Mahkamah Syariah Di Malaysia

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Mahkamah Syariah di Malaysia Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya. Isi kandungan [sorok] 1 Sejarah 2 Tujuan & Peranan 3 Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah 4 Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah o 4.1 Mahkamah Rendah Syariah o 4.2 Mahkamah Tinggi Syariah o 4.3 Mahkamah Rayuan Syariah 5 Bidang Kuasa o 5.1 Perlembagaan Malaysia 1965 o 5.2 Perlembagaan Malaysia 1984 6 Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia 7 Prestasi Mahkamah Syariah 8 Rujukan

[sunting] Sejarah Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Pada tahun 1952, negeri Selangor Dahrul Ehsan yang mula-mula sekali mewujudkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak, kemudia diikuti oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat. Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di Pertuan Agung. Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undangundang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah. [sunting] Tujuan & Peranan Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan asSunnah.

Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga. Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama. Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya. Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

[sunting] Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi(dahulunya sebelum pemisahan antara dua agensi ini berlaku) telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil. Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Pada masa kini semua Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam.Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat,Jabatan Mufti,Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam. [sunting] Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah [sunting] Mahkamah Rendah Syariah Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah bicarakan kes-kes di peringkat daerah.

[sunting] Mahkamah Tinggi Syariah Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid Menguruskan kes-kes rayuan Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)

[sunting] Mahkamah Rayuan Syariah Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah Mengurangkan hukuman Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.

[sunting] Bidang Kuasa Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri. [sunting] Perlembagaan Malaysia 1965 Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut: 1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja 2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau 3. 6 bulan penjara atau 4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara) [sunting] Perlembagaan Malaysia 1984 Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut: 1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja 2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau 3. 3 tahun penjara atau 4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau 5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan) [sunting] Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri-negeri berikut: Bil. 1 Negeri Johor Nama Akta / Enakmen Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor 5/1990 Rujukan

Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor

7/1983

3 4 5

3/2005 13/1991 4/1992

Pulau Pinang

2/1985

Selangor

4/1984

Terengganu

Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam 12/1985 Johor Enakmen Keluarga Islam Kedah Enakmen Keluarga Islam Kelantan Enakmen Keluarga Islam Melaka Enakmen Keluarga Islam Sabah Ordinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1/1984 1/1983 8/1983 15/1992 5/1991 (A303) 1983 pindaan / (A828)

Kedah

10 Kelantan 11 Melaka 12 Sabah 1 Sarawak

W. Persekutuan

[sunting] Prestasi Mahkamah Syariah Menurut Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebanyak 90 peratus kes-kes melibatkan Mahkamah Syariah berjaya diselesaikan dalam tempoh 12 bulan, sekali gus melenyapkan tuduhan pihak tertentu terhadap institusi itu yang dikatakan lewat menyelesaikan sesuatu kes dan kerap tertangguh. [sunting] Rujukan "90 peratus kes Mahkamah Syariah selesai", Utusan Malaysia. 8 April 2008. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah_Syariah_di_Malaysia" Kategori: Islam | Malaysia | Mahkamah

Pandangan Rencana Perbincangan Sunting Sejarah

Alatan peribadi Cuba Beta Log masuk / buka akaun

Pandu arah Laman Utama Tinjau Hal semasa Rencana rawak

Perhubungan Gelintar
Khas:Gelintar

Tentang Wikipedia Portal masyarakat Perubahan terkini Hubungi kami Menderma Bantuan Kedai Kopi

Pergi

Cari

Alatan Pautan ke laman ini Perubahan berkaitan Laman khas Versi boleh cetak Pautan kekal Petik rencana ini

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 08:26, 3 Oktober 2009. Teks boleh didapati di bawah Creative Commons Attribution/Share-Alike License; syarat tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma Penggunaan untuk perincian. Dasar privasi Perihal Wikipedia

Penafian

KELEMAHAN MAHKAMAH SYARIAH DAN JALAN PENYELESAIANNYA : Pertama : Mahkamah Syariah Hanya Boleh Membicarakan Kesalahan Yang Melibatkan Orang-Orang Islam Sahaja Meskipun negeri mempunyai bidang kuasa membuat perundangan mengenai hukum syarak akan tetapi ianya hanya setakat yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan akta yang telah membataskan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam perkara Jenayah Syariah. Sehubungan itu, undang-undang yang diperbuat hanya boleh dilaksanakan ke atas orang-orang Islam sahaja. Ini kerana kuasa undang-undang Jenayah ini telah diperuntukkan dalam Jadual Ke Sembilan, Senarai Perundangan, Senarai 2-Senarai Negeri yang memperuntukkan : .mengadakan dan menghukum kesalahan-keslahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:7 & 96) Ini merupakan satu kelemahan yang terdapat dalam Mahkamah Syariah terutama dalam kes yang melibatkan penentuan agama bagi seseorang yang telah mati. Keadaan ini telah berlaku seperti dalam kes Dalip Kaur vs Pegawai Polis Daerah Bukit Mertajam@Anor yang mana orang yang agamanya hendak ditentukan telah mati. Permasalahan yang timbul ialah pemohon dalam kes ini iaitu ibunya bukan beragama Islam sedangkan persoalan murtad berada di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Dia tidak boleh memfailkan permohonannya di Mahkamah Syariah kerana dia bukan beragama Islam. Sehubungan itu peguambela dan Penasihat Undang-Undang Negeri telah menerima fakta bahawa Mahkamah Sivil mempunyai bidangkuasa untuk mendengarnya. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:25) Walaubagaimanapun dalam persoalan ini, masalah bidangkuasa tidak dibincangkan langsung. Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah ini Mahkamah Sivil telah membuat keputusan fakta dan mengemukakan persoalan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri berkenaan untuk dijawab. Selepas mendapat jawapan, Mahkamah Sivil menggunapakai keputusan tersebut bagi membuat keputusan. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:26) Sehubungan itu permasalahan seperti ini telahpun ada jalan penyelesaiannya. Kedua : Bidangkuasa Yang Sangat Terhad Walaupun negeri-negeri diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Syariah dan mengadakan undangundang yang boleh menghukum mana-mana orang yang melakukan kesalahan sebagaimana yang diperuntukkan, namun kuasa yang dibenarkan ini adalah amat terhad kerana dibatasi oleh Perlembagaan dan Akta-Akta tertentu. Oleh itu Mahkamah Syariah hanya diberikuasa untuk menjatuhkan hukuman denda yang tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau sebatan tidak melebihi 6 kali atau kombinasi daripada mana-mana hukuman tersebut (Zulkifli Hasan et.al. 2007:3) Akibat daripada keterbatasan bidangkuasa Mahkamah Syariah ini, beberapa kes jenayah yang sepatutnya melibatkan undang-undang hudud dan qisas seperti zina, minum arak dan sebagainya, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan Sunnah (Zaini Nasohah. 2004:83-84)

