3464-Article Text-11898-1-10-20200626
3464-Article Text-11898-1-10-20200626
3464-Article Text-11898-1-10-20200626
___________________________________________________________________________
Mohamad Firdaus Ahmad1*, Siti Aida Lamat1, S.M.P Sharifah Maimunah1, Muhammad Wafi
A. Rahman1, Nur Dalilah Dahlan1, Wahidah Tumijan1, Ummi Kalthum Mohd Mokhtar2
1
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA, Kampus Seremban, Negeri
Sembilan, Malaysia
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.
DOI: https://doi.org/10.37134/jsspj.vol9.1.5.2020
Cite this paper (APA): Ahmad, M. F., Lamat, S. A., Sharifah Maimunah, S., A. Rahman, M. W., Dahlan, N. D.,
Tumijan, W., & Mohd Mokhtar, U. K. (2020). Motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam kalangan atlet Universiti
Kebangsaan Malaysia. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 9(1), 33-41.
https://doi.org/10.37134/jsspj.vol9.1.5.2020
Abstrak
Motivasi adalah dorongan dalaman yang menjurus seseorang individu untuk memenuhi matlamat diri dan
organisasi. Motivasi terdiri daripada dua bahagian iaitu motivasi instrinsik dan juga ekstrinsik. Secara umumnya,
motivasi merupakan faktor psikologi penting yang sering kali dikaitkan dengan penglibatan atlet dalam sukan.
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti perbezaan jenis motivasi intrinsik dan ekstrinsik berdasarkan
Self-Determination Theory (SDT) daripada perspektif jantina. Sampel kajian terdiri daripada 63 orang atlet
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (n=63; lelaki=30, perempuan=33) yang menyertai Karnival Sukan
MASUM. Instrumen yang digunakan bagi mengukur motivasi atlet ialah melalui borang soal-selidik Skala
Motivasi Sukan (Sport Motivation Scale, SMS-28) yang merangkumi kriteria motivasi intrinsik (untuk
mengetahui, untuk menyempurnakan, untuk mendorong), ekstrinsik (pengaruh luaran, pengaruh introjeksi,
pengaruh kenalpasti) dan amotivasi (demotivasi). Hasil kajian menunjukkan atlet-atlet UKM lebih didorong oleh
motivasi instrinsik (M=4.43 ± 0.38) berbanding motivasi ekstrinsik (M=4.19 ± 0.44). Walau bagaimanapun, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi-dimensi motivasi intrinsik dan ekstrinsik di antara jantina (p
>.05). Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa motivasi intrinsik adalah faktor utama bagi
penglibatan atlet UKM dalam sukan yang diceburi.
Abstract
Motivation is an internal force or desire that drives an individual to meet personal and organizational goals.
Motivation consists of two categories, intrinsic and extrinsic motivation. Generally, motivation is an important
psychological factor that is often associated with athletes’ sports involvement. The purpose of this study was to
identify the different types of intrinsic and extrinsic motivation based on Self-Determination Theory (SDT) from a
gender perspective. The study sample consisted of 63 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) athletes (n = 63;
male = 30, female = 33) who participated in the MASUM Sports Carnival. The instrument used to measure
athlete’s motivation is the Sport Motivation Scale (SMS-28) questionnaire, which includes intrinsic motivation
subscales (to know, to accomplish, to experience stimulation), extrinsic (external regulation, introjected
regulation, identify regulation) and amotivation (demotivation). The results showed that UKM athletes were more
33
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 9, No 1, 2020 (36)
ISSN: 2232-1918 / eISSN: 2600-9323
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ
intrinsically motivated (M = 4.43 ± 0.38) than extrinsically motivated (M = 4.19 ± 0.44). However, there were no
significant differences in the dimensions of intrinsic and extrinsic motivation between gender (p> .05). Overall,
this study shows that intrinsic motivation is the key factor of UKM athletes sports involvement.
PENGENALAN
Motivasi dapat didefinisikan sebagai suatu tenaga atau desakan dalaman yang mendorong dan mengarah
perilaku manusia untuk mencapai tujuan atau matlamat yang ditetapkan (Jamaris, 2010). Motivasi
merupakan faktor psikologi penting yang sering kali dikaitkan dengan penglibatan atlet dalam sukan.
Komarudin (2016) menyatakan bahawa motivasi atlet merupakan keinginan, hasrat, kemahuan dan
pendorong untuk atlet memenuhi prestasi yang pernah dicapainya sendiri atau prestasi yang dicapai oleh
atlet lain. Motivasi boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu motivasi intrinsik dan juga
ekstrinsik. Jenis motivasi yang spesifik akan mempengaruhi karakter psikologi atlet dalam sukan yang
diceburi (Veale, Eshkevari, Ellison, Costa, Robinso, Kavouni, & Cardozo, 2014). Motivasi penglibatan
sukan seseorang atlet merupakan satu fenomena kompleks yang terdiri daripada pelbagai faktor
(Pelletier, Rocchi, Vallerand, Deci, & Ryan, 2013). Oleh kerana kepelbagaian dimensi yang dipamerkan
motivasi, kajian keatasnya seringkali mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik bagi memahami
aspek mental dan psikologi sukan.
Salah satu teori yang digunapakai dalam membincangkan konsep motivasi atlet adalah Self-
Determination Theory atau Teori Penentuan Kendiri (TPK). Menurut Ryan & Deci (2017), TPK
menerangkan konsep motivasi manusia yang dikaitkan dengan perkembangan dan fungsi keperibadian
dalam konteks sosial. Teori ini memberi penekanan pada ciri keteguhan hati dan tekad individu dalam
mencapai sesuatu tujuan atau matlamat. Terdapat banyak kajian yang menggunakan kerangka
komprehensif TPK bagi memahami fenomena penglibatan dan pengekalan penyertaan sukan dalam
kalangan atlet (Deelen, Ettema, & Kamphuis, 2018; Pellertier et al., 2013; Kingston, Horrocks, &
Hanton, 2006). TPK menjelaskan bahawa fenomena kompleks ini melibatkan konsep motivasi yang
multi dimensi dan menyeluruh terdiri daripada motivasi ekstrinsik, motivasi intrinsik dan amotivasi
(Vallerand, 1997). Konsep multi dimensi motivasi ini menerangkan perkaitan antara kepelbagaian motif
penglibatan sukan dan tindak balas tingkah laku yang terhasil (Pellertier et al., 2013).
Djamarah (2011) mengatakan bahawa motivasi intrinsik terdiri daripada motivasi yang berasal
dari dalam diri peribadi seseorang dan tidak perlu dirangsang dari faktor luaran kerana sudah wujud
dorongan kendiri individu untuk melakukan sesuatu. Motivasi jenis ini lebih menekankan kepada kualiti
perasaan, proses dan pengalaman (Pellertier et al., 2013). Berbeza dengan intrinsik, motivasi ekstrinsik
adalah motif-motif yang aktif dan berfungsi kerana adanya rangsangan luar. Ia merangkumi faktor
popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan faktor ganjaran yang diperoleh secara langsung melalui
penglibatan sukan tersebut (Ryan & Deci, 2017). Sifat motivasi intrinsik yang lebih berautonomi
meningkatkan kawalan serta penglibatan jangka masa panjang atlet (Pellertier et al., 2013). Berdasarkan
TPK, motivasi intrinsik akan menurun apabila terdapat ganjaran dalam sesuatu penglibatan sukan (Ryan
& Deci, 2017). Justeru itu, penerapan motivasi yang betul adalah penting untuk meningkatkan aspek
kualiti pengalaman sukan.
34
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 9, No 1, 2020 (36)
ISSN: 2232-1918 / eISSN: 2600-9323
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ
rakan atlet lelaki. Hasil dapatan ini turut disokong oleh kajian Sarrazin et al. (2002) terhadap 335 atlet
bola baling Perancis yang mendapati kecenderungan motivasi intrinsik dalam kalangan atlet perempuan.
Atlet lelaki yang bermotivasi ekstrinsik mempunyai fokus tinggi kepada pertandingan,
kemenangan, hadiah dan penghargaan (Chantel et al., 1996; Gould et al., 1985). Kajian Kingston et al.
(2006) terhadap 172 atlet kolej US mendapati bahawa atlet lelaki yang mendapat tajaan mempunyai
motivasi ekstrinsik yang ketara terutamanya untuk motivasi ekstrinsik luaran. Dalam satu kajian terkini
yang dijalankan terhadap atlet hoki Malaysia, hasil dapatan menunjukkan atlet hoki lelaki bermotivasi
ekstrinsik berbanding atlet hoki perempuan yang bermotivasi instrinsik (Norsaleha Mohd Ariffin,
Nabilah Yaakub & Nelfianty Mohd Rasyid, 2019). Berbeza dengan dapatan kajian yang diperoleh
daripada kajian Zahariadis, Tsorbatzoudis dan Grouios (2005) terhadap 452 atlet Spain, atlet lelaki lebih
bermotivasi intrinsik berbanding atlet perempuan. Disokong oleh kajian Chin, Khoo dan Low (2012)
yang menyatakan bahawa atlet lelaki balapan Malaysia lebih cenderung kepada motivasi intrinsik.
Dalam kajian Deaner, Balish dan Lombardo (2016) menyatakan bahawa atlet lelaki mempunyai
motivasi keseluruhan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan atlet perempuan.
Literasi mengenai motivasi sukan berdasarkan perspektif jantina masih terbatas. Tiada kriteria
standard dalam penentuan jenis motivasi untuk individu lelaki dan perempuan terutamanya dalam
domain sukan. Hasil dapatan kajian yang berkaitan dengan keseragaman karakteristik dan keterampilan
psikologi berdasarkan jantina masih terhad (Hagan, Pollmann, & Schack, 2017). Walaupun terdapat
perbezaan fizikal dan mental antara jantina (Najah & Rejeb, 2016), aspek psikologi dikatakan lebih
bersifat dinamik dan kompleks. Ini dapat dikaitkan dengan konsep multi dimensi motivasi seperti yang
diterangkan oleh TPK (Pellertier et al., 2013).
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk melihat faktor penglibatan dalam sukan oleh atlet-atlet UKM. Di samping
itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan jenis motivasi intrinsik dan ekstrinsik
berdasarkan TPK daripada perspektif jantina. Keputusan kajian ini boleh dijadikan asas dan panduan
kepada jurulatih dan pengurus sukan universiti untuk mengurus dan melatih atlet berdasarkan jenis
motivasi yang dimiliki bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
35
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 9, No 1, 2020 (36)
ISSN: 2232-1918 / eISSN: 2600-9323
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah penyelidikan berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan untuk
mengenalpasti faktor penglibatan dan jenis motivasi dalam penglibatan sukan oleh atlet-atlet UKM.
Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada persampelan rawak.
Teknik persampelan ini memberi peluang yang sama bagi setiap individu dalam populasi untuk terpilih
sebagai sampel kajian. Responden kajian ini terdiri daripada atlet-atlet yang mewakili UKM dalam
Karnival Sukan MASUM. Secara keseluruhan, 63 orang atlet UKM (n=33) terdiri daripada 30 atlet
lelaki dan 33 atlet perempuan terlibat sebagai responden kajian.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Sport Motivation Scale (SMS)
oleh (Pelletier et al, 1995). Soal selidik ini mengandungi 28 item yang terdiri daripada 7 sub skala jenis
motivasi iaitu motivasi intrinsik merangkumi untuk mengetahui, untuk menyempurnakan dan untuk
rangsangan manakala motivasi ekstrinik merangkumi mengenal pasti, introjeksi, dan pengaruh luaran
serta amotivasi. Setiap sub skala jenis motivasi mengandungi 4 item berdasarkan 5 skala likert bermula
daripada sangat tidak berkaitan, tidak berkaitan, sederhana berkaitan, berkaitan dan sangat berkaitan.
Data dianalisis dengan menggunakan IBM Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 24.
Data statistik deskriptif akan dikira untuk semua pembolehubah. Perbezaan jenis motivasi antara jantina
akan dianalisa dengan menggunakan ujian t-bebas.
DAPATAN KAJIAN
Hasil analisis deskriptif (Jadual 1) menunjukkan bahawa majoriti atlet UKM mempunyai motivasi
intrinsik (n=51, 81.0%) dan hanya sebilangan atlet sahaja mempunyai motivasi ekstrinsik (n=7, 11.1%).
36
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 9, No 1, 2020 (36)
ISSN: 2232-1918 / eISSN: 2600-9323
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ
Hasil kajian menunjukkan (Jadual 2) perbezaan dimensi motivasi di antara jantina. Atlet perempuan
mempunyai skor yang lebih tinggi bagi dimensi Motivasi Intrinsik keseluruhan (4.47 ± 0.37) dan
Motivasi Ekstrinsik keseluruhan (4.24 ± 0.41) berbanding atlet lelaki bagi dimensi Motivasi Intrinsik
Keseluruhan (4.40 ± 0.40) dan Motivasi Intrinsik keseluruhan (4.16 ± 0.47). Walaubagaimanapun, tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam semua sub skala motivasi intrinsik; untuk
mengetahui menunjukkan nilai t (61) = -0.65, p = 0.51 (p<0.05), untuk menyempurnakan menunjukkan
nilai t (61) = 0.05, p = 0.96 (p<0.05), dan untuk mendorong menunjukkan nilai t (61) = -1.05, p = 0.29
(p<0.05). Seterusnya tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dalam semua sub skala
motivasi ekstrinsik; mengenal pasti menunjukkan nilai t (61) = -0.43, p = 0.66 (p<0.05), introjeksi
menunjukkan nilai t (61) = -0.51, p = 0.61 (p<0.05), dan pengaruh luaran menunjukkan nilai t (61) = -
0.58, p = 0.55 (p<0.05).
37
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 9, No 1, 2020 (36)
ISSN: 2232-1918 / eISSN: 2600-9323
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ
PERBINCANGAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti atlet UKM melibatkan diri dalam sukan yang diceburi
disebabkan faktor motivasi intrinsik. Menurut (Standage et al, 2003), motivasi intrinsik yang tinggi
berbanding motivasi ekstrinsik adalah merupakan petanda positif kerana ianya menggambarkan motif
penglibatan yang sesuai berkaitan dengan keseronokan dan kehendak atlet (Chatzisarantis et al, 2003).
Motif penglibatan sukan intrinsik merupakan faktor ideal yang lebih stabil dalam memastikan kualiti
penyertaan sukan bagi jangka masa panjang (Pellertier et al., 2013). Secara umumnya, motivasi intrinsik
merujuk kepada proses penglibatan individu semata-mata atas faktor keseronokan dan kepuasan
dalaman yang diperoleh ketika melakukan aktiviti (Lonsdale et al., 2014). Menurut Ryan et al. (1992),
motivasi intrinsik yang tinggi terutama sekali dalam situasi yang bermotivasikan keseronokan,
menguasai sesuatu kemahiran, dan penambahbaikan diri merupakan indikator yang kuat bagi
penglibatan sukan dalam tempoh yang lama (Mosoi, 2013; Fox & Biddle 1991; Gill et al. 1983). Sifat
autonomi motivasi intrinsik membawa kepada impak positif yang lebih berkesan terutamanya dalam
domain sukan (Rintaugu & Ngetich, 2012). Motivasi intrinsik yang tinggi berbanding motivasi
ekstrinsik merupakan petanda positif kerana ianya menggambarkan motif penglibatan yang
memfokuskan keseronokan dan kehendak atlet sendiri (Schneider, Harrington, & Tobar, 2017;
Chatzisarantis et al. 2003). Atlet yang bermotivasi intrinsik akan melakukan sesuatu tingkah laku,
samaada latihan atau persediaan, secara sukarela tanpa pengaruh ganjaran material atau kekangan luar
(Walczak & Tomczak, 2019; Pelletier et al., 2013; Pelletier et al., 1995). Ini secara tidak langsung
menunjukkan bahawa atlet UKM yang bertanding mempunyai kualiti penetapan minda yang betul.
