Bab Ii
Bab Ii
Bab Ii
1 Pendahuluan
Bab ini memerlukan pengkaji untuk merujuk dan meninjau kepada bahan-bahan bacaan
dan kajian lampau yang berkaitan dengan kajian iaitu kebimbangan. Bab ini juga akan
memberi gambaran kepada soal selidik yang selalu digunakan dalam mengkaji
perbandingan tahap kebimbangan atlet.
2.2 Definisi
Dalam bab ini, pengkaji akan mengetengahkan kajian-kajian lampau yang pernah
dilakukan oleh penyelidik mengenai tahap kebimbangan. Pengkaji juga berharap kajian-
kajian ini dapat membantu pengkaji untuk menjalankan kajian dan memperolehi
keputusan yang tepat.
Kajian mengenai perbezaan tahap kebimbangan tret dan stret di kalangan atlit
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau, Sabah sebelum pertandingan serta
faktor-faktor yang menyebabkan kebimbangan telah dijalankan oleh Hasnifah Binti
Bacho (2003). Bagi mendapatkan data kajian, pengkaji telah menggunakan 3 jenis soal
selidik yang akan diberikan kepada sampel, iaitu borang soal selidik STAI, SCAT dan
borang senarai faktor penyebab rasa bimbang. Sampel yang dipilih terdiri daripada
pelajar-pelajar sekolah menengah seramai 41 orang atlit (21 orang atlit lelaki & 20 orang
atlit perempuan) yang mneyertai acara balapan dan padang dalam Sukan Sekolah-
Sekolah Zon Daerah Tawau. Pengkaji juga telah menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS 11.5) untuk memperolehi semua data dan skor yang
berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Keputusan kajian ini telah menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kebimbangan stet dan tahap
kebimbangan tret bagi atlit sekolah tersebut sebelum pertandingan. Pengkaji menyatakan
bahawa ini kerana kebimbangan tret wujud dalam diri seseorang secara semulajadi,
manakala kebimbangan stet pula wujud disebabkan oleh pengaruh keadaan dalam situasi
tertentu. Perbezaan tahap kebimbangan stet dan tret antara atlit lelaki dan perempuan pula
tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Ini kerana atlit lelaki dan perempuan
mempunyai tahap kebimbangan yang sama.
Khoo Cheng Keat (2006) telah menjalankan satu kajian mengenai kesan muzik
terhadap kebimbangan dan keyakinan diri bagi atlit 100 meter. Objektif bagi kajian ini
adalah membolehkan atlit bertanding dengan rasa seronok dan tidak tertekan oleh
kebimbangan takut gagal serta boleh memberikan orestasi cemerlang semasa
pertandingan. Dalam kajian ini, peneylidik telah menggunakan tiga komponen
kebimbangan, iaitu kebimbangan tret, kebimbangan stet dan keyakinan diri serta kadar
enyutan jantung sebagai alat ujian. Seramai 12 orang atlit 100 meter (6 orang lelaki & 6
orang perempuan) telah menjadi subjek bagi kajian ini yang berumur dalam lingkungan
23 hingga 25 tahun. Seterusnya, penyelidik memberikan subjek tiga set borang soal
selidik, iaitu, soal selidik State Trait Anxiety Inventory (STAI), Sport Competition
Anxiety Test (SCAT), dan Competitive State Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2). Menurut
penyelidik, borang soal selidik ini akan diedarkan 10 minit sebelum permulaan aktiviti
memanaskan badan, selepas mendengar muzik dan selepas larian untuk menguji tahap
kebimbangan atlit. Penyelidik juga akan memberikan subjek Polar Heart Rate S720i.
Polar Heart Rate S720i ini akan dipasangkan oleh semua sampel 1 jam sebelum
pertandingan. Dapatan bagi kajian ini adalah keputusan menunjukkan bahawa terdapat
penurunan kadar denyutan jantung yang signifikan selepas subjek mendengar muzik dan
terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi kebimbangan tret, kebimbangan stet
dan keyakinan diri sebelum dan selepas mendengar muzik. Natijahnya, muzik adalah
teknik yan berkesan bagi mengurangkan tahap kebimbangan atlit 100 meter.
Sementara itu, satu kajian mengenai tahap kebimbangan atlit dalam sukan
berpasukan sebelum pertandingan telah dijalankan oleh Omar Bin Md. Salleh (1999).
