Assigment Penyelidikan Sains Sosial

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

FAKTOR TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN

KAKITANGAN PDRM DAERAH ISKANDAR PUTERI, JOHOR.

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan faktor tekanan kerja berdasarkan

demografi iaitu jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan dalam kalangan

kakitangan, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) di daerah iskandar puteri,Johor Bahru. Terdapat

enam faktor tekanan yang dikaji iaitu halangan kerja rumah dan kerja, struktur dan iklim

organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian, hubungan di tempat kerja dan

faktor instrinsik dalam pekerjaan.

Alat kajian yang digunakan ialah Occupational Stress Indicator (OSI) oleh Cooper,

C.L, Sloan, D & William, S.P (1988). Seramai 50 orang kakitangan Pdrm telah dipilih sebagai

responden bagi mewakili populasi. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik

deskriptif iaitu min, kekerapan dan peratus dan statistik inferensi menggunakan Ujian-t dan

ANOVA sehala.

Pengkaji mencadangkan agar pihak pengurusan mengambil langkah lebih proaktif

dengan memberikan pendedahan melalui pelbagai kursus dan latihan yang bersesuaian

secara konsisten terutamanya latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja kepada

kakitangan bagi melahirkan kakitangan yang produktif dan inovatif.

Pengkaji juga mengharapkan kajian ini dapat memberikan idea kepada pengkaji yang

akan datang. Khususnya bagi mereka yang berminat untuk membuat kajian yang berkaitan

dengan tekanan kerja. Penggunaan alat kajian OSI juga diharapkan dapat diperluaskan lagi

setelah kajian seperti ini didedahkan. Ini adalah kerana alat ujian tersebut masih kurang

224549 FAUZI 1
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
digunakan di Malaysia berbanding negara lain. Alat kajian ini sesuai digunakan bagi mengukur

dan menilai tekanan kerja yang dihadapi oleh semua golongan pekerja.

BAB 1- PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bab ini membincangkan latar belakang kajian, permasalahan kajian,persoalan

kajian, objektif kajian, signifikan kajian dan skop kajian.

1.1 Latar Belakang Organisasi / Unit

Pengkaji telah memilih jabatan PDRM Daerah Iskandar Puteri, Johor melibatkan

antara balai-balai polis iaitu kawasan Balai Ulu Choh, Balai Gelang Patah, Balai

Tanjung Kupang, Balai Bukit Indah, Balai Anjung dan kawasan Balai Mutiara Rini di

anggarkan seramai 500 kakitangan PDRM. Untuk tujuan kajian berkaitan, pengkaji telah

memilih secara rawak seramai 50 orang iaitu melibatkan 25 orang lelaki dan 25 orang

wanita untuk memperoleh maklumat yang dijalankan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Tekanan merupakan satu fenomena yang penting dan seringkali dikaitkan dengan

prestasi kerja, kesihatan dan tahap produktiviti individu atau pekerja (Rohany & Fatimah,

2006). Tekanan boleh menjejaskan produktiviti serta kualiti pekerja jika tidak ditangani

dengan baik dan berkesan. Justeru, tekanan kerja boleh memberi kesan yang negatif

terhadap kesihatan pekerja dan seterusnya kesejahteraan individu itu sendiri.

224549 FAUZI 2
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Bagi individu yang bekerja, sebahagian besar kehidupan dipenuhi dengan masa

bekerja.Peranan di tempat kerja merupakan satu keutamaan bagi sesetengah golongan yang

bekerja, manakala rumahtangga atau keluarga menjadi keutamaan kedua. Tidak dapat

dinafikan kepentingan pekerjaan bagi seseorang, bukan sekadar faktor ekonomi tetapi

pekerjaan menetapkan status sosial bagi seseorang individu. Oleh itu, kejayaan seseorang

dalam pekerjaannya sering dianggap sebagai satu faktor kejayaan dalam kehidupan dan

sebaliknya kegagalan dalam kerjaya dianggap kegagalan dalam kehidupan.

