Esei Reflektif Tugasan Pengalaman Berdasarkan Sekolah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 16

Esei Reflektif Tugasan Pengalaman Berdasarkan Sekolah (PBS)

1. Konsep Fitrah Manusia


Manusia dilahirkan dengan sifat semula jadi yang baik boleh diibaratkan sebagai
kain putih. Menurut Roger (1951), manusia berkeupayaan untuk menjadi positif dan
baik. Oleh itu, setiap individu mempunyai keistimewaan yang tersendiri di samping
bebas untuk mengawal dan mengembangkan diri. Manusia mempunyai kualiti yang
membezakannya daripada binatang, terutama sekali dari segi kehendak dan
kemahuannya untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Mengikut Kamus Dewan
(1998), perkataan fitrah berasal daripada Bahasa Arab yang membawa erti sifat
semula jadi, bakat, pembawaan atau perasaan keagamaan. As Gym (2005)
mendefinisikan fitrah sebagai tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak
lahir, dan belum pernah disentuh atau diubah. Ini bererti fitrah merupakan suatu
pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada
dalam bentuk fizikal atau mental. Fitrah juga bererti suatu ketetapan Tuhan sejak
manusia itu belum dilahirkan, yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi,
keupayaan mental dan fizikal. Maka, fitrah manusia boleh diertikan sebagai sifat
insan yang mempunyai bakat atau potensi semula jadi serta perasaan keagamaan.
Sifat semula jadi manusia seperti ingin tahu, suka menolong, mendorong manusia
untuk meneroka persekitarannya dan ini membantu manusia untuk mencapai
kemajuan sejajar dengan perubahan yang berlaku di persekitarannya.
1.1

Fitrah Kejadian Manusia dan kaitannya dengan potensi

Fitrah kejadian manusia mempunyai kaitan dengan potensi. Setiap individu


dilahirkan berpotensi untuk berjaya ataupun gagal. Ini terpulang kepada
faktor-faktor yang mempengaruhi potensi individu itu. Potensi merujuk kepada
keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam dalam diri seseorang
yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan. Menurut Kamus
Dewan (1989), istilah potensi membawa maksud kemampuan mencapai,
menghasilkan atau melakukan sesuatu kebolehan, kekuatan, kesanggupan,
keupayaan untuk berkembang maju. Justeru itu, potensi seseorang individu
berkembang sejak manusia itu dilahirkan. Persekitaran keluarga dan
masyarakat turut menyumbang kepada perkembangan potensi seseorang
individu. Ini bererti potensi berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia

yang normal untuk berkembang, selaras dengan fitrah manusia dijadikan di


muka bumi ini dan ia juga merangkumi kesemua aspek dalam kehidupan iaitu
aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Sehubungan dengan itu,
manusia perlu mengoptimumkan potensi yang ada dalam dirinya dengan
fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Tuhan agar manusia memperoleh
kebahagian di dunia dan akhirat.
Potensi

manusia

boleh

dihuraikan

berdasarkan

lima

aspek

iaitu

perkembangan intelek, perkembangan rohani, perkembangan sosial,


perkembangan emosi dan perkembangan jasmani. Potensi intelek individu
boleh dilihat daripada daya pemikiran, cara seseorang itu berfikir untuk
menyelesaikan masalah, mereka cipta dan kebolehan menaakul. Dalam
aspek perkembangan rohani, ia merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai
dan norma masyarakat serta perlakuan peribadi individu. Individu yang
mempunyai pegangan agama, nilai, dan moral yang baik akan membentuk
tenaga penggerak dalam jiwa dan perasaan dalaman yang akan melahirkan
perilaku manusia yang baik. Aspek perkembangan sosial merujuk kepada
hubungan individu dengan orang lain. Ini bermakna budi pekerti yang baik
dan tingkah laku yang sopan membolehkan individu tersebut diterima oleh
orang lain. Ini akan meningkatkan keyakinan diri untuk berinteraksi dengan
individu lain dalam masyarakat sekitarnya. Perkembangan emosi individu
dilihat sebagai suatu keadaan di mana seseorang itu dapat memahami
perasaan diri sendiri dan orang lain. Dengan ini, manusia berkeupayaan
untuk mencapai kesedaran, keinsafan, bertanggungjawab dan boleh
dipercayai. Perkembangan jasmani pula merujuk kepada kebolehan dan
keupayaan fizikal dalam bentuk kemahiran psikomotor dalam aktiviti
permainan dan bersukan.
1.2

Fitrah Kejadian Manusia dari perspektif agama

Fitrah kejadian manusia ditinjau daripada dua perspektif. Salah satunya ialah
dari perspektif agama. Manusia adalah sebaik-baik yang dicipta oleh Tuhan di
muka bumi ini. Semua agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan
ke dunia dengan sifat-sifat yang baik. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan,
membezakan kejadian manusia dengan makhluk-makhluk lain yang ada di

muka bumi ini. Agama ialah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang
berasaskan pengajaran. Ia memberi struktur kepada kehidupan manusia dan
membantu memenuhi manusia untuk hidup bersama dan bersosial. Menurut
Ragib Al Isfahami (dalam Pikiran Rakyat, 2005), fitrah merujuk kepada
kekuatan manusia untuk mengetahui agama yang benar dan Tuhan yang
menciptanya. Ini disokong oleh Al-Ghazali (1971) yang mengatakan, setiap
insan wajib mengenali Allah swt yang merupakan fitrah manusia dalam usaha
mengenali diri untuk menjadi insan yang bertakwa. Al-Ghazaili turut
menyatakan tentang dua unsur berkaitan dengan keperluan manusia iaitu
unsur roh dan jasad. Ini bererti agama Islam percaya manusia yang dijadikan
di dunia ini mempunyai keperluan-keperluan tertentu mengikut fitrah
kejadiannya, iaitu kehidupan beragama dan manusia sebagai khalifah Allah.
1.3

Fitrah Kejadian Manusia dari Perspektif Biologi

Merujuk dari perspektif biologi, setiap manusia yang dilahirkan mempunyai


keunikkan tersendiri, anugerah yang tidak ternilai daripada Pencipta-Nya.
Keunikkan manusia meliputi seluruh bidang kehidupan, iaitu dari aspek
ekonomi, sosial, pendidikan, agama, budaya dan sebagainya. Ini bermakna
manusia berkemampuan untuk menyumbangkan potensi yang ada dalam diri
mereka ke tahap yang maksima. Fitrah manusia daripada perspektif biologi
memperlihatkan asas-asas genetik seperti naka dan faktor persekitaran yang
menyumbang kepada pembentukan diri seseorang. Ini sekaligus membawa
kepada pembentukan personaliti dan tingkah laku seseorang.
Fitrah kejadian manusia adalah berbeza. Ini merujuk kepada ketidaksamaan
yang dimiliki oelh seseorang. Baka mempengaruhi perbezaan individu
daripada aspek mental, iaitu tahap kecerdasan seseorang; fizikal, seperti
warna rambut, mata, kulit, tinggi, rendah dan sebagainya; dan emosi, iaitu
temperamen atau kesabaran dalam menghadapi cabaran.
Persekitaran juga menyumbang kepada perbezaan individu dalam fitrah
kejadian manusia dari aspek-aspek latar belakang keluarga, pengaruh rakan
sebaya, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, serta
guru dan sekolah. Dari aspek later belakang keluarga, ia merupakan faktor
utama yang mempengaruhi perbezaan individu. Oleh itu, menjadi

tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik dan magasuh anak-anak dengan


cara yang betul bagi membantu perkembangan tumbesan yang sempurna. Ini
termasuk suasana isi rumah yang mesra dan penuh kasih sayang, serta
makanan yang berzat dan seimbang. Dari aspek pengaruh rakan sebaya, ia
turut menyumbang kepada perkembangan intelek dan potensi diri individu. Ini
kerana rakan sebaya yang baik akhlaknya dan tinggi kecerdasan dapat
membantu membentuk keperibadian positif. Aspek kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat juga menyumbang kepada pembentukan falsafah
hidup yang berbeza. Ia turut melahirkan perbezaan cara hidup. Masyarakat
yang sihat, anggotanya menjadi lebih bertanggungjawab, rajin berusaha,
bermoral, kuat agama dan mempunyai pegangan nilai kerohanian yang tinggi.
Sumber teknologi turut menyumbang kepada perbezaan individu. Ia merujuk
kepada maklumat yang diperoleh daripada bahan bacaan seperti surat
khabar, majalah,televisyen, radio dan internet. Selain itu, guru dan sekolah
turut menyumbang kepada perbezaan individu. Ini kerana guru yang
penyayang, cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan
melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab.
1.4