Fenomena ini berpunca daripada undang-undang Jenayah yang pada umumnya berlandaskan Kanun Keseksaan dan Kanun Acara Jenayah yang berlandaskan prinsip Undang-Undang Inggeris dan telah sebati dengan perundangan Malaysia. Oleh yang demikian perkara-perkara yang melibatkan undangundang Jenayah, peraturan-peraturan keterangan dan prosedur, perjanjian kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya telah menurut prinsip Undang-Undang Inggeris dan telah menggantikan pelaksanaan undang-undang adat Melayu dan Undang-Undang Islam. Kesannya ialah, pelaksanaan undang-undang Islam hanya dilaksanakan dalam perkara tertentu seperti kekeluargaan, faraid serta beberapa aspek tertentu dalam kesalahan jenayah menurut Islam seperti minum arak, zina dan sebagainya (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:93 & 96) Ketiga : Ketidak Seragaman Undang-Undang Antara Negeri Salah satu masalah yang sedia dihadapi oleh Mahkamah-Mahkamah Syariah sekarang ini seperti yang diperkatakan oleh YAA Datuk Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ialah ketiadaan penyeragaman undang-undang. Sebagaimana yang sedia dimaklumi bahawa undang-undang yang digunapakai adalah berbeza-beza antara negeri kerana setiap negeri mempunyai bidangkuasanya yang tersendiri. Perbezaan ini menyebabkan banyak masalah yang berlaku seperti pengeluaran perintah yang pelbagai dari beberapa negeri sedangkan ianya datang dari pihak-pihak yang sama. Penguatkuasaan perintah, saman dan waran tangkap juga tidak dapat dilaksanakan apabila timbulnya permasalahan dari segi ketidakseragaman undang-undang tersebut terutama yang melibatkan perintah bersaling (reciprocal). Selain itu, permasalahan ini timbul akibat daripada setiap negeri mempunyai badan pembuat undang-undangnya sendiri iaitu Dewan Undangan Negeri masing-masing (Zulkifli Hasan et.al. 2007:6) Walaubagaimanapun, permasalahn ini sedikit sebanyak telah dapat diselesaikan apabila Majlis Hal Ehwal Kebangsaan Agama Islam (MKI) yang diurusetiakan oleh JAKIM telah menyediakan lima undangundang yang seragam yang telah diluluskan oleh Majlis Raja-Raja pada 22 Mac 2001. Undang-undang tersebut ialah Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Acara Jenayah, UndangUndang Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah dan Undang-Undang Keluarga Islam. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:6) Walaupun begitu permasalahan ini masih lagi berlarutan apabila adanya negeri yang masih belum menerima pakai dan mewartakan undang-undang tersebut antaranya Pahang yang hanya meluluskan dua undang-undang sahaja, Kedah masih belum meluluskannya langsung, Wilayah Persekutuan telah meluluskan tiga undang-undang, Perlis telah meluluskan dua undang-undang manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing meluluskan empat undang-undang tersebut. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:7) Selain itu, permasalahan ketidakseragaman undang-undang dibimbangi akan menghasilkan keputusan yang tidak selaras terutamanya dalam kes di Mahkamah Rayuan Syariah. Sehubungan itu, JKSM telah melakukan perbincangan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-Negeri bagi tujuan melantik Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan JKSM sebagai panel tetap Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri. Ia bertujuan untuk mewujudkan satu panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang sama dalam mengendalikan kes rayuan di seluruh Negara. Selain itu ia juga dapat mewujudkan keputusan yang selaras yang akan dapat dijadikan sebagai panduan kepada mahkamah bawahan yang lain. (Zulkifli Hasan et.al. 2007:9-10) Keempat : Kelewatan Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Syarie Sebagai contoh, perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah sering mengalami masalah kelewatan perlantikan terutama sekali apabila berlaku pertukaran Hakim atau perlantikan Hakim yang baru. Kelewatan ini banyak menyebabkan kes tertangguh pendengarannya. Ia seringkali menimbulkan rungutan dan kritikan masyarakat. Permaslahan ini timbul kerana perlantikan hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi dilantik dan ditauliahkan oleh Sultan/Raja/Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Ketua Hakim Syarie.

