Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10
1 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
REVIU DAPATAN KAJIAN PERTAMA
PERBANDINGAN TAHAP TINGKAH LAKU AGRESIF ANTARA ATLET DAN BUKAN ATLET DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DEARAH HILIR PERAK, MALAYSIA ABDUL RAZAK BIN NORUZZAMAN
Dapatan kajian yang pertama ini adalah bertujuan untuk mengetahui perbandingan tahap keagresifan antara pelajar atlet dan bukan atlet di Malaysia. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan empat jenis keagresifan iaitu keagresifan fizikal, verbal, sifat kemarahan dan permusuhan. Instrumen soal selidik diubahsuai mengikut kesesuaian budaya di Malaysia daripada soal selidik Aggression Questionaire oleh Buss dan Perry (1992).
Secara keseluruhannya, berdasarkan data yang diperolehi didapati keagresifan pelajar atlet sebenarnya menunjukkan tahap keagresifan yang sederhana. Daripada keempat-empat jenis keagresifan yang dinilai, jenis keagresifan fizikal dan kemarahan menunjukkan min yang sederhana. Secara peribadinya saya berpendapat, kedua-dua jenis keagresifan fizikal dan kemarahan ini tidak memberikan banyak rangsangan kedalam diri pelajar atlet itu sendiri. Secara ringkasnya, keagresifan fizikal dan kemarahan dalam diri pelajar atlet hanya akan mucul dalam situasi tertentu. Pendapat ini disokong oleh Linda A Keeler di dalam Journal of Sport Behavior muka surat 58 yang menyatakan bahawa aggression wiil only accur if only person has learned the appropriatences of such behavior in that specific situation. Manakala jenis keagresifan verbal dan sifat melawan menunjukkan min yang tinggi. Hal ini demikian kerana pelajar atlet telah dilatih dengan sifat keberanian dan melawan yang tinggi semasa berlatih. Pendapat ini disokong oleh Todd Loughead di dalam OPHEA Journal 1999 muka surat 6 yang menyatakan bahawa if these individual are well-informed proceses in the topic particularly on way to rdce aggression then they are in a position to change attitudes and beliefs.
2 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa min tahap keagresifan pelajar atlet adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar bukan atlet. Hal ini demikian kerana penglibatan pelajar atlet dalam bidang sukan telah membentuk keperibadian pelajar atlet itu sendiri. Keperibadian dan sikap pelajar atlet itu akan terbentuk berdasarkan kebiasaan murid lakukan semasa latihan dimana dalam latihan murid telah dilatih untuk bersifat lebih agresif daripada aspek sifat melawan, menyuaraka keinginan dan mentiliti kemenangan. Pendapat ini disokong oleh A. Barimani, F.S Sina, K. Niaz & K. Faghani Makerani di dalam World Applied Sciences Journal 2009 yang menyatakan bahawa the difference the two groups (athlete and non athlete student), therefore it is suggested that due to he effects of sporting activities on elevating the social characteristics of a person.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa walaupun pelajar atlet mempunyai tahap keagresifan yang lebih tinggi daripada pelajar bukan atlet, namum begitu keagresifan dalam diri pelajar atlet itu juga membawa kebaikan dan kesan positif terhadap pelajar atlet itu. Sebagai contoh sekiranya pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diminati, pelajar atlet itu akan berusaha sebaik mungkin untuk menguasai perkara yang tidak dapat dikuasai itu. Hal ini demikian kerana motivasi dalaman pelajar atlet itu tinggi dan menjadi domain untuk menguasai perkara yang tidak dapat dikuasai itu. Pendapat ini telah disokong oleh John H. Kerr di dalam buku Rethinking Aggression and Violence in Sport 1999 muka surat 25 yang menyatakan bahawa Athletes, therefore, who have a tendency or innate bias to spend more time in one metamotivational state over its patner are said to be. Event thought athletes may exhibit particular state dominances, they will reverse and spent time in their non- dominant states.
