Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
PENILAIAN
- Penilaian P & P boleh dilaksanakan pada bilabila masa sama ada pada awal, pertengahan atau setelah selesai sesustu P & P.
Kaedah Penilaian:
1. Lisan 2. Penulisan
PERINGKAT PENILAIAN
Tujuan menguji pelajar secara spontan. Menilai tahap kecekapan dan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang lepas. Mengesan pelajar yang lemah dan bijak cerdik pandai.
Guru membuat soalan berbentuk kuiz. Soalan digubal oleh guru sendiri. Pemarkahan boleh diberi bagi menunjukkan sejauh mana tahap pencapaian pelajar. Dilakukan dalam masa yang singkat. Skema jawapan hendaklah disediakan sekira perlu
Mengesan perkembangan,kebolehan,kemajuan dan pencapaian pelajar bagi menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,merancang dan membina instrumen penilaian. Juga dikenali sebagai penilaian formatif guru akan menilai keberkesanan pengajarannya dengan membuat beberapa persoalan ataupun latihan contohnya sesi soal jawab dan latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah.
Untuk memperbaiki pengajaran pembelajaran terutamanya di dalam kelas bagi meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. menolong murid-murid menguasai sesuatu topik pembelajaran menilai antara pencapaian murid pada masa kini dan meramal pada masa akan datang.
Dikenali sebagai penilaian sumatif. Satu penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang pelajar dengan pelajar lain. Contoh penilaian pencapaian ialah UPSR, PMR, SPM, dan STPM dan juga PTK.
menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan. dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan
mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Kebiasaannya pelajar akan dinilai berdasarkan bilangan A yang diperolehi dalam sesuatu peperiksaan.
membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan. menggubal soalan-soalan yang berkaitan mengumpul item secara sistematik.
Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong.
membuat skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan