Pergi ke kandungan

Ozouni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zoni (雑煮) atau ozoni (お雑煮) dengan awalan honorifik o- adalah makanan tradisional yang dihidangkan pada tahun baru di Jepun bersama osechi (おせち pelbagai makanan yang dihidangkan pada tahun baru).

Zoni juga merupakan sejenis sup yang dimasak dengan mochi (餅 kek nasi), sayur, daging dan ditambah rasa kicap atau miso (味噌 pes penapaian yang terdiri daripada kacang soya). Cara memasak zoni berbeza mengikut daerah dan keluarga,[1] sama seperti rasa dan cara penyediaan laksa di Malaysia berbeza mengikut negeri, daerah atau kedai. Namun begitu, berbeza dengan laksa, zoni dihidangkan di rumah masing-masing dan kebanyakan orang makan zoni pada tahun baru sahaja. Menurut soal selidik yang dijalankan oleh syarikat swasta kepada pelanggan pada tahun 2020, 70.7% daripada 430 orang menyatakan mereka makan zoni setiap tahun baru.[2] Walaupun zoni ialah makanan tradisional, sebelum abad ke-17, golongan kaya sahaja yang makan zoni sebagai makanan yang membawa maksud nasib yang baik. Mulai abad ke-17, golongan biasa juga mula makan zoni.[3]

Jenis zoni

[sunting | sunting sumber]

Zoni sering dimasak dengan ramuan tempatan. Ramuan dan rasa sangat berbeza mengikut daerah dan keluarga. Tambahan lagi, bentuk mochi juga tidak sama. Mochi ada dua jenis, iaitu marumoci (bentuknya bulat) dan kakumoci (bentuknya segi empat sama).

Berikut adalah contoh-contoh zoni dari enam daerah.

  1. Zoni Edo
    Zoni Edo dihidangkan di kawasan sekitar Tokyo.[4] Terdapat bahan-bahan seperti daging ayam, lobak, mitsuba (三つ葉 sejenis daun yang berwangi) dan kakumoci dimasukkan ke dalam sup serta ditambah dengan perasa seperti kicap.
  2. Zoni Kyoto
    Zoni Kyoto dihidangkan di Kyoto.[5] Terdapat bahan-bahan seperti umbisi keladi Cina, lobak dan marumochi dimasukkan ke dalam sup serta ditambah dengan perasa seperti miso.
  3. Zoni Nagoya
    Zoni Nagoya dihidangkan di kawasan Nagoya (bandar besar di Aichi).[6] Terdapat bahan-bahan seperti komatsuna (小松菜 sejenis sayur seperti sawi), daging ayam dan kakumochi dimasukkan ke dalam sup serta ditambah dengan perasa katsuobushi (serbuk ikan aya atau cakalang) dan kicap.
  4. Zoni Niigata
    Zoni Niigata dihidangkan di kawasan sekitar Niigata.[7] Selain dari kakumochi, ikan salmon dan ikura (いくら telur salmon) dimasukkan ke dalam sup kerana ia ramuan tempatan Niigata serta ditambah dengan kicap.
  5. Zoni Hiroshima dihidangkan di kawasan sekitar Hiroshima.[8] Selain dari marumochi, tiram dan ikan buri (ぶり amberjack) dimasukkan kerana makanan laut seperti ini adalah ramuan tempatan Hiroshima. Zoni jenis ini ditambah dengan kicap.
  6. Zoni Azuki dihidangkan di kawasan sekitar Shimane dan Tottori.[9] Azuki (あずき kacang merah) dan marumochi dimasukkan ke dalam sup. Berbeza dengan zoni lain, zoni jenis ini ditambah dengan gula. Oleh itu, rasanya manis seperti bubur kacang merah di Malaysia.

Makna mochi dan zoni

[sunting | sunting sumber]

Beras ialah makanan ruji di Jepun. Menurut kajian yang dijalankan oleh kementerian sektor pertanian pada tahun 2020, 87% daripada 3,136 orang memilih nasi sebagai makanan ruji di rumah.[10] Mochi dibuat daripada beras pulut. Rakyat pada zaman dahulu mempercayai bahawa padi mengandungi kuasa yang suci dan mochi mempunyai kuasa yang lebih kuat. Pada abad ke-9, Hagatame no gi (歯固めの儀 sejenis upacara oleh maharaja) telah bermula. Dalam upacara ini, maharaja makan makanan yang keras seperti mochi dan lobak untuk menguatkan gigi.[11] Selepas itu, cara menjalankan upacara ini berubah mengikut zaman, tetapi mochi terus dianggap sebagai makanan yang penting. Untuk melembutkan mochi yang keras, orang pada zaman dahulu merebus mochi supaya menjadi lembut. Amalan tersebut berubah menjadi cara memasak zoni sekarang, iaitu mochi dalam sup bersama bahan-bahan lain.[12] Pada zaman sekarang, mochi tidak mempunyai makna suci yang kuat. Walau bagaimanapun, masih ramai orang makan zoni dengan harapan mendapat kesihatan dan kebahagiaan pada tahun yang baharu.

  1. ^ 農林水産省『aff』2011年1月号(Nourin suisansyo “aff”2011nen 1gatu gou) https://warp.da.ndl.go.jp/info:ndljp/pid/11664489/www.maff.go.jp/j/pr/aff/1101/spe2_01.html
  2. ^ アルファあなぶきSTYLE お雑煮についてのアンケート結果(Arufa anabuki style Ozouni ni tuite no anketo kekka) Keputusan soal selidik tentang ozouni oleh alpha Anabuki https://www.anabuki-style.com/contents/enquete/result/28/
  3. ^ 公益財団法人 味の素食の文化センター 大食軒酩酊の食文化 (Koueki zaidan houjin Ajinomoto syoku no bunka senta Taisyokuken Meitei no syoku bunka) https://www.syokubunka.or.jp/column/taisyoku/post028.html
  4. ^ 農林水産省『aff』2011年1月号(Nourin suisansyo “aff”2011nen 1gatu gou) https://warp.da.ndl.go.jp/info:ndljp/pid/11664489/www.maff.go.jp/j/pr/aff/1101/spe2_01.html
  5. ^ 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「雑煮 京都府」(Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Kyoto fu”) https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/shiromisonozoni_kyoto.html
  6. ^ 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「雑煮 愛知県」((Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Aichi ken”)https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/zoni_aichi.html
  7. ^ 農林水産省『aff』2011年1月号(Nourin suisansyo “aff”2011nen 1gatu gou) https://warp.da.ndl.go.jp/info:ndljp/pid/11664489/www.maff.go.jp/j/pr/aff/1101/spe2_01.html
  8. ^ 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「雑煮 広島県」(Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Hiroshima ken”) https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/42_27_hiroshima.html
  9. ^ 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「小豆雑煮 島根県」(Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Shimane ken”) https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/azukizouni_shimane.html 農林水産省HP うちの郷土料理 次世代に伝えたい大切な味 「小豆雑煮 鳥取県」(Nourin Suisansyo HP Uchino Kyodo ryori Jisedai ni tutaetai taisetu na aji “Zouni Tottori ken”) https://www.maff.go.jp/j/keikaku/syokubunka/k_ryouri/search_menu/menu/azuki_zouni_tottori.html
  10. ^ (Nourin Suisansyo HP Komeno Shouhi doukou ni kansuru chousa no kekka gaiyou) Keputusan penyelidikan tentang penggunaan nasi https://www.maff.go.jp/j/council/seisaku/syokuryo/200331/attach/pdf/index-14.pdf
  11. ^ コトバンク 「歯固め」Kotobanku “Hagatame” https://kotobank.jp/word/歯固め-113495
  12. ^ Discover Japan 名家のお雑煮。松本栄文さんの地域の文化を味わう「お雑煮図鑑」(Meike no Ozouni. Matumoto Sadafumi san no chiiki no bunka wo ajiwau “Ozouni zukan”) https://discoverjapan-web.com/article/44168