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kebimbangan pra pertandingan secara
keseluruhan dan seterusnya membuat pertandingan tahap kebimbangan antara atlit lelaki
dan wanita Maktab Perguruan Seri Kota (MPSK). Di samping itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang dapat mempengaruhi tahap kebimbangan
serta mengenalpasti kaedah-kaedah yang sering digunakan untuk mengurangkan
kebimbangan di peringkat pra-pertandingan di kalangan atlit MPSK yang telah menyertai
sukan berpasukan dalam Karnival Sukan KAGUM Zon E. dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan kaedah survey berpadukan kepada SCAT yang telah diubahsuai ke dalam
Bahasa Melayu. Subjek bagi kajian ini terdiri daripada 64 orang atlit (32 orang atlit lelaki
& 32 orang atlit wanita). Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan program
SPSS, kekerapan dan peratusan. Selain itu, ujian-t (t-test) juga digunakan untuk melihat
perbezaan tahap kebimbangan antara atlit lelaki dan wanita. Dapatan bagi kajian ini,
penyelidik mendapati bahawa tidak terdapat perbezan bagi tahap kebimbangan pra
pertandingan yang signifikan antara atlit lelaki dan wanita. Penyelidik juga mendapati
bahawa hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan pra pertandingan atlit
MPSK secara keseluruhannya adalah pada skor yang terlalu tinggi (min=33.1). Selain itu,
penyelidik menyatakan bahawa faktor-faktor seperti tahap kesihatan dan kecergasan
sebelum pertandingan serta pengalamn yang sedia ada pada subjek yang dikaji telah
dikenalpasti sebagai punca utama yang menyebabkan kebimbangan subjek menjadi
meningkat. Manakala, menarik nafas panjang, membaca doa dan berehat adalah antara
kaedah yang sering digunakan oleh subjek untuk mengurangkan kebimbangan sebelum
memulakan pertandingan. Melalui kajian ini juga, tahap kebimbangan yang terlalu tinggi
yangditunjukkan oleh subjek kajian di peringkat pra pertandingan adalah kurang baik
kerana ia boleh menggangu tumpuan dan prestasi subjek semasa pertandingan.
Pengalaman dan pendedahan menyertai pertandingan yang kurang mungkin menjadi
penyebab utama. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran dalam latihan mental seperti
progressive relaxation dan autogenous traning adalah dicadangkan bagi menguruskan
kebimbangan pra pertandingan dengan lebih berkesan.
Kajian yang seterusnya adalah mengenai kesan latihan balingan jauh 36 meter dan
tahap kebimbangan terhadap tahap konsisten balingan jauh bagi atlet wanita boling
padang (Norashida Abdul Rahman, 2008) . Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengkaji kesan latihan Balingan Jauh 36m (BJ36) dan tahap kebimbangan Sport
Competition Anxiety Test (SCAT) terhadap tahap konsisten balingan jauh bagi atlet
wanita boling padang. Seramai 5 orang atlet bolig padang wanita terpilih untuk menjadi
subjek bagi kajian ini dan subjek tersebut akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil.
Kumpulan A iaitu tanpa latihan bebanan (n=2), kumpulan B iaitu dalam latihan bebanan
(n=2) dan kumpulan C iaitu kawalan (n=1). Dapatan kajian dinilai melalui borang skor
pengujian 40 balingan jauh dan soal selidik (SCAT). Tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi kumpulan A, dan B dalam ujian 40 balingan jauh. Walaupun analisa data
menunjukkan tiada perubahan balingan yang signifikan tetapi terdapat peningkatan
balingan bagi kumpulan A (53.85%), kumpulan B (42.86%) dan kumpulan C (28.57%).
Bagi ujian SCAT, kesemua kumpulan dapat menurunkan tahap kebimbangan daripada
tahap tertinggi semasa ujian pra kepada tahap sederhana tinggi semasa ujian pos.
Kesimpulannya, dengan latihan seseorang atlet dapat mengurangkan kesalahan dalam
kemahiran membaling bola dan meningkatkan ketepatan balingan secara konsisten.
2.4 Rumusan
Berdasarkan tinjauan pendapat dan kajian yang dinyatakan di atas, jelas sekali bahawa
tahap kebimbangan yang dialami oleh seseorang atlet ketika di peringkat sebelum
pertandingan atau selepas pertandingan berlangsung dapat mengganggu konsentrasi atau
fokus atlet daripada memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam pertandingan yang
disertai. Selain itu, ramai juga penyelidik telah menggunakan borang soal selidik Sport
Anxiety Test (SCAT) untuk mengetahui tahap kebimbangan atlet. Di samping itu,
penyelidik juga berminat untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya
kebimbangan dan kaedah-kaedah yang sering digunakan oleh atlet untuk mengurangkan
kebimbangan sebelum pertandingan di peringkat kebangsaan.