Pakaian Makanan

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

PAKAIAN DAN MAKANAN TRADISIONAL

BAVAGEETHA A/P KRISHNAMURTHI


LAAVAENAIESH A/L MURUGAN
MAHALECHUMY A/P K.KUMAR
PRESANA A/P GHANENDRA KUMAR
SRISHA A/P SEYALARASAN
Pakaian Tradisional

Pakaian Tradisional Kaum Melayu


Pakaian Tradisional Kaum Cina
Pakaian Tradisional Kaum India
PENDAHULUAN

Pakaian tradisional adalah istilah untuk gambarkan baju dan seluar


yang dipakai semasa perayaan dalam Bahasa kebangsaan Malaysia
mengikut kaum-kaum tertentu.
Komuniti utama Malaysia adalah Melayu, Cina dan India, masing-
masing mempunyai pakaian tradisionalnya sendiri. Sebilangan besar
rakyat Malaysia berpakaian seperti orang barat. Selalunya pada majlis-
majlis khas hanya warganegara yang memakai pakaian tradisional
Malaysia. Semua pakaian tradisional Malaysia yang pelbagai etnik
berwarna-warni, mengikut budaya mereka dan berseri-seri.
Pakaian Tradisional Kaum Melayu
 Pakaian Tradisional Kaum Melayu Lelaki
 Peringkat awal perkembangan pola Baju Melayu Teluk Belanga
adalah berpotongan singkat dan kecil, kemudiannya dilabuhkan
dan dibesarkan oleh Temenggung Tun Hassan seperti yang
diperihalkan dalam teks Sejarah Melayu. Pakaian Baju Melayu
terdiri daripada baju,seluar dan samping serta pemakaian penutup
kepala antaranya seperti tengkolok dan songkok.
 Baju Sikap
 Baju Melayu Cekak Musang
 Baju Melayu Teluk Belanga
BAJU SIKAP
Baju sikap berleher cekak musang dengan pemakaian satu
butang. Anak baju di bahagian dalam dipadankan dengan baju sikap
berpotongan lurus dengan belahan di hadapan.
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Baju Melayu Cekak Musang dengan pemakaian lima butang
sejajar. Pemakaian samping diikat ke tepi dengan keris hiasan disisip di
hadapan.
BAJU MELAYU TELUK BELANGA
Baju Melayu Teluk Belanga dengan pemakaian satu butang
sebagai pelengkap gaya. Pemakaian kain atau samping di bahagian luar
turut dikenali sebagai kain dagang luar.
AKSESORI
Capal disarung sebagai alas kaki
Butang dipakai untuk mencatumkan bahagian belahan leher
Tengkolok digunakan dalam pelbagai gaya
Keris turut berperanan sebagai upacara adat istiadat
Samping bahagian luar:dagang luar, bahagian dalam:dagang dalam
Baju Melayu Baju Melayu
Baju Sikap Cekak Musang Teluk Belanga
Pakaian Tradisional Kaum Melayu
Perempuan
Baju Kurung Teluk Belanga
Baju Kurung Kedah
Baju Kebaya
Baju Kurung Cekak Musang
Baju Riau Pahang
BAJU KURUNG TELUK BELANGA
Pemakaian satu butang atau kerongsang di leher baju. Baju ini
mempunyai kekek dan pesak dengan padanan kain bersusun tepi
dikenali sebagai ombak mengalun. Ia mempunyai tiga cucuk sanggul
tersemat kemas di kepala.

BAJU KURUNG KEDAH


Baju Kurung Kedah mempunyai leher teluk belanga
diperindahkan dengan perhiasan kalung papan di dada. Baju
dipadankan dengan kain lipatan bertangkap atau berselisih di hadapan.
BAJU KEBAYA
Baju Kebaya berbelah di baagian hadapan dikemaskan dengan
pemakaian kerongsang ibu dan anak tiga sejajar. Wanita tampil anggun
diserikan dengan perhiasan cucuk sanggul di kepala.

