Penulisan Psikologi PDF

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR

PJMS 3162
Psikologi dan Sosiologi Sukan

Nama : Nur Khairin Izzri binti Hairrozi


No. K/P : 000907010486
Angka Giliran : 2020122340203
INSTITUT Program : PISMP
PENDIDIKAN Ambilan : JUN 2020
GURU Unit : Pendidikan Jasmani 1
Nama Pensyarah : Pn Norehan binti Mustapa
Tarikh Hantar : 9 April 2023
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah

Tandatanga Tandatangan
n
Cop
Cop

Tarikh Tarikh
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS (PROJEK/AMALI)
PEMERIKSA
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

MODERATOR
Kekuatan :

Aspek yang perlu diperbaiki :

Tanda tangan Pemeriksa : Tanda tangan Moderator :

Tarikh : Tarikh :
Pengesahan pelajar terhadap maklum balas yang diberikan pensyarah :

Saya *faham dan bersetuju / tidak bersetuju dengan maklum balas yang diberikan oleh
pensyarah

Tanda tangan pelajar

..................................................................................
( Nur Khairin Izzri binti Hairrozi )

Tarikh :
* Sila potong yang tidak tidak berkenaan
1.0 Pengenalan
1.1 Psikologi Sukan
Menurut Weinberg dan Gould (2003), psikologi sukan ialah kajian saintifik tentang
manusia dan perlakuan mereka dalam sukan dan pergerakan. Menurut Cox (1998) pula,
psikologi sukan bermaksud bidang kajian yang melibatkan prinsip-prinsip psikologi yang
diaplikasikan dalam bidang sukan. Wan (1957) menambah bahawa psikologi sukan ialah
satu bentuk kajian saintifik berkaitan reaksi perlakuan fizikal, afektif dan kognitif bagi
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan aktiviti atau sukan
tersebut. Dalam erti kata lain, psikologi sukan merupakan satu bidang yang mengkaji
tentang perlakuan dan tingkah laku manusia yang terlibat dalam sukan.

1.2 Sosiologi Sukan


Sosiologi dikenali sebagai satu bidang yang mengkaji berkaitan sains
kemasyarakatan. Menurut Alsagoff (1985), sosiologi merupakan satu proses tentang
bagaimana manusia mempelajari budaya sesebuah masyarakat dan bagaimana menjadi
anggota masyarakat, menjadi platform manusia untuk bersosialisasi dan berinteraksi
dengan orang lain. Sementara itu, Ottoway (1964) menyatakan sosiologi sukan ialah
kajian saintifik tentang struktur sosial dan proses sosial khususnya dalam sukan. Selain
itu, sosiologi sukan juga ialah bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk
dan memahami perkara yang berlaku dalam sukan termasuk memahami interaksi yang
wujud antara individu dalam pasukan.

1.3 Gangguan Seksual


Gangguan seksual ialah sebarang perkataan atau isyarat tubuh yang
mengandungi unsur seksual atau lucah yang mengganggu hak peribadi individu lain yang
tidak diminta, diundang atau ditawarkan (Ahmad Shamsol, 2005). Menurut Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai
sesuatu yang merangkumi apa juga perlakuan atau pertuturan yang dilakukan secara
berulangan, dilakukan secara fizikal, gerak isyarat atau juga ucapan yang berunsur seks.
Bagi Terekli & Çobanoğlu, (2018), gangguan seksual sebagai perlakuaan seksual yang
tidak diingini keperluannya dalam konteks hubungan kuasa yang tidak sama rata di mana
ia berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada jelas atau tidak langsung, fizikal atau lisan,
berulang atau sekali sahaja dan dilakukan oleh lelaki dan perempuan terhadap orang
yang sama atau berlainan jantina.
2.0 Isu Gangguan Seksual Dalam Sukan

Gangguan seksual seperti perkara biasa dalam kehidupan dengan peningkatan kes dari
hari ke hari (Terekli & Çobanoğlu, 2018). Pada era ledakan teknologi maklumat, gangguan
seksual yang sudah wujud sekian lama semakin menjadi isu hangat dengan adanya satu lagi
medium seperti internet yang menjadi perhatian utama masyarakat. Gangguan seksual
sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, usia, agama, kaum,
bangsa dan warna kulit (Ahmad Shamsol, 2005). Isu ni sewajarnya diberi perhatian oleh semua
pihak memandangkan gangguan seksual umpama pembuka tirai kepada kesalahan seksual yang
lebih berat seperti merogol. Tidak dinafikan bahawa bidang sukan juga tidak terlepas dari
dikaitkan dengan isu gangguan seksual. Menurut berita Sukan Awani (2020), keganasan
berasaskan jantina (GBV) seperti gangguan seksual merupakan isu dalam arena sukan Malaysia
yang semakin membimbangkan dan perlu ditangani dalam kadar segera dalam usaha
menyediakan ruang yang selamat dan terjamin kepada semua anggota yang terlibat dengan
sukan. Bidang sukan dikonsepkan sebagai budaya yang didominasi lelaki, yang memudahkan
pelbagai bentuk diskriminasi terhadap atlet wanita, termasuk gangguan seksual yang dilakukan
oleh jurulatih dan atlet lelaki (Dworkin dan Messner, 2002). Di samping itu menurut Fasting dan
Sand (2015), gangguan seksual biasanya dilakukan oleh jurulatih terhadap atletnya
memandangkan dominasi kuasa yang diperolehi adalah lebih tinggi. Penderaan seksual oleh
jurulatih adalah sangat toksik dan amat menyedihkan (Nelson, 2000).

Kajian yang dilakukan oleh pasukan penyelidik Institut Sukan Negara (ISN) juga
menunjukkan 16 peratus daripada 422 atlet tidak terkecuali daripada menjadi mangsa gangguan
seksual malah ia melibatkan atlet berprestasi tinggi. Isu gangguan seksual terbaru telah
dilaporkan dalam Berita Harian (Mac, 2023) iaitu pelumba basikal negara mendakwa telah
menjadi mangsa gangguan seksual. Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
(PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kes
seorang pelumba wanita negara dalam acara berbasikal bukit (MTB) mendakwa menjadi mangsa
gangguan seksual jurulatihnya. Bukan itu sahaja, Harian Metro (Mei, 2021) melaporkan bahawa
bekas perenang negara Cindy Ong juga pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika masih
bergelar atlet. Sebenarnya, selepas penelitian secara terperinci berhubung isu tersebut, Cindy
dan seorang lagi bekas perenang mendakwa telah mengalami gangguan dan serangan seksual
selama bertahun-tahun. Tambahan lagi, berdasarkan pernyataan Premalosani Arivanathan
presiden Persatuan Pergerakan Wanita (Awam) mendapati sebanyak 15.9 peratus responden
kajian pernah mengalami gangguan seksual dalam sukan seterusnya mempamerkan separuh
daripada atlet terbabit pernah mewakili negara di peringkat antarabangsa (Berita Harian, 2020).
Hal ini menunjukkan bahawa isu gangguan seksual benar-benar wujud dalam bidang sukan
menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat memandangkan orang terdekat dengan
mangsa yang melakukannya seperti jurulatih atlet.

Gangguan seksual dalam sukan merupakan isu global yang memberi kesan kepada
prestasi sukan atlet sekaligus memberi kesan negatif kepada individu, organisasi dan
perkembangan sukan yang terlibat. Kesan-kesannya termasuklah kesihatan mangsa terjejas
seperti mengalami sakit kepala, ketegangan bahu, tengkuk, dan sendi (Takaki, Taniguchi, &
Hirokawa, 2013; Street et al, 2008; Taniguchi et al., 2016), mengalami trauma atau masalah
psikologi seperti kemurungan pada tahap kritikal, dan tekanan (Hejase, 2015; Nor Shafrin, 2007).
Leaper dan Brown (2008) merumuskan bahawa gangguan seksual yang berterusan memberi
kesan buruk terhadap harga diri, penampilan badan, kecergasan, pencapaian dan keyakinan
seorang gadis. Misalnya, pembunuhan diri pemain kriket Haleema Rafiq adalah satu kes yang
menyedihkan kerana tidak mengambil serius tuduhan gangguan seksual yang dialami (Naseer et
al., 2016). Kesan individu yang ketara termasuklah kesan psikologi yang negatif seperti motivasi
dan keyakinan menurun, kesihatan terjejas serta boleh menyebabkan atlet menarik diri dari
penyertaan sukan.

