Resepi Bengkang Roti
Resepi Bengkang Roti
Resepi Bengkang Roti
y y y y y y y y
7-8 keping roti gardenia 3/4 tin susu cair 3 sudu besar susu pekat 2 biji telur gred 'B' 2 sudu teh esen butter vanila 1 sudu besar butter Sedikit butter utk disapu pada permukaan bengkang yang dah masak nanti. 2 sudu besar tepung gandum
Cara-cara
1. Rendam roti dalm susu cair utk lebih kurang 10 minit. 2. Masukkan roti yang telah direndam dengan semua bahan lain(kecuali bhn terakhir)ke dalam blender. 3. Blend semua bhn tadi hingga hancur dan sebati. 4. Sapu sedikit butter ke dalam loyang dan tuangkan bancuhan tadi. 5. Bakar dengan suhu 200 darjah celcius selama 1 jam.
ROTI KUKUS
Bahan-bahan 4 keping roti dipotong kecil-kecil 1 tin susu cair (375 mL) 2 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 2 sudu besar butter Sedikit kismis Cara-cara 1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata. 2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang. 3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis. 4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. 5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
KARIPAP
Bahan-bahan ( 50 biji )
y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y
Bahan Inti : 500 g kentang - dipotong dadu 300 gm bawang besar - dipotong dadu 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil Tumbuk Lumat : biji bawang besar 2 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih inci halia sd besar jintan manis 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari 2 sudu besar minyak batang besar kulit kayu manis 2 sd teh gula / secukup rasa 1 sd teh garam / secukup rasa 350 ml air Doh Karipap : 500 g tepung gandum - diayak sd besar garam 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin. 1 biji telur cawan ais. letak je cube ice dlm cwn yg standard saiz d rumah. 250 ml air Minyak untuk menggoreng & Secukup tepung untuk mencanai
Cara-cara
1. Inti : 2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal. 3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang. 4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan. 5. Doh : 6. Masukkan tepung dalam mangkuk.
7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi. 8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit demi sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. keperluan air mgkt jenis tepung. Rehatkan 1 jam. 9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan 25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder . 10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng. 11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis. 12. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan. 13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.