Pantun Budi (Pantun Empat Kerat) RPH PN NIK

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

PANTUN BUDI

(PANTUN
EMPAT KERAT)

MAKSUD RANGKAP 1

Rangkap 1 Jasa dan perbuatan baik


seseorang akan disebut-sebut jika ada orang
yang mengenang jasa dan kebaikannya.

MAKSUD RANGKAP 2

Rangkap 2 Telah menjadi kebiasaan di dunia


ini bahawa masyarakat sentiasa menyebut
nama orang yang telah berbudi walaupun
orang itu telah meninggal dunia

MAKSUD RANGKAP 3

Budi dan kebaikan walaupun sedikit akan


sentiasa dikenang dan dihargai.

MAKSUD RANGKAP 4

Apabila kasih sayang dan kebaikan diterima


daripada orang lain, maka hubungan tersebut
akan berterusan untuk jangka masa yang
panjang.

TEMA

Pantun ini bertemakan budi dan perbuatan


baik manusia

PERSOALAN
1. Mengenang budi orang yang pernah
membuat kebaikan
2. Budi seseorang itu tidak akan hilang
walaupun seseorang itu telah meninggal
dunia
3. Budi menyebabkan hubungan antara
seseorang dengan seseorang yang lain akan
menjadi rapat dan baik

NILAI

1. Berbudi : Setiap insan perlu sentiasa


berbudi kepada insan lain
2. Mengenang budi : Budi baik seseorang
wajar dikenang.
3. Kasih sayang : Kasih sayang dipupuk
daripada hubungan yang baik

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengenang budi orang


kepada kita
2. Kita perlulah berbuat baik semasa hidup
agar meninggalkan nama yang baik
3. Janganlah membuat kejahatan kerana
perbuatan tersebut akan dikenang walaupun
kita telah meninggal dunia.

Anda mungkin juga menyukai