Dari sudut psikologi pula, seseorang yang mengalami tekanan akan berada dalam

kebimbangan, daya tumpuan rendah, bingung dan cepat marah. Manakala daripada segi

fisiologi pula, individu akan mengalami ketegangan otot, sakit kepala, sakit

belakang,insomnia, serangan jantung dan tekanan darah tinggi. Tekanan juga dipercayai

menjadi penyebab utama penyakit jantung koronari, kanser, masalah paru-paru, kemalangan

dan bunuh diri (Asmawati & Siva, 2002).

Melalui kajian oleh Mohd Awang, Dollard dan Wine Field, (2010) mendapati majoriti

responden yang dikaji (77%) bersetuju tekanan dalam pekerjaan telah meningkat baru-baru

ini. Menurut Helvinder (2003) dalam laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat

kira-kira 100 juta orang di dunia tertekan dalam satu-satu masa. Dalam laporan yang

dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tekanan di pejabat dilabel sebagai

‘penyakit’ abad ke-20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa

tekanan ialah Epidemik Dunia.

224549 FAUZI 3
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
1.3 Penyataan Masalah

Tekanan merupakan satu fenomena yang penting dan seringkali dikaitkan dengan

prestasi kerja, kesihatan dan tahap produktiviti individu atau pekerja (Rohany &Fatimah,

2006).Kesan tekanan kerja yang dihadapi oleh pekerja terhadap organisasi PDRM juga

adalah sangat besar. Tekanan yang dialami oleh pekerja boleh mengakibatkan banyak kesan

negatif terhadap sesebuah organisasi.

Pekerja yang menghadapi tekanan yang tinggi akan kurang motivasi kerja, kerap

tuang kerja, enggan bekerjasama, enggan bertolak ansur, sukar menyesuaikan diri,

mempunyai sikap negatif, selalu cuti sakit dan lain-lain lagi yang akhirnya menghasilkan

prestasi yang menurun.

Melalui kajian oleh Asma Bee (2004) telah mengemukakan teori mereka terhadap

tekanan iaitu tekanan dikatakan berpunca dari faktor-faktor persekitaran dan individu.

Tekanan juga wujud apabila pemintaan luar terhadap individu melebihi sumber yang

ada pada seseorang individu. Sebagai contoh tekanan kerja boleh berlaku apabila individu

mendapati banyak kerja yang perlu diselesaikan dan penyelia memberi tarikh akhir untuk

menyiapkan tugasan tersebut, namun gagal diselesaikan oleh individu berkenaan contohnya

dari segi pengumpulan dan risikan maklumat berkaitan jenayah.

Walaupun tekanan sering dikaitkan dengan keburukan, namun manusia memerlukan

sedikit tekanan dalam kehidupan. Tekanan merupakan penggerak dalam untuk mewujudkan

satu tindakan ke arah penentuan keberkesanan peribadi. Kehidupan yang bebas daripada

tekanan akan membuat seseorang itu malas dan tidak bergerak ke hadapan.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah memilih PDRM Daerah Iskandar Puteri

sebagai lokasi bagi menjalankan kajian untuk mengenalpasti faktor tekanan dalam kalangan

kakitangan PDRM berdasarkan demografi kerana pengkaji mendapati pretasi kerja di

kalangan kakitangan PDRM semakin merosot dari semasa ke semasa kerana terdapat

tekanan kerja terhadap mereka.

224549 FAUZI 4
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan PDRM Daerah Iskandar Puteri?

2. Apakah faktor tekanan kerja yang paling dominan?

3. Apakah perbezaan tekanan kerja berdasarkan ciri-ciri demografi responden.

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memenuhi objektif iaitu:-

1. Mengenalpasti faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan PDRM Daerah Iskandar

Puteri

2. Mengenalpasti faktor tekanan kerja yang paling dominan dalam kalangan responden.

3. Mengenalpasti perbezaan tekanan kerja berdasarkan faktor demografi responden.

1.6 Sigfinikan Kajian

Secara umumnya, kajian ini akan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak

Pengurusan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta pihak-pihak yang bertanggungjawab

terhadap tekanan yang dialami oleh kakitangan PDRM.

Melalui penambahbaikan dengan meminimakan tekanan kerja dalam kalangan

kakitangan PDRM, ia dapat memberikan faedah kepada semua pihak terutamanya

kakitangan. Oleh yang demikian, kakitangan akan lebih bermotivasi dan bersemangat dalam

melaksanakan tugas mereka. Pihak pengurusan pula, akan berpuas hati dengan hasil kerja

yang ditunjukkan sekaligus dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan.

224549 FAUZI 5
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
1.7 Skop Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada perkara-perkara yang dihadkan oleh pengkaji. Antara

batasan tersebut adalah dari segi responden dan lokasi. Responden terdiri daripada para

pekerja PDRM di daerah iskandar puteri, Johor Bahru sahaja yang telah dipilih seramai 50

orang daripada keseluruhan pekerja PDRM yang terdapat di Daerah Iskandar Puteri Johor

dan faktor-faktor yang hendak dikaji hanya melibatkan faktor-faktor halangan kerja rumah

dan kerja, struktur dan iklim organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan

pencapaian,hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan.

224549 FAUZI 6
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
BAB 2- SOROTAN KARYA (LITERATURE REVIEW)

2.0 Pengenalan

Bab ini memfokuskan perbincangan berkaitan kajian literature yang telah dijalankan

oleh pengkaji lepas. Perbincangan juga meliputi definisi konsep,kerangka kajian, hipotesis

kajian dan rumusan.

2.1 Dapatan Dan Keputusan Kajian Lepas.

Menurut kajian Thi Lip Sam (1998) tentang faktor tekanan di kalangan pengurus dan

eksekutif di tempat kerja mendapati jangkaan tinggi, mengekalkan jangkaan tersebut,struktur

organisasi yang tegar dan birokrasi merupakan punca-punca utama tekanan kerja di

organisasi. Pengurus dan eksekutif perempuan mengalami tekanan kerja yang lebih tinggi

berbanding dengan pengurus dan eksekutif lelaki.

Walaubagaimana pun kajian Rosli (1996) mengenai faktor tekanan kerja dan kesan

tekanan ke atas 123 orang kakitangan kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara mendapati

punca tekanan tiada hubungan dengan jantina dan taraf perkahwinan.

Manakala Swanson, Power & Simpson (1998) telah menjalankan kajian perbandingan

antara tekanan kerja dengan kepuasan kerja di antara pelatih asas (GPs) dengan doktor

pakar mengikut jantina. Keputusan kajian menunjukkan doktor pakar mengalami tekanan kerja

dan kepuasan kerja yang lebih daripada pelatih asas GPs.

Martin Loosemore & Tom Waters (2004), dalam kajiannya untuk melihat tekanan di

kalangan pekerja profesional di dalam bidang pembinaan. Kajian memfokuskan kepada sama

ada wujud perbezaan tekanan dan punca tekanan di kalangan pekerja lelaki dan wanita di

dalam bidang pembinaan dengan menggunakan alat ujian Occupational Stress Indicator

224549 FAUZI 7
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
(OSI). Hasil kajian menunjukkan pekerja lelaki mengalami tekanan yang lebih tinggi

berbanding pekerja perempuan. Kajian juga menunjukkan walaupun terdapat persamaan

punca tekanan di antara pekerja lelaki dan perempuan namun terdapat juga perbezaannya.

Sebagai contoh pekerja lelaki menganggap keadaan seperti berani mengambil risiko, kesan-

kesan dari kesilapan yang dilakukan, pertindihan tugas dan perkembangan kerjaya sebagai

punca tekanan. Manakala bagi pekerja wanita pula keadaan seperti peluang untuk

perkembangan diri, kadar gaji, perlu berfikir idea-idea baru dan terpaksa bekerja di luar

daerah merupakan punca tekanan yang tinggi.

2.2 Definisi Konsep

Dalam kajian ini, didapati beberapa konsep. Konsep-konsep ini merangkumi tekanan dan

tekanan kerja seperti berikut;

Tekanan

Menurut Rohani & Nor Eda, (2001) tekanan merupakan sesuatu perkara yang normal

dan penting dalam kehidupan. Tekanan boleh menimbulkan keadaan yang baik dan

sebaliknya. Tekanan yang menyebabkan keadaan buruk adalah apabila tekanan mengganggu

aspek psikologi seseorang. Tekanan didefinisikan sebagai tekanan pada emosi, proses

pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Maria Diana (2011) mengatakan tekanan juga boleh

didefinisikan sebagai tindak balas emosi yang tidak spesifik terhadap desakan sama ada yang

sebenar atau yang diimaginasikan.

224549 FAUZI 8
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Tekanan Kerja

Brief, Schuler & Van Sell (1981) menyatakan tekanan kerja merupakan tindak balas

individu terhadap perkara-perkara yang berlaku dalam persekitaran kerja, di mana ia

mengancam individu tersebut. Individu tersebut tidak dapat menyesuaikan diri dengan

keadaan persekitaran kerja. Tekanan kerja adalah merupakan satu keadaan yang timbul

akibat interaksi manusia dengan kerja mereka. Ia dicirikan sebagai perubahan-perubahan

dalam diri manusia yang menyebabkan mereka berubah daripada berfungsi secara normal

kepada tidak normal (Rohany & Eda, 2001).

2.3 Faktor-Faktor Tekanan

Faktor tekanan adalah sebab atau punca yang menjadi asas, asal mula serta pokok

pangkal keadaan yang menyebabkan tertekan. Dalam kajian ini, enam faktor tekanan yang

dipilih dan dikaji iaitu halangan kerja rumah dan kerja, struktur dan iklim organisasi, peranan

pengurusan, kerjaya dan pencapaian,hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam

pekerjaan. Kajian ini juga dilakukan untuk menentukan faktor dominan yang menyebabkan

berlakunya tekanan dalam kalangan pekerja PDRM.

Halangan Kerja Rumah Dan Kerja

Rohany & Fatimah (2006) menyatakan apabila pekerja mengalami konflik di tempat

kerja, ini boleh mempengaruhi kehidupan mereka di rumah. Perkara yang sebaliknya juga

akan berlaku. Oleh itu, pekerja yang mengalami masalah di rumah seperti masalah kelurga,

krisis hidup, masalah kewangan, kematian atau masalah perhubungan berkemungkinan besar

tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik di tempat kerja.

224549 FAUZI 9
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Struktur dan Iklim Organisasi

Struktur dan iklim organisasi mungkin menghadkan otonomi pekerja. Pekerja mungkin

merasa mereka tidak banyak kawalan ke atas tugas mereka. Mereka mungkin merasakan

tugas mereka sangat menjemukan dan tidak mencabar dan ini boleh menyumbang kepada

ketidakpuasan bekerja, merasa sakit hati, merasa rendah diri dan kehilangan identiti. Majikan

boleh mengurangkan masalah ini dengan meningkatkan keterlibatan pekerja dalam membuat

keputusan dan mengalakkan kerja secara berkumpulan untuk mengatasi kawalan pekerja.

Contohnya penglibatan anggota PDRM dalam tugas ops payung yang mana menempatkan

setiap satu anggota di lokasi yang ditetapkan dan berperanan mencatit maklumat sekeliling. Di

tambah pula dengan masa kerja yang terlalu lama untuk tugasan terbabit menyebabkan

ketidakpuasan bekerja terjadi.

Peranan Pengurusan

Zainah & Hamdan, (2002) menyatakan peranan dalam pengurusan dikonsepsualkan

sebagai kekaburan peranan, konflik peranan, tanggungjawab terhadap orang lain, kurang rasa

tanggungjawab, kurang sokongan daripada pihak pengurusan, kurang penglibatan dalam

proses membuat keputusan dan memenuhi perubahan teknologi yang pesat.