Maklumat ini boleh digunakan pihak yang berkepentingan seperti jurulatih dan pengurus pasukan untuk
mengekalkan persekitaran positif ini dalam kalangan atlet. Latihan, program dan aktiviti yang dirangka
haruslah memenuhi nilai dimensi motivasi intrinsik yang mementingkan kualiti proses dan pengalaman
(Katz et al., 2014).
Terdapat tiga (3) jenis dimensi motivasi intrinsik (MI) iaitu MI mengetahui, MI
menyempurnakan serta MI mendorong. MI mengetahui menekankan beberapa konstruk seperti
mengkaji, rasa ingin tahu dan mempelajari sesuatu yang baru. Kepuasan menguasai skil dan
penyempurnaan tugasan merujuk kepada dimensi MI menyempurnakan. Dimensi motivasi intrinsik
yang terakhir iaitu MI mendorong menitikberatkan aspek perjalanan pengalaman yang dilalui (Walczak
& Tomczak, 2019; Pelletier et al., 1995). Dapatan kajian menunjukkan bahawa dimensi motivasi intrisik
MI mengetahui merupakan nilai intrinsik penting bagi atlet UKM. Keseronokan dan kepuasan yang
dirasai ketika mempelajari, meneroka dan memahami sesuatu ilmu sukan, teknik atau kemahiran yang
baru merupakan motif penting bagi penglibatan sukan atlet tersebut (Pelletier et al., 1995). Oleh yang
sedemikian, adalah penting bagi jurulatih untuk menerapkan elemen-elemen latihan yang bersesuaian
dengan karakter motivasi atlet. Respon dan tindakan jurulatih ketika latihan mempengaruhi
pembentukan motivasi atlet (Abu Samah et. al.,2013). Jurulatih juga harus memainkan penanan dalam
mengendalikan masalah amotivasi atau demotivasi dalam kalangan atlet seperti yang dapat dilihat pada
Jadual 1. Amotivasi merupakan perasan tidak berdaya atlet, dimana mereka tidak bermotivasi secara
intrinsik mahupun ekstrinsik.
Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan motivasi antara jantina.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi motivasi intrinsik dan
ekstrinsik antara atlet lelaki dan perempuan (p > 0.05). Ini menunjukkan bahawa pembentukkan karakter
motivasi atlet UKM tidak dipengaruhi faktor sosio-jantina tetapi mungkin lebih berkait rapat dengan
personaliti individual atlet. Terdapat beberapa kajian lepas yang berjaya membuktikan perkaitan antara
personaliti dan motivasi sukan (Huang et al., 2007; Davis et al., 1995). Atlet perempuan secara amnya
mempunyai tahap motivasi yang lebih tinggi walaupun tiada perbezaan yang signifikan. Hasil kajian
Rintaugu dan Ngetich (2012) juga menunujukkan bahawa tiada perbezaan motivasi penglibatan sukan
antara jantina dalam kalangan 60 responden terdiri daripada pelajar Sains Sukan universiti. Selain itu,
kajian Khan et al. (2011) turut memperoleh dapatan yang menunjukkan tiada perbezaan motivasi antara
atlet badminton lelaki dan perempuan. Beberapa kajian lain yang memperoleh hasil dapatan yang sama
di mana faktor sosio-demografik jantina gagal mempengaruhi kecenderungan motivasi atlet (Van
38
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 9, No 1, 2020 (36)
ISSN: 2232-1918 / eISSN: 2600-9323
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ
Heerden, 2014). Hasil dapatan kajian yang menunjukkan keseragaman ciri-ciri dan keterampilan
psikologi berdasarkan jantina masih terbatas. Tiada kriteria yang standard dalam penentuan jenis
motivasi termasuklah dari perspektif jantina.
Dapatan yang diperoleh daripada penyelidikan ini tidak selari dengan hasil kajian terdahulu
yang menyatakan wujudnya kecenderungan jenis motivasi berdasarkan jantina (Norsaleha et al., 2019;
Cox, 2012; Chin et al., 2012; Kim et al., 2003, Zahariadis et al., 2005). Menurut Gomez-Lopez et.al
(2014), atlet bola tampar perempuan lebih cenderung memiliki motivasi intrinsik kerana mengetahui
kepentingan latihan dalam mencapai matlamat sukan berpasukan. Dalam kajian lain, atlet perempuan
lebih memberi perhatian kepada proses keseronokkan dan kepuasan dalam penglibatan sukan. Aspek
berikut dikaitkan dengan pemilikan jenis motivasi intrinsik (Sarrazin et al., 2002; Chental et al. 1996;
Fortier et al. 1995; Gould et al., 1985). Menurut Norsaleha et al., (2019), atlet hoki perempuan Malyasia
memiliki motivasi intrinsik berbandik atlet lelaki yang bermotivasi ekstrinsik. Berbeza pula dengan
kajian Chin et al. (2012) yang menunjukkan motivasi intrinsik yang tinggi bagi atlet lelaki sukan
olahraga berbanding dengan atlet perempuan. Penyelidikan yang dilakukan kepada 386 atlet institusi
pendidikan tinggi dari sukan olahraga, bola tampar, bola keranjang, hoki, senamrobik dan berenang
mendapati atlet lelaki mempamerkan kecenderungan motivasi intrinsik berbandung atlet wanita (Cox,
2012). Walaupun terdapat perbezaan hasil dapatan antara kajian ini dan terdahulu, matlumat yang
diperoleh dapat digunakan sebagai rujukan pihak berkepentingan untuk merangka pembangunan atlet
yang terlibat.
KESIMPULAN KAJIAN
Kajian ini menunjukkan bahawa motivasi intrinsik adalah faktor utama penglibatan atlet UKM dalam
sukan yang diceburi. Motif penglibatan sukan yang intrinsik merupakan petanda positif yang menjamin
kualiti penyertaan sukan untuk jangka masa panjang. Oleh kerana itu, adalah penting untuk menerapkan
motivasi sukan yang tepat dalam kalangan atlet bagi memastikan kesinambungan pembudayaan sukan.
Kajian ini memberi implikasi secara praktikal melalui promosi penglibatan sukan secara
menyeluruh yang mengambil kira data komuniti spesifik dalam masyarakat. Kesedaran kepentingan
aspek motivasi perlu diterapkan kepada pihak berkepentingan supaya perangkaan strategi penglibatan
sukan yang efektif dalam kalangan masyarakat umum tidak diabaikan.
Kajian aspek motivasi pada masa depan boleh diperluaskan dengan melibatkan sampel populasi yang
lebih banyak terdiri daripada kumpulan komuniti yang berbeza. Selain itu, perkaitan aspek motivasi
dengan faktor-faktor lain seperti personaliti, gaya kejurulatihan serta sifat sukan diceburi perlu diberi
perhatian dalam kajian masa depan.
RUJUKAN
Abu Samah, I.H., Adekalu, S.O., Omar, Z. & Ismail, I. A. (2013). Influence of Coach Behaviour on Athletes’
Motivation. International Journal of Research in Management. 3(5), 136-142.
Chental, Y, Guay. F, Debreva, M. T. & Vallerand, R. J. 1996. Motivation and elite performance: an exploratory
investigation with Bulgarian athletes. International Journal of Sport Psychology. 27: 173-182.
Chin, N. S, Khoo, S. & Low, W. Y. 2012. Self-determination and goal orientation in track and field. Journal
Human Kinetics 33: 151-161.
Cox, R. H. (2012). Sport Psychology Concepts and Applications (Seventh Ed). by McGraw-Hill.
Djamarah, Bahri Syaiful. (2011). Psikologi Belajar. Jakarta: Rineke Cipta.
Davis, C., Fox, J., Brewer, H., & Ratusny, D. (1995). Motivations to exercise as a function of personality
characteristics, age, and gender. Personality and Individual Differences, 19 (2), 1165-1174.
Deaner, R. O., Balish, S. M., & Lombardo, M. P. (2016). Sex differences in sports interest and motivation: An
evolutionary perspective. Evolutionary. Behavioral Sciences, 10(2), 73–9.
39
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 9, No 1, 2020 (36)
ISSN: 2232-1918 / eISSN: 2600-9323
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ
Deelen, I., Ettema, D., & Kamphuis, C. B. (2018). Sports participation in sport clubs, gyms or public spaces: How
users of different sports settings differ in their motivations, goals, and sports frequency. PloS One, 13(10),
e0205198.
Fortier, M. S, Vallerand, R. J, Brière, N. M. & Provenchen, P. J. 1995. Competition and recreation sport structures
and gender. A test of their relationship with sport motivation. International Journal Sport Psychology.
20: 24-39.
Fox, K. & Biddle, S. 1991. Children’s participation motives. International Council Health, Physical Education &
Recreation, 1991; 79-82.
Gill, D, Gross, J. & Huddleston, S. 1983. Participation motivation in youth sports. International Journal of Sport
Psychology, 1983; 14: 1-14.
Gomez-Lopez. M, Granero-Gallegos. A, Baena-Extremera. A & Abraldes, J.A (2014). Goal orientation effects on
elite handball players’ motivation and motivational climate, Procedia Social and Behavioral Sciences,
132, 434- 440
Gould, D, Feltz, D. & Weiss, M. 1985. Motives for participating in competitive youth swimming. International
Journal of Sport Psychology, 1985; 16(2): 126-140.
Hagan, Pollmann, & Schack (2017). Inside Sport Psychology. Human Kinetics.
Huang, C. H., Lee, L. Y. & Chang, M. L. (2007). The Influences of Personality and Motivation on Exercise
Participation and Quality of Life. Social Behavior and Persolaity: An International Journal, 35(9), 1189-
1210.
Jamaris Martini, Orientasi Baru dalam Psikologi Pendidikan, Jakarta Pusat: Yayasan Penamas Murni, 2010.
Katz, B., Jaeggi, S., Buschkuehl, M., Stegman, A. & Shah, P. (2014). Differential effect of motivational feature
on training improvements in school-based cognitive training. Front Hum Neurosci. 3, 143-145.
Khan, Z., Haider, Z. &Ahmed, N. (2011). Gender difference in achievement motivation of intervarsity level
badminton players. Journal of Physical Education and Sport. 11(3), 255-258.
Kim, B. J, Williams, L. & Gill, D. 2003. A cross-cultural study of achievement orientation and intrinsic motivation
in young USA and Korean athletes. International Journal of Sport Psychology, 2003; 34(1): 169-184.
Kingston, K, Horrocks, C. & Hanton, S. 2006. Do multidimensional intrinsic and extrinsic motivation profiles
discriminate between athlete scholarship status and gender? Europe Journal of Sport Science, 2006; 6:
53-63.
Komarudin (2015). Psikologi Olahraga. PT Remaja Rosdakarya, Bandung.
Lonsdale, C., Hodge, K., Hargreaves, E. A. & Ng, J. Y. Y. (2014). Comparing sport motivation scales. Psychology
of Sport and Exercise, 15, 446-452.
Mosoi, A. A. (2013). Skills and Motivation of Junior Tennis Players. Procedia- Social and Behavioral Sciences.
78, 215-219.
Najah, A., & Rejeb, R. B. (2016). Psychological Characteristics of Male Youth Soccer Players: Specificity of
Mental Attributes According to Age Categories. Advances in Physical Education, 6(01), 19.
Norsaleha Mohd Ariffin, Nabilah Yaakub & Nelfianty Mohd Rasyid (2019). Perkaitan orientasi matlamat dan
keseronokan dalam kalangan atlet hoki UPSI. Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 8(2): 35-43.
Pelletier, L.G., Fortier, M.S., Vallerand, R.J., Tuson, K.M., Briere, N.M. & Blais, M.R. (1995). Toward a New
Measure of Intrinsic Motivation, Extrinsic Motivation and Amotivation in Sports: The Sport Motivation
Scale (SMS). J Sport Exer Psy. 17: 35-53.
Pelletier, L.G., Rocchi, M.A., Vallerand, R.J., Deci, E.L. & Ryan, R.M. (2013). Validation of the Revised Sport
Motivation Scale (SMS-II). Psychol Sport Exer. 14: 329-341.
Rintaugu, E. G. & Ngetich, E. D. K. (2012). Motivational gender differences in sport and exercise participation
among university sport science students. Journal of Physical Education and Sport. 12(2), 180-87.
Ryan, R.M., Connell, J.P. & Grolnick, W.S. 1992. When Achievement is not Intrinsically Motivated: A Theory
and Assessment of Self-regulation in School in AK Boggiano, T.S. Pittman (Eds.). Achievement and
Motivation. Social Developmental Perspective. 1992. Cambridge: Cambridge University Press. 167-188.
Ryan, R. M., & Deci, E. L. 2017. Self- Determination Theory: Basic Psychological Needs in Motivation,
Development, and Wellness. (Online), (www.gen.lin.rus.ec), Diakses 13 Maret 2017.
Sarrazin, P., Vallerand, R., Guillet, E., Pelletier, L. & Cury, F. 2002. Motivation and Dropout in Female
Handballers: A 21-Month Prospective Study. Eur J Soc Psychol. 32: 395-418.
Schneider, R., Harrington, M., & Tobar, D. (2017). Goal orientation and how a task or ego mentality can affect
the enjoyment for college hockey players. College Student Journal, 51(1), 57-62.
Standage, M., Duda, J.L. & Ntoumanis, N. 2003. Predicting Motivational Regulations in Physical Education: The
Interplay between Dispositional Goal Orientations, Motivational Climate and Perceived Competence. J
Sport Sci. 21: 631-647.
Vallerand, R.J. 1997. Toward A Hierarchical Model of Intrinsic and Extrinsic Motivation in MP Zanna (Ed.).
Advances in Experimental Social Psychology. San Deigo: Academic Press. 271-360.
40
Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 9, No 1, 2020 (36)
ISSN: 2232-1918 / eISSN: 2600-9323
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ
Van Heerden, C. H. (2014). The relationship between motivation type and sport participation among students in
South Africa context. Journal and Physical Education and Sport Management. 5(66), 66-71.
Veale, D., Eshkevari, E., Ellison, N., Costa, A., Robinso, D., Kavouni, A. & Cardozo, L. (2014). Psychological
Characteristics and Motivation of Women Seeking Labiaplasty. Psychological Medicine, 44(3), 555-556.
Walczak, M. & Tomczak, M. (2019). Validation of the Polish version of Sport Motivation Scale (SMS). Effect of
gender, level of participation and sport type on intrinsic and extrinsic motives. Trends in Sport Sciences.
26(4), 187-195.
Zahariadis, P.N, Tsorbatzoudis, H. & Grouios, G. 2005. The Sport Motivation Scale for Children: Preliminary
Analysis in Physical Education Classes. Percept Motor Skill. 101 (1): 43-54.
41