BAJU KURUNG CEKAK MUSANG


Baju Kurung Cekak Musang mempunyai tiga butang di dada.
Pemakaian diperindahkan dengan sanggul lintang sebagai perhiasan di
kepala.
BAJU RIAU PAHANG
Baju Riau Pahang berleher cekak musang dengan potongan
pesak gantung. Sanggul lintang dan genaik sebagai penyeri wajah
pemakaianya.
Perhiasan Diri Masayarakat Melayu(Wanita)

Cucuk sanggul
Cincin
Pending
Tali pinggang
Subang
Kerongsang Ibu dan anak
Dokoh
Kerongsang berantai
Baju Melayu Baju Kurung
Teluk Belanga Kedah Baju Kebaya
Baju Kurung Baju Riau Pahang
Cekak Musang
Pakaian Tradisional Kaum Cina
 Pakaian Tradisional Kaum Cina Lelaki
Samfu
Samfu terdiri daripada padanan baju dan seluar yang
digayakan oleh lelaki kaum Cina. Pakaian ini mempunyai belahan di
bahagian hadapan yang diperkemaskan dengan pemakaian kancing.
Secara tidak rasmi penutup kepala dan cincin.
 Pakaian Tradisional Kaum Cina Wanita
Cheongsam
Wanita Cina memakai cheongsam, sehelai pakaian dengan leher yang
tinggi dan menyerong yang ditutup dengan klip kecil atau bertukar-tukar. Ia
kadang-kadang boleh mempunyai belahan di sisi, seperti yang dibuat dengan kain
lembut seperti sutera. Cheongsam adalah sangat popular di sekitar waktu Tahun
Baru Cina dan majlis-majlis formal. Yang lebih tua yang dihormati wanita akan
memakai samfoo, yang kelihatan seperti pijama dengan memisahkan longgar atas
sesuai diikat dengan pin dan pergelangan kaki Panjang, atau di atas pergelangan
kaki,celana.
Samfu Cheongsam
Pakaian Tradisional Kaum India
Pakaian Tradisional Kaum India Lelaki
Dhoti
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki terdiri daripada kain empat
segi Panjang berwarna putih yang dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah
paha dan bahagian depan atau belakang.Ia juga dipakai oleh lelaki India semasa
perkahwinan dan juga semasa hari perayaaan.
Kain asas ini boleh datang dalam pelbagai warna malah berhias sulam
atau manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang berwarna kuning
pudar atau kuning susu. Semasa perkahwinan lelaki India mengenakan ‘Pattu
Veshti’ iaitu, pakaian yang berwarna kuning muda.
Pakaian Tradisional Kaum India Perempuan
Sari
Sari merupakan penggayaan pakaian wanita kaum India dengan
menggunakan kain ela bersaiz antara 5.5 sehingga 6 meter panjang. Cara melilit kain
memerlukan kemahiran agar lilitan yang membalut tubuh tanpa jahitan kelihatan rapi
dan kemas bagi pemakaianya.
Warna –warna lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim
perayaan.Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka
bercorak tumbuh-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk
menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang
mempunyai pelbagai manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si
pemakaianya. Walau apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang
menarik dan sesuai dengan si pemakai.
Dhoti Sari
MAKANAN TRADISIONAL

Makanan Tradisional Kaum Melayu


Makanan Tradisional Kaum Cina
Makanan Tradisional Kaum India
PENDAHULUAN
Keunikan Malaysia adalah terkenal dengan rakyatnya yang terdiri dari
berbilang kaum. Selain kaum Melayu, kaum Cina dan India merupakan
kaum utama di negara Malaysia dan kaya dengan pelbagai adat dan
budaya.
Setiap kali sambutan perayaan sesuatu kaum, terdapat pelbagai
makanan tradisional disediakan dan ditonjolkan kepada para
pelancong. Ia sekaligus dapat memperkenalkan kepelbagaian makanan
serta budaya yang terdapat di Malaysia.
Makanan Tradisional Kaum Melayu

Makanan kaum Melayu paling popular di Malaysia. Terdapat


pelbagai jenis makanan kaum Melayu warisan zaman-berzaman yang
begitu popular dan diminati orang ramai.

