seseorang yg membolehkan individu tersebut menghadapi cabaran, mengenal pasti sesuatu peluang & merebut peluang tersebut. • Ciri2 positif keusahawanan dipunyai individu yg berjaya dalam hidup. • Individu ini berjaya menyumbang & menyemarakkan ekonomi & pembangunan negara. 1.2 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI • 1970-an hanya beberapa buah universiti yg kendalikan kursus keusahawanan. • Kini, lebih 1000 buah universiti di US tawarkan kursus keusahawanan. • Termasuk beberapa universiti terkemuka di dunia. • Di antaranya Harvard University, Stanford University, Northwestern University & sebagainya. • Perkembangan bidang keusahawanan dapat dilihat dgn peningkatan jumlah IPT tawarkan ijazah khusus dlm bidang keusahawanan di peringkat sarjana muda & sarjana. Juga peringkat kedoktoran. • Banyak perubahan spt penambahan pensyarah baru, kursus baru, program baru, jabatan baru, institut baru, pusat baru, kursi profesor dan sebagainya. • Cth: UUM-ada Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan, Terdapat Cooperative & Entrepreneurship Development Institute (CEDI). 1.3 MANFAAT PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
1.3.1 Manfaat keusahawanan kpd individu
- ciri2 keusahawanan dpt membantu melahirkan individu yg berjaya krn ciri2 keusahawanan juga antara ciri positif. 1.3.2 Manfaat keusahawanan kpd masyarakat - Masyarakat berbudaya keusahawanan yang tinggi berjaya melahirkan masyarakat berdikari & berjaya. 1.3.3 Manfaat keusahawanan kpd negara - Usahawan mengalakkan pertumbuhan ekonomi dan tingkatkan hasil daya saing negara di peringkat global. - Hasilkan ribuan produk baru dari kreativiti & inovasi usahawan. - Beri peluang pendapatan & pekerjaan, kurangkan kadar pengangguran dan kemiskinan. Firma2 usahawan yg berjaya akan membayar cukai & jadi penyumbang pendapatan kpd negara. 1.4 KONSEP KEUSAHAWANAN
Pelbagai definisi dihasilkan untuk takrifan
usahawan- pengasas, pemilik firma dan dibezakan dengan bukan usahawan melalui pemilikan atau ciri2 gelagat yg dipamerkan. Bahasa Inggeris “entrepreneur” berasal daripada Perancis “entreprendre”. Maksud: memikul tugas atau mencuba Umumnya usahawan ditakrifkan sebagai seseorang yg mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dgn motif memperoleh keuntungan.
Takrifan sangat luas dan berbeza mengikut individu yg
mengkaji bidang keusahawanan. 1.6 USAHAWAN, PENIAGA KECIL DAN KEUSAHAWANAN
• 1.6.1 Apakah perbezaan usahawan dgn
peniaga kecil? • Boleh dibezakan melalui ciri peribadi. • Usahawan- ada ciri peribadi keusahawanan yang ketara. • Peniaga kecil- mungkin ada semua atau sebahagian drpd ciri2 tersebut tapi tidak begitu ketara. • Lihat Rajah 1.1 (m/s 4) 1.6.2 Hubungan Keusahawanan dengan Usahawan
• Keusahawanan- ciri2 yg boleh dibentuk dan
diasah dalam diri individu dan ianya hanya boleh dipaparkan di dlm dan luar organisasi perniagaan, juga dlm badan bkn perniagaan termasuk NGO. • Usahawan- individu yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. 1.7 TEORI DAN PENDEKATAN KEUSAHAWANAN
• i) Mengikut kajian ahli ekonomi
• Joseph A. Schumpeter– inovasi sebagai ciri keusahawanan. Bawa pembaharuan. • Alfred Marshall- satu proses evolusi - hayat sesebuah perniagaan dari peringkat awal hingga luput. • Israel Kirzner – berdepan soal ketidaktentuan/ uncertainty. Libatkan kegiatan ekonomi. • ii) Mengikut ahli sosiologi Max weber- elemen keagamaan sebagai asas untuk mencapai kejayaan.