Oleh itu bagi menyelesaikan kemelut sebegini berterusan, adalah sesuai sekiranya satu peruntukan diwujudkan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam/Mahkamah Syariah bagi membolehkan Raja/Sultan memberikan kuasa istikhlaf kepada Ketua Hakim Syarie bagi pihak Raja/Sultan untuk memberi tauliah kepada Hakim-Hakmi Mahkamah Rendah Syariah. Dengan kuasa seperti ini, sebaik sahaja seorang Hakim Mahkamah Rendah ditugaskan di sesebuah negeri, pada hari itu juga dia boleh ditauliahkan dan terus boleh menjalankan tugas kehakimannya (Zulkifli Hasan et.al. 2007:12) Begitu juga dengan permasalahan perlantikan peguam syarie, yang mana perlantikan mereka adalah tidak selaras antara negeri-negeri. Mana-mana peguam yang hendak beramal di 14 buah negeri di Malaysia perlu memohon secara berasingan di setiap negeri tersebut. Walaubagaimanapun, permasalahan ini sedikit sebanyak telah diselesaikan dengan pembaharuan dalam subseksyen 4 yang telah memberi sedikit ruang kepada peguam syarie yang telah diterima beramal di sesebuah negeri, boleh terus diterima beramal di negeri yang lain setelah permohonan dikemukakan kepada Majlis dengan menyertakan keterangan yang dia telah diterima masuk sebagai peguam syarie di negeri itu. Walaupun begitu peruntukan ini masih belum dilaksanakan di kebanyakan negeri dengan alasan kaedah-kaedah peguam Syarie masih belum dipinda atau masih belum wujud lagi (Zulkifli Hasan et.al. 2007:14) Kelima : Terlalu Banyak Kes Yang Tertangguh Dan Tertunggak Satu lagi isu yang sering kedengaran di dada akhbar ialah banyak kes di Mahkamah Syariah yang lambat diselesaikan atau memakan masa yang lama untuk diselesaikan. Perkara ini telah dijelaskan oleh YAA Dato Aria Diraja Dato Haji Daud bin Muhammad, Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan bahawa permasalahan itu bukanlah berpunca daripada Mahkamah Syariah akan tetapi berpunca daripada pihakpihak yang terlibat atau peguam masing-masing. Ini kerana apabila kedua-dua pihak tidak dapat memberikan persetujuan sudah tentu kesnya akan tertangguh. Dengan itu Mahkamah Syariah telah melaksanakan kaedah Sulh bagi meyelesaikan permasalahan ini. Satu berita baik bagi permasalahan ini ialah apabila peruntukan Sulh telah dimasukkan di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah seperti Negeri Kelantan tahun 2002 dan Negeri Selangor tahun 2001 (Zulkifli Hasan et.al. 2007:45-47) Keenam : Tidak Dapat Memutuskan Isu Yang Berkaitan Dengan Kewangan Islam Dalam perkara bank, perbankan, insuran dan sebagainya, Mahkamah Sivil dalam amalannya akan mentadbirkan undang-undang menggunakan prinsip Undang-Undang Inggeris, dan tidak terkecuali dalam menyelesaikan kes-kes dari Perbankan Islam dan Takaful. Ini kerana pada masa yang lalu, Mahkamah Sivil bebas dan tidak terikat dengan prinsip-prinsip Syariah. Ini kerana dokumen yang diperbuat mengambil kira kedudukan undang-undang yang sedia ada seperti Contract Act 1950. Oleh sebab Mahkamah Sivil mempunyai bidang kuasa dalam pertikaian yang timbul mengenai perbankan Islam dan tiada undang-undang muamalah bertulis mengenainya, ini akan menimbulkan kerumitan kepada Mahkamah dalam memberikan keputusan yang tepat sepertimana yang dikehendaki oleh hukum syarak. Pergantungan kepada pandangan fiqh yang pelbagai akan menimbulkan ketidakpastian mazhab yang hendak dipakai. Permasalahan akan menjadi bertambah rumit apabila tiada hakim di Mahkamah Sivil yang mampu menangani masalah tersebut (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:17) Sehubungan itu, bagi menyelesaikan kemelut yang timbul dalam permasalahan seperti itu, maka Akta Bank Negara 1958 telah dipinda dengan memperuntukkan bahawa persoalan Hukum Syarak yang berkaitan dengan kewangan Islam yang timbul di mahkamah Sivil hendaklah dirujuk kepada Lembaga Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia. Ini juga bagi memastikan keseragaman keputusan mengenai permasalahan yang serupa (Zulkifli Hasan et.al. 2007:26) Ketujuh : Mahkamah Syariah Adalah Mahkamah Yang Rendah Tarafnya Prof Ahmad Mohamed Ibrahim telah menjelaskan berhubung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah,

akta yang pertama mengenainya telah dibuat pada tahun 1965 iaitu hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Lebih kurang dua puluh tahun kemudian iatu pada tahun 1984, Mahkamah Syariah diberi kuasa yang lebih tinggi dalam perkara jenayah iaitu menjatuhkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga lima ribu ringgit atau sebat tidak melebihi enam pukulan atau gabungan hukuman tersebut. Selepas itu undang-undang ini tidak dikaji lagi. Maka telah sampai masanya Mahkamah Syariah diberi kuasa yang lebih dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah jenayah syariah. Ada beberapa kesalahan yang diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah sekarang apabila disabitkan di Mahkamah Syariah hukumannya adalah lebih ringan berbanding kesalahan yang sama apabila dihadapkan ke Mahkamah Sivil. Keadaan ini sudah pasti menyebabkan kedudukan Mahkamah Syariah dipandang rendah oleh masyarakat (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:19)

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MAHKAMAH SYARIAH: Terdapat banyak cadangan yang boleh dikemukakan bagi menambahbaik kedudukan dan fungsi Mahkamah Syariah di Malaysia antaranya : Pertama : Pemusatan Kuasa Pentadbiran Kehakiman Islam Wan Abdul Fattah Wan Ismail, Universiti Sains Islam Malaysia telah menjelaskan antara langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan taraf Mahkamah Syariah ialah dengan memusatkan kuasa Pentadbiran Kehakiman Islam dibawah satu badan khas. Dengan itu, Mahkamah Syariah negeri-negeri perlu bergabung antara satu sama lain dan dikawal oleh badan tersebut. Antara sebab terkebelakangnya Mahkamah Syariah ialah kerana ia masih berada di bawah bidang kuasa negeri yang menyebabkan ianya dipandang sebagai sebuah institusi kecil dan kuasanya hanya boleh dilaksanakan di negeri terbabit sahaja. Sehubungan itu, bagi merealisasikan tujuan tersebut, Ketua Hakim Syarie dan Mufti perlu memainkan peranan dalam menjelaskan tujuan penggabungan tesebut, matlamatnya, kesannya dalam jangka panjang dan sebagainya kepada Sultan/Raja negeri terbabit (Irwan Mohd Subri et.al.2005:28-30) Kedua : Peranan Kerajaan Pihak Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan Mahkamah Syariah tidak ketinggalan berbanding dengan Mahkamah Sivil. Antara keperihatinan Kerajaan dalam menaiktaraf Mahkamah Syariah ialah dengan membuat satu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu dalam perkara 121 (1A) (Irwan Mohd Subri et.al.2005:28-30)sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Walaubagaimanapun pindaan 121 (1A) adalah merupakan satu langkah yang sangat penting tetapi ianya perlu dijadikan titik permulaan dan bukannya sebagai kesudahan. Oleh itu banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh Kerajaan dalam menaik taraf undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah di Malaysia antaranya (Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997:42) : - Memperbaiki dan meninggikan taraf pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah - Melihat kepada undang-undang bertulis di peringkat Persekutuan dan Negeri dan mengubah manamana peruntukan yang bertentangan dengan undang-undang Islam. - Mengadakan cara dan undang-undang untuk mengembalikan undang-undang Islam sebagai undangundang asas di Malaysia. Walaubagaimanapun dengan tidak menafikan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan, kita perlu mengingati bahawa undang-undang yang lengkap sahaja tidak memadai sekiranya ia tidak disertakan dengan keupayaan agensi terbabit untuk mentadbirnya dengan sebaik mungkin.

Ketiga : Mewujudkan Institusi Kajian Yang Berautoriti Memandangkan undang-undang Islam ini telah lama terhenti perkembangannya dalam aspek pelaksanaannya, maka kajian yang menyeluruh diperlukan untuk menjadikan undang-undang Islam itu relevan dan dapat dilaksanakan dalam masyarakat masa kini. Kajian ini bertujuan untuk mengambil asasasas perundangan Islam yang sesuai dilaksanakan di sesebuah Negara kerana terdapatnya perbezaan pandangan Ulama dalam isu-isu tertentu. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti samada undang-undang yang diamalkan sekarang bercanggah dengan Islam atau pun tidak. Maka dengan kajian ini akan jelas kepada kita antara undang-undang yang tidak bercanggah dengan Islam yang perlu dikekalkan dan undang-undang yang bercanggah dengan Islam yang perlu dihapuskan. Badan kajian seumpama ini sebenarnya telah pun wujud di beberapa Negara yang berusaha melaksanakan syariah seperti Pakistan dengan Islamic Ideology Council dan Sudan dengan Majma alFiqhnya (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:79-80) Keempat : Membina Kesedaran Masyarakat Tentang Kepentingan Undang-Undang Islam Masyarakat kita telah leka dengan undang-undang penjajah yang telah lama diamalkan di Negara kita. Sehubungan itu, masyarakat perlu diberikan kesedaran semula tentang pentingnya pelaksanaan undangundang Islam dalam kehidupan dan Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini maka usaha penyedaran perlu dilakukan samada secara rasmi atau tidak rasmi. Melalui pendekatan rasmi, undang-undang Islam perlu dimasukkan dalam kurikulum pendidikan bagi memahamkan para pelajar tentang undang-undang Islam secara tepat dan kepentingannya dalam kehidupan. Selain itu, melalui pendekatan tidak rasmi, kita perlu menggunakan media cetak, media elektronik dan sebagainya bagi memberikan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang undang-undang Islam dengan tepat (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:80-81) Langkah pelaksanaan undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan dengan tergesa-gesa, tetapi orang Islam perlu memainkan peranannya dalam mempelajari dan meyakini bahawa undang-undang Islam itu adalah yang terbaik dan adil bagi semua bangsa, kaum dan ketika (Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997:10) Kelima : Menggubal Undang-Undang Islam Dalam Bentuk Akta Dan Statut Khazanah perundangan Islam amat banyak terutama dalam kitab-kitab Fiqh yang pelbagai mazhab. Bagi tujuan pelaksanaan ianya akan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan sesuatu kes dengan merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang beerjilid-jilid tebalnya itu.Oleh itu adalah lebih praktikal sekiranya undang-undang Islam itu dikanunkan bagi memudahkan pengamal undang-undang merujuk kepadanya. Antara kebaikan usaha kodifikasi undang-undang ini ialah (Siti Shamsiah Md Supi. 2005:81-84): - Usaha untuk meringkaskan pandangan ulama dalam satu mazhab atau yang berlainan mazhab. - Memudahkan para hakim untuk melaksanakan sesuatu undang-undang kerana tidak perlu lagi merujuk kepada kitab-kitab fiqh yang tebal dan sebagainya. - Mengurangkan percanggahan pendapat dan keputusan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Syariah. Keenam : Meminda Perlembagaan Persekutuan Dijelaskan oleh Prof Ahmad Mohamad Ibrahim bahawa tujuan untuk meninggikan undang-undang Islam khususnya bidangkuasa Mahkamah Syariah maka satu perkara dalam Perlembagaan Persekutuan hendaklah diadakan seperti : Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan undang-undang Islam hendaklah terbatal dan dianggap tidak sah setakat mana yang ia bertentangan itu(Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 : 15)

Di England telah banyak perubahan yang dibuat terhadap undang-undang yang menjadikannya lebih dekat kepada undang-undang Islam. Tetapi sayangnya kita di Malaysia hingga hari ini kerapkali mengikut sahaja pembaharuan yang dibuat oleh mereka sedangkan contoh yang terbaik boleh didapati daripada undang-undang Islam (Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 : 11) Ketujuh : Penambahbaikan Skim Perjawatan di Mahkamah Syariah Meskipun Pegawai Mahkamah Syariah adalah pegawai negeri, skim perkhidmatan, syarat perlantikan dan perkhidmatan, gaji dan elaun mereka adalah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan. Jawatan dalam kehakiman dan perundangan negeri adalah amat terhad dan tidak banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan itu. Oleh itu terdapat pegawai yang berkelayakan dalam bidang kehakiman tidak menceburkan diri dalam bidang tersebut akibat daripada masalah yang dijelaskan. Sekiranya perkhidmatan tersebut diadakan diperingkat Persekutuan, skim dan perlantikan serta yang lain-lain lagi akan dapat diseragamkan dan sudah tentu peluang kenaikan pangkat akan menjadi lebih banyak lagi kerana ianya tidak lagi tertutup kepada negeri itu sahaja (Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 : 48) Kelapan : Latihan yang Profesional Sememangnya Mahkamah Syariah diletakkan di tempat yang rendah terutama sekali apabila dilihat dalam aspek bangunan, jumlah kakitangan dan sebagainya. Hakim-Hakim Mahkamah Syariah tidak diberikan kelayakan professional yang menyebabkan ramai graduan yang berkelulusan dalam bidang tersebut tidak berminat menjadi hakim di Mahkamah Syariah. Selain itu undang-undang acara dan keterangan yang dikenakan di Mahkamah Syariah tidak jelas. Enakmen negeri memperuntukkan kegunaan undang-undang sivil mengenai acara mal dan jenayah serta keterangan akan tetapi undangundang itu sukar difahami kerana ianya dalam Bahasa Inggeris (Ahmad Mohamad Ibrahim 1997 :148) Oleh itu satu latihan yang berbentuk professional perlu diadakan bagi mempertingkatkan kefahaman para hakim di Mahkamah Syariah. Selain itu beban yang dipikul oleh Mahkamah Syariah adalah amat berat. Hakim Mahkamah Syariahlah yang akan menunjukkan bahawa hukum syarak bukan sahaja yang terbaik dari segi teorinya tetapi juga terbaik dari segi pelaksanaannya. Jika mereka gagal dalam menghakimi kes, bukan mereka sahaja yang akan dikecam tetapi juga hukum syarak akan turut dikatakan tidak adil. Justeru itu perhatian yang berat perlu diberikan kepada pendidikan dan latihan pegawai kehakiman dan perundangan yang akan terlibat dengan pentadbiran hukum syarak di Mahkamah Syariah. Mereka perlu diberikan latihan ikhtisas sekurang-kurangnya seperti hakim di Mahkamah Sivil ataupun lebih baik dari itu (Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997:59-60)

KESIMPULAN

Daripada penulisan ini, satu kesimpulan yang dapat dijelaskan ialah memang tidak dinafikan bahawa terlalu banyak kelemahan yang terdapat dalam pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah di Malaysia. Walaubagaimanapun sesetangah kelemahan tersebut telah pun diatasi oleh pihak Kerajaan menerusi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Namun perkara tersebut tidak diwar-warkan kepada masyarakat yang menyebabkan masyarakat terus menganggap bahawa Mahkamah Syariah tidak mengambil sebarang inisiatif terhadap kritikan atau teguran masyarakat yang mana pada hakikatnya beberapa kelemahan tersebut telah pun di atasi. Permasalahan ini adalah disebabkan media massa atau media cetak yang tidak mengambil perhatian dalam mengenengahkan isu yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Selain itu, perkara yang dapat diketengahkan hasil dari penulisan ini ialah bagi memartabatkan

kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia khususnya, pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia dalam beberapa perkara perlu dilakukan (Abdul Monir Yaacob. 1999:25) Kefahaman masyarakat tentang kepentingan pelaksanaan undang-undang Islam yang menyeluruh perlu diperkasakan lagi bagi tujuan mempertingkatkan bidangkuasa Mahkamah Syariah.

BIBLIOGRAFI Dato Dr. Abdul Monir Yaacob. 1999. Kesalahan Murtad:Perspektif Syarak Dan Perundangan. Cetakan Pertama. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Prof. Tan Sri Ahmad Mohamed Ibrahim. 1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:Institut Kefahaman Islam Malaysia. Irwan Mohd Subri, Azman Abdul Rahman, Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Dr Farida Zouzou. 2005. Diskusi Syariah Dan Undang-Undang Siri 2. Cetakan Pertama. Nilai:Fakulti Syariah Dan Undang-Undang USIM Mahamad Arifin et al. 2007. Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia. Cetakan Pertama. Selangor: Dawama Sdn Bhd. Siti Shamsiah Md Supi. 2005. Asas Dan Kerangka Perundangan Negara Islam-Malaysia. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:Institut Kefahaman Islam Malaysia. Dr. Zaini Nasohah. 2004. Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia Sebelum Dan Menjelang Merdeka. Cetakan Pertama. Kuala Lumpur:Utusan Publications And Distributors Sdn Bhd. Zulkifli Hasan, Abdul Hamid Abdul Murad, Arif Fahmi Md Yusof. 2007. Amalan Guaman Dan Kehakiman Syarie Di Malaysia. Cetakan Pertama. Nilai: Kolej Universiti Islam Malaysia