Bagi organisasi, isu ini akan menjejaskan imej organisasi sukan tersebut berhubung
dengan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan termasuklah ibu bapa masyarakat dan penaja
luar. Isu yang terjadi juga sedikit sebanyak akan menjejaskan perkembangan sukan tersebut
sama ada di malaysia atau luar negara kerana ia akan menghilangkan kepercayaan dan hormat
masyarakat terhadap bidang sukan tersebut. Pada akhirnya, setiap organisasi akan mengalami
masalah kurangnya pelapis kerana masyarakat mula memandang rendah terhadap keselamatan
individu yang terbabit dengan sukan. Di samping itu, gangguan seksual juga boleh memberi
kesan yang buruk kepada organisasi seperti persatuan sukan antaranya mengurangkan
produktiviti persatuan, meningkatkan konflik kumpulan, menyukarkan pencapaian persatuan,
memburukkan imej, kehilangan anggota yang mahir, meningkatkan ketidakhadiran kakitangan,
seterusnya meningkatkan beban kewangan kepada organisasi (Boland, 2002; Poulston, 2008;
Siti Rapidah et al. 2015). Hal lain termasuk persatuan perlu menanggung kos seperti kos guaman
dan juga kos pampasan kepada mangsa (Poulston, 2008).
3.0 Cadangan Penyelesaian

Isu gangguan seksual merupakan isu yang telah lama wujud dalam persekitaran sosial
dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Justeru itu antara cadangan untuk dapat
membantu dan membanteras isu ini dari berleluasa ialah penguatkuasaan undang-undang dan
hukuman kepada pesalah. Antara hukuman yang boleh dikenakan kepada pesalah gangguan
seksual ialah denda, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat malah boleh dibuang
kerja. Namun begitu, pada masa ini negara masih belum mempunyai undang-undang khusus
bagi gangguan seksual. Hanya kod etika dan peraturan atau garis panduan yang boleh menjadi
rujukan dan sandaran bagi kes gangguan seksual. Ini menyebabkan proses pertuduhan menjadi
sukar. Akta gangguan seksual perlu diwujudkan bagi menangani kelemahan dalam perundangan
dan peraturan sedia ada berhubung gejala gangguan seksual. Kod etika dan garis panduan sedia
ada ialah Kanun Keseksaan, Akta Kerja 1955, Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi
Gangguan Seksual di Tempat Kerja 1999 dan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual
di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam (Zakaria, Kadir dan Lazim (2015).

Selain itu, kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan boleh berganding bahu untuk
meningkatkan kesedaran awam berkaitan dengan gangguan seksual dengan melakukan kempen
kesedaran sama ada secara atas talian atau bersemuka di tempat awam. Hal ini disebabkan,
perasaan takut, rendah diri dan malu dengan tragedi yang menimpa mangsa membuatkan
mereka berasa bahawa tiada yang akan mempercayai mereka. Terdapat juga kes bahawa
tuduhan tidak dipercayai dan tidak dapat dibuktikan membuatkan banyak isu gangguan seksual
yang berlaku tidak dilaporkan. Melalui kempen kesedaran gangguan seksual, masyarakat akan
didedahkan dengan cara-cara dan langkah untuk melaporkan isu gangguan seksual agar pesalah
dapat dibawa ke muka pengadilan. Kempen yang dijalankan sewajarnya mempunyai impak yang
besar dengan melibatkan masyarakat dari pelbagai peringkat umur seperti kanak-kanak, remaja,
orang dewasa tanpa mengira jantina dan kaum. Dengan bantuan kemajuan internet masa kini,
penganjur juga boleh menyebarluaskan video kesedaran dan langkah menjaga keselamatan
ketika bersukan agar dapat menghindari diri daripada menjadi gangguan seksual. Hebahan
poster isu gangguan seksual juga boleh dilakukan di fasiliti sukan dan tempat-tempat latihan bagi
memastikan pelaku mencari mangsa dalam kalangan atlet. Kempen ini juga menjadi bukti
sokongan mental masyarakat yang menolak sebarang bentuk gangguan fizikal terhadap atlet dan
juga orang awam.
4.0 Penutup

Kesimpulannya, isu gangguan seksual dalam sukan yang sering terjadi kepada atlet
bukanlah isu yang boleh dipandang dengan sebelah mata. Isu ini akan menjadi barah yang akan
merosakkan masyarakat dengan stigma-stigma negatif terhadap bidang sukan di negara kita.
Memandangkan sesiapa sahaja berisiko menjadi mangsa gangguan seksual sama ada secara
lisan atau perlakuan, setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu bekerjasama untuk
mengangkat isu ini hingga ke peringkat tertinggi. Hal ini disebabkan kesan gangguan seksual
terhadap individu dari aspek psikologi ialah menyebabkan individu mengalami tekanan mental
yang menjurus kepada kemurungan serta menyebabkan individu yang bergelar atlet hilang
keyakinan diri sekaligus mempengaruhi prestasi mereka. Dalam aspek sosiologi, imej individu
dan sukan tersebut juga akan tercemar dan menyebabkan hilangnya kepercayaan masyarakat
terhadap keselamatan diri dalam sukan serta dan yang membimbangkan ialah membentuk
budaya bahawa gangguan seksual ialah perkara biasa dalam sukan. Hal ini pastinya memberi
impak negatif terhadap sukan tanah air jika ramai atlet yang berprestasi tarik diri daripada
penyertaan pertandingan. Oleh itu, adalah penting bagi pihak-pihak berwajib membela mangsa
gangguan seksual dengan memberi perlindungan dan jaminan persekitaran selamat seterusnya
membanteras ini sehingga ke akar umbi.
Rujukan

Ahmad Shamsol. (2005). Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia. PTS Profesional


Publishing Sdn. Bhd.

Berita Harian. (September, 2020). Atlet lelaki lebih banyak hadapi gangguan seksual. Dimuat
turun pada 6 April 2023 daripada https://api.bharian.com.my/sukan/lain-
lain/2020/09/729625/atlet-lelaki-lebih-banyak-hadapi-gangguan-seksual

Berita Harian Online. (Mac, 2023). Pelumba Basikal Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Jurulatih. Dimuat turun pada 5 April 2023 daripada
http://origin.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2023/03/1084455/pelumba-basikal-dakwa-
jadi-mangsa-gangguan-seksual-jurulatih

Cox. (1998). Sport Psychology: Concepts and Applications. New York: McGraw-Hill.

Dworkin S. L., Messner M. A. (2002). Introduction: Gender relations and sport. Sociol. Pers. 45
347–352. 10.1525/sop.2002.45.4.347

Fasting, K., & Sand, T. S. (2015). Narratives of sexual harassment experiences in Sport.
Qualitative Research in Sport, Exercise and Health, 7(5), 573–588.
https://doi.org/10.1080/2159676x.2015.1008028

Harian Metro. (Mei, 2021). Isu gangguan seksual: MSN akan bersemuka dengan Cindy. Dimuat
turun pada 5 April 2023 daripada
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2021/05/711639/isu-gangguan-seksual-msn-
akan-bersemuka-dengan-cindy

Terekli, M. S., & Çobanoğlu, H. O. (2018). Sexual harassment and abuse in sports: In the context
of Turkey sample determination of risk factors in relationship of coaches and female
athletes. Journal of Education and Training Studies, 6(10), 169.
https://doi.org/10.11114/jets.v6i10.3616
Hejase, H. J. (2015). Sexual Harassment in the Workplace: An Exploratory Study from Lebanon.
Journal of Management Research, 7(1), 107. https://doi.org/10.5296/jmr.v7i1.6965.

Leaper C., Brown C. S. (2008). Perceived experiences with sexism among adolescent girls. Child
Dev. 79 685–704.

Naseer A., Javed S., Sheraz M. I., Habib M. B. (2016). The sport participations and social class
relationship among female athlete of Pakistan. Spark Hec Recogn. J. 1 77–92.

Nelson M. B. (2000). The unburdened heart: Five keys to forgiveness and freedom. San
Francisco, CA: HarperCollins.

Ottoway. (1964). The sociology of Education. New York: Schocken Books.

Poulston, J. (2008). Hospitality workplace problems and poor training: A close relationship.
International Journal of Contemporary Hospitality Management, 20, 412-427.

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya, Selangor: Heinemann
Educational Malaysia.

Street, A. E., Stafford, J., Mahan, C. M., & Hendricks, A. (2008). Sexual harassment and assault
experienced by reservists during military service: Prevalence and health correlates. The
Journal of Rehabilitation Research and Development, 45 (3), 409–420.
https://doi.org/10.1682/JRRD.2007.06.0088

Takaki, J., Taniguchi, T., & Hirokawa, K. (2013). Associations of workplace bullying and
harassment with pain. International Journal of Environmental Research and Public Health,
10(10), 4560–4570. https://doi.org/10.3390/ijerph10104560.

Taniguchi, T., Takaki, J., Hirokawa, K., Fujii, Y. & Harano, K. (2016). Associations of workplace
bullying and ha- rassment with stress reactions: a two-year follow-up study. Industrial
Health, 54 (2), 131-138. https://doi: 10.2486/ indhealth.2014-0206.
Weinberg, R. S., dan Gould, D., (1999). Foundation of sport and exercise psychology. Urbana-
Champaign, IL: Human Kinetics.

Zakaria, S. M., Kadir, N. B. Y. A., & Lazim, N. H. M. (2019). Gangguan Seksual: Tragedi yang
Tidak Didedahkan dan Kesan kepada Mangsa: Sexual Harassment: The Unreported
Tragedy and It’s Impact on The Victim. Journal of Management and Muamalah, 9(1), 13-
21.

You might also like