Implikasi

Fitrah

Kejadian

Manusia

dalam

Pengajaran

dan

Pembelajaran (P&P)
Pendidikan dilihat sebagai suatu ruang yang menyediakan pelbagai peluang
untuk memperkembangkan segala potensi yang ada dalam diri seseorang
individu atau pelajar. Persekitaran pembelajaran yang berkesan akan
mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan dalam
membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi yang terpendam. Sifat-sifat
yang ada dalam diri kanak-kanak seperti ingin tahu, keterbukaan, daya cipta
dan kebolehan menyelesaikan masalah perlulah ditingkatkan kerana ia dapat
membantu kanak-kanak menyedari kebolehan dan potensi diri sendiri.
Dengan mengetahui dan memahami fitrah kejadian manusia, ia dapat
membantu guru menyediakan pelbagai aktiiviti kognitif (perkembangan) yang
dapat mengilap potensi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan

dengan mempunyai sifat dan fitrah keterbukaan akan menyebabkan muridmurid mudah menerima segala bentuk idea dan pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, fitrah ini sendiri akan membantu
murid memperbaiki diri. Contohnya, pengajaran dan pembelajaran dalam
menyelesaikan

masalah

matematik

Tahun

Satu

yang

mengandungi

kemahiran mengira menggunakan objek dapat mengembangkan potensi


pelajar untuk berfikir secara logik.
Selain itu, guru akan dapat mengembangkan potensi dari segi bakat dan
emosi melalui aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ini juga hasil daripada konsep
kefahaman tentang fitrah kejadian manusia. Khususnya kanak-kanak. Ini
kerana, setiap kanak-kanak mempuyai fitrah dan bakat yang agak istimewa
dan membezakan diantara satu denan yang lain. Atau mudah difahami
sebagai serupa tapi tak sama. Pelajar juga mempunyai sahsiah yang berbeza
iaitu dari segi kepintaran komunikasi dan kecekapan menjalankan aktiviti.
Misalnya, sifat tolak ansur dan tolong menolongdapat dipupuk menerusi
aktiviti penyelesaian masalah atau tugasan secara berkumpulan. Di samping
itu, ia turut membantu murid untuk meningkatkan keyakinan seterusnya
melatih diri untuk menjadi seorang pemimpin.
Pemahaman terhadap fitrah kejadian manusia juga akan dapat membantu
guru menyediakan bahan mengajar dan set induksi untuk mengwujudkan satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berdasarkan tahap
kecerdasan pelajar serta minat dan naluri pelajar di dalam kelas, suasana
pembelajaran akan lebih mudah untuk dirancang. Guru perlu berusaha
meransang pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih ceria dan kondusif. Contohnya, guru boleh menyediakan P&P dalam
bentuk reakreasi dan permainan untuk menarik minat murid-murid. Ini kerana,
fitrah

kejadian

manusiayang

suka

akan

hiburan,

kebebasan

dan

keseronokan.
Sebagai seorang guru, kita mestilah berjaya meningkatkan semangat kendiri
dan motivasi kepada pelajar. Ini berdasarkan sikap kesediaan dan
kesungguhan murid yag akan membawa murid melaksanakan tugas atau
menjawab soalan. Fitrah ingin tahu yang wujud dalam jiwa mereka

