Praktikal 1 Fizik Sce

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 10

NAMA UNIT

: DATO LIANG ANAK SERUJI : PISMP SAINS SEMESTER 3

TARIKH : 11 JANUARI 2013 PRKTIKAL 1 : Pengukuran dalam kehidupan seharian Tujuan : Eksperimen ini adalah bertujuan untuk mengambil ukuran yang menggunakan pelbagai jenis instrumen. Aktiviti 1 : Pengukuran panjang Bahan / peralatan : I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. XI. XII. Pembaris meter Pita pengukur Angkup vernier Tolok skru mikrometer Penimbang elektronik Pensel Meja Bikar Dawai Kuprum Batang loyang Tabung didih Kertas A4

PROSEDUR : A) Mengukur panjang, lebar dan luas meja. 1. Panjang dan lebar sebuah meja diukur dengan menggunakan pita pengukur. 2. Ukuran bagi setiap panjang dan lebar diulang sebanyak tiga kali dengan menggnakan pita pengukur yang sama pada tempat yang berbeza. 3. Keputusan direkodkan di dalam jadual. 4. Luas meja dikira.

B) Mengukur tinggi dan tebal bikar. 1. Tinggi bikar diukur dengan menggunakan bilah pengukur dalam angkup varnier. 2. Tebal bikar diukur dengan menggunakan angkup vernier. 3. Ukuran bagi tinggi dan tebal bikar itu diulang sebanyak tiga kali dengan menggunakan alat pengukur yang sama pada tempat yang berbeza. 4. Tebal bagi bikar dikira. 5. Keputusan direkodkan di dalam jadual. C) Mengukur diameter, panjang dan ketumpatan dawai kuprum. 1. Diameter bagi dawai kuprum diukur dengan menggunakan tolok skru mikrometer. 2. Panjang dawai kuprum diukur menggunakan pembaris meter. 3. Ukuran bagi diameter dan panjang dawai kuprum itu diulang sebanyak tiga kali dengan menggnakan alat pengukur yang sama pada tempat yang berbeza. 4. Jisim bagi dawai kuprum diukur dengan menggunakan neraca elektronik. 5. Ketumpatan bagi dawai kuprum dikira. 6. Keputusan direkodkan di dalam jadual. D) Mengukur diameter, panjang dan ketumpatan batang loyang. 1. Diameter batang loyang diukur dengan menggunakan tolok skru mikrometer. 2. Panjang batang loyang diukur dengan menggunakan pembaris. 3. Ukuran bagi diameter dan panjang batang loyang itu diulang sebanyak tiga kali dengan menggnakan alat pengukur yang sama pada yang berbeza. 4. Jisim bagi dawai kuprum diukur dengan menggunakan neraca elektronik. 5. Ketumpatang batang loyang dikira. 6. Keputusan direkodkan di dalam jadual. E) Mengukur panjang dan tebal tabung didih. 1. Panjang bagi tabung didih bilah pengukur dalam angkup vernier. 2. Diameter dalam dan luar tabung didih diukur menggunakan angkup vernier. 3. Ukuran panjang dan diameter dalam serta bagi tabung didih itu diulang sebanyak tiga kali dengan menggnakan alat pengukur yang sama pada tempat berbeza. 4. Tebal tabung didih dikira. 5. Keputusan direkodkan di dalam jadual.

F) Mengukur diameter pensel. 1. Diameter sebatang pensel diukur dengan menggunakan alat pengukur angkup vernier. 2. Ukuran bagi diameter pensel itu diulangsebanyak tiga kali menggunakan alat pengukur yang sama pada tempat yang berbeza. 3. Keputusan direkodkan di dalam jadual. G) Mengukur tebal sehelai kertas. 1. Tebal bagi sepuluh helai kertas telah diukur dengan menggunakan tolok skru mikrometer. 2. Ukuran bagi diameter sepuluh helai kertas itu diulang sebanyak tiga kali menggunakan alat pengukur yang sama. 3. Ukuran diameter bagi sehelai kertas dikira.

