Contoh Perlembagaan Kelab Bola Jaring

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

CONTOH PERLEMBAGAAN KELAB BOLA JARING

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA JARING

1.         NAMA DAN ALAMAT

a.         Nama Kelab    :           KELAB BOLA JARING        


b.         Alamat             :          
   

                                              


2.         MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi secara seimbang dan
menyeluruh dalam  aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.         TUJUAN

            Tujuan penubuhan KELAB BOLA JARING ialah  untuk mengadakan satu kumpulan


pelajar yang mendapat didikan dan bimbingan tentang kepentingan seni budaya dan
kepentingan riadah dalam kehidupan seharian mereka. Antara penekanan yang diberikan ialah
seperti berikut :

3.1       Mempelajari asas permainan BOLA JARING.

3.2       Meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam permainan BOLA JARING.

3.3       Membudayakan sifat-sifat penyayang terhadap diri dengan berpersatuan.

3.4       Menjadikan permainan bola jaring satu alat untuk pergaulan antara


pelajar. 

3.5       Menghargai budaya dan memupuk semangat  bertanggungjawab     

3.6       Menyumbang kepada kemajuan kebudayaan di sekolah terutamanya melalui  


     penyebaran maklumat dan pendidikan yang berkaitan.

4.         KEAHLIAN

4.1       Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini.

4.2          Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang 


            disediakan

4.3          Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada


            perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
            menjayakan tujuan kelab ini.

5.         GURU PENASIHAT
5.1       Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2          Guru Penasihat  mempunyai kuasa mutlak, merancang atau


membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3          Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa


aktiviti dijalankan.

6.         AHLI JAWATANKUASA

6.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2       Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa   manakala  


ahli   yang   tidak   dapat  hadir  tetapi menulis surat tunjuk sebab layak 
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3       Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian.

6.4       Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat   tanpa 


            mengadakan mesyuarat.

6.5          Ahli Jawatankuasa  yang  hendak meletakkan jawatan hendaklah


menghantar surat  perletakan  jawatan kepada  Guru Penasihat.

6.6       Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1    Pengerusi

6.6.2    Naib Pengerusi

6.6.3    Setiausaha

6.6.4    Penolong Setiausaha

6.6.5    Bendahari

6.6.6    Penolong Bendahari

6.6.7    Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

6.6.8    Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

7.         TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


           
7.1       Pengerusi

7.1.1      Mempengerusikan  semua  mesyuarat  dan  bertanggungjawab


 atas kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2      Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala


keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

            7.2       Naib Pengerusi

7.2.1      Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung


jawab yang diberi.
                        7.2.2    Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


dari masa ke semasa.

            7.3       Setiausaha

                        7.3.1   Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2      Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-


kegiatan.

                        7.3.3   Mencatat kehadiran ahli

7.3.4   Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

7.3.5   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat


           dari masa ke semasa.
     
7.4       Penolong Setiausaha
                             
7.4.1      Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
                             
7.4.2    Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3    Menjalankan  tugas-tugas  lain yang diarahkan oleh Guru  


                                    Penasihat dari masa ke semasa.

            7.5       Bendahari

7.5.1    Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan

7.5.2      Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara 


kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
                             
7.5.3      Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.

7.5.4      Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam


mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5      Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan


dalam Mesyuarat Agung.
7.5.6      Menjalankan  tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

            7.6       Penolong Bendahari


                                 
7.6.1    Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2    Menjalankan  tugas-tugas  lain  yang diarahkan oleh  Guru Penasihat dari masa ke semasa.

            7.7       Ahli Jawatankuasa

7.7.1      Membantu menjalankan tugas dalam segala  program  dan aktiviti


yang dilaksanakan.

7.7.2    Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.2      Menjalankan  tugas-tugas lain yang  diarahkan  oleh  Guru


Penasihat dari masa ke semasa

            7.8       Pemeriksa Kira-Kira


                             
7.8.1      Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan
tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
                             
7.8.2    Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

  
8.         KEWANGAN

8.1        Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang


            diputuskan  semasa Mesyuarat Agung.

8.2        Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui projek-projek


atau aktiviti tertentu atau daripada agensi-agensi kerajaan terutama Jabatan Pengairan dan
Saliran.

8.3        Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan


perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4        Semua pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam  


Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua

9.         KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1         Ahli  persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti  yang 


dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.

9.2         Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut 


dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.  Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian  kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.
 10.       AKTIVITI

10.1      Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau


mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2      Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan


diumumkan kepada pengetahuan ahli.

11.       PERATURAN-PERATURAN

11.1    Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2    Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3    Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12.       TINDAKAN DISIPLIN

12.1      Diambil  terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab  


dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2    Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1  Amaran lisan

12.2.2  Amaran bertulis

12.2      Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan / kelab  secara  bertulis dan keputusan
Guru Penasihat adalah muktamad.

13.       PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1    Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga  ianya


dipinda.

13.2      Cadangan  pindaan  perlembagaan  boleh dibuat oleh ahli-ahli, Ahli   


Jawatankuasa, Guru   Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3      Satu  mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan  Ahli


Jawatankuasa  akan  membincangkan  cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan


oleh Pengetua.

14.       PEMBUBARAN PERSATUAN
                     
14.1    Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati     
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2    Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam
Mesyuarat Agung Tergempar.
                     

15.       HAL-HAL LAIN

15.1      Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang


dijalankan.

15.2      Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh


minat.

         ……………………….         ......................................        .....................................


       (                                   )      (                                       )     (                                      )
                    
       Setiausaha                                      Pengerusi                                    Guru Penasihat

Tarikh:    

You might also like