Kerjaya Dan Pencapaian

Haprizar, Norulkamar & Siti Aishah, (2005) menyatakan perkembangan kerjaya yang

tidak menentu merujuk kepada kurang atau tiada peluang promosi kerja serta kurang jaminan

kerja.

224549 FAUZI 10
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Hubungan Di Tempat Kerja

Cox,t Boot Cox, S. & Harrison. (1988) menjelaskan perhubungan dan sokongan sosial

boleh dipertingkatkan melalui aktiviti sosial dalam usaha mengurangkan stres di tempat kerja.

Perhubungan yang sukar dengan rakan sekerja atau pihak pentadbir di tempat kerja boleh

menjadi punca stres kepada pekerja. Rakan sekerja mungkin tidak mempunyai kemahiran

dalam perhubungan dan berkomunikasi dan ini boleh menyebabkan mereka melahirkan sikap

seperti agresif, tidak mahu membantu dan sebagainya yang memberi kesan stres kepada

pekerja. Perhubungan juga boleh menjadi negatif akibat dari politik di pejabat,persaingan dan

gangguan tempat kerja.

Faktor Instrinsik Dalam Pekerjaan

Menurut Zainah & Hamdan, (2002) faktor instrinsik dalam pekerjaan termasuklah

persekitaran kerja seperti permintaan terhadap tenaga fizikal, tugasan yang berulang-ulang

dan lebihan kerja secara kuantitatif dan kualitatif. (Haprizar, Norulkamar & Siti Aishah, 2005)

pula menyatakan elemen instrinsik kerja merangkumi kebosanan, keadaan tempat kerja yang

tidak terurus, tekanan masa dan masalah teknikal.

Dapat dirumuskan di sini bahawa kesemua definisi tersebut mengaitkan tekanan kerja

wujud dari pelbagai faktor iaitu yang pertama faktor persekitaran dimana ketidaktentuan

persekitaran akan memberi kesan terhadap rekabentuk struktur organisasi, ia turut memberi

kesan terhadap tingkat tekanan di kalangan pekerja di dalam organisasi tersebut. Faktor-faktor

persekitaran terdiri daripada ketidak pastian ekonomi, ketidakpastian politik dan ketidakpastian

teknologi.

Yang kedua faktor organisasi dimana tidak ada pengecualian terhadap faktor-faktor

yang boleh menyebabkan tekanan di dalam organisasi. Antara faktor-faktor dalam organisasi

224549 FAUZI 11
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
yang menjadi punca tekanan ialah struktur organisasi, perubahan organisasi, politik

organisasi, kekaburan peranan, berlebihan beban kerja, kebosanan kerja dan kekurangan

sokongan kumpulan.Yang terakhir faktor personal iaitu kebanyakan individu hanya bekerja 45

jam seminggu. Masa selebihnya (123 jam) dihabiskan untuk berhubungan dengan masyarakat

sekitar. Segala masalah yang dialami pada waktu ini berkemungkinan akan dibawa ke tempat

kerja.

Hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan terikat di dalam kajian ini dapat

ditunjukkan dalam model tekanan kerja telah diperkenalkan oleh Cooper C.L , Sloan, D &

William, S.P (1988). Model ini menerangkan tentang tekanan kerja dan satu klasifikasi

mengenai punca-punca yang boleh menyebabkan seseorang individu mengalami tekanan

kerja. Masalah yang timbul ialah dari aspek kesihatan fizikal,kesihat mental dan simptom-

simptom organisasi. Ianya bermaksud halangan yang timbul akan mengakibatkan tekanan.

Sehubungan itu, setiap individu mempunyai keupayaan dan pendekatan yang

berbeza dan bergantung kepada jenis personaliti serta mekanisme daya tindak yang

digunakan. Sekiranya tekanan gagal ditangani, maka ia akan menimbulkan tekanan yang

terus dan berlarutan. Beliau telah menyatakan bahawa setiap individu kebanyakan cuba

menjaga emosi, pemikiran dan hubungan dengan persekitaran agar mereka selesa.

Selain itu, Cooper et. al, (1988) telah menyatakan bahawa faktor demografi turut

mempengaruhi tekanan. Andaian yang dibuat oleh dalam kajian di sini ialah terdapat

perbezaan tekanan kerja dari segi jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status

perkahwinan.

224549 FAUZI 12
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

2.4 Kerangka Kajian

Pembolehubah bebas (IV) pembolehubah terikat (DV)

Faktor tekanan kerja

1. Halangan kerja rumah

dan kerja.
Tekanan kerja berdasarkan
2. Struktur dan iklim
demografi iaitu:-
organisasi.
Perbezaan 1. Jantina.
3. Peranan pengurusan.
2. Umur.
4. Kerjaya dan
3. Tempoh perkhidmatan.
pencapaian.
4. Status perkahwinan.
5. Hubungan di tempat

kerja.

6. Faktor instrinsik

dalam pekerjaan.

224549 FAUZI 13
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

2.5 Hipotesis Kajian

Ho Tidak terdapat perbezaan antara faktor tekanan berdasarkan demografi responden iaitu

jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan.

HA Terdapat perbezaan antara faktor tekanan berdasarkan demografi responden iaitu

jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan.

2.6 Rumusan

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan faktor tekanan kerja

berdasarkan demografi iaitu jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan.

Kajian ini telah dijalankan di cawangan PDRM Daerah Iskandar Puteri, Johor. Subjek kajian

terdiri daripada 50 orang kakitangan PDRM yang telah bersetuju untuk menjadi responden

dalam kajian ini. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan alat kajian yang diperkenalkan

oleh Cooper, Sloan & Williams (1988) iaitu Occupational Stress Indicator (OSI).Penggunaan

OSI dalam kajian ini adalah amat bersesuaian dengan tujuan kajian pengkaji iaitu mengukur

tekanan kerja dalam kalangan kakitangan PDRM.

224549 FAUZI 14
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

BAB 3 - METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan menghuraikan rekabentuk kajian, subjek kajian, instrumen kajian, kaedah

menjalankan kajian, teknik pengumpulan data dan analisis data. Setiap perkara yang di atas

akan dibincangkan dengan jelas satu persatu dengan berpandukan rujukan ilmiah yang kukuh

untuk menyokongnya.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian tinjauan ini menggunakan kaedah kuantitatif kerana ia sesuai digunakan untuk

mendapatkan maklumat yang banyak faktor tekanan kerja berdasarkan demografi dalam

masa yang singkat. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian bagi

menjawab persoalan kajian yang berkaitan dengan sejauh mana aspek demografi seperti

jantina, umur, tempoh perkhidmatan dan status perkahwinan menjadi faktor tekanan kerja

dalam kalangan kakitangan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) daerah iskandar puteri, johor.

224549 FAUZI 15
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Menurut Chua (2011) kajian tinjauan merupakan salah satu kaedah penyelidikan

bukan eksperimental yang paling popular, yang digunakan dalam pelbagai bidang,

terutamanya dalam bidang sains sosial. Ia biasanya digunakan untuk mendapatkan

pandangan orang ramai mengenai sesuatu isu semasa. Kajian jenis ini adalah popular kerana

mempunyai ciri-ciri penggunaan yang menyeluruh, cara pengendalian yang digemari, cara

memungut data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat yang terus dan

keupayaan keputusan kajian digeneralisasikan.