Pemerhatian / Keputusan : A) Mengukur panjang, lebar dan luas meja. Ukuran Bil 1 2 3 Aspek diukur Panjang (cm) Lebar (cm) Luas (cm2) 1 260.5 120.5 2 260.3 120.3 3 260.5 120.2 31326.1 Purata 260.4 120.3

Ralat sifar : 1. pita pengukur = 0.1 cm Perbincanagan : Dalam eksperimen ini, pita pengukur telah dipilih untuk mengukur panjang dan sebuah meja. Pita pengukur lebih senang digunakan untuk pengukuran berbanding dengan pembaris meter. Pembaris meter tidak sesuai digunakan memandangkan ia tidak cukup panjang di mana itu akan menyebabkan dua ralat sifar akan diperhatikan. Pengukuran bagi panjang dan lebar meja telah diulang sebanya tiga kali di tempat yang berbeza bagi mendapatkan nilai ukuran yang jitu. Luas meja : panjang x lebar = 260.4 x 120.3 = 31326.1 cm2

B) Mengukur tinggi dan tebal bikar. Ukuran Bil 1 2 3 Aspek diukur 1 Tinggi (cm) Diameter luar (cm) Diameter dalam (cm) 5.98 4.24 3.980 2 5.98 4.24 3.880 3 6.10 4.24 3.874 6.02 4.24 3.91 Purata

Ralat sifar : 1. angkup vernier = 0.01 cm atau 0.1 mm Perbincangan : Dalam eksperimen ini, tinggi bikar telah diukur dengan menggunakan bilah pengukur dalam angkup varnier manakala diameter bikar pula diukur menggunakan angkup vernier. Pengukuran bagi tinggi, diameter dalam dan luar

bikar telah diulang sebanya tiga kali di tempat yang berbeza bagi mendapatkan nilai ukuran yang jitu. Tebal bikar diperoleh dengan menolak nilai ukuran diameter luar dengan diameter dalam bikar. Tebal bikar : diameter luar diameter dalam = 4.24 3.91 = 1.08 cm

C) Mengukur diameter, panjang dan ketumpatan dawai kuprum. Bil 1 2 3 4 Aspek diukur Diameter (mm) Panjang (cm) Jisim (g) Ketumpatan (g/cm3) Ukuran 1 0.06 54.5 2 0.06 54.5 1.19 772.27 3 0.07 54.5 Purata 0.06 54.5

Ralat sifar : 1. tolok skru mikrometer = 0.01 mm 2. pembaris meter = 0.1 cm Perbincangan : Dalam eksperimen ini, diameter dawai kuprum diukur dengan menggunakan tolok skru mikrometer.Panjang dawai kuprum diukur dengan menggunakan pembaris meter.Ukuran bagi diameter dan panjang dawai kuprum itu diulang sebanyak tiga kali dengan menggnakan alat pengukur yang sama pada yang berbeza. Seterusnya, dawai kuprum ditimbang dengan menggunakan neraca elektronik untuk mendapatkan jisimnya. Isipadu dawai kuprum : x r2 x h = 22/7 x (0.003)2 x 54.6 = 0.00154 cm3

jisim dawai kuprum Ketumpatan dawai kuprum : ------------------------= ------------------------------isipadu dawai kuprum 1.19 g = -----------------.000154cm3

D) Mengukur diameter, panjang dan ketumpatan batang loyang. Ukuran Bil 1 2 3 4 Aspek diukur 1 Diameter (mm) Panjang (cm) Jisim (g) Ketumpatan (g/cm3 ) 4.45 25.9 2 4.43 26.0 3 4.43 25.9 28.83 7.189 /7.317 4.44 25.9 Purata

Ralat sifar : 1. tolok skru mikrometer = 0.01 mm 2. pembaris meter = 0.1 cm Perbincangan : Dalam eksperimen ini, diameter batang loyang diukur dengan menggunakan tolok skru mikrometer.Panjang batang loyang diukur dengan menggunakan pembaris meter.Ukuran bagi diameter dan panjang batang loyang itu diulang sebanyak tiga kali dengan menggunakan alat pengukur yang sama pada yang berbeza. Seterusnya, batang loyang ditimbang dengan menggunakan neraca elektronik untuk mendapatkan jisimnya. Isipadu batang loyang : x r2 x h = 22/7 x (0.22)2 x 25.9 = 3.94 cm3

jisim batang loyang Ketumpatan batang loyang : -\----------------- = ------------------------------isipadu batang loyang 28.83 g = ------------3.94 cm3

E) Mengukur panjang dan tebal tabung didih. Bil 1 2 3 4 Aspek diukur Panjang (cm) Diameter dalam (cm) Diameter luar (cm) Tebal (cm) Ukuran 1 14.9 2.25 2.88 2 15.1 2.24 2.91 0.66 3 15.0 2.24 2.90 Purata 15.0 2.24 2.90

