Topic 8 - PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 19

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI

MAKLUMAT DALAM
PENGUKURAN DAN PENILAIAN
Topic 8
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan tujuan pengukuran dan penilaian dalam pendidikan berasaskan ICT.
2. Membincangkan kelebihan ICT yang dapat digunakan untuk pengukuran dan
penilaian.
3. Menjelaskan jenis penilaian yang sesuai digunakan dalam ujian berasaskan
komputer.
4. Menganalisis kekuatan dan kelemahan alat pengarangan ujian yang boleh didapati
secara percuma; dan
5. Membina satu (1) set ujian berasaskan komputer menggunakan alat pengarangan
ujian yang diperoleh secara percuma.
TUJUAN UJIAN DAN PENILAIAN
• Dalam pendidikan, ujian dan penilaian dilakukan untuk mengesan
pembelajaran seperti yang telah ditentukan dalam objektif P&P.
• Pembelajaran dapat dinilai melalui tingkahlaku seseorang individu
dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu
sistem yang berkategori (Cronbach, 1970).
BILA PENILAIAN PERLU DIJALANKAN?
• Penilaian berterusan perlu dilakukan sebelum pengajaran, semasa
pengajaran dan selepas pengajaran.
• Penilaian formatif dilakukan sebelum, semasa dan selepas pengajaran
satu unit pelajaran.
• Penilaian sumatif pula dilaksanakan sebaik sahaja program selesai
dijalankan.
PROSES PENILAIAN BERTERUSAN
TUJUAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
• Menilai prestasi atau kemajuan murid.
• Mengesan kekuatan dan kelemahan pengajaran.
• Mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran.
• Meningkatkan motivasi.
• Mendapatkan maklum balas.
• Mengenal pasti pengetahuan pembelajaran lampau.
• Menentukan kelayakan persijilan.
• Membuat ramalan. Membuat klasifikasi.
• Menentukan pemilihan alternatif.
• Penyelidikan pendidikan (action research).
PANDUAN MEMBINA UJIAN DAN
PENILAIAN
1. Pembelajaran adalah proses yang melibatkan kognitif, emosi dan tingkah laku. Maka penilaian perlu meliputi
semua domain tersebut.
2. Murid memerlukan rangsangan yang berkesan untuk bertindak balas dalam bentuk tingkah laku dan
pemikiran. Rangsangan juga membantu murid mengingat dan membentuk kefahaman.
3. Tindak balas murid terhadap rangsangan adalah pengalaman dan pengalaman adalah sebahagian daripada
proses pembelajaran (Kolb, 1984).
4. Maklum balas terhadap tindak balas murid hendaklah diberi serta merta dan terancang (Blackman,
1974).
5. Hukuman serta merta perlu diberi terhadap setiap tindak balas yang tidak dikehendaki supaya murid
menyedari kesilapan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.
6. Ingatan merupakan aspek penting dalam proses pembelajaran. Gaya belajar murid menyumbang kepada
ingatan.
Jenis Ujian Berasaskan Komputer
Pelbagai pilihan Konstruk angka
Pilihan BETUL / SALAH Jawapan pendek melengkap ayat
Pilihan BETUL / SALAH dengan penjelasan Melengkap jadual matrik

Pelbagai pilihan dengan pelbagai media Pelbagai pilihan terbuka


gangguan
Pelbagai jawapan Membina kiasan
Melengkap kenyataan Membina peta konsep
Mengkategori Esei
Pilihan gantian Projek
Menyusun hierarki Demonstrasi
Membina bukti Temuduga
Menyisip Diagnosis
Melukis figura/kiasan Membetul kesilapan
KELEBIHAN KOMPUTER DALAM PENILAIAN

1. Melaksana kiraan matematik dengan cepat dan tepat.


2. Memaparkan visual statik dan dinamik.
3. Memainkan bunyi, suara dan muzik pada masa dan tempoh yang diperlukan.
4. Mengesan tindak balas pengguna terhadap rangsangan melalui
pelbagai peranti input.
5. Mengenal pasti pengguna yang sah dan tidak sah melalui kata laluan.
6. Mewujudkan persekitaran interaktif melalui maklum balas.
7. Memproses keputusan dengan tepat dan cepat.
8. Memaparkan pelbagai format keputusan seperti teks, graf, suara dan jadual
KELEBIHAN KOMPUTER DALAM PENILAIAN
9. Memilih dan memaparkan soalan secara rawak.
10. Menyimpan keputusan penilaian dan boleh dicapai semula dengan mudah.
11. Tidak prejudis dalam memberi markah.
12. Mengemukakan maklumat analisis penilaian untuk panduan membuat keputusan.
13. Mudah menyampaikan ujian kepada ramai pengguna dalam masa yang singkat.
14. Mengurangkan kos tadbir ujian dengan menggunakan kaedah ujian dalam talian.
15. Meningkatkan keselamatan ujian menggunakan teknik enkripsi (encryption).
16. Meningkatkan penerimaan dan kepuasan calon.
17. Memenuhi keperluan kaedah ujian dan penilaian masa hadapan
KEKANGAN MENGGUNAKAN KOMPUTER
DALAM PENILAIAN
• Perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT.
• Perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran memprogramkan komputer bagi
memastikan komputer - pengguna boleh berinteraksi dengan berkesan.
• Memerlukan kebolehan menggunakan alat pengarangan ujian.
• Laporan keputusan sukar dijadikan bukti pencapaian sebenar murid.
PEMILIHAN ALAT PENGARANGAN UJIAN
1. Kos
• Sama ada percuma,
• percuma dalam masa terhad atau
• berbayar.
2. Aras soalan.
• Alat pengarangan yang baik memiliki keupayaan membina soalan aras tinggi.
3. Paparan imej dan simbol.
• Imej dan simbol-simbol tersebut diperlukan ketika membina atau menjawab
soalan ujian.
PEMILIHAN ALAT PENGARANGAN UJIAN

