Laporan Stesen 1

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Laporan Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)

Stesen 1: Ujian tekan tubi (lelaki dan perempuan)

Tarikh : 25 Februari 2015


Tempat : Sekolah Kebangsaan Panji
Masa

: 8.00 pagi

Oleh

: Aiza Binti Mohamed Zahari (Ketua)


Hajar Binti Mohamad Zudin

Tujuan ujian tekan tubi adalah untuk menilai keupayaan daya tahan dan dan kekuatan otot
tangan serta otot bahu. Ianya diuji pada murid tahap 2 iaitu tahun 4 hingga tahun 6 sahaja.
Terdapat beberapa prosedur dalam menjalankan ujian tekan tubi bagi murid lelaki dan
perempuan. Bagi penggunaan alatan hanya memerlukan metronome dan span sahaja.
Prosedur bagi menjalankan tekan tubi murid lelaki dan permpuan
Bagi murid lelaki, mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan
disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. Manakala bagi
murid perempuan pula, mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan
disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan
diluruskan.
Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik
seminit.
Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span.
Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.
Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.
Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya.
Ujian akan tamat sekiranya murid tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome
atau murid tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan
berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.
Sebelum ujian tekan tubi

Kami satu kumpulan ditugaskan untuk membuat ujian tekan tubi bagi murid tahun 4.
Penyediaan peralatan untuk menjalankan ujian tekan tubi disediakan terlebih dahulu

seperti span, fom dan alat metronome.


Persiapan tempat yang sesuai untuk melakukan ujian tekan tubi untuk murid-murid

tahun 4.
Senarai nama diambil daripada pihak sekolah supaya kami senang untuk mencatat
markah yang diperolehi.

Semasa ujian tekan tubi


Kami menjukkan cara-cara perlaksanaan ujian tekan tubi kepada murid tahun 4 supaya
mereka tidak melakukan kesilapan
Kami membetulkan kesilapan yang dibuat oleh murid semasa ujian tekan tubi
dijalankan.
Kami mengambil markah murid berdasarkan jadual markah yang telah ditetapkan dalam
panduan SEGAK.
Ujian tersebut dijalankan mengikut rentak metronome yang telah ditetapkan iaitu 44
detik.
Selepas ujian tekan tubi
Kami membuat post mortem setelah selesai ujian tekan tubi.
Kami mendapati tidak terlalu ramai murid semasa melakukan ujian tersebut kerana kami
kekurangan guru pelatih untuk menilai murid.

Daripada hasil laporan yang dibuat, kami berdua mendapati pihak sekolah memberikan
kerjasama yang baik dengan kami guru pelatih untuk menjalankan ujian SEGAK di sekolah
mereka. Dalam menjalankan ujian SEGAK ini, murid-murid tahun 4 di Sekolah Kebangsaan
Panji memberikan kerjasama dan mendengar arahan kami berdua semasa ujian dilakukan.
Kami menyusun murid-murid mengikut kelas dan senarai nama yang telah diberikan oleh pihak
sekolah. Ini dapat memudahkan kami berdua untuk menilai dan membuat ujian tekan tubi ini.
Kami juga membawa peralatan yang mencukupi dan dalam keadaan yang baik supaya ujian ini
berjalan dengan lancar. Dari segi kelemahan yang boleh kami berdua katakan disini adalah
kekuatan kami guru pelatih yang tidak mencukupi dengan jumlah murid yang hamper mencecah
seratus orang bagi 4 buah kelas. Selain itu keadaan cuaca yang tidak begitu baik tutur
menganggu perjalanan ujian di stesen kami. Murid-murid mula mencari tempat untuk berteduh
ujian tersebut dijlankan. Tambahan pula dengan tempat yang disediakan untuk melaksanakan

ujian tekan tubi ini agak tidak strategik di mana sepatutnya ujian ini dilakukan dibawah
bangunan bukan ditengah padang. Untuk penambahbaikkan pula, kami berdua ingin
menyarankan supaya guru pendidikan jasmani sekolah tersebut turut turun padang bersama
kami bagi melihat sendiri cara yang betul dalam mengendalikan ujian tekan tubi ini. Contohnya
perlu menggunakan alat metronome tersebut supaya pengiraan dapat dibuat dengan lebih
tepat. Penggunaan metronome juga memberi input kepada semua guru pendidikan jasmani
untuk mengendalikan ujian SEGAK. Kami berharap pengendalian tempat yang strategik untuk
menjalankan ujian SEGAK ini perlu diambil kira dari segi faktor cuaca dimana murid tidak
terdedah dengan sinaran matahari yang terlalu panas dan boleh mengakibatkan kesihatan
murid terjejas. Bagi keselamatan murid pula, tingkah laku murid perlu dikawal kerana jika tiada
pengawasan guru mungkin murid-murid akan bermain dan melakukan tingkah laku yang negatif
seperti bergaduh dan lain-lain lagi. Dan akhir sekali, kami mendapati murid-murid tahun 4
masih memerlukan tunjuk ajar daripada guru pendidikan jasmani mereka untuk membuat ujian
tekan tubi yang betul.

You might also like