Masyarakat Melayu zaman dahulu sering menggunakan bahan


masakan yang bersumberkan alam semula jadi seperti tumbuh-
tumbuhan, daun-daun kayu pucuk sayuran dan sebagainya.
Contoh Makanan Tradisional Kaum Melayu
Asam pedas Tapai

Otak-otak Sate

Nasi Ulam Laksa

Nasi Lemak Wajid Serundang

Nasi Kerabu Kuih Bahulu

Lemang Dodol

Ubi Rebus Rendang

Acar Buah Ketupat


Nasi Lemak Dodol
Kuih Bahulu Ketupat
Makanan Tradisional Kaum Cina

Terdapat pelbagai makanan tradisional kaum Cina. Antaranya;


i. Yee Sang
ii. Kuih Bakul
iii. Kuih Bulan
iv. Dim Sum
v. Tau Fu Fah
vi. Tang Yuan
Yee sang

Yee Sang ialah sejenis salad ikan mentah gaya


Chaozhou. Yee Sang biasanya terdiri daripada
potongan daging ikan mentah(khususnya
salmon), yang bercampur dengan cebisan
sayur-sayuran dan beraneka sos dan perfasa
dan ramuan –ramuan lain. Secara harifah,
“yusheng” diterjemah menjadi ‘ikan mentah’,
namun boleh dianggap melambangkan
kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
KUIH BAKUL

Kuih bakul ialah makanan Cina yang diperbuat


daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.
Secara tradisi, kuih ini paling laris dimakan Ketika
sambutan Tahun Cina. Memakan kuih bakul
dipercayai membawa tuah pada masa perayaan
ini kerana Namanya ‘nian gao’ dimana perkataan
(gao) bermaksud ‘kuih’dalam nama kuih ini
berbunyi sama seperti perkataan(gao) bermaksud
‘tinggi melambangkan erti’setahun lagi
kehidupan, setingkat lagi kehidupan, setingkat
lagi kemajuan.
Kuih bUlan

Kuih bulan dimakan semasa sambutan perayaan


pertengahan musim luruh pada hari ke-15 dalam
bulan 8 bagi kalender lunar. Pada masa itu, ramai
orang akan makan kuih ini bagi sembahyang
qamari dan sambil memerhati bulan. Kuih bulan
ini merupakan sejenis kuih yang manis
mengandungi pelbagai jenis perasa ini seperti
kacang merah, pandan,yam ataupun telur masin.
Kuih ini biasanya dimakan dalam bahagian kecil
dan dirinya teh Cina.
Yee Sang Kuih Bakul Kuih Bulan
Makanan Tradisional Kaum India
Terdapat pelbagai makanan tradisional kaum India.Antaranya;
I. Tosai
II. Idli
III. Vadai
IV. Murukku
V. Nasi daun pisang
TOSAI
Tosai terdiri daripada pelbagai jenis seperti
tosai telur,tosai cili, tosai bawang dan
sebagainya. Makanan tradisional ini sering
dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum
India. Makanan tradisional ini berasal dari
India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau
makan malam. Tosai amat kaya dengan karbohidrat
dan protein.
IDLI
Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai
banyak jenis seperti rava atau sambar idli.Ia
dimakan sebagai sarapan pagi. Makanan ini sering
dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar
dan lain-lain.
VADAI
Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum
India. Terdapat dua jenis vadai iaitu ulunthu
vadai dan paruppu vadai. Ulunthu vadai biasanya
dimakan sekali dengan chutney.
MURUKKU
Murukku adalah makanan tradisional kaum
India.Murukku adalah makanan ringan yang sedap,
ranggup dan senang dibuat dan murah harga.
Murukku biasanya berbentuk bulatan atau
berbentuk halus. Murukku dibuat daripada acuan
khas seperti cara menekan tepung yang telah uli
atau cara pemutaran.
NASI DAUN PISANG
Masyarakat India juga terkenal dengan hidangan
yang dimakan di atas daun pisang yang dipercayai
boleh membantu sistem penghadaman. Nasi yang
dimakan beralaskan daun pisang ini akan dihidang
bersama dengan aneka sayur-sayuran, kari ayam,
jeruk dan papadam. Biasanya ia hanya akan
diletakkan kuah kari sahaja, dagingnya tidak
hidang bersama kerana nasi daun pisang ini
merupakan makanan bagi vegetarian India secara
tradisionalnya, ia akan dimakan menggunakan
tangan.
Tosai Idli
Ulunthu Vadai Paruppu Vadai
Murukku Nasi Daun Pisang
TERIMA KASIH

You might also like