Karangan Pelancongan

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PUSAT AKADEMIK MUNSYI

KARANGAN PILIHAN
==================================================================================

TEMA:
PELANCONGAN

SUMBER
INTERNET
Tiada Suntingan

Soalan: Perhatikan gambar rajah di atas. Berikan pendapat anda tentang gambar rajah tersebut.
KARANGAN CONTOH
Kini, sektor pelancongan memainkan peranan penting dari sudut ekonomi negara kita. Pada tiap-tiap tahun,
dianggarkan jumlah pelancong yang berkunjung ke negara kita adalah melebihi 6 juta orang. Kebanyakan
pelancong adalah terdiri daripada pelancong asing seperti pelancong Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan
sebagainya selain daripada pelancong tempatan. Terdapat pelbagai faktor yang telah menggalakkan
kedatangan mereka ke negara kita.
Antara faktor utama pelancong berkunjung ke Malaysia adalah disebabkan negara kita mempunyai
pelbagai tempat menarik. Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para
pelancong. Antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di
pantai Desaru, pantai Cahaya Bulan dan sebagainya. Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan
tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan alam.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik untuk di kunjungi oleh pelancong. Para
pelancong dapat menikmati bangunan-bangunan tinggi mencakar langit atau bangunan bersejarah yang
sentiasa terpelihara. Di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya terdapat bangunan canggih iaitu bangunan KLCC
yang sentiasa menjadi daya tarikan pelancong. Hal ini telah menyebabkan jumlah pelancong ke negara kita
sentiasa bertambah.
Pada masa yang sama, kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian
jenis budaya yang terdapat di Malaysia. Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai
jenis makanan terdapat di sini. Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan
rendang mahupun makanan kaum India seperti tosei dan maruku. Mereka juga boleh menikmati tarian
pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan tarian singa dari kaum Cina.
Keunikan budaya ini telah menggalakkan kunjungan pelancong ke negara kita.
Di samping itu, kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor
pelancongan negara. Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar
dapat dikunjungi dengan mudah. Kerajaan juga meningkatkan kekerapan penerbangan ke negara-negara lain
untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Malaysia. Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah
pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah dari setahun ke setahun.
Faktor terakhir yang menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia ialah terdapatnya kemudahan
membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong. Dengan wujudnya kemudahan ini, mereka dapat
berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang
terdapat di situ juga dijual dengan harga yang berpatutan. Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus
berkunjung ke negara kita.
Intihanya, sektor pelancongan di Malaysia semakin meningkat maju kerana disebabkan oleh pelbagai
faktor. Justeru, rakyat jelata perlulah sentiasa menunjukkan sikap mesra pelancong dan bersopan-santun bagi
menggalakkan kehadiran mereka ke negara kita.

You might also like