Selendang Delima

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

SELENDANG DELIMA

Lirik Lagu Melayu

Dengarlah tuan kami syairkan


Selendang Delime nama syairnya
Umpat dan keji jangan amalkan
Supaya s'lamat dunia akhirat

Selendang Delima

Puteri Kayangan
Selendang Delima
Membawa kisah turun ke dunia
Turunlah ke dunia

Angkara fitnah puteri durjana sayang


Kerana cemburu cantiklah parasnya
Cantik rupawan selendang delima
Ahaiiii kerana cemburu
Ahaiilah sayang cantik parasnya

Buai oh buai
Rotan dan batu
Asal usulmu dapat ditentu
Dapatlah ditentu

Turun menjelma ayah dan ibu sayang


Di Pulaulah Bandu
Dapatlah bertemu
Cantik rupawan selendang delima
Ahaiii di Pulaulah Bandu
Ahailah sayang dapat bertemu
SYAIR SELENDANG DELIMA
Mufti E Dam / Nelly Ellie

Shahdannya dulu bandar yang beruntung


Negeri Dumai berbalai agong
Kerajaannya bernama Sri Bunga Tanjung
Rajanya bijak patut disanjung

Ratu Cik Sima nama rajanya


Konon mempunyai tujuh puterinya
Selalu bermain ditaman bunga
Bagaikan dewi turun ke buana

MUSIC

Puteri Bungsu muda bestari


Mayang mengurai gelaran diberi
Jadi sanjugan anak negeri
Bagaikan kuntum indah berseri

Raja seberang datang meminang


Puteri Bungsu cantik tak terbilang
Kerana melangkah pantang dan larang
Pinangan ditolak maksud terhalang
SYAIR SARI BANIYAN ATAU SELENDANG DELIMA

Bismillah itu mula dikarang


Pantun syair sajaknya kurang
Kami laksana kain yang jarang
Dijual pun tidak dibeli orang.

Ada seorang raja kepada zamannya


Di Bendan Firus nama negerinya
Suka dan ramai dengan murahnya
Berjual beli sekalian rakyatnya.

Kerajaan besar tidak terperi


Baginda bemama Dewa Syah Pen
Berkasih-kasihan laid istri
Baginda duduk dengan permaisuri.

Kotanya jangan dilupakan lagi


Serta besar dengannya tinggi
Bunyi-bunyian petang dan pagi
Riuhnya tidak disangka lagi.

Berapa lamanya di atas tahta


Berputra dua duli mahkota
Eloknya tidak dapat dikata
Segala yang memandang kasih semata.
Anaknda yang tua itu laki-laki
Eloknya tidak bertawar lagi
Laksana sekenda kembangnya lagi
Di atas mercu gunung yang tinggi.

Namanya Kunan Bangsagara


Ayahnda bunda kasih tidak terkira
Inang pengasuh duduk memelihara
Sedikit tidak diberi cidera.

Kepada anaknda Rumaja Natara


Disuruhnya mengaji ke Tanjung Pura
Kepada Tuan Syeh Haji Japura
Syeh pun kasih terlalu mesra.

Ti let Banyaklah anak raja-raja bendahara


Yang mengaji sama Bangsagara
Kasih dan sayang terlalu mesra
UA Berkasih-kasihan seperti saudara.
Yang perempuan Sari Baniyan
La Ayahnda ibundanya terlalu kasihan
Inang pengasuh lengkap sekalian
Serta dengan alat pakaian.
Sari Baniyan terlalu manja
Ke mana berangkat dibawa sahaja
Melihat perahu bahtera raja-raja
Sampai ke taman Indrapura.

Sari Baniyan niat bestari


Sekalian pekerjaan dipelajari
Cantik manis durja berseri
Seperti teralim sukar dicari.
Elok dan manis tiada terperi
Semua memandang herankan din

Ayahnda bunda kasih laid istri


Tidakbercari barang sehari.
Akalnya terus sangat sempurna
Sifatnya lengkap tujuh laksana

Durjanya bersih gemilang warna


Laksana bulan penuh purnama.
Pergi ke taman tempat permandian
Memetik bunga berkembang-kembangan

Di dalam taman bersuka-sukaan


Diiringkan oleh dayang sekalian.
Demikianlah konon sehari-hari
Suka ramai tepuk dan tan

Di dalam taman ratna biduri


Suka termasa tidak terperi.
Berhenti perkataan adinda saudara
Tersebut kisah Bangsagara
Selama mengaji di Tanjungpura
Khatamlah baginda dengannya segera.
Syeh pun kasih tiada terperi
Belum dilepaskan berangkat kembali

Tempatnya baharu duanya han


Hendak digenapkan tiganya kali.

Anda mungkin juga menyukai