• Percaya bahawa kejayaan kegiatan ekonomi golongan
Protestant disebabkan oleh etika agama Protestant.
• Hasilkan buku The Protestant Ethics and The Spirit of
Capitalisam (1985). • Everett Hagen- Kemukakan teori bahawa proses melahirkan usahawan berlaku di kalangan kumpulan bawahan yang tidak puas hati dlm sesebuah m’kat.
• Wujud melalui layanan atau tekanan yang diterima.
• Maka, kegiatan-kegiatan ekonomi dan penerokaan dalam
bidang perniagaan yang baru diambil kira untuk mengatasi rasa ridak puas hati itu. Gibb dan Ritchie - 2 tokoh akademik British terkenal dlm bidang sosiologi. - Kemukakan 1 model: model pembangunan sosial. - Memberi anjakan ke arah melahirkan usahawan2 baru. - Konsep sosialisasi berbentuk interaktif( tindak balas di antara individu2 belum berniaga dgn suasana perniagaan. iii) Mengikut ahli psikologi Model Baka • Ahli psikologi memandang golongan usahawan sebagai seseorang yg mempunyai identiti tersendiri. • Ada sifat atau kelebihan yang terdapat pada usahawan tapi tidak pada orang lain seperti inisiatif, keupayaan merancang, mengmbil risiko, kecekalan dan bijak mengesan peluang. • Pendokong utama model ini McClelland, Lynn dan Schrage. Teori Kehendak Pada Pencapaian
• Menurut Mc Clelland (1961), individu yg ada
kehendak pencapaian yg tinggi merupakan golongan yg lebih suka mengambil tanggungjawab ke arah mencapai sesuatu matlamat dgn usaha sendiri.
• Model ini telah diuji di India dan menjadi bahan
rujukan bagi negara-negara dunia ketiga bagi mencari penyelesaian masalah sosio-ekonomi. 1.8 SUDUT MAKRO
1.8.1 Aspek persekitaran
- Tekankan pentingnya faktor persekitaran ke atas keusahawanan. Termasuk institusi sokongan, budaya dan individu tertentu. 1.8.2 Aspek kewangan/modal - Pentingnya sokongan kewangan atau modal untk menjamin kejayaan keusahawanan. 1.8.3Aspek Anjakan (Displacement) - Pendekatan yang mengambil kira bhw seseorg indiv ceburkan diri dalam keusahawanan apabila diketepikan atau mengikuti kerjaya selain keusahawanan. - Anjakan politik, anjakan budaya atau anjakan ekonomi. 1.9 SUDUT MIKRO
• Melihat pentingnya ciri-ciri keusahawanan
yang dimiliki oleh seseorang. • Di antara ciri2 tersebut, motivasi ke arah kejayaan, kreativiti, kesungguhan dan pengetahuan teknikal. • Gartner (1985) cadangkan 4 aspek penting dalam pembangunan keusahawanan: 1- individu yang menceburkan diri dalam perniagaan. 2- organisasi yang dipilih untuk memulakan perniagaan. 3- persekitaran di sekeliling yang mempengaruhi perniagaan. 4- proses serta tindakan yang diambil oleh indiv tersebut semasa mulakan perniagaan, persekitaran , proses dan organisasi. 1.10 MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
• Mitos adalah stereotaip berkaitan pemahaman
masyarakat terhadap keusahawanan. 1.10.1 MITOS UMUM
Mitos 1: Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir
• Realiti: Walaupun usahawan lebih cenderung kepada pelaksanaan, tetapi mereka juga sering berfikir secara mendalam mengenai tindakan yang akan diambil. Mereka berfikir tentang alternatif lain sekiranya rancangan mereka tidak berjaya. Usahawan di era globalisasi jelas mempunyai daya fikiran dan penaakulan yang tinggi disamping melaksanakan segala perancangan yang telah diatur.usahawan sebenarnya seorang pemikir & dan membuat perancangan sblm melaksanakan tugasnya. MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Mitos 2: Usahawan adalah dilahirkan bukan dibentuk
• Realiti: Terdapat beberapa pandangan yang menyatakan bahawa usahawan adalah mereka yang dilahirkan dengan ciri-ciri semula jadi sebagai seorang usahawan seperti agresif, pandai merebut peluang, berinisiatif serta berani menghadapi risiko. Namun begitu, pada masa kini penyelidikan dan pengiktirafan terhadap bidang keusahawanan berjaya membuktikan bahawa usahawan dapat dibentuk melalui proses pembelajaran dan latihan berdasarkan modul yang teratur. Kini, pembangunan usahawan tidak tertumpu kepada golongan dan ras tertentu sahaja. MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Mitos 3: Usahawan biasanya seorang pencipta –
Realiti: Usahawan tidak semestinya pencipta, tetapi menambahbaik
produk, kreativiti dll.Kebanyakan usahawan yang berjaya mempunyai pemikiran yang kreatif dalam membangunkan perniagaannya. Sebagai contoh, Ray Kroc pengasas kepada McDonald’s mempunyai idea yang kreatif yang menjadikan perniagaannya berjaya dipasarkan ke seluruh dunia. MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Mitos 4: Usahawan adalah golongan yg tercicir
dlm akademik & masyarakat Realiti: majoriti individu yang menyertai bidang keusahawanan dan berjaya menjadi usahawan adalah mereka yang berjaya dalam bidang akademik dan berjaya juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Ramai golongan dan ahli profesional menceburi bidang keusahawanan atas kesedaran untuk membangunkan ekonomi dan membantu masyarakat. MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Mitos 5: Usahawan mesti memiliki ciri/profil
tertentu Realiti: Tidak semestinya memiliki ciri-ciri dan profil tertentu. Terdapat kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri tertentu yang dapat memupuk dan melatih seseorang bagi menghadapi cabaran sebagai seorang usahawan MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN Mitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wang Realiti: Bagi sesebuah perniagaan, wang adalah penting untuk kesinambungan perniagaan. Sebenarnya, usahawan memerlukan wang sebagai satu sumber penerusan perniagaan bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Usahawan pada masa kini sedar akan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Mitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan adalah nasib
Realiti: usahawan tidak semestinya memerlukan nasib baik, tetapi nasib dalah kebetulan. Usahawan tidak bergantung kepada nasib semata-mata, tetapi usahawan akan menerima nasib yang baik apabila membuat perancangan yang baik dan teliti. MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN Mitos 8: Kejahilan adalah kelebihan usahawan – Realiti: dalam dunia perniagaan yang semakin sengit dan penuh dengan cabaran, usahawan memerlukan pengetahuan yang mantap dan kukuh terhadap kekuatan dan kelemahannya. Perancangan jadual kerja dan pembentukan strategi adalah kunci kejayaaan bagi seseorang usahawan. MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Mitos 9: Usahawan mengalami
kadar kegagalan yg tinggi Realiti: Memang benar ramai usahawan pernah menempuh kegagalan sebelum mencapai kejayaan, tetapi kegagalan yang dihadapi oleh mereka ini tidak membuktikan mereka akan gagal buat selama-lamanya. Kegagalan yang dihadapi akan mengajar dan mematangkan usahawan dalam bidang keusahawanan. Selain itu, kegagalan juga dapat membentuk usahawan supaya lebih berhati-hati dan lebih gigih berusaha ke arah kejayaan. MITOS PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN
Mitos 10: Usahawan ibarat penjudi yg mengambil risiko
Realiti: usahawan mengambil risiko yg telah dikira & membuat persediaan. Usahawan yang bijak akan berhadapan dengan risiko yang telah dikira dan diperhitungkan bagi membolehkan beliau menangani setiap kemungkinan yang bakal dihadapinya. Selain itu, usahawan juga perlu mencari maklumat dan menggunakan saluran yang betul untuk mengurangkan risiko yang bakal dihadapi. 1.10.2 Mitos spesifik mengenai perniagaan pertumbuhan tinggi
a) Mitos 1: mengambil risiko yang tinggi
Memulakan sebarang jenis perniagaan akan mendatangkan risiko, sama ada kecil atau besar. Namun, risiko boleh diukur dalam aspek kewangan dan keprofesionalan bukan di tahap memulakan perniagaan. b) Mitos 2 Mencipta teknologi tinggi Realiti: inovasi penting kepada perniagaan. Namun, ciptaan baru, keluaran produk yang unik atau proses pengeluaran yang luar biasa bukanlah satu kemestian kepada kebanyakan perniagaan yang berjaya. Pemasaran yang baik adalah kunci utama. Kualiti, fleksibiliti, kemampuan memenuhi kehendak pelanggan lebih penting. c) Mitos 3: Mempunyai rekod pengalaman yang lama dalam industri yang diceburi Realiti: kajian dapati kebanyakan pengasas mungkin menimba pengalaman melalui proses penerokaan bidang baru. Kajian juga dapati perniagaan yang berjaya mempunyai pengasas yang responsif dan cepat sesuaikan diri. 1.11 TREND TERKINI KEUSAHAWANAN
• Pembesaran skop keusahawanan serta
penggunaan ICT dalam e-dagang 1.11.1 Skop Keusahawanan
Bidang keusahawanan memperluaskan skopnya
dengan mencakupi aspek-aspek berikut: i) “Intrapreneurship” ii) Keusahawanan sosial (social entrepreneurship) iii) Francais Keusahawanan sosial
• merupakan sumbangan usahawan kepada organisasi
sosial atau organisasi bukan untung bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan. Masyarakat kini memandang soal kebajikan perlu ditangani oleh orang-orang yang kaya dan mempunyai harta.
• Tan Sri Mustapha Kamal dengan penubuhan Yayasan
EMKAY, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan penubuhan Yayasan Al-Bukhary dan Syarikat Faiza dengan penajaan Program Bersama Mu anjuran TV3. Francais
• AKHIR2 INI PERNIAGAAN FRANCAIS MENJADI PILIHAN
POPULAR BAGI U’WAN YG INGIN MEMILIKI PERNIAGAAN SENDIRI. (STESEN MINYAK, PENGEDARAN KENDERAAN, MAKANAN SEGERA, PERHIASAN DLL) • “SATU BENTUK PERNIAGAAN DI MANA TUAN PUNYA (FRANCAISOR) MEMBERI KEBENARAN, HAK ATAU KEISTIMEWAAN SEPERTI NAMA PERNIAGAAN & COP DAGANGAN KPD INDIVIDU/SYARIKAT TERTENTU (FRANCAISI) UTK MENJALANKAN PERNIAGAAN MENGIKUT PERATURAN/TATACARA YG DITETAPKAN FRANCAISOR. SEBAGAI BALASAN, FRANCAISI DIKEHENDAKI MEMBAYAR SEJUMLAH ROYALTI & YURAN2 LAIN” 1.11.2 E-dagang
• Perlaksanaan aktiviti pemasaran, promosi,
belian dan jualan produk atau perkhidmatan melalui ICT, iaitu Internet. • Memberi peluang kpd usahawan mempromosi produk atau perkhidmatan secara meluas di dlm dan luar negara melalui internet. • Timbul juga masalah keselamatan urusniaga elektronik. 1.3 KESIMPULAN • Keusahawanan sebagai satu bidang ilmu adalah masih muda usianya. • Program keusahawanan telah banyak dilaksanakan di IPT. • Mitos pembangunan keusahawanan telah dibincangkan. • Terdapat pelbagai pendapat dari pelbagai bidang mengenai keusahawanan iaitu ekonomi, psikologi dan sosiologi. • Keusahawanan boleh dilihat dari dua aspek iaitu makro dan mikro. • Trend dan perkembangan bidang keusahawanan boleh dilihat menerusi perkembangan skop dan penggunaan ICT dalam perniagaan.