4. Mudah guna.
• Faktor yang menyumbang kepada motivasi guru membina ujian berasaskan ICT.
5. Analisis statistik.
• Memastikan sama ada alat pengarangan memiliki keupayaan menganalisis
keputusan ujian secara statistik mengikut individu dan kumpulan.
6. Keselamatan.
• Untuk keselamatan adalah penyediaan nama pengguna dan kata laluan.
PEMILIHAN ALAT PENGARANGAN UJIAN
7. Mudah guna.
• Faktor yang menyumbang kepada motivasi guru membina ujian berasaskan ICT.
8. Analisis statistik.
• Memastikan sama ada alat pengarangan memiliki keupayaan menganalisis
keputusan ujian secara statistik mengikut individu dan kumpulan.
9. Keselamatan.
• Untuk keselamatan adalah penyediaan nama pengguna dan kata laluan.
10. Kemudahan muat turun.
• Menyimpan data dalam pelbagai format memberi kelebihan kepada guru.
PEMILIHAN ALAT PENGARANGAN UJIAN
11. Mudah guna.
• Faktor yang menyumbang kepada motivasi guru membina ujian berasaskan ICT.
12. Analisis statistik.
• Memastikan sama ada alat pengarangan memiliki keupayaan menganalisis
keputusan ujian secara statistik mengikut individu dan kumpulan.
13. Keselamatan.
• Untuk keselamatan adalah penyediaan nama pengguna dan kata laluan.
CONTOH ALAT PENGARANGAN UJIAN
• ExamBuilder - https://www.exambuilder.com/
• Google Form - https://
docs.google.com/forms/d/1wYDUTcUgOLp1ZpvP23qOvdoiyZvo4_xhzY2Egun0LfQ/edit
• EasyTestMaker - https://www.easytestmaker.com/
• QuizStar - http://quizstar.4teachers.org/
• Dan banyak lagi
RUMUSAN
1.Ujian dan penilaian dilakukan untuk mengesan pembelajaran seperti yang telah ditentukan dalam objektif
P&P dan hasil pembelajaran. Ujian dan penilaian adalah proses penilaian bersistematik untuk
mengetahui tahap pembelajaran.
2.Penilaian berterusan perlu dilakukan sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas
pengajaran.
3.Penilaian formatif dilakukan sebelum, semasa dan selepas pengajaran satu unit pelajaran. Penilaian
sumatif pula dilaksanakan sebaik sahaja program selesai dijalankan.
4.Di antara tujuan penilaian dalam pendidikan diadakan adalah untuk menilai prestasi atau kemajuan
murid, mengesan kekuatan dan kelemahan pengajaran, mengesan kekuatan dan kelemahan
pembelajaran, meningkatkan motivasi, mendapatkan maklum balas, mengenalpasti pengetahuan
pembelajaran lampau, menentukan kelayakan persijilan, membuat ramalan, membuat klasifikasi,
menentukan pemilihan alternatif serta untuk penyelidikan pendidikan.
RUMUSAN
5.Kelebihan ICT boleh dimanfaatkan dalam ujian, penilaian dan pentaksiran pendidikan.
• Antara kelebihan ICT adalah mampu memproses keputusan dengan tepat dan cepat, dapat menyimpan keputusan
penilaian dan boleh dicapai semula dengan mudah dan sebagainya.
• Terdapat beberapa kekangan menggunakan komputer dalam penilaian.
• Pengguna perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT, mempunyai kebolehan menggunakan alat pengarangan ujian
dan sebagainya.
6.Jenis penilaian yang sesuai digunakan dalam ujian terbahagi kepada dua (2) iaitu
• ujian kaedah lama (pensil dan kertas) atau
• ujian berasaskan komputer.
7.Alat pengarangan ujian boleh didapati secara percuma atau berbayar dengan setiap satunya
mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
• Namun, apa yang penting faktor berikut perlu diberi penekanan dalam pemilihan alat pengarangan ujian iaitu kos,
aras soalan, paparan imej dan simbol, mudah guna, analisis statistik, keselamatan dan kemudahan muat turun.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai