PP (2.3.2 KAEDAH PEMERIKSAAN)
PP (2.3.2 KAEDAH PEMERIKSAAN)
PP (2.3.2 KAEDAH PEMERIKSAAN)
2 KAEDAH
PEMERIKSAAN
1.) Kaedah pemeriksaan merupakan satu kaedah pantas untuk mengesan kecacatan proses
pengeluaran dengan melakukan aktiviti pengujian roduk, aktiviti pengukuran dan aktiviti
sentuh.
2.) Tujuan pemeriksaan adalah untuk mengesan kecacatan pada proses pengeluaran dan produk yang
dihasilkan serta melakukan penambahbaikan ke atas perkara berkaitan.
3.) Kaedah pemeriksaan boleh dibuat secara pemeriksaan menyeluruh dan pelan pensampelan.
Jenis Pemeriksaan
Maksud: Pemeriksaan menyeluruh merupakan pengawalan kualiti terhadap seluruh proses pengeluaran
semua produk yng dikeluarkan.
Kaedah: Pemeriksaan menyeluruh melibatkan kaedah pengawalan kualiti tradisional yang meliputi proses
pemeriksaan pada setiap peringkat proses pengeluaran produkterutama ke atas produk yang dihasilkan dalam
kuantiti yang kecil.
Contoh: Kaedah pemeriksaan menyeluruh menjamin kualiti produk dan mengelakkan berlaku kewujudan
produk cacat.
2.) Pelan Pensampelan
Maksud: Pelan pensample merupakan kaedah yang digunakan oleh pembeli dan penjualuntuk memeriksa
kualiti proses pengeluaran sebahagian produk dan produk siap yang sedia untuk dipasarkan dan
keputusannya menggamberkan keseluruhan produk.
Kaedah: Pemeriksaan ini melibatkan pemilihan sampel produk secara rawak daripada kumpulan produk yang
mewakili sekumpulan produk yang diperiksa.
Contoh: Kilang beras memeriksa sedikit sampel padi (5%) untuk menentukan grednya sebelum dibungkus.
Kaedah Pelan Persampelan
(a) Pelan pensampelan tunggal
i. Pelan pensampelan tunggal akan menetapkan saiz sample dan bilangan kecacatan.
ii. Jika bilangan kecacatan yang diperiksa daripada saiz sampel yang diambil melebihi bilangan yang telah
ditetepkan, maka keseluruhan produk tersebut tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.
iii. Sebaliknya, jika bilangan kecacatan kurang daripada bilangan yang ditetapkan, maka keseluruhan produk
tersebut mencaapai tahap kualiti.
iv. Sebagai contoh, jika saiz sampel adalah 100 unit, kecacatan kurang daripada 10 menggambarkan
keseluruhan produk tersebut mencapai tahap kualiti.
v. Jika pemeriksaan yang dilakukan mendapati kecacatan produk melebihi 10 unit, maka keseluruhan produk
tidak mencapai tahap kualiti.
(b) Pelan pensampelan berganda dua
i. Pelan pensampelan berganda dua ialah permeriksaan produk yang dibuat sebanyak dua kali jika
pemeriksaan kali pertama gagal mengukur tahap kualiti sebenar produk tetapi ia bukan menggambarkan
bahawa keseluruhan produk tersebut tidak berkualiti.
ii. Jika pemeriksaan kali kedua mendapati bilangan kecacatan produk mencapai tahap kualiti, maka
keseluruhan produk tersebut diterima.
iii. Sebaliknya, jika pemeriksaan kali kedua mendapati kecacatan produk tidak mencapai tahap kualiti, maka
keseluruhan produk akan ditolak.
Kelebihan dan kelemahan pelan pensampelan
Kelebihan Kelemahan
Menggunakan masa yang singkat dalam pemeriksaan Wujud risiko barangan yang tidak diperiksa
mengalami kecacatan
Sesuai pengeluaran produk yang berskala besar Reputasi organisasi terjejas jika produk yang dibeli
oleh pengguna adalah cacat
Dapat menjimatkan kos pemeriksaan yang dilakukan Wujud kebarangkalian pengguna memperoleh produk
oleh pekerja yang cacat
Sesuai membuat pemeriksaan ke atas pengeluaran Sukar memilih sampel yang tetap dalam melakukan
produk yang berbahaya seperti bahan letupan pemeriksaan ke atas produk