membuatkan

mereka

sentiasa

akan

ingin

meneroka

sesuatu.untuk

meningkatkan motivasi pelajar, guru haruslah tidak membesarkan kelemahan


yang terdapat pada murid. Setiap komitmen yang diberi oleh murid haruslah
dihargai kerana ia mampu meransang mereka untuk terus belajar dan
berusaha.
Kepentingan fitrah kejadian manusia yang seterusnya ialah dapat membantu
guru membimbing dan memperkembangkan potensi Jasmani mereka. Aspek
jasmani yang dibekalkan dalam diri kanak-kanak telah melahirkan satu
aspirasi di sekolah yang menekankan kepada kecemerlangan sukan. Ini
bermakna murid-murid berpeluang mempamerkan kemahiran psikomotor
dalam diri mereka dan memperkembangkan lagi keupayaan dalam diri
mereka. Misalnya dalam permainan tennis atau badminton. Murid-murid akan
berupaya untuk melakukan servis, memulangkan bola dengan tepat dan
mengawal permainan di gelangang.
Kesimpulannya, guru perlu menyedari potensi-potensi murid-murid adalah
berbeza antara satu sama lain. Guru yang peka terhadap perbezaan
potensi yang ada dalam diri murid membolehkan murid-murid berkembang
mencapai kemajuan dalam setiap bidang yang diceburi. Pendidikan
memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan potensi manusia, jika
pendidikan yang diterima berkesan, maka potensi manusia akan terus
meningkat dan berkembang. Oleh itu, program pendidikan perlulah dirancang
dengan teliti dan berkesan untuk menghasilkan masyarakat yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
2. Konsep Asas Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan manusia melibatkan perubahan. Kebanyakan orang menggunakan
perkataan pertumbuhan dan perkembangan dalam konteks yang sama. Realitinya,
makna perkataan ini berbeza tetapi tidak boleh dipisahkan. Setiap yang hidup
mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan.
2.1

Konsep Perkembangan

Perkembangan merupakan proses yang berterusan dari lahir hingga


kematangan dan akhir hayat atau proses individu mencapai kematangan
secara berterusan. Perubahan kualitatif atau tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat perubahannya dengan membuat perbandingan
sebelumnya. Berlainan dengan hal pertumbuhan, perkembangan berlaku
daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat
organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu
organisma ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku
walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan
sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu
organisma. Ia berlaku secara cepat dan sukar diramal, contohnya warna
rambut berubah daripada hitam kepada putih (uban).
2.2

Definisi Perkembangan

Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benarbenar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung
mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Menurut
Crow & Crow, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta
cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan
sosial. Menurut Karl G. Garrison, perkembangan terhasil daripada tindakan
yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran.
Semua perkembangan adalah mengikut urutan semula jadi dan bersifat
sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran
yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif
yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S Wright & Ann
Taylor mentafsirkan perkembangan ialah perubahan berlaku dalam warisan
hayat. Atan Long menyatakan perkembangan merupakan perubahan kualitatif
tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah
berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal.
Tambahan

pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari

permulaan

percambahan hingga ke akhir hayatorganisma. Ini bermakna,

perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organismake peringkat


matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat

kematangan dilampaui. Menurut Charls Darwin (pengasas teori evolusi), jika


sistem saraf sesuatu organisma kompleks, maka masa yang diperlukan untuk
matang adalah lama. Merujuk kepada Beltes, Reese & Nesselroade (1977),
perkembangan bermaksud dengan bertambah umur, perubahan evolusi yang
lain akan berlaku iaitu dalam bentuk sahsiah, kognitif, moral, fizikal. Mohd
Nazar (1990) pula menjelaskan perkembangan merupakan perubahan
dengan masa iaitu perubahan dengan umur dan perubahan daripada jenis
evolusi atau ontogenik.
2.3

Ciri-ciri Perkembangan

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciriciri perkembangan yang penting adalah ia merupakan satu proses perubahan
yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan
jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi
jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat
kualitatif. Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. Proses
perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta
mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil
berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan
sebelum berlari. Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat
seseorang individu. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang
berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkatperingkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu
serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong
perkembangan mencapai tahap yang maksimum.
2.4

Konsep Pertumbuhan

Pertumbuhan boleh diertikan sebagai perubahan yang boleh dinilai atau


diukur dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain dari satu
jangka masa ke satu jangka masa yang lain. Pertumbuhan melibatkan
perubahan dari segi kuantiti yang dapat dilihat pada sesuatu organisma

dengan jelas. Perubahan kuantitatif tersebut, misalnya, perubahan berat


badan, tinggi dan luas bidang badan.
Pertumbuhan juga melibatkan perubahan struktur dan fungsi tubuh individu
dalam proses menuju kematangan. Dalam hidup seseorang individu terdapat
perubahan yang progresif pada struktur tulang otot, saraf dan kelenjar. Tiaptiap organisma mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan.
Daripada faktor-faktor di atas dapat dinyatakan pertumbuhan dipengaruhi
oleh faktor dalaman individu seperti baka dan keturunan dan faktor luaran
seperti pemahaman serta kemudahan perubatan dan kesihatan. Pemakanan
yang tidak mencukupi sama ada dari segi kuantiti serta kualiti boleh
melambatkan proses kematangan.
Kekurangan pemakanan boleh mengganggu pola-pola pertumbuhan kerana
kurangnya pengambilan vitamin, mineral, dan protien. Faktor pewarisan atau
baka boleh juga mempengaruhi pertumbuhan. Kanak-kanak yang mempunyai
ibu bapa yang tinggi mungkin menjadi tinggi atau melebihi ketinggian ibu
bapa mereka.
2.5

Definisi Pertumbuhan

Menurut Karl E. Garrison, perkembangan individu dalam bentuk saiz badan


iaitu perubahan otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar. Atan Long
mendefinisikan pertumbuhan ialah perubahan yang dapat diukur dari satu
peringkat ke satu peringkat yang lain dari semasa ke semasa. Merujuk
kepada D.S Wright dan Ann Taylor, pertumbuhan merupakan pertambahan
dalam pelbagai sifat luaran seseorang (sifat jasmani saiz, tinggi, berat
badan dan lain-lain).
2.6

Ciri-ciri Pertumbuhan

Pertumbuhan merupakan suatu keutuhan dan fenomena pertumbuhan serta


perubahan itu berterusan dan berkuanliti. Ia boleh diukur dan diperhatikan
dengan jelas. Ia juga merupakan suatu proses yang lengkap dan sempurna.
Perubahan dapat diukur dan dilihat dengan jelas. Pertumbuhan mengikut
corak tertentu atau mempunyai arah tertentu berdasarkan proses

kematangan yang dialami.Pertumbuhan seseorang mengikut proses


kematangan. Perubahan dalam pertumbuhan dapat dilihat dengan nyata
seperti tinggi, berat, kadar bentuk badan dan pertumbuhan organ dalaman.
Struktur mendahului fungsi: struktur kumpulan otot akan menjadi lengkap
sebelum digunakan. Peringkat pertumbuhan adalah sama bagi semua
individu tetapi kadar berlainan.
2.7

Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan

Kita boleh melihat perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan dari


aspek mental, jasmani, sosial dan emosi. Dari aspek mental, proses
pertumbuhan merangkumi pertambahan pertumbuhan fizikal otak. Hal ini
membolehkan keupayaan memikirkan tentang banyak perkara. Manakala
proses perkembangan melibatkan perkembangan kemahiran menggunakan
bahasa, angka, pemikiran, penaakulan dan ingatan. Individu boleh membuat
pertimbangan dan logik. Dari aspek jasmani pula, proses pertumbuhan
melibatkan ketinggian, saiz serta berat badan, pertambahan bilangan gigi dan
tulang

semakin

kukuh.

Dalam

proses

perkembangan,

kemahiran

menggunakan anggota seperti berjalan, berlari dan melompat bertambah. Di


samping itu, individu boleh melakukan aktiviti dengan cekap. Individu dalam
proses pertumbuhan dari aspek sosial mula berinteraksi dengan ahli bukan
keluarga seperti jiran, rakan serta guru. Manakala, individu menyedari
perbezaan antara lelaki dan perempuan, kepentingan disiplin, kumpulan serta
penyesuai dengan rakan sebaya dalam proses perkembangan. Dari aspek
emosi, perasaan suka, sedih, marah, saying dan sebagainya timbul dalam
proses pertumbuhan malahan keupayaan menguasai dan mengawal
perasaan ketika marah atau cemburu tumbuh dalam proses perkembangan.

3. Prinsip-prinsip Asas Perkembangan Kanak-kanak


Perkembangan mempunyai arah baik sewaktu peringkat belum lahir mahupun pada
peringkat sudah lahir iaitu arah kepala ke kaki (cephalocaudal) dan arah tengah ke
tepi (proximodistal). Mengikut arah kepala ke kaki, perkembangan bermula dari
kepala dan bergerak ke arah kaki. Ini bermakna, perubahan awal pada struktur dan

juga fungsi berlaku di bahagian kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali
di bahagian kaki. Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana perkembangan
sudah banyak berlaku di bahagian kepala dibandingkan dengan bahagian lain
misalnya bahagian kaki. Itu sebabnya apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya
dapat mengangkat dadanya apabila ia dapat mengangkat kepalanya. Mengikut arah
tengah ke tepi pula, perkembangan ini berlaku dari arah tengah badan menghala ke
bahagian luar badan dan ke hujung anggota. Sewaktu di dalam kandungan, iaitu
ketika bahagian kepala dan badan sudah dikatakan cukup terbentuk, bahagian
anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-puntung yang belum tumbuh.
Secara beransur-ansur, puntung tangan ini akan memanjang dan berkembang
menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi, bayi yang dikandungi menggunakan
lengan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.
Susunannya adalah serupa bagi semua ahli, iaitu ada yang dahulu dan ada
yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya, duduk sebelum berdiri
atau berdiri sebelum berjalan.Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan
tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. Ia berlaku secara berterusan
iaitu perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma
sehingga ke peringkat kematian. Selain itu, ia juga berlaku mengikut
kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi beberapa aspek
perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza. Perkembangan satu
bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian
yang nyata antara kematangan jasmani dankematangan mental. Corak
perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik
perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi,
kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses perkembangan berlaku
dalam keadaan yang saling berkait dan meliputiperubahan dari segi bentuk
tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut melibatkan
perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta
kualiti.Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan.
Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan
di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara

seperti memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti; mewujudkan


peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal; memberikan panduan dan
rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif; dan memberi galakan
dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.
4. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan
dan faktor persekitaran.
4.1

Baka

Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu
bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata
dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anakanak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga
menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau
tidak pandai. Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di
antara anak dengan ibu bapa. Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal
daripada nenek moyang. Ini adalah kerana gen yang menentukan sifat-sifat
yang berbeza itu mungkin telah lama terpendam. Gen ini pula akan muncul
semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen itu berpasangan dengan
pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan berkembangnya
sifat yang berbeza itu. Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri
yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.
Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang
diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E.
Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah
sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang
individu. Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan
persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di
kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti
kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu
merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia.
4.2

Persekitaran

Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran seseorang


individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman L.
Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di
sekeliling unit-unit kebakaan. W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa
persekitaran ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi
tingkah laku seseorang individu. Terdapat dua kategori faktor persekitaran,
iaitu faktor pralahir dan faktor selepas lahir.
Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti pemakanan.
Makanan yang seimbang adalah penting bagi menjamin pertumbuhan dan
perkembangan seseorang bayi yang sihat dan kuat. Ini bermakna bayi tidak
mudah diserang penyakit. Kesihatan ibu juga merupakan faktornya. Seorang
ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang
menghidapi penyakit akan meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti
kecacatan mental, pekak, bisu atau buta. Amalan menyalahgunakan dadah
oleh ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa seseorang bayi.
Contohnya
disebabkan

seorang

bayi

Thalidomide

penyalahgunaan

dadah

yang

dilahirkan

Thalidomide.

cacat

Kajian-kajian

adalah
telah

menunjukkan bahawa pendedahan seseorang ibu kepada X-Ray yang


berlebihan akan menyebabkan bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari
segi jasmani atau mental. Emosi Ibu juga merupakan salah satu faktornya.
Seseorang ibu yang sentiasa ketakutan, bimbang atau tertekan kemungkinan
melahirkan bayi yang kurang sihat. Banyak kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan
besar melhirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai
darjah kecerdasan yang rendah.
Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti pemakanan.
Makanan seseorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu
amat baik bagi seseorang bayi. Seterusnya bagi menjamin perkembangan
jasmani dan mental yang sihat. Makanan yang berzat dan seimbang adalah
diperlukan.