Ralat sifar : 1. angkup vernier = 0.01 cm atau 0.1 mm Perbincangan : Dalam eksperimen ini, panjang tabung didih telah diukur dengan menggunakan bilah pengukur dalam angkup varnier manakala diameter tabung didih pula diukur menggunakan angkup vernier. Pengukuran bagi panjang,diameter dalam dan luar bikar telah diulang sebanyak tiga kali di tempat yang berbeza bagi mendapatkan nilai ukuran yang jitu. Tebal tabung didih diperoleh dengan menolak nilai purata ukuran diameter luar dengan diameter dalam tabung didih. Tebal tabung didih : diameter luar diameter dalam = 2.90 2.24 = 0.66 cm

F) Mengukur diameter pensil. Bil 1 Aspek diukur 1 Diameter (cm) 0.71 Ukuran 2 0.71 3 0.71 0.71 Purata

Ralat sifar : 1. angkup vernier = 0.01 cm atau 0.1 mm Perbincangan : Dalam eksperimen ini, diameter sebatang pensel diukur dengan menggunakan alat pengukur angkup vernier. Ukuran bagi mendapatkan diameter pensel itu diulang sebanyak tiga kali menggunakan alat pengukur yang sama pada tempat yang berbeza untuk mendapatkan nilai purata yang lebih jitu.

G) Mengukur tebal sehelai kertas. Ukuran Bil 1 2 Aspek diukur 1 Tebal 10 helai (mm) Tebal sehelai (mm) 0.102 2 0.104 3 0.102 0.01 0.103 Purata

Ralat sifar : 1. tolok skru mikrometer = 0.01 mm Perbincangan : Kertas adalah terlalu nipis. Dalam eksperimen ini, alat yang telah digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas ialah tolok skru mikrometer kerana kepekaan tolok skru mikrometer ialah 0.01mm atau 0.001 cm. Ketebalan sekeping kertas boleh ditentukan dengan mengukur ketebalan 10 keping kertas yang sama terlebih dahulu. Kemudian, ukuran tersebut akan dibahagikan dengan 10 untuk mendapatkan ukuran bagi sekeping kertas.

Kesimpulan.
Setiap alat pengukur yang telah digunakan menunjukkan perbezaan dari segi ketepatan dan kepersisan dalam bacaan ukuran. Ketepatan sesebuah alat pengukur bergantung pada skala yang terdapat pada alat itu. Pembaris meter memberikan bacaan sehingga 1.0mm atau 0.1cm, angkup vernier memberikan bacaan sehingga 0.1 mm atau 0.01cm, dan tolok skru mikrometer boleh memberikan bacaan sehingga 0.01mm. kepersian berhubungkait dengan ketepatan. Tolok skru mikrometer adalah alat pengukuran bagi panjang yang paling tepat dan persis berbanding dengan angkup vernier dan pembaris meter. Setiap alat pengukur mempunyai fungsinya tersendiri dalam mengambil ukuran sesutu objek.

Langkah-langkah berjaga : 1. Mengelakkan ralat paralaks. 2. Mengelakkan ralat sifar. 3. Mengambil beberapa kali bacaan ulangan untuk mendapatkan bacaan terbaik. 4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan neraca.

Soalan dan jawapan. 1.Diantara tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ,yang manakah paling persis? Yang manakah yang paling jitu ? Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding pembaris meter dan angkup vernier. Maka, tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang paling persis. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai sebenar. Maka, tolok skru mikrometer adalah alat penyukat yang paling jitu.

2. Sekiranya seorang murid ingin menggunakan pembaris panjang untuk mengukur ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik baginya untuk mencatat ukuran tersebut sebagai 4.32 cm. Jelaskan mengapa? Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm. Bacaan yang mungkn diperolehi pelajar itu adalah 4.3 cm. Dengan itu, ukuran tersebut tidak jitu.

3. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas. Terangkan. Kertas adalah terlalu nipis. Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas ialah tolok skru mikrometer kerana kepekaan tolok skru mikrometer ialah 0.01mm atau 0.001 cm. Ketebalan sekeping kertas boleh ditentukan dengan mengukur ketebalan 10 keping kertas yang sama terlebih dahulu. Kemudian, ukuran tersebut akan dibahagikan dengan 10 untuk mendapatkan ukuran bagi sekeping kertas.

Anda mungkin juga menyukai