Refleksi BIG Sem 6

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AHMAD FAISOL B.

HAZMA PUTARA PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011

REFLEKSI Program Bina Insan Guru bagi semester pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan kali ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan sesi ceramah dan bengkel manakala bahagian kedua pula ialah sesi bersama dengan guru cemerlang. Sesi ceramah dan bengkel bagi Program Bina Insan Guru ini telah diadakan di Dewan Kenanga IPG Kampus Rajang. Sesi ceramah dan bengkel ini adalah berdasarkan kepada pro forma di mana tempoh masa bagi sesi ceramah perlu dijalankan selam dua jam dan sejam lagi diperuntukkan untuk bengkel. Sesi ceramah ini dibahagikan kepada dua sesi. Seramai 83 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan semester enam daripada empat buah kelas telah terlibat bagi menjayakan program ini. Bagi sesi kedua pula ialah sesi bersama guru cemerlang yang dilaksanakan di SJKC Kwang Chien. Lawatan penanda arasan ini adalah bertujuan untuk menemubual serta mendapatkan maklumat daripada guru cemerlang yang bertugas di sekolah tersebut mengenai jalan dan bidang tugas yang dilakukan oleh seorang guru bagi membolehkan guru tersebut mendapat pengiktirafan sebagai guru cemerlang. Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar (akademik ataupun kokurikulum) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut.

AHMAD FAISOL B. HAZMA PUTARA PISMP PJ AMBILAN JANUARI 2011

Antara kekuatan yang saya dapati pada Program Bina Insan Guru kali ini, pertama adalah dari aspek kandungannya. Ini bermaksud melalui ceramah dan sesi bengkel yang dijalankan, kandungannya menambahkan pengetahuan tentang Jabatan Pendidikan Negeri serta memberikan panduan kepada saya cara menjadi seorang guru yang cemerlang. Kedua, dari aspek penglibatan oleh pelajar yang memuaskan. Kehadiran para pelajar adalah secara menyeluruh dimana perancangan bagi program hari ini berjalan dengan lancar. Selain itu, sikap profesionalisma guru-guru pelatih dipupuk melalui aspek pemakaian formal apabila setiap guru pelatih diwajibkan memakai baju batik IPG. Malang sekali, masih terdapat kelemahan pada Program Bina Insan Guru kali ini. Perkara tersebut ialah berkenaan ruang aktiviti yang kurang kondusif. Semasa sesi ceramah sedang berlangsung, suasana menjadi sedikit terganggu dengan rungutan dan keadaan pelajar yang tidak senang duduk kerana ruang yang kurang mencukupi untuk menampung semua guru pelatih. Susun atur peserta yang tidak teratur juga menyebabkan ruang tidak seimbang untuk semua yang terlibat. Syukur masalah ini tidak berlarutan kerana tindakan pantas daripada pihak Jawatankuasa Program Bina Insan Guru Semester enam yang menetapkan kedudukan peserta mengikut kelas dan tempat yang telah ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan dengan menetapkan lebih awal kedudukan peserta agar lebih teratur dan selesa. Cadangan kedua ialah perlunya jawatankuasa persiapan tempat bagi memeriksa lokasi program yang akan dijalankan beberapa hari lebih awal supaya tidak timbul sebarang masalah dan jika terdapat masalah, cara mengatasinya dapat difikirkan dengan lebih awal. Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan faedah kepada kami para pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan berfungsi sebagai panduan atau bekalan bagi menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru di alam pendidikan yang sentiasa mencabar jiwa dan raga.

You might also like