Pires (1512) menyatakan di pelabuhan Melaka terdapat 84 bahasa digunakan dan tiap-tiap satu adalah berlainan. Tome Pires menyatakan `barang siapa menguasai Melaka maka ia akan dapat menguasai Venice. (Venice merupakan sebuah pelabuhan yang besar di Eropah dan pintu masuk barang dagangan dari Asia). Duarte Barbosa, pada kurun ke-16 Melaka adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah perdagangan borong yang terbesar dan perkapalan yang sungguh banyak dari seluruh dunia.
19 - 33
Melaka menguasai hampir keseluruhan negeri-negeri Melayu dan di pantai timur Sumatera misalnya Siak, Siantan, Kampar dan Indragiri. Melaka juga mempunyai pengaruh yang kuat ke atas negerinegari Melayu yang dikuasai kebanyakannya berketurunan Sultan Melaka.
Melaka dikatakan mempunyai musuh kekuatannya iaitu Majapahit, Pasai dan Haru.
yang
sama
Hubungan Melaka amat luas dengan negara-negara Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan, Asia Barat termasuk Eropah.
20 - 33
Sistem Politik
Institusi Kesultanan
Sistem Beraja
Sistem Pembesar
Copyright Open University Malaysia (OUM)
21 - 33
Sistem politik masyarakat Melayu tradisional terdiri daripada golongan pemerintah (raja dan pembesar) dan golongan diperintah (rakyat).
Pemerintah mempunyai kuasa, kepimpinan dari segi adat, pungutan cukai, dan pengaruh. Rakyat merupakan golongan yang dipimpin oleh ketua-ketua sendiri yang dihormati berpegang kepada undang-undang adat dan kepercayaan.
22 - 33
Kesultanan adalah satu lambang penting melambangkan konsep raja bagi masyarakat Melayu.
Ketua negara yang memerintah sesebuah negara dipanggil sebagai raja yang berasal daripada perkataan Sanskrit. Konsep raja dalam masyarakat Melayu tradisional sebelum dan selepas kedatangan Islam adalah berbeza dari segi pemahaman.
23 - 33
Menurut kepercayaan Hindu-Buddha, konsep raja dikaitkan sebagai jelmaan dari titisan dewa-dewa iaitu `Devaraja.
Pengaruh Hindu-Buddha telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu yang menganggap raja sebagai inkarnasi dewa-dewa hingga melahirkan konsep daulat. Konsep daulat seseorang raja diperkukuhkan lagi dengan unsur-unsur kudus, suci dan luhur yang dimiliki oleh raja tersebut.
24 - 33
Konsep raja dan daulat berubah apabila agama Islam berkembang dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional.
Agama Islam telah merubah konsep `divine kingship raja-raja Melayu yang berasaskan kepercayaan Hindu kepada kepercayaan kekuasaan Allah s.w.t. Konsep daulat raja-raja Melayu masih wujud dalam konteks Islam berdasarkan kepada hukum dan syarak.
25 - 33
Sultan dibantu oleh pembesar-pembesar dalam mentadbir negeri, jajahan takluk, wilayah dan daerah dikenali sebagai sistem pembesar.
Pembesar-pembesar di Melaka terbahagi kepada beberapa peringkat berdasarkan kedudukan dan peranan. Dalam Kesultanan Melayu Melaka, sistem pembesar terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar.
26 - 33
Sebelum kedatangan Islam, kehidupan masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi oleh kepercayaan aminisme dan Hindu-Buddha.
Struktur masyarakat Melayu tradisional bermaksud masyarakat yang tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar. Sarjana Barat menyatakan struktur masyarakat Melayu tradisional berasaskan kepada sistem feudal.
27 - 33
Masyarakat Melayu tradisional membentuk struktur sosial daripada pelbagai peringkat golongan yang mempunyai peranan dan kedudukan masing-masing.
Struktur sosial ini melibatkan kedudukan dan taraf yang berbeza dari segi kekayaan, kekuasaan, gaya hidup, peluang, hak dan tanggungjawab. Susun lapis masyarakat Melayu tradisional adalah bercorak hierarki iaitu wujud golongan atasan dan golongan bawahan.
28 - 33
Golongan Raja
Golongan Pembesar
GOLONGAN ATASAN
GOLONGAN BAWAHAN
29 - 33
Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan sistem ekonomi sara diri sebagai memenuhi keperluan hidup seharian.
Sistem ekonomi sara diri menggunakan tenaga manusia dan binatang dalam bidang pertanian, perikanan, memungut hasil hutan dan sebagainya. Corak sistem ekonomi sara diri masyarakat Melayu tradisional berubah kepada ekonomi komersial apabila wujudnya aktiviti perdagangan dan perkapalan di negeri-negeri Melayu.
30 - 33
Sebelum wujud sistem ekonomi komersial masyarakat Melayu tradisional menjalankan urusan perniagaan menggunakan sistem barter. Sistem barter bermaksud pertukaran barang dengan barang yang lain yang tidak dihasilkan oleh masyarakat Melayu dengan penduduk lain atau pedagang.
Perkembangan aktiviti perdagangan telah menyebabkan sistem barter tidak sesuai digunakan.
Sistem mata wang mula diperkenalkan dengan sistem wang primitif menggunakan kulit siput cowrie, wang tampang dan wang logam.
31 - 33
32 - 33
Rumusan
Masyarakat Melayu tradisional merupakan satu bangsa yang membina pelbagai aspek sosial, ekonomi dan politik di negeri-negeri Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara telah mempengaruhi kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu awal seperti Srivijaya dan Melaka. Masyarakat Melayu tradisional telah berubah kepada sistem moden dalam kegiatan ekonomi, sosial mahupun politik.
33 - 33