Makanan

bukan

sahaja

membantu

pertumbuhan

dan

pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi


seseorang daripada pelbagai penyakit.

Keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan seseorang individu. Ibu


bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu
tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sejak lahir, kanak-kanak
dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua ibu bapanya. Saiz sesebuah
keluarga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak.
Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu
perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang
serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.
Contohnya, seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan
mendapat layanan dan perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya.
Kemungkinan segala yang diminta oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu
bapanya. Ini boleh menyebabkan kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu
bergantung kepada ibu bapa.
Sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap
anak-anak mereka. Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak
membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapata atau cadangan.
Ini akan menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri.
Anak-anak seperti ini akan menjadi individu-individu yang kurang
berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain untuk membuat
keputusan. Sebaliknya ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan
mengasuh anak-anak belajar untuk menerima dan memberi, bertolak ansur,
berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan embuat
keputusan.
Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat
umur yan sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan.
Biasanya, rakan sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan
yang lebih kurang sama. Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah
mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek
iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor.
Kedudukan sesebuah sekolah, sama ada di luar bandar atau di bandar boleh
mempengaruhi perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang.

Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar bandar akan menjejaskan


perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah
sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta
kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan
sesebuah

sekolah

yang

kecil

yang

mana

pelajar-pelajarnya

dapat

berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajarpelajar juga dipengaruhi oleh sekolah yang mereka hadiri. Guru dan sekolah
merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari
segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan
cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim
sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan
pengajaran dan pembelajaranakan membantu perkembangan kognitif, afektif
dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan
bersama-sama diberi tugas untuk memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah
dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan
pada tahun1988.
Tempat tinggal sseorang individu akan mempengaruhi perkembangannya.
Contohnya, di kawasan bandar, penduduk-penduduk adalah kurang mesra di
antara satu sama lain berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar.
Nilai-nilai

seperti

tolong-menolong,

bertimbang

rasa,

kemesraan

dan

sebagainya adalah kurang ketara di kalangan penduduk di bandar. Pendudukpenduduk di bandar adalah bersifat lebih materialistik berbanding dengan
penduduk-penduduk di luar bandar. Dengan itu, kanak-kanak akan membesar
menjadi individu-individu yang juga selalu mengharapkan bayaran atau
ganjaran bagi sesuatu tugasan.
Semua jenis sebaran am seperti radio, televisyen, akhbar, majalah, buku,
wayang gambar akan mempengaruhi perkembangan mental, pandangan dan

sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi, sosial dan politik. Sebagai contoh,
progarm TV Pendidikan seperti Along Bijak banyak membantu kanak-kanak
mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan matematik.
Pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu
tempat juga mempengaruhi falsafah hidup dan gaya hidup seseorang
individu. Pusat-pusat tersebut juga akan membentuk individu-individu yang
menghayati nilai-nilai murni seperti seperti belas kasihan, kesyukuran, suka
menolong orang lain, amanah, bertimbang rasa dan bertoleransi.
Faktor persekitaran yang lain ialah persekitaran dunia. Oleh sebab berita
peperangan, banjir, nahas, tanah runtuh dan lain-lain mudah tersebar
keseluruhan dunia, telah timbul kesedaran kita untuk mewujudkan keamanan
di seluruh dunia. Hasil kesedaran ini, individu dan rakan sebayanya berusaha
mengutip derma untuk mangsa perang Bosnia dan Afghanistan, bantuan
untuk mangsa banjir dan lain-lain. Ini bermakna nilai moral individu telah
beralih ke tahap beralih ke tahap yang lebih tinggi dalam skala penaakulan
moral Kohlberg.

Anda mungkin juga menyukai