Presentation Sejarah

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Dr.

Burhanuddin al-Helmy
Dr. Burhanuddin bin Ungku Muhammad Nor (lahir 1911, Kota Bharu –

meninggal 25 Oktober 1969, Taiping, Malaysia) merupakan bekas Yang

Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Burhanuddin dilahirkan di Kota Bharu, Gopeng, Perak pada tahun 1911, dan belajar

di Universiti Muslim Aligarh diIndia. Sekembalinya dari pelajarannya di India dan

pengembaraannya ke Palestin dan Turki, Burhanuddin Al-Helmy kembali bertugas

sebagai guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Aljunied, Singapura.


Ketika di Singapura pada pertengahan 1930an, Burhanuddin Al-Helmy telah
menerbitkan majalah Taman Bahagia yang bercorak anti-British. Satu jam selepas edisi
pertama majalah ini diterbitkan, beliau ditahan oleh pihak British. Beliau dipenjarakan
selama enam bulan.

Terdapat juga catatan yang menyatakan beliau dibebaskan selepas membayar wang
ikat jamin sebanyak $1,000.

Pada tahun 1950, Burhanuddin Al-Helmy telah ditahan oleh British akibat Peristiwa
Natrah. Dia dituduh terlibat dalam demonstrasi menentang keputusan Mahkamah
Tinggi Singapura yang membenarkan Natrah (Maria Hertogh) dipulangkan kepada
keluarga asalnya di Belanda.

Dia telah dipenjara selama satu tahun. Namun, terdapat juga catatan yang
menyatakan beliau dipenjarakan selama tiga tahun di Singapura ekoran peristiwa
tersebut, iaitu dari dari tahun 1950 hingga 1952.
Selepas Perang Dunia II, Burhanuddin menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM). Parti ini menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan

menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris, dan Dr. Burhanuddin

membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan

"kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan

utamanya.
Pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpindah tangan kepada Burhanuddin

pada tahun 1956, hingga kematiannya pada tahun 1969. Di bawah

kepimpinan Burhanuddin, PAS mempunyai orientasi