Trend globalisasi juga telah mencetuskan pelbagai cabaran dalam pelaksanaan pendidikan di Malaysia sebagai tindak balas kepada keterbukaan idea mengenai keperluan pendidikan dalam meningkatkan kualiti hidup. Antara cabaran tersebut adalah dari segi: 1. Keperluan terhadap pembelajaran berterusan. 2. Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat. 3. Pengurusan pendidikan. 4. Pembentukan jati diri pelajar. 5. Kualiti guru.

Cabaran Pertama: Pembelajaran Berterusan Pihak UNESCO dalam membincangkan keperluan perubahan dalam bidang pendidikan dalam era globalisasi ini mencadangkan supaya digerakkan pemikiran ke arah melakukan rombakan dalam cara-cars membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Pendekatan ini mencadangkan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orangorang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan din individu itu sendiri (Hussein Ahmad, 2001). Idea tersebut di alas secara tidak langsung mendorong kepada berkembangnya trend pendidikan secara berterusan terutama dalam kalangan orang dewasa. David (1988) telah menyenaraikan beberapa alasan mengapa trend tersebut wujud: 92 Masalah Pendidikan, 31(1) 1. Memberi peluang orang dewasa yang kekurangan pendidikan di peringkat sekolah tinggi untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan supaya dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat dan pekerjaan. 2. Memperoleh kemahiran pekerjaan peringkat tinggi. 3. Memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi seorang ahli masyarakat yang berfungsi lebih efisien dan dapat menjadi seorang pengguna yang lebih pintar. 4. Membangunkan pemahaman kritikal daripada masalah-masalah yang wujud dalam masyarakat serta berupaya mengambil bahagian secara aktif dalam masyarakat dengan tujuan mencapai keadilan sosial. 5. Membangunkan sikap menggunakan masa lapang dengan kreatif bagi memperoleh pengetahuan yang diperlukan. 6. Membangunkan sikap belajar secara sukarela. 7. Membantu orang dewasa menjadi lebih sedar pada biografi sendiri dalam hubungannya dengan masyarakat secara keseluruhannya. 8. Membantu orang dewasa dalam merancang kedaya dan mencapai matlamat yang bererti. 9. Membolehkan individu membangunkan kelebihan-kelebihan terpendam dan mempertingkatkan konsep kendiri individu tersebut. Di samping itu, Rancangan Jangka Panjang Ketiga bagi tempoh 2001-2010 dan Dasar Wawasan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha untuk membangunkan tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi menerusi dasar Pendidikan Seumur Hidup yang antara lain bertujuan: 1. Menyediakan dan memberi galakan latihan dalam teknologi tinggi dengan memberi penekanan kepada kepelbagaian kemahiran 2. Membangunkan program latihan yang berinovasi bagi memenuhi keperluan pengetahuan dalam industri 3. Mewujudkan program e-Latihan 4. Mewujudkan persekitaran yang mesra kepada pembelajaran di semua agensi dalam perkhidmatan awam 5. Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pendidikan dewasa dan Pendidikan Berterusan 6. Menggubal polisi bagi menggalakkan penggunaan sekolah, kolej komuniti, masjid, dewan orang ramai dan bangunan awam dan persendiran bagi program Pendidikan Berterusan 7. Melancarkan Kempen Kebangsaan mengenai kepentingan pendidikan seumur hidup. Selain itu, akibat tuntutan masyarakat yang agak tinggi terhadap peri pentingnya pendidikan berterusan ini, terdapat kecenderungan orang ramai di Malaysia yang menyambung pelajaran mereka pada peringkat lebih tinggi dan juga untuk

mempelajari pelbagai kemahiran. Penubuhan Universiti Terbuka Malaysia misalnya memberi peluang untuk mereka yang berminat meneruskan pengajian yang mungkin tergendala akibat masalah-masalah tertentu. Pusat Pendidikan Berterusan di Universiti Malaya juga telah menawarkan pelbagai kursus profesional untuk para eksekutif dalam bidang pentadbiran, pemasaran, kemahiran bahasa dan program pendidikan awal kanak-kanak di mana jumlah peserta sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Pertambahan bilangan pelajar yang memohon pads saban tahun merupakan cabaran kepada setiap institusi seumpama itu dari segi pembukaan lebih banyak kampus 93 Masalah Pendidikan, 31(1) cawangan, penambahan bilangan tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahan pembelajaran. Cabaran Kedua: Inovasi Dalam Pelaksanaan Kurikulum Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma bare kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut. Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti: 1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. 2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran. 3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. 4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. Ini seiring dengan pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang proaktif diperlukan supaya sekolah berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai ciri tertentu bagi persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi: 1. Mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat 2. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antara bangsa 3. Menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan

seharian 94 Masalah Pendidikan, 31(1) 4. Bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan bare. 5. Menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya. Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di Malaysia telah melalui satu era transformasi dari segi penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Ini bertujuan untuk memberikan persediaan kepada pelajar bagi menghadapi persekitaran global terutama berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi di mans bahasa Inggeris adalah begitu penting dikuasai bagi mengakses ilmu dan maklumat dalam bidang tersebut. Bahasa antara bangsa yang lain seperti bahasa Arab, Perancis, Jepun, Jerman dan lain-lain turut diperkenalkan juga di sekolah yang bertujuan menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia global dan menjadi global player secara lebih berkesan. Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan iaitu: 1. Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya. 2. Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu. 3. Penatnbahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi "jenis hari". 4. Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan iaitu dari segi: a) kewangan b) motivasi dan dorongan c) pengiktirafan d) penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan e) mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah. 5. Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara proaktif. 95 Masalah Pendidikan, 31(1) 6. Perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran: Guru-guru yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang rendah terhadap sesuatu inovasi akan