Berdasarkan dapatan kajian dan jurnal seperti yang dinyatakan, kesimpulannya adalah terdapat perbezaan tahap keagresifan antara pelajar atlet dan pelajar bukan atlet disebabkan oleh pendedahan dan rangsangan persekitaran yang diperolehi. Pendedahan rangsangan persekitaran ini telah membentuk keperibadian dan sifat dalam diri setiap pelajar. Pendapat ini disokong oleh Danish, Petitpas & Hale (1992) di dalam buku Psikologi Sukan : Aplikasi Teori dan Praktikal yang menyatakan bahawa pembentukan karekter dan semangat kesukanan yang diteapkan dalam diri setiap atlet akan diamalkan dalam kehidupan seharian.
3 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
REVIU DAPATAN KAJIAN KEDUA COMPARING AND EXAMINING THE AMOUNT OF AGGRESSION BETWEEN THE ATHETIC AND NON ATHELETIC STUDENT A. BARIMANI, F.S SINA, K. NIAZ AZARI AND K. FAGHANI MAKERANI
Dapatan kajian kedua ini menunjukkan perbandingan jumlah keaggresifan antara pelajar atlet dan bukan atlet di Iran. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik AGQ yang mana mengandungi 30 soalan tediri daripada soalan faktor analisa mengenai karektor psikologikal.
Dapatan kajian ini menyatakan bahawa simptom dan petanda keagresifan boleh dikategorikan kepada dua iaitu keagresifan dalaman dan luaran. Keagresifan dalaman berpunca daripada faktor persekitaran seperti cuaca dan tekanan manakala keagresifan luaran terdiri daripada ganguan atau kritikan luar. Pendapat ini disokong oleh Silva 1983 dalam Journal of Spot Behavior menyatakan bahawa dalam kajian sukan keagresifan terbahagi kepada dua iaitu ketegasan dan instrumental. Menurut Bandura (1977) dalam buku Mengaplikasi Teori Psikologi Psikologi dalam Sukan menyatakan bahawa perlakuan seseorang individu dipengaruhi oleh situasi atau persekitaran individu tersebut yakni sesuatu yang bersifat luaran. Berdasarkan fakta yang telah diberikan, dapat dinyatakan bahawa segala punca yang mempengaruhi keagresifan adalah disebabkan oleh rangsangan keadaan sekeliling yang diterima oleh individu itu, sama ada daripada dalaman mahupun luaran.
Hasil dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa tidak terdapat banyak perbezaan jumlah keagresifan antara pelajar atlet dan bukan atlet. Keputusan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan purata dan sisihan piawaian yang tidak membawa banyak perbezaan. Menurut dapatan kajian ini menyatakan bahawa faktor ketiadaan perbezaan jumlah keagresifan ini adalah disebabkan oleh keprofesionalisme sukan yang tidak mememtingkan wang yang boleh dijana atau status sukan. Perincian bagi penyataan ini adalah pelajar atlet tidak akan mempunyai sifat keagresifan yang tinggi dalam diri kerana mereka kerana hanya bersukan dengan mengikut konsep sukan untuk semua dimana tiada persaingan atau tekanan dan bukanlah mengikut konsep sukan prestasi tinggi yang 4 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
mempunyai banyak persaiangan dan tekanan dimana sukan prestasi tinggi ini memberikan wang dan status.
Berdasarkan rumusan dan cadangan dapatan kajian ini menyatakan bahawa aspek utama melakukan aktiviti sukan adalah kerana kesihatan dan mengelak daripada sebarang bentuk keagresifan yang mungkin ditimbulkan oleh seseorang individu. Pendapat ini telah disokong teori oleh Edwin Locke dalam buku Penyelesaian Masalah Atlet Melalui Pendekatan Psikologi (2010) yang menyatakan bahawa penentuan matlamat boleh meningkatkan tahap motivasi seseorang individu tidak kira individu tersebut daripada kalangan atlet, ahli perniagaan ataupun orang biasa. Penerangan bagi penyataan ini adalah sekiranya seseorang individu tersebut sudah menetapkan matlamat terhadap perkara yang ingin dilakukan, motivasi dan tahap kawalan diri individu tersebut menjadi tinggi. Berdasarkan penyataan yang telah diberikan membuktikan bahawa kepentingan dalam penetapan matlamat apabila menceburkan diri dalam bidang sukan. Sekiranya penetapan matlamat dan konsep yang betul diterapkan dalam diri pelajar atlet itu, sifat keagresifan sukan pelajar atlet hanya akan digunakan ketika dalam situasi sukan sahaja dan bukan terbawa-bawa dalam kehidupan luar.
Kesimpulan bagi dapatan kajian ini adalah tahap perbezaan jumlah keagresifan antara pelajar atlet dan bukan atlet di Iran adalah sedikit. Hal ini demikian kerana mentiliti atau pemikiran peajar disana yang profesional terhadap konsep sukan itu sendiri dimana pelajar disana bersukan kerana amalan untuk kesihatan dan menguasai kemahiran berbanding dengan untuk mendapatkan keuntungan atau status kemashyuran sukan yang akan diperolehi apabila menceburkan diri dalam bidang sukan. Pendapat ini disokong oleh Weinberg & Gould (1999) dalam buku Psikologi Sukan : Aplikasi Teori dan Praktikal yang menyatakan bahawa pendekatan persekitaran yang dikukuhkan lagi dengan strategi tertentu akan dapat meningkatkan pembentukan karekter dan pemahaman terhadap semangat kesukanan dengan lebih berkesan.
.
5 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
REVIU DAPATAN KAJIAN KETIGA THE COMPARISON OF ATHELETIC AGGRESSION GIRL AND BOY ATHELETE STUDENT MARYAM KHARKAN, REZA ANDAM & RAHIMEH MEHDIZADEH
Dapatan kajian ketiga ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan antara keagresifan sukan bagi atlet lelaki dan perempuan di Wilayah Mazandaran Iran. Keadah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah keadah analisis diskriptif dimana subjek telah diberikan borang soal selidik sebagai instrumen penilaian kajian.
Intipati dapatan kajian ini menyatakan bahawa Paradox thoughts are mentioned about athletes aggressions. in one way, aggression is not only accepted, but also is encourage.. Penyataan ini memberikan gambaran bahawa keagresifan atlet melibatkan pemikiran paradoks yang mana pemikiran ini boleh diterima pakai. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1139) mendefinasikan pemikiran paradoks ialah sesuatu pemikiran yang bertentangan dengan pendapat umum walaupun pada dasarnya perlakuan itu boleh diterima pakai. Secara umumnya, masyarakat akan berfikiran bahawa keagresifan dalam kalangan pelajar akan membawa kepada implikasi yang negatif, akan tetapi menurut Jarvis (2004) menyatakan bahawa many court are held against aggression or low breaking. One of the reasons of this kind paradox is that our perception about aggression are different, in different situations. Penyataan ini membawa maksud bahawa mengapa pemikiran paradoks ini menjadi isu adalah kerana persepsi masyarakat yang berbeza mengikut situasi. Ini bermakna sekiranya masyarakat menilai pemikiran paradoks keagresifan mengikut situasi yang dihadapi, maka keagresifan itu akan menjadi perlakuan yang positif.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kadar keagresifan bagi atlet lelaki dan perempuan disebabkan oleh faktor budaya dan adat apabila melibatkan kebangkitan keagresifan dalam acara sukan. Secara umumnya kaum lelaki akan lebih berminat untuk bermain permainan luar dan kaum perempuan akan berminat untuk bermain permainan dalaman. Menurut Maxwell (2004) dalam European Journal of Experimental Biology menyatakan bahawa jenis keagresifan ketara akan lebih banyak mempengaruhi tingkah 6 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
laku atlet berbanding dengan jenis keagresifan instrumental. Berdasarkan dapatan kajian ini Kemler (1988) menyatakan bahawa atlet lelaki kurang memiliki keagresifan instrumental berbanding dengan atlet perempuan. Pernyataan-pernyataan yang telah ditunjukkan membuktikan bahawa terdapat perbezaan tahap keagresifan antara atlet lelaki dan perempuan.
Selain daripada itu juga, dapatan kajian juga menyatakan bahawa faktor berlakunya perbezaan tahap keagresifan antara atlet lelaki dan perempuan dipengaruhi oleh masyarakat dan tahap pasukan atau atlet itu. Kebiasaannya masyarakat akan berfikiran bahawa keagresifan ini sinomin dengan norma bagi gender lelaki. Oleh itu sekiranya atlet lelaki melakukan sebarang keagresifan ia akan diterima oleh masyarakat akan tetapi perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya atlet perempuan melakukan sebarang keagresifan kerana norma gender perempuan yang lebih sinonim dengan kesantunan. Pernyataan ini boleh diterima pakai oleh kerana secara umumnya setiap gender adalah berbeza daripada faktor semulajadi daripada segi fungsi dan keupayaannya dimana atlet bergender lelaki lebih lasak berbanding dengan atlet bergender perempuan. Pendapat ini disokong dengan hasil dapatan data daripada Journal of Sport Behavior oleh Linda A Keeler yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan ketara terhadap keagresifan antara atlet lelaki dan perempuan atas faktor pemboleh ubah seperti jenis sukan dan kumpulan sukan yang dimainkan. Hal ini menyebabkan kesan utama signifikan perbezaan adalah disebabkan oleh gender dan kecenderungan.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini telah membezakan antara fungsi dan kecenderungan gender terhadap tahap keagresifan dalam sukan. Faktor yang membuat terjadinya perbezaan tahap keagresifan antara lelaki dan perempuan ini adalah pengaruh pemikiran masyarakat dan fungsi semulajadi setiap gender itu sendiri yang berlainan. Walaubagaimanapun perbezaan tahap keagresifan ini mungkin dapat dirapatkan jurangnya sekiranya pemikiran paradoks masyarakat diubah dimana pemikiran bahawa kaum perempuan perlu melakukan tindakan yang sama dengan atlet lelaki dalam permainan sukan walaupun keagresifan yang dilakukan itu becanggah dengan fungsi gender kaum perempuan.
7 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
RUMUSAN KESELURUHAN DAPATAN KAJIAN
Hasil dan kesimpulan daripada ketiga-tiga dapatan kajian ini, terdapat persamaan dan perbezaan yang dapat dikenalpasti. Berlandaskan teori keagresifan dalam sukan muncul isu yang dikaji dalam ketiga-tiga dapatan kajian ini iaitu tahap keagresifan dalam kalangan atlet. Berlandaskan isu tahap keagresifan dalam kalangan atlet ini muncul pelbagai persamaan dan perbezaan. Berdasarkan ketiga-tiga dapatan kajian ini terdapat aspek- aspek yang boleh dibandingkan secara kritikal dan komprehensif bagi mendapatkan situasi sebenar untuk isu keagresifan dalam sukan ini.
Aspek pertama yang dapat dikenalpasti bagi ketiga-tiga dapatan kajian ini adalah faktor lokasi dan persekitaran atlet dalam mempengaruhi tahap keagresifan dalam sukan. Bagi aspek ini, perbandingan boleh dibuat bagi dapatan kajian yang pertama dan kedua dimana lokasi dapatan kajian yang pertama adalah di luar Malaysia iaitu Iran dan lokasi bagi dapatan kajian yang kedua adalah di Malaysia. Kedua-dua dapatan kajian ini mempunyai tujuan yang sama iaitu perbezaan tahap keagresifan antara pelajar atlet dan pelajar bukan atlet. Berdasarkan hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dimana bagi tiada perbezaan tahap keagresifan dalam kalangan pelajar atlet dan bukan atlet di Iran manakala terdapat perbezaan yang ketara bagi tahap keagresifan dalam kalangan pelajar atlet dan bukan atlet di Malaysia. Berdasarkan hasil dapatan daripada kedua-dua dapatan kajian, faktor perbezaan ini adalah kerana rangsangan persekitaran yang berbeza bagi kedua-dua lokasi dapatan kajian dimana di Iran, rangsangan persekitaran yang pelajar dapat adalah persekitaran dan mentaliti masyarakat apabila menceburkan diri dalam bidang sukan adalah kerana kesihatan dan amalan gaya hidup.
Perkara ini berbeza sama sekali di Malaysia apabila pelajar menceburkan diri dalam bidang sukan adalah bertujuan untuk mendapatkan kemashyuran nama ataupun wang. Ini menunjukkan bahawa mentiliti masyarakat malaysia terhadap sukan masih tidak profesional berbanding dengan Iran dimana masyrakat di sana sudah mencapai tahap pemikiran profesional terhadap sukan. Berdasarkan penyataan ini, seharusnya masyarakat Malaysia mengikut model pemikiran daripada Iran terhadap sukan yang lebih mementingkan penglibatan dan bukanlah pencapaian seperti mana di Malaysia agar setiap pelajar yang melibatkan diri dalam sukan menjadi individu yang seimbang daripada semua aspek seperti 8 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Aspek kedua yang dapat dikenalpasti adalah faktor yang membuatkan perbezaan tahap keagresifan terhadap pelajar atlet, pelajar bukan atlet, atlet lelaki dan perempuan. Bagi dapatan kajian pertama dan kedua perbandingan subjek kajian adalah sama iaitu pelajar atlet dan bukan atlet, manakala tedapat pebezaan bagi subjek kajian untuk dapatan kajian yang ketiga dimana subjek kajian yang digunakan adalah atlet lelaki dan perempuan. Secara amnya untuk untuk hasil dapatan kajian kedua tidak diambil kira bagi aspek ini kerana dapatan kajian kedua tidak menunjukkan tahap perbezaan keagresifan, tetapi bagi dapatan kajian pertama dan ketiga terdapat perbezaan tahap keagresifan. Bagi faktor yang membezakan tahap keagresifan dapatan kajian pertama adalah pendedahan persekitaran dan rangsangan yang diterima oleh pelajar atlet.
Hal ini demikian kerana rangsangan dan pendedahan persekitaran yang diperolehi oleh pelajar atlet di Malaysia lebih berbentuk kepada tekanan dan persaingan. Oleh itu apabila pelajar atlet sudah terbiasa dengan tekanan dan persaingan ketika bersukan maka a telah membuatkan keagresifan dalam diri pelajar atlet dibawa dalam tingkah laku di luar akiviti sukan. Manakala faktor bagi perbezaan tahap keagresifan antara atlet lelaki dan perempuan dapatan kajian ketiga adalah fungsi semulajadi gender dan pemikiran paradoks masyarakat Malaysia sendiri. Kedua faktor ini telah membuatkan perbezaan tahap keagresifan yang ketara antara murid lelaki dan perempuan. Pemikiran masyarakat Malaysia yang tidak dapat menerima sekiranya kaum perempuan melakukan keagresifan seperti mana atlet lelaki telah melakukan keagresifan telah mempengaruhi tingkah laku kaum perempuan apabila bersukan ditambah lagi dengan fungi fisiologi gender perempuan yang lebih berkemahiran motor halus membuatkan atlet bergender perempuan tidak bertindak agresif seperti mana atlet lelaki.
Hasil daripada ketiga-tiga dapatan kajian ini didapati terdapat persamaan. Persamaan bagi ketiga-tiga dapatan kajian ini adalah setiap subjek kajian mempunyai keagresifan dalam diri mereka. Akan tetapi tahap keagresifan bagi setiap subjek kajian adalah berbeza mengikut lokasi dan gender. Didapati bahawa bagi keagresifan dalam diri atlet perempuan adalah terkawal kerana atlet perempuan lebih domain dalam diri atlet 9 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
perempuan berdasarkan dapatan kajian yang pertama. Begitu juga dengan subjek kajian bagi dapatan kajian yang kedua dimana pelajar atlet mempunyai keagresifan dalam diri mereka akan tetapi keagresifan itu berada di tahap terkawal dan tidak mempengaruhi tingkah laku di luar aktiviti sukan. Hal ini berbeza dengan subjek kajian bagi dapatan kajian pertama dimana tahap keagresifan dalam diri pelajar atlet adalah tinggi sehingga ia mempengaruhi tingkah laku mereka di luar kegiatan sukan mewujudkan perbezaan tingkah laku antara pelajar atlet dan bukan atlet.
Secara keseluruhannya, terdapat persamaan antara dapatan kajian pertama dan ketiga dimana terdapat perbezaan bagi pelajar atlet, bukan atlet, atlet lelaki dan perempuan. Faktor wujud keagresifan dalam diri pelajar ini selari dengan teori yang psikologi sukan yang dikemukakan oleh Gill (1986) yang menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai sifat keagresifan kerana ia adalah semula jadi. Perbezaan wujud di dapatan kajian yang ketiga dimana hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara pelajar atlet dan bukan atlet di Iran. Perkara ini dapat diterima atas faktor lokasi kajian. Ia selari dengan teori psikologi yang dikemukakan oleh Sigmued Freud (1950) yang menyatakan bahawa setiap manusia secara semula jadinya menginginkan keseronokan dan cuba mengelak kesakitan seperti mana mentiliti masyarakat di Iran.
Kesimpulan bagi ketiga-tiga dapatan kajian ini adalah tahap keagresifan dalam diri sesorang pelajar mahupun pelajar atlet lelaki atau perempuan bergantung kepada faktor- faktor yang domain dalam diri mereka sendiri dan rangsangan persekitaran yang mereka perolehi seperti budaya dan adat masyarakat. Tahap keagresifan dalam diri mereka juga akan mempengaruhi tingkah laku mereka dalam kehidupan seharian.
10 PJM 3117 (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI DALAM SUKAN)
Rujukan
1. A. Barimani, F.S Sina, K. Niaz Azari & K.Fahgani Makerani. (2009). Comparing and Examining the Amount of Aggression Between the Athletic and Non atheletic Student. World Applied Sciences Journal 6 (4) : 460-463 2. John H. Kerr. (2005). Rethinking Aggression and Violence in Sport. Canada : Taylor & Francis Inc 3. Linda A. Keeier. (2010). The Differences in Sport Aggression, Life Aggression, and Life Assertion Among Adult Male and Feale Collision, Contact, and Non Contact Sport Atheletes. Journal of Sport Behavior 14 : 7-8 4. Maryam Kharkan, Reza Andam & Rahimeh Mehdizade. (2013). The Comparison of Athletic Aggression Girl and Boy Athlete Students. International Journal of Sport Studies 3 (6) : 594-598 5. Mohd Sofian Omar Pauzee. (2003). Penyelesaian Masalah Atlet Melalui Pendekatan Psikologi. Cheras , Kuala lumpur : Utusan Publications & Distributors 6. Mohd Sofian Omar Pauzee. (2001). Psikologi Sukan Aplikasi Teori dan Praktikal. Cheras , Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors 7. Patrice Lemieux, Stuart J. McKelvie & Dale Stout. (2002). Self Reported Hostile Aggression in Contact Atheletes, No Contact Athelets and Non- atheletes. Journal of Sport Psicology 4 (3) : 223-224 8. Shahrudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasi Teori Psikologi dalam Sukan. Cheras , Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors