Buku 5 Minit Anti Dadah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 26

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AT-TANWIRIAH


PARIT JAWA, MUAR, JOHOR
JFT 5006

PROGRAM

Lima Minit Anti Dadah


(Setiap Minggu Perhimpunan / Setiap awal permulaan sesi PdPc)*

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………… ……………………………………….
(NURHIDAYAH BINTI TASLIM) (MOHD HASHIM BIN ALI)

Disahkan oleh,

………………………………………
(NAZRUDIN BIN TALIB)
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 1

Tajuk : Apa itu Dadah?

Sumber : http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-dadah-dan-kesannya/

● Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya
kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
● Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan
kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila
digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan
akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan
beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
● Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak
sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah
rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak
mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan
bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
● Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini
mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu,
Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk
mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan
dadah seumpana ini.
● Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 2
Tajuk : Ciri-ciri dadah

Sumber : http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-dadah-dan-kesanny
a/

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

● Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
● Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
● Diperoleh secara haram
● Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
● Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Minggu : 3

Tajuk : Jenis-jenis dadah

Sumber : http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-dadah-dan-kesanny
a/

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

● Opiat dan Opiat sintetik


● Stimulan
● Ganja
● Halusinogen
● Depresen

● Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Minggu : 4
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Tajuk : Pergantungan kepada dadah

Sumber : http://ppdamgsklang.blogspot.my/2015/07/dadah-jenis-jenis-kesannya.html

Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah


Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud
daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada
dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal


Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan
menimbulkan gejala-gejala tarikan.
Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang
ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah
sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal


Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau
mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 5

Tajuk : Pergantungan kepada dadah

Sumber : http://ppdamgsklang.blogspot.my/2015/07/dadah-jenis-jenis-kesannya.html

Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :


● Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-
keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
● Daya tahan meningkat.
● Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
● Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang
atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
● Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk
beberapa waktu.

Minggu : 6

Tajuk : Agensi yang bertanggungjawab untuk membanteras penagihan


Dadah

1) Majlis Dadah Kebangsaan


Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasar dadah negara berhubung dengan pencegahan,
penguatkuasaan, pemulihan dan kerjasama antarabangsa.
Memantau ( monitoring ) semua aktiviti dan rancangan yang berkaitan dengan pengawalan dan pencegahan
dadah.
2) Agensi Dadah Kebangsaan (AADK)
 Melaksanakan program pencegahan
 Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
 Meningkatkan sistem pengumpulan maklumat mengenai dadah serta membuat penilaian
akan keberkesanan program anti dadah Negara
 Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dengan lebih aktif lagi dalam usaha
memerangi masalah dadah.
 Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

3) Persatuan Mencegah Dadah Malaysia ( PEMADAM )


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 7
Tajuk : Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah

Sumber : http://smktt.tripod.com/Agensi%20Menentang%20Dadah.html

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :


a) Jenis dadah
Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya
(contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan
merangsangkan (contohnya ganja).
b) Jumlah digunakan
Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin
menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan
pernafasan dan membawa maut.
c) Cara penggunaannya
Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna

bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna. d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan
dadah & aktiviti penagih

Minggu : 8
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Tajuk : Keburukan Rokok Elektronik

Sumber : http://jerryjournal.com/kebaikan-dan-keburukan-rokok-elektronik/html

Keburukan Rokok Elektronik untuk:-

Pelaburan awal yang seseorang perlu membuat satu kit rokok elektronik ini cukup tinggi.

Rokok Elektronik masih tidak diluluskan oleh FDA (kami Pentadbiran makanan dan dadah) Rokok Elektronik adalah

diharamkan di banyak negara. Antaranya, Thailand, Singapura, Finland

Menggalakkan tabiat merokok.


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 9

Tajuk : Rokok elektronik dan VAPE

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/vape.php

Definisi Rokok Elektronik dan Vape?


Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'rokok
elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape.
Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah
1. Bateri
2. Atomiser
3. Katrij

Kandungan utama Rokok Elektronik*


1. Nikotin
2. Propylene Glycol
3. Vegetable Glycerin
4. Bahan Perisa dan pewarna
Kandungan utama Vape*
1. Propylene Glycol
2. Vegetable Glycerin
3. Bahan Perisa dan pewarna

*Walaupun vape didakwa tidak mengandungi nikotin, namun cecair "refill" yang dijual berkemungkinan besar
masih mengandungi nikotin. Begitu juga cecair refill rokok elektronik, telah dilaporkan ditambah dadah atau
bahan-bahan terlarang berbahaya yang lain.*
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 10

Tajuk : Bahaya Vape

Sumber : http://www.duniainformasikesehatan.com/2016/09/bahaya-vape-yang-perlu-anda-
ketahui.html

1) Menyebabkan ketagihan

Nikotin yang disedut menyebabkan adrenalin dan tekanan darah meningkat dan boleh menyebabkan
ketagihan.

2) Keracunan

Terdapat kemungkinan seseorang itu keracunan kerana kandungan vape yang digunakan.

3) Bahaya terhadap sistem pernafasan

Boleh menyebabkan sesak nafas dan mengundang penyakit pernafasan seperti bronkitis, batuk, asthma dan
pnemonia.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 11

Tajuk : Kesan Alkohol kepada manusia

Sumber : https://musafircyber.blogspot.my/2012/10/kesan-alkohol-terhadap-kesihatan.html
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 12

Tajuk : Efek Alkohol terhadap koordinasi badan

Sumber :
http://onelearningsolution.blogspot.my/2015/06/29-kesan-pengambilan-alkohol-berlebihan.
html

Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan

■ Minuman beralkohol

► Mengandungi etanol (sejenis alkohol)

► Dihasilkan dari fermentasi glukosa oleh yis melalui penapaian


■ Kesan Pengambilan Alkohol Berlebihan terhadap Koordinasi Badan

► Boleh merosakkan sel-sel hati, mengurangkan pengeluaran hempedu, menyebabkan sirosis hati dan
hepatitis.

► Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat.

► Dalam kes-kes yang teruk, penggunaan berterusan alkohol boleh menyebabkan kematian.

Minggu : 13
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Tajuk : Kesan sosial akibat pengambilan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

i) Orang yang minum minuman yang beralkohol tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan kepada anak-
anak sehingga mengabaikan kebajikan dan pendidikan mereka.

ii) Mereka sering hilang pertimbangan dan sanggup mendera ahli keluarga terutama wanita dan kanak-kanak
secara fizikal dan mental.

iii) Mereka juga lupa maruah diri dan keluarga sehingga ada yang terjebak melakukan sumbang muhrim.

iv) Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga tidak dapat dinikmati dan akhirnya berlaku penceraian.

v) Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga terjerumus melakukan
jenayah di luar rumah.

vi) Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba menyelesaikan masalah dengan cara
membunuh diri.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 14

Tajuk : Kesan ekonomi akibat pengambilan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Penagihan alkohol menyebabkan badan penagih menjadi lemah dan hilang tumpuan. Individu yang terlibat dengan
ketagihan alkohol kurang berminat untuk bekerja, sering kali cuai dalam menjalankan tugas dan kerapkali terlibat
dalam kemalangan di tempat kerja. Akibat dari keadaan ini majikan akan mengalami kerugian kerana pekerja tidak
dapat lagi menghasilkan produktiviti seperti yang diharapkan.

Kerugian ini bukan sahaja dialami oleh majikan tetapi juga kepada pekerja sendiri di mana dia akan kehilangan
pekerjaan dan keluarga pekerja akhirnya akan meghadapi masalah ekonomi yang serius.

Minggu : 15

Tajuk : faktor-faktor persekitaran yang dapat menjurus ke arah tingkah


laku pengambilan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Di antara faktor-faktor yang dapat menjurus ke arah tingkah laku pengambilan alkohol termasuk:

i. Mudah diperolehi :

Fenomena penjualan alkohol di berbagai kemudahan (outlet) saperti di kedai runcit, kedai kopi.

pasar raya dan lain-lain lagi memudahkan kaum remaja memperolehi minuman beralkohol ini. Tambahan pula tiada
undang-undang semasa yang melarang kaum remaja bukan Islam dari membeli minuman beralkohol.

ii. Harga yang murah

Walau pun cukai atau duti impot ke atas minuman beralkohol ditingkatkan dari tahun ke tahun, namun harga
minuman ini masih mampu dibeli oleh kebanyakan rakyat negara ini khususnya remaja, terutamanya minuman bir,
samsu dan todi.

iii. Pengiklanan

Iklan minuman beralkohol sering didapati di surat khabar, majalah, pawagam, dan lain-lain media yang memaparkan
keghairahan dan kecanggihan gaya hidup yang dikaitkan dengan pengambilan minuman beralkohol. Sebagai contoh
imej kedewasaan dan kejayaan yang didakyahkan dalam iklan-iklan memberi kesan ke atas kaum remaja untuk
mengambil minuman beralkohol.

iv. Penguatkuasaan undang-undang

Terdapat undang-undang yang berkaitan dengan penjualan dan penggunaan minuman keras / alkohol, antaranya
adalah:
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

–Akta Pengangkutan Jalanraya (Road Transport Act) 1996:

· pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap bagi kali pertama akan didenda sebanyak
RM2000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-dua sekali/ lesennya akan digantung selama setahun

· Kesalahan berikutnya didenda RM4000.00/penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali.

· Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3 - 10 tahun dan boleh didenda tidak kurang RM8000.00 -
RM20,000.00.

· Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Samsu Act), 1976

· Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan pengedaran minuman samsu.

· Akta Makanan (Food Act)1983

· Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak/remaja di bawah 18 tahun.


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 16

Tajuk : Faktor-faktor sosial yang dapat menjurus ke arah tingkah


laku pengambilan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Faktor-faktor Sosial

i. Pengaruh rakan sebaya

Kebanyakan masa keremajaan dihabiskan bersama rakan-rakan sebaya. Pergaulan yang bebas ini boleh
mendorong kaum remaja untuk mencuba sesuatu dalam kumpulan seperti pengambilan alkohol, rokok, dadah, dan
pelbagai tingkah laku devian, yang boleh memudaratkan mereka. Melalu cara ini ramai remaja terperangkap dalam
gejala sosial ini ekoran dari tekanan rakan sebaya yang sukar untuk ditangkis.

ii. Mencontohi ibu, bapa dan ahli keluarga

Sesetengah keluarga memberi teladan yang negatif terhadap remaja. Kemungkinan ibu bapa atau ahli keluarga
menagih alkohol dan ini akan memberi kesan yang amat mendalam serta mempengaruhi remaja untuk
mengamalkan tabiat ini.

iii. Mencontohi Idola

Kebanyakan remaja mempunyai idola saperti penyanyi pop dan artis yang akan menjadi tauladan atau ikutan
mereka. Jika sekiranya idola ini suka mengambil alkohol ia akan menjadi ikutan dan mendorong para remaja
tersebut untuk mengambil alkohol.

iv. Budaya

Sesetengah budaya menganggap pengambilan alkohol sebagai perkara biasa serta dihidangkan dengan meluas
pada majlis-majlis keramaian. Oleh itu kaum remaja daripada golongan tersebut menganggap tabiat mengambil
alkohol bukanlah sesuatu larangan dalam masyarakat mereka. Senario seperti ini mungkin memerangkapkan remaja
ke kancah pengambilan alkohol dan terus bergantung kepada alkohol.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 17

Tajuk : Faktor-faktor genetik yang dapat menjurus ke arah tingkah


laku pengambilan alkohol

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Iaitu merangkumi faktor genetik, jantina, ciri-ciri personaliti dan ethnik.

i. Genetik

Individu dari keluarga yang mempunyai sejarah pengambilan alkohol mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi
untuk mengambil alkohol sebelum mereka mencapai umur 20 tahun. Faktor genetik menyumbang kepada tabiat
pengambilan alkohol di kalangan kedua-dua jantina ini. Menurut satu kajian, kebanyakan wanita yang menagih
alkohol mempunyai ibu bapa yang ketagihan alkohol.

ii. Jantina

Secara global kebanyakan penagih alkohol terdiri daripada kaum lelaki, walau bagaimana pun tren pengambilan
alkohol di kalangan wanita telah meningkat sejak 30 tahun kebelakangan ini. Kaum wanita mempunyai
kecenderungan untuk menjadi penagih alkohol pada peringkat umur yang lebih tua berbanding dengan lelaki.