3.3 Proses Persampelan

Jumlah populasi kajian ialah jumlah keseluruhan seramai 500 pekerja di PDRM

daerah iskandar puteri dan saiz sample bagi kajian terdiri daripada 50 orang kakitangan

PDRM sahaja. Responden kajian meliputi 25 lelaki dan 25 Perempuan yang masih bekerja di

organisasi PDRM dan dipilih melalui persampelan rawak mudah iaitu di mana setiap elemen

dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

3.4 Startegi / Teknik Kutipan Data

Pengkaji telah memohon kebenaran dari Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri terlebih

dahulu bagi tujuan menjalankan kajian. Seterusnya, pengkaji turut menerangkan tentang etika

dan prosedur pengumpulan data. Melalui Persetujuan Ketua Bahagian dari Cawangan Latihan

PDRM Daerah Iskandar Puteri, Pengkaji telah mengedarkan borang soal-selidik kepada

subjek kajian yang dipilih sebagai sampel kajian. Pengkaji juga memberikan taklimat ringkas

tentang tujuan serta proses kajian yang akan dijalankan.

224549 FAUZI 16
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
3.5 Instrumen Pengukuran

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik Occupational Stress

Indicator (OSI) yang dibina oleh Cooper et. al (1988). Instrumen kajian ini digunakan bagi

mengukur tekanan kerja dan punca-punca tekanan dalam pekerjaan serta faktor-faktor yang

berhubungan dengan tekanan kerja. Soal-selidik ini mengandungi 6 skala namun bagi kajian

ini pengkaji hanya memilih 1 skala iaitu skala punca-punca tekanan.

Instrumen kajian terdiri dari dua bahagian iaitu Bahagian A terdiri daripada 4 soalan

tentang latarbelakang responden yang terdiri daripada jantina, umur, tempoh pekerjaan dan

status perkahwinan.

Bahagian B pula merupakan borang skala soal selidik OSI yang digunakan iaitu skala-

skala punca tekanan iaitu 61 item yang terdiri daripada 6 bahagian iaitu halangan kerja rumah

dan kerja, struktur dan iklim organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian,

hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan.

Kesemua item adalah berbentuk positif dan respon kepada semua item dalam

Bahagian B adalah berdasarkan skala likert 6 poin. Bagi tujuan kajian, pengkaji telah memilih

1 skala iaitu mengkaji faktor tekanan kerja dalam kalangan kakitangan PDRM. Soal selidik

tersebut mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A terdiri daripada borang maklumat diri

responden, manakala bahagian B pula merupakan skala soal selidik Occupational Stress

Indicator (OSI).

3.6 Penganalisaan Data

Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The

Social Science (SPSS) versi 20. Kajian ini dikemukakan dalam dua bahagian iaitu analisis

deskriptif yang melaporkan taburan frekuensi dan peratusan ciri-ciri demografi responden.

224549 FAUZI 17
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Bahagian kedua melaporkan analisis inferensi iaitu Ujian-t dan Anova sehala bagi

mengenalpasti perbezaan faktor tekanan kerja mengikut jantina, umur,tempoh perkhidmatan

dan status perkahwinan.

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan melalui kajian ini, kita dapat melihat pengaruh tekanan kerja

kepada individu dan organisasi. Oleh yang demikian, maklumat-maklumat yang diperolehi

melalui kajian ini dapat digunakan oleh semua pihak dalam meningkatkan prestasi dan mutu

kerja di samping dapat mengurangkan dan mengatasi punca tekanan di tempat kerja. Walau

bagaimanapun, kehadiran tekanan kerja tidak semua membawa implikasi yang negatif kepada

pekerja tetapi timbul juga implikasi yang positif sekiranya ia bertindak sebagai pendorong

supaya seseorang itu lebih berusaha. Contohnya apabila tangkapan jenayah dilaksanakan,

hal ini memberi kepuasan kepada kakitangan PDRM walaupun tekanan kerja itu di hadapi.

Melalui kajian ini juga kita dapat melihat bahawa faktor tekanan kerja bukanlah

berpunca daripada faktor luaran seseorang sahaja tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor

dalaman seseorang. Oleh itu tahap tekanan yang dihadapi oleh setiap individu adalah berbeza

mengikut sejauhmana ia mempersepsikan tekanan itu boleh mempengaruhi dirinya.

Hasil kajian ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi individu yang

berminat untuk mengkaji berkenaan tekanan kerja dan mereka lebih bersedia dari semua segi

terutamanya dari segi ketahanan mental dan fizikal. Ini amat penting bagi mereka yang

bersedia dan bertanggungjawab dalam situasi pekerjaan yang mencabar.

224549 FAUZI 18
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Akhir sekali, pengkaji mengharapkan kajian ini dapat memberikan idea kepada

pengkaji yang akan datang. Khususnya bagi mereka yang berminat untuk membuat kajian

yang berkaitan dengan tekanan kerja. Penggunaan alat kajian OSI juga diharapkan dapat

diperluaskan lagi setelah kajian seperti ini didedahkan. Ini adalah kerana alat ujian tersebut

masih kurang digunakan di Malaysia berbanding negara lain. Alat kajian ini sesuai digunakan

bagi mengukur dan menilai tekanan kerja yang dihadapi oleh semua golongan pekerja.

5.0 RUJUKAN

Asmawati Desa & Siva a/l Subramaniam. (2002). Tekanan kerja di kalangan pensyarah: satu

perbandingan di antara universiti awam dan universiti swasta. Pasca sidang seminar

psikologi psima 2 : 145 – 151.

Asma Bee Ahmad Tajudeen. (2004). Kepuasan Kerja dan Tekanan yang dihadapi oleh Guru

Sekolah Menengah. Kertas Projek Ijazah Master Sains. Universiti Putra Malaysia.

Brief, A.P, Schuler, R.S. & Sell, M.V., (1981). Managing Job Stress. New York: Little Brown

and

Company.

Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan kaedah penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala

Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cooper, C. L., Sloan, S. J. and Williams, S (1988). Occupational Stress Indicator Management

Guide:NFER-Nelson Publishing Company Limited. Oxford.

Cox, T., Boot, N., Cox, S. & Harrison, S., (1988). ‘Stress in Schools: An Organisational

224549 FAUZI 19
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL
Perspective, Work and Stress, 2 (4):353-363.

Haprizar Ashari, Norulkamar Ahmad & Siti Aishah Abd Rahman. (2005).Komitmen organisasi

di

kalangan staf akademik: Hubungan dengan tahap stres. Pusat Pengurusan

Penyelidikan.

Universiti Teknologi Malaysia.

M.A, Dollard, M. F., & Winefield, A. H. (2010). Lay theory explanation of occupational stress

: The Malaysian context. Cross Cultural Management.An International Journal 17 :

135-153.

Martin Loosemore & Tom Waters. 2004. Differences in occupational stress among

professionals

in the construction industry. Journal of Management in Engineering 20 : 126-132.

Rohany Nasir & Nor Eda Nusi. (2001). Tekanan kerja, tekanan rumahtangga dan komitmen

kerjaya di kalangan pegawai wanita Polis Di Raja Malaysia. Jurnal Psikologi. Universiti

Kebangsaan Malaysia.Selangor.

Raja Maria Diana Raja Ali. (2011). Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja (Stres) di

kalangan guru-guru sekolah menengah di Daerah Pasir Putih. Tesis Sarjana.

Open University Malaysia.

Rohany Nasir & Fatimah Omar (2006). Kesejahteraan Manusia: Perspektif Psikologi.Kajian

tekanan kerja dan kesihatan pekerja. Universiti Kebangsaan Malaysia.Selangor.

224549 FAUZI 20
SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Rosli Hassan. (1996). Stress kerja: Kajian kes terhadap kakitangan bahagian kaunter di

Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN). Tesis. Universiti Malaysia.

Swanson, V., Power, K., & Simpson, R. (1998). A comparison of stress and job satisfaction in

female and male GPs and consultants. Stress Medicine, 12(1), 17-26.

Thi, Lip Sam. (1998). A case study of factors causing stress to managers and executives at

work. Tesis. Universiti Malaya.

Zainah Ahmad Zamani & Hamdan Mohd Ali. (2002). Kesihatan mental dan fizikal dan strategi

daya tindak di kalangan pekerja sektor awam. Pasca Persidangan Seminar Psikologi

PSIMA 2: Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

224549 FAUZI 21

You might also like