kurang memberikan kerjasama berbanding mereka yang lebih berpegetahuan dan berkemahiran. Misalnya guru yang lebih berkemahiran dalam komputer tentu akan bertindak secara proaktif dalam proses pengajaran berbantu komputer berbanding guru yang kurang berkemahiran. 7. Perubahan yang kerap dan mendadak: Sesuatu perubahan kurikulum yang diperkenalkan terlalu kerap dan mendadak akan menimbulkan kejutan kepada guru. Mereka kurang bersedia kerana terpaksa mengetahui, mempelajari dan melaksanakan kemahiran bare. Penggunaan teknologi maklumat dalam era globalisasi juga merupakan cabaran yang memerlukan keprihatinan pihak Kementerian Pelajaran. Perkembangan semasa menuntut kepada penggunaan komputer sebagai media prima dalam memperoleh dan menyebarkan ilmu, kemahiran dan cara-cara menjalankan penilaian. Penggunaan perisian komputer pada masa ini berlaku secara aktif seiring dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran. Pada masa yang sama juga Pembelajaran Berbantu Komputer telah beroperasi secara pantas di sekolah-sekolah dengan penggunaan pelbagai perisian. Antaranya adalah seperti berikut: I. Perisian latih tubi yakni program yang membantu pelajar mencari penyelesaian kepada maslah atau menjawab soalan yang disediakan. Contoh perisisan adalah buku kerja elektronik di mana pelajar menggunakan perisian latih tubi untuk membuat aktiviti pengukuhan dan mengulangkaji pelajaran. Komputer dapat memberi maklum balas kepada jawapan pelajar dan sekaligus dapat menilai pencapaian mereka. 2. Perisian tutorial iaitu program yang berfungsi sebagai tutor dalam menyediakan maklumat dan aktiviti pembelajaran yang perlu dikuasai pelajar. Perisian seperti ini mengajar penggunanya dan kemudian menyoal semula apa yang telah disampaikan. 3. Perisian simulasi: Perisian ini menyamai fenomena sebenar atau imaginasi untuk memperlihatkan bagaimana situasi sebenar berlaku secara realiti. Perisian ini dapat memaparkan fenomena dalam bentuk teks, grafik, animasi dan bunyi. Pelajar boleh berinteraksi dengan komputer seperti membuat analisis dan membuat keputusan. 4. Perisian permainan: Perisian ini lebih kepada bentuk memotivasikan pelajar dengan menggunakan aktiviti permainan yang berkaitan dengan pembelajaran. 5. Perisian penyelesaian masalah: Perisian ini merupakan program yang mengajar secara langsung melalui huraian, penjelasan dan langkah-langkah mengikut tahap perkembangan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer dengan kemudahan penggunaan ICT akan menjadikan pengajaran lebih bermakna kerana orientasi pengajaran adalah berpusatkan pelajar. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan penyelesai masalah. Johnson (1986) menjelaskan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran boleh diaplikasikan dalam semua bidang mata pelajaran seperti sains, matematik, bahasa dan kesusasteraan. Perisian komputer berupaya memandu pelajar untuk berfikiran kritis dan menghasilkan pembelajaran bermakna yang bukan hanya sekadar mempersembahkan maklumat daripada buku teks atau sumber lain dalam bentuk media. 96 Masalah Pendidikan, 31(1) Cabaran Ketiga: Pengurusan Pendidikan Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information

System). Aplikasi sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti: 1. Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan. 2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. 3. Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. 4. Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail. 5. Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar. 6. Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. 7. Penempatan pelajar dalam kelas. 8. Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. 9. Pembinaan jadual waktu guru. 10. Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. 11. Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru. (Rahmad Sukor, 2006) Cabaran Keempat: Pembentukan Jati Diri Isu-isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Fenomena yang berlaku boleh dikatakan sebagai satu petunjuk di mana asas-asas budaya, agama dan citra bangsa sendiri mulai longgar dan tercabut secara tidak kita sedan sehinggakan pars remaja tidak berasa bersalah untuk meniru secara melulu gaya kehidupan barat seperti kehidupan berfoya-foya dan berseronok-seronok, pergaulan bebas, penganjuran majlis-majlis sosial yang melampaui batas, penonjolan pelbagai fesyen pakaian ala Barat yang keterlaluan dan sebagainya. 97 Masalah Pendidikan, 31(1) Semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar. 1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa w .atak orang yang taat kepada amalan agama. 2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemenelemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh

oleh pihak pentadbiran sekolah 3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin. Cabaran yang perlu dilaksanakan secara kolektif dalam pembentukan jatidiri pelajar adalah dari segi strategi untuk menerapkan nilai kerohanian melalui tiga fakulti yang perlu dilaksanakan secara serentak iaitu pengisian roh, pengisian akal dan pengisian jasmani. Cabaran untuk mengisi kerohanian perlu berlandaskan sumber yang berautoriti dengan merujuk kepada sember ketuhanan dan nubuwwah. Pengisian akal pula perlu bertunjangkan aspek kognitif yang terpandu bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, akal perlu diberikan input dengan unsur-unsur yang dapat mengangkat martabat manusia menjadi lebih berkualiti dan dapat dimanfaatkan untuk kehidupan masyarakat, negara dan kehidupan sejagat. Dari segi jasmani pula kegiatan yang berasaskan gaya hidup sihat perlu diterapkan seperti cara menggunakan masa lapang, tabiat pemakanan, riadah perlu digerakkan secara aktif dan berterusan dengan bimbangan dan panduan guru. Cabaran Kelima: Perkembangan Profesionalisme Guru Guru merupakan aset utama bagi memastikan perkembangan pendidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Guru perlu memiliki kualiti yang bersifat kontemporari dan relevan dengan zamannya. Robiah Sidin (1994) mencadangkan beberapa kriteria yang perlu dimiliki guru supaya mereka mempunyai kesediaan dan mampu menghadapi perubahan zaman. Antara ciri yang perlu dimiliki adalah: 1. Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru itu bertugas 2. Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya 3. Sentiasa mengikuti peredaran masa 4. Memahami perkembangan teknologi 5. Mempunyai sifat berani, mahu mencuba idea bare dan inovatif 98 Masalah Pendidikan, 31(1) Omar Hashim (1991) pula berpendapat bagi memastikan guru dapat melaksanakan perubahan kurikulum sesuai dengan keperluan zaman global ini dengan berkesan seseorang guru perlu memiliki beberapa kemahiran, seperti yang beliau nukilkan: Apakah antara kemahiran yang hams ada pada seseorang guru sebagai persediaan abad 21 ini?....Para guru hares mempunyai bekalan secukupcukupnya baik dari segi kemahiran mahu pun pengetahuan. Guru abad 21 mestilah merupakan pendidik serba boleh serta lincah dalam beberapa kemahiran termasuk keupayaan menggunakan media elektronik serta komputer untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. (him. 428-429) Cabaran guru dalam peningkatan profesionalisme banyak berkait dengan tumpuan guru itu sendiri terhadap pelaksanaan tugas terutama berkaitan sesuatu inovasi (Ornstein & Hunkins, 1988). Banyak kajian telah dijalankan mengenai perkara tersebut. Antara lain kajian oleh Habib Mat Som (2005), Katz (1972), Hall dan Loucks (1978), Fuller (1975) dan Anderson (1997). Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan terdapat pola tertentu dari segi kesediaan guru terhadap peningkatan tahap profesionalisme mereka Fuller (1975) yang dianggap sebagai pelopor dalam kajian perkembangan profesionalisme guru mengkategorikan tingkah laku guru kepada tiga tahap iaitu: a) Tumpuan Berkaitan Peribadi; b) Tumpuan Berkaitan Tugas; c) Tumpuan Berkaitan Kesan. Hall dan Loucks (1978) pula dalam kajian lanjutnya telah memurnikan klasifikasi tumpuan tersebut kepada tahap berikut: a) Tumpuan Tiada Berkaitan; b) Tumpuan Berkaitan Peribadi; c) Tumpuahn Berkaitan Tugas; dan d) Tumpuan Berkaitan Kesan. Huraian bagi setiap Tahap Tumpuan tersebut adalah seperti berikut:

I. Tumpuan Tiada Berkaitan: Guru tidak mahu mengambil tahu apa-apa perubahan yang berlaku di sekolah. 2. Tumpuan Berkaitan Peribadi: Guru melihat keupayaan diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu tugas terutama dari segi kemahiran dan pengetahuannya. Aspek lain yang diberi tumpuan adalah berkaitan keluarga, kesihatan dan penggunaan masa senggangnya. 3. Tumpuan Berkaitan Tugas: Guru cenderung untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan sentiasa berusaha menghasilkan yang terbaik terutama dari segi pengajaran dan pembelajaran. 4. Tumpuan Berkaitan Kesan: Guru mempunyai visi yang jelas terhadap peranannya sebagai pendidik secara holistik dalam konteks kemajuan pelajar, kebolehlaksanaan kurikulum dan implikasi kurikulum terhadap kemajuan negara. Kajian yang dijalankan oleh Habib Mat Som (2005) berkaitan Tumpuan Guru menunjukkan 33 peratus guru berada pads Tahap Tumpuan Berkaitan Peribadi berbanding 28 peratus pads tahap Tumpuan Berkaitan Tugas, 22 peratus pads Tahap Tumpuan Berkaitan Kesan dan 17 peratus pada Tahap Tumpuan Tiada Berkaitan. Rumusan kajian beliau mencadangkan secara umumnya hanya segelintir guru sahaja yang memiliki Tahap Tumpuan yang tidak produktif (Tahap Tumpuan Tiada Berkaitan) dalam konteks peningkatan tahap profesionalisme guru itu sendiri. 99 Masalah Pendidikan, 31(1) Kesimpulan Dunia pendidikan di Malaysia masa kini sedang melalui era transfonnasi yang sangat dirasai gelombangnya. Ini terkesan daripada minat ibu baps yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isuisu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. Para pendidik di sekolah juga perlu melihat ke hadapan dengan pandangan dan paradigma barn di mana pendidikan dalam era globalisasi ini perlu di tafsirkan secara holistik. Tidak perlu ada pemisahan antara kesungguhan guru, komitmen terhadap pengajaran dan pembelajaran dan juga kesediaan untuk mendidik generasi pelajar di mana kesemuanya perlu bergerak selari dan sentiasa beriringan. Dalam erti kata lain, memotivasikan pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam aspek kognitif, kemahiran, spiritual dan sosial perlu juga diiringi dengan kesediaan guru untuk samasama memikul tanggungjawab yang semakin berat kerana sifat semulajadi pendidikan itu sendiri yang memang sentiasa dinamik dan perlu memberi tindak balas terhadap keperluan zaman. 100

You might also like