iii. Ethnik

Di Amerika Syarikat, rakyat Amerika asli dan mereka dari keturunan Irish, mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
menagih alkohol berbanding dengan rakyat Amerika keturunan Yahudi dan Asia. Di Malaysia, masalah pengambilan
alkohol lebih ketara di kalangan kaum India berbanding dengan kaum-kaum yang lain.

iv. Ciri-ciri Personaliti dan masalah psikiatri:

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pengambilan alkohol berkait rapat dengan tingkah laku yang impulsif, mudah
terangsang (excitable) dan suka mencari keseronokan. Mereka yang mempunyai tingkah laku kurang upaya
menumpukan perhatian (attention deficit hyperactivity disorder) juga menambahkan risiko ke arah penagihan alkohol.

Minggu : 18

Tajuk : Cara Mengelakkan diri dari terjebak dengan penagihan alkohol


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Sumber :
http://pendidikankesihatanremaja.blogspot.my/p/pendidikan-pencegahan-alkohol.html

Melibatkan diri dengan aktiviti sosial yang berfaedah

Kegiatan seperti Rakan Muda, Prostar dan berpersatuan membantu remaja menghindarkan dirpada dari alkohol.

Komunikasi berkesan bersama keluarga

Gunakanlah masa yang ada untuk membincangkan sebarang masalah bersama keluarga.

Patuhi ajaran agama

Kebanyakan agama melarang penganutnya daripada mengambil alkohol. Anda boleh mengelakkan pengambilan
alkohol dengan meningkatkan kefahaman agama dan mengamalkan tuntutan agama.

Mengatasi tekanan

Belajar menenangkan fikiran semasa menghadapi tekanan. Dapatkan bantuan daripada kaunselor jika perlu
terutamanya untuk masalah yang tidak dapat diatasi.

Disiplin diri

Menghindarkan diri dari majlis atau tempat-tempat yang menyediakan alkohol.


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 19

Tajuk : Bahaya Ketum

Sumber :
http://krulnuox.blogspot.my/2013/02/kesan-dan-akibat-minum-air-daun-ketum.html

Untuk makluman semua, Nama lain bagi pokok ini adalah Kratom, Kakuam, Ithang, Biakatau Thom.

KESAN DAN BAHAYA JIKA MINUM BERLEBIHAN SETIAP HARI

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah

● susut berat badan


● insomnia
● anoreksia
● bibir menjadi kering
● sembelit atau kesukaran membuang air besar.
● kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)

● Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair


● sengal-sengal sendi
● mudah marah

Minggu : 20

Tajuk : Risiko ketagihan ketum

Sumber :
http://krulnuox.blogspot.my/2013/02/kesan-dan-akibat-minum-air-daun-ketum.html

Risiko

• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran

• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain
drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,

• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah

• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan
boleh menyebabkan kematian
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 21

Tajuk : 10 cara mengatasi masalah ketagihan ganja dan ketum

Sumber :
http://jerryjournal.com/rawatan-untuk-ketagihan-ganja-top-10-cara-untuk-membantu-an
da-mengatasi-ketagihan-ganja/

10 cara untuk membantu anda mengatasi ketagihan ganja

Ketagihan kepada sesuatu yang boleh menjadi sukar untuk mengatasi, seperti minda dan badan anda akan menjadi
keinginan untuk ia sehingga berjaya. Jika anda ketagih ganja digunakan, atau anda telah pada lazimnya
menggunakan dadah tanpa walaupun mengetahui bahawa anda akan ketagih padanya, dan anda ingin meletakkan
akhir itu, berikut adalah antara top 10 idea yang boleh membantu anda dalam mencari rawatan bagi ketagihan
ganja.

1. Membuat keputusan yang anda mahu untuk menghilangkan ketagihan. Kejayaan dalam mengatasi
ketagihan pertama datang dari diri sendiri. Jika anda tidak cukup berazam untuk benar-benar menghilangkan
ini

2. Dapatkan sokongan daripada rakan atau ahli keluarga yang bersedia untuk memahami apa yang anda akan
melalui dan apa yang anda akan pergi mengatasi ketagihan. Kumpulan sokongan boleh membantu banyak dalam
membantu anda bersaing dengan matlamat anda dan berjaya dalam rawatan penagihan ganja.

