Download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2
PERLEMBAGAAN PASUKAN PENGAKAP
Fasal 1 : Nama dan Alamat.
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL, TAMAN INTAN, 08000 SUNGAI PETANI KEDAH. Fasal 2 : Tujuan Persatuan i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan. ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid. iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan. Fasal 3 : Keahlian i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun. iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan. Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan. ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan. Fasal 5 : Mesyuarat. i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk: - memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan. - kewangan - ucapan penangguhan - cadangan-cadangan ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada: a. Pengerusi b. Setiausaha c. Bendahari d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6) iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan. iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan. v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli. vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa. Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan. Pengerusi - menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan. ii. Setiausaha - menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan. iii. Bendahari - bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat. Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.
Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum). b. sumbangan PIBG. c. derma daripada ahli dan orang ramai. ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan. Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar. Fasal 9 : Tafsiran. i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad. Fasal 10 : Pembubaran. i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah.