1 - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1 - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1 - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ahli falsafah sentiasa kemukakan masalah, beri dan justifikasi penyelesaian dan bincang keseluruhan proses tersebut.
2. Terminologi (Istilah)
Sekitar elemen elemen Tuhan dan alam: Socrates- ....ilmu pengetahuan yg merangkumi yg merangkumi kebenaran . Merangkumi metafizik, logik, retorik, etika, ekonomi,politik dan estetika Plato- ilmu pengetahuan yg membolehkan seseorg menuju ke arah pencapaian kebenaran semula jadi Al-Farabi- ilmu pengetahuan mengenai alam maujud(fizikal) Descartes- segala pengetahuan di mana Tuhan, alam dan manusia menjadi fokus pendidikan.
3. Praktikal Berfikir secara bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik, radikal, dan sejagat
Sistematik : berfikir secara logik dan berurutan Radikal : berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dgn penuh tanggungjawab Sejagat : berfikir tidak terhad kpd aspek tertentu sahaja dan merangkumi keseluruhannya
CABANG-CABANG FALSAFAH
CABANG FALSAFAH
1. ONTOLOGI / METAFIZIK (Realiti) Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir. Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan.
Apakah dia alam jagat? Apakah dia hidup? Apakah dia kebebasan manusia?
Termasuk soalan-soalan yang mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan. Memberi perhatian kepada konsep-konsep yang keadaannya tidak dapat diukur seperti realiti, perubahan, kendiri, jiwa dan sebagainya.
2.
EPISTEMOLOGI (Kebenaran) Mengenai teori pengetahuan dan perihal pengetahuan: Apakah sumber-sumber pengetahuan? Sejauh manakah sumber pengetahuan tersebut boleh dipercayai? Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang? Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang kita ketahui?
Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains) Memerlukan alasan yang rasional Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia berfikir dan merasai. Tugas ahli epitemologi memberi perhatian kepada apa yang dimaksudkan oleh konsep-konsep psikologi seperti perasaan, penngamatan, pengukuhan dan mempersoalkan adakah konsep-konsep tersebut digunakan dengan betul atau tidak oleh ahli psikologi. (Kneller, 1971)
3.
AKSIOLOGI (Nilai) Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan nilai. Boleh dibahagikan kepada dua cabang: a) Etika b) Estetika
Etika: memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia. mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, dan kebaikan kehidupan. Estetika: Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft dan Haas 1979).
4. LOGIK (Penaakulan)
Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah. Peraturan-peraturan yang membolehkan mereka membuat cadangan dan hujah-hujah perbincangan dengan cara yang betul. Sains tentang pemikiran tepat. Prosedur utk bezakan pemikiran sah dan yg mengelirukan. Terbahagi kpd 2 iaitu logik induktif dan logik deduktif Cth persoalan: Bgmn tentukan taakulan baik atau kurang baik?
Konsep Falsafah
Berasal daripada perkataan Yunani philos bermaksud mencintai sophia bermaksud kebijaksanaan Falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.
Konsep Falsafah
Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentafsirkan falsafah sebagai: prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan Secara keseluruhannya falsafah ialah suatu pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.
Konsep Pendidikan
Sharifah Alwiah Alsagoff menghuraikan pengertian pendidikan seperti berikut: proses persekolahan formal proses latihan proses indoktrinasi proses yang berterusan suatu disiplin seni dan sains
Konsep Falsafah Pendidikan Oleh itu, falsafah pendidikan ialah pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara yang berkaitan dengan pendidikan.
Beliau mempunyai pengaruh besar terhadap pemikiran Barat. Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling bersetuju. (Raslan, 1997; Ead, 1998).
Peranan Falsafah Islam adalah untuk menerangkan hubungan antara manusia dan Penciptanya (Allah), antara manusia dan manusia, dan antara manusia dengan alam sekitarnya (BPG, 2002). Menurut Ibn Rushd, manusia tidak menguasai penuh takdirnya atau tersedia ditentukan baginya. (Ead, 1998). Untuk kefahaman yang lebih lanjut, kita perlu meneliti perihal Pendidikan Islam, matlamatnya, serta falsafahnya.
Terdapat ahli pemikir Muslim lain yang membentuk pandangan mengenai falsafah. Akses maklumat lanjut melalui laman web yang berikut: http://www.muslimphilosophy.com/ip/intro.htm http://www.trincoll.edu/depts/phil/philo/philosophers.html
Pendidikan Islam
Ibn Rushd menyatakan bahawa Islam menghasratkan pengetahuan sebenar yang didefinsikan sebagai pengetahuan tentang Tuhan dan ciptaan-Nya. Ia juga termasuk hal mengetahui cara mencapai kepuasan di dunia dan juga cara mengelakkan kesengsaraan di Akhirat (Ead, 1998).
Pendidikan Islam ialah proses yang mendidik dan melatih minda, tubuh, roh, dan emosi manusia, dan membimbing pendidik untuk membentuk pelajar berdasarkan ajaran Islam. Hal ini tercapai berdasarkan ilmu wahyu (Al-Quran), amal (amalan) Nabi Muhammad s.a.w. (Sunnah) dan sahabat-sahabatnya, dan melalui pengalaman Salaf al-Salih dan tokoh-tokoh pendidikan ulung yang lain.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa Pendidikan Islam ialah usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran, dan amalan Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan pengetahuan yang mencukupi supaya dia tahu siapa dia, peranannya, dan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan serta menjadi seorang pemimpin yang baik.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Amar al-Shaibani:
Pend. Persiapan utk kehidupan dunia dan akhirat. Bagi agama Islam, pendidikan menggabungkan antara akidah dgn syariah, antara jasmani dengan rohani, antara dunia dengan akhirat. Tidak menggalakkan seseorg memencilkan diri dlm masyarakat, mengajak manusia utk bekerja serta menganggap manusia semulia dgn kerjanya.
Al-Ghazali:
Pend.- Proses bermula sejak lahir . Selain intelek, pendidikan hendaklah merangkumi latihan jasmani dan sukan supaya dpt menguatkan tubuh badan serta menambahkan kecergasannya, juga merangkumi pemupukan budi pekerti yg mulia, sifat berani, sabar dan menghormati org lain.
Hassan Langgulung (1979), perkara yang menjadi dasar Pendidikan Islam ialah: keesaan Tuhan manusia mempunyai potensi dalam perkembangan moral dan kerohanian kehidupan dunia dan akhirat persaudaraan sejagat di antara semua umat Islam
Menurut pandangan tokoh Islam, proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan boleh memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.
Sementara itu, matlamat pendidikan Islam adalah untuk mendidik pelajar untuk: Berkelakuan baik Mencapai kesempurnaan rohnya Melakukan amal baik dan mulia Mengamalkan budaya yang halus; dan Memelihara kebersihan, keikhlasan dan amalan baik (BPG, 2002)
Bermula dengan sekolah agama dan sekolah pondok. Pada zaman pemerintahan British, dasar pecah dan perintah telah digunakan; sekolah vernakular diwujudkan. 4 jenis sekolah vernakular iaitu; sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Bahasa ibunda digunakan sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Sistem persekolahan vernakular mengakibatkan masalah dari sesi sosioekonomi. Beberapa langkah telah diambil untuk membina semula sistem pendidikan negara.
Penyata Barnes Penubuhan 2 jenis sekolah sahaja iaitu (1951) sekolah Melayu dan sekolah Inggeris. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar sebagai mata pelajaran pilihan sahaja Penyata Razak 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Umum dengan (1956) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Jenis Umum meliputi sekolah Inggeris, sekolah Tamil dan sekolah Tamil yang menggunakan bahasa pengantar mereka masing-masing. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh
Menawarkan kursus vokasional selama 3 Talib tahun bagi murid yang gagal memasuki sekolah akademik. Bagi sekolah menengah, semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Inggeris. Bayaran yuran sekolah rendah dimansuhkan. Akta Pelajaran Bahasa Kebangsaan adalah bahasa (1961) pengantar utama Berasaskan kepada Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Penyata Rahman (1960)
Laporan Kabinet Struktur masa persekolahan dan 1979 penjurusan. Peperiksaan yang sama Pengurusan dan pentadbiran secara pusat Sukatan pelajaran yang sama Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan. Pendidikan Sivik Pendidikan Agama dan Moral Kegiatan Kokurikulum. Ekoran daripada laporan ini, KBSR dilancarkan pada tahun 1982.
Cabang Falsafah
Metafizik
Ciri-ciri FPK
holistik dan bersepadu (berkaitan dengan punca dan perhubungan) Usaha berterusan (membayangkan bahawa pengetahuan sentiasa berubah))
Analisis
Potensi dan kemampuan untuk menyubur secara bersepadu. Manusia perlu menyesuaikan diri kepada pelbagai perubahan seperti kemajuan k-ekonomi dan ICT; Perubahan menggalakkan pengurusan pengetahuan dengan memberi penekanan kepada kemahiran dan pengetahuan terkini; Membayangkan pendidikan sepanjang hayat. Hubungan kait kendiri, persekitaran dan Tuhan; Penerimaan Tuhan sebagai pencipta.
Epistemologi
Aksiologi
Logik
Keterampilan Kecekapan kerana pengetahuan dan kelulusan; (prosedur yang digunakan Memahami prosedur kerja. untuk membezakan penaakulan sah dan tak Nordin Tahir, JIP sah)
Pendidikan suatu Pendidikan sepanjang hayat usaha berterusan Memperkembang Menguasai kemahiran asas 3M. potensi individu Berfikir secara kritis dan kreatif. (JERI) Menggunakan bakat dengan cekap. Memiliki perasaan kasih sayang. Memiliki semangat kekitaan, muhibbah dan kerjasama. Menilai dan menghargai keindahan dan kesenian. Membentuk akhlak yang mulia Memupuk dan membina disiplin kendiri
Menyeluruh dan Perkembangan potensi individu tidak bersepadu boleh dilakukan secara berasingan. Ia harus dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Kepercayaan dan Mengakui wujudnya Tuhan kepatuhan Melakukan kebaikan dan menjauhi kepada Tuhan kejahatan. Mengikuti dan mengamalkan ajaran agama Menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan sendiri.
Rakyat yang Mencintai ilmu. beilmu Gemar membaca pengetahuan Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan. Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain. Rakyat yang Berilmu pengetahuan dan berkelayakan berketrampilan Mempunyai kemahiran yang sesuai Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
Rakyat yang Sentiasa berusaha meningkatkan daya bertanggungjawab pengeluaran. Sentiasa mematuhi undang-undang Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Melakukan tugas dengan sempurna Rakyat yang Daya ketahanan diri yang kuat untuk menikmati menangani cabaran kesejahteraan diri Berfikiran waras Berkemahiran mewujudkan perhubungan yang baik.
Rakyat yang Memupuk keharmonian keluarga boleh memberi Memupuk semangat kerjasama dan sumbangan perpaduan Menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara. Mengekalkan kestabilan negara Menghayati dan mengamalkan prinsip Rukunegara. Bersemangat patriotik dan cintakan negara.
Sebagai seorang guru, cadangkan bagaimana anda boleh menyelitkan elemenelemen FPK ketika melaksanakan pengajaran harian anda.