3. Melakukan beberapa perubahan dalam rutin biasa anda dan gaya hidup anda. Salah satu langkah-langkah
pertama yang boleh membantu anda membuat satu permulaan yang baik dalam melawan ketagihan itu adalah untuk
membuat beberapa perubahan dalam gaya hidup anda. Anda mungkin mahu mengelakkan minum beria-ia dan
pihak-pihak yang boleh membawa anda kepada penggunaan ganja.

4. Letakkan kaki tiap-tiap sesuatu yang mengingatkan anda tentang penggunaan ganja. Jika anda Merokok, anda
juga boleh cuba untuk berhenti merokok serta untuk mengelakkan godaan penggunaan ganja.

5. Menjauhkan diri dari orang-orang yang mempengaruhi anda untuk menggunakan ganja. Berhenti melepak
dengan kawan-kawan yang juga menggunakan dadah. Dengan cara ini, anda boleh melupakan ganja.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 22

Tajuk : 10 cara mengatasi masalah ketagihan ganja dan ketum

Sumber :
http://jerryjournal.com/rawatan-untuk-ketagihan-ganja-top-10-cara-untuk-membantu-an
da-mengatasi-ketagihan-ganja/

6. Mencari cara bagaimana untuk menguruskan tekanan dalam kehidupan seharian anda. Untuk mengelakkan
tekanan dan masalah dalam hidup anda yang sering menjadi faktor yang menolak satu tawaran bagi ganja, belajar
beberapa teknik untuk juga mengatasi tekanan dan masalah dalam hidup anda. Bersenam, bermeditasi atau
mudah pergi untuk percutian yang tenang.

7. Mendapatkan bantuan daripada seorang hypnotherapist. Hipnoterapi adalah rawatan pelengkap yang baik
bagi penagihan ganja. Anda juga boleh mendapatkan CD self-hypnosis yang akan membantu anda
mengamalkan hypnosis dan kosongkan fikiran anda dari fikiran menggoda ramai mengenai penggunaan
ganja.

8. Cuba terapi tingkah laku kognitif daripada ahli terapi profesional. Salah satu teknik yang berkesan dalam
mengatasi ketagihan arak, fobia, ketakutan dan kebimbangan serta ketagihan adalah behavioral terapi kognitif. Ini
akan membantu anda memahami anda ketagihan yang lebih baik supaya dapat membantu anda menghilangkan ia
cepat, dan ini juga akan membantu anda belajar kemahiran daya tindak yang berguna dalam menangani cabaran
hidup tanpa restart penggunaan ganja.

9. Mengamalkan teknik relaksasi. Salah satu cara yang mudah untuk mula membuat beberapa perubahan dalam
hidup anda adalah untuk mencari teknik relaksasi yang akan membantu anda menampung kesukaran hidup dan
membantu anda menghilangkan kebimbangan serta.

10. Mencari perkara-perkara baru yang boleh membantu anda mengisi sendiri. Belajar sesuatu sukan yang baru
atau kepentingan. Mengalihkan perhatian anda kepada perkara-perkara yang produktif yang anda boleh
menikmati dalam masa lapang anda. Sukan baru, hobi baru atau kawan-kawan baru boleh menjadi satu
permulaan yang baik dalam membuat perubahan yang lebih baik.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 23

Tajuk : Pengenalan kepada inhalan

Sumber : http://ppdasamdorani.blogspot.my/2012/12/apa-itu-inhalan.html
Pengenalan
Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan
meruap. Ia juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap dan dihidu atau disedut untuk
menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.

Jenis-jenis Inhalan

● Pelarut/Cecair
Cat, bahan pengilat, minyak tanah, petrol, gam, cecair pemadam dan dakwat pen.

● Bahan Gas
Pemetik api, gas peti sejuk, klorofom, haloten dan nitrous oksida.

● Aerosol
Pemetik api, pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik.

● Bahan Nitrit
Climax, poppers, rush, locker room.

Cara Penggunaan
Menghidu
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 24

Tajuk : Ciri-ciri penagih inhalan dan kesan inhalan terhadap


kehidupan manusia

Sumber : http://ppdasamdorani.blogspot.my/2012/12/apa-itu-inhalan.html
Ciri-ciri Penagih Inhalan
Pertuturan kurang jelas, mata berair dan merah, hidung berair, bau nafas yang pelik, bahan kimia pada pakaian dan
penampilan seperti orang mabuk atau pening.

Kesan / Akibat
● Serta-merta
Berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, emosi tidak stabil, kehilangan deria sakit, fizikal tidak
seimbang serta tidak mampu berdiri.

● Jangka panjang
Kerosakan sel-sel otak (hilang daya tumpuan, mudah marah, hilang ingatan, kekeliruan, kemurungan), oksigen
dalam darah berkurangan, gangguan penglihatan/buta, kerosakan organ utama badan (paru-paru, hati, ginjal, darah
dan sum-sum tulang), boleh mengakibatkan kegagalan jantung berfungsi dan kematian mengejut.

Minggu : 25

Tajuk : Pengenalan kepada HIV/ AIDS

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

HIV adalah singkatan dari Human Immunodficiency Virus yang dapat menyebabkan AIDS dengan cara menyerang
sel darah putih yang bernama sel CD4, sehingga dapat merusak system kekebalan tubuh manusia yang pada
akhirnya tidak dapat bertahan dari gangguan penyakit walaupun yang sangat ringan sekalipun.

Sedangkan AIDS merupakan singkatan dari Acquired Imunne Deficiency Syndrome yang merupakan
dampak atau efek dari perkembangbiakan virus HIV dalam tubuh makhluk hidup. Penyebab dari penyakit AIDS
adalah adanya infeksi virus HIV.

Oarang yang telah mengidap virus AIDS akan menjadi pembawa dan penular AIDS selama hidupnya,
walaupun tidak merasa sakit dan tampak sehat. AIDS juga dikatakan penyakit yang berbahaya karena sampai saat
ini belum ada obat atau vaksin yang bisa mencegah virus AIDS. Selain itu orang terinfeksi virus AIDS akan
merasakan tekanan mental dan penderitaan batin karena sebagian besar orang di sekitarnya akan mengucilkan atau
menjauhinya. Dan penderitaan itu akan bertambah lagi akibat tingginya biaya pengobatan. Bahaya AIDS yang lain
adalah menurunnya sistim kekebalan tubuh. Sehingga serangan penyakit yang biasanya tidak berbahaya pun akan
menyebabkan sakit atau bahkan meninggal.
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Minggu : 26

Tajuk : Gejala-gejala AIDS dan penyebab

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

Sejak pertama seseorang terinfeksi virus HIV, maka virus tersebut akan hidup dalam tubuhnya, tetapi orang
tersebut tidak menunjukkan gejala penyakit namun terlihat betapa sehat, aktif, produktif seperti biasa. Karena gejala-
gejala AIDS tampak setelah + 3 bulan. Adapun gejala-gejala AIDS itu sendiri adalah :

● Berat badan turun dengan drastis.


● Demam yang berkepanjangan(lebih dari 38 0C)
● Pembesaran kelenjar (dileher), diketiak, dan lipatan paha)yang timbul tanpa sebab.
● Mencret atau diare yang berkepanjangan.
● Timbulnya bercak-bercak merah kebiruan pada kulit (Kanker kulit atau KAPOSI SARKOM).
● Sesak nafas dan batuk yang berkepanjangan.
● Sariawan yang tidak sembuh-sembuh.
● Pembesaran kelenjar secara menyeluruh di leher dan lipatan paha.
● Nyeri di perut bagian bawah (wanita), buah pelir (laki-laki), serta pantat dan kaki. Namun pada wanita
seringkali gejala ini tidak dirasakan, walaupun sebenarnya sudah terkena virus HIV

Semua itu adalah gejala-gejala yang dapat kita lihat pada penderita AIDS, yang lama-kelamaan akan berakhir
dengan kematian.

Minggu : 27

Tajuk : Siapa yang berisiko untuk AIDS?


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

Penyakit AIDS dapat diderita oleh siapa saja, dan dari kalangan umur berapapun. Namun, kelompok yang paling
beresiko tinggi tertular AIDS, yaitu:

● Mereka yang sering melakukanhubungan seksual diluar nikah, seperti wanita dan pria tuna susila dan
pelanggannya.
● Mereka yang mempunyai bayak pasangan seksual misalnya : Homo seks ( melakukan hubungan dengan
sesama laki-laki ), Biseks ( melakukan hubungan seksual dengan sesama wanita ), Waria dan mucikari.
● Penerima transfusi darah
● Bayi yang dilahirkan dari Ibu yang mengidap virus AIDS.
● Pecandu narkotika suntikan.
● Pasangan dari pengidap AIDS

Minggu : 28

Tajuk : Penularan AIDS

Sumber :
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html

AIDS dapat ditularkan melalui cara-cara berikut :

● Melakukan hubungan seksual dengan seseorang yang mengidap HIV.


● Transfusi darah yang mengandung virus HIV.
● Melalui alat suntik, akupuntur, tato, dan alat tindik yang sudah di pakai orang yang mengidap virus AIDS.
● Hubungan pranatal, yaitu pemindahan virus dari ibu hamil yang mengidap virus AIDS kepada janin yang
dikandungnya.
● Melalui air susu ibu/ ASI yang diminum.
● Melalui darah yang terinfeksi virus HIV dan mengenai kulit yang terluka.
● Melalui sperma pada pria dan cairan vagina pada wanita.

Kita tidak usah terlalu mengucilkan atau menjauhi penderita AIDS, kita harus selalu mendukung para penderita
AIDS bukan menjauhinya, karena AIDS tidak akan menular dengan cara – cara seperti di bawah ini :

● Hidup serumah dengan penderita AIDS ( asal tidak mengadakan hubungan seksual)
● Bersenggolan atau berjabat tangan dengan penderita.
● Bersentuhan dengan pakaian dan lain-lain barang bekas penderita AIDS.
● Makan dan minum.
● Gigitan nyamuk dan serangga lain.
● Sama-sama berenang di kolam renang.

Minggu : 29

Tajuk : Cara Pencegahan AIDS

Sumber :
http://myidheanet.blogspot.my/2015/03/bahaya-hiv-aids-di-kalangan-pelajar.html
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

● Hindarkan hubungan seksual diluar nikah. Usahakan hanya berhubungan dengan satu orang pasangan
seksual, tidak berhubungan dengan orang lain.
● Pergunakan kondom bagi resiko tinggi apabila melakukan hubungan seksual.
● Ibu yang darahnya telah diperiksa dan ternyata mengandung virus, hendaknya jangan hamil. Karena akan
memindahkan virus AIDS pada janinnya.
● Kelompok resiko tinggi di anjurkan untuk menjadi donor darah.
● Penggunaan jarum suntik dan alat lainnya ( akupuntur, tato, tindik ) harus dijamin sterilisasinya.
● Jangan melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang anda tidak ketahui kondisi kesehatannya.
● Hindari mabuk-mabukan dan narkotika yang membuat anda lupa diri.

Minggu : 30

Tajuk : Kesan buruk merokok

Sumber :
https://www.scribd.com/doc/71023088/Kesan-Buruk-Merokok-Terhadap-Individu-Dan-M
asyarakat

1.Menjejaskan Kesihatan
–Mendatangkan pelbagai penyakit seperti barah otak, barah paru-paru, sesak nafas
dansebagainya
- telah terbukti melalui kajian saintifik oleh pakar
- perokok yang mengalami masalah ini, hanya menunggu maut.

2. Menjejaskan Ekonomi Keluarga


–Memerlukan perbelanjaan yang besar akibat kenaikan harga
–sepatutnya wangdisalurkan untuk perbelanjaan keluarga atau simpanan hari tua - simpanan berdikit-dikit,
lama-lama jadi bukit.

3. Mencemarkan Alam Sekitar


–Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi mencemarkan udarasekeliling –meninggalkan
kesan negatif kepada individu yang menghidu bau rokok
-menjadikan rakan tidak selesa apabila terhidu bau asap rokok.

4. Menjejaskan Keterampilan Diri


–Kesan asap rokok menyebabkan gigi kuning, nafas berbau
–penampilan diri akan terjejas
- pandangan negatif daripada masyarakat yang menghargai kesihatan diri.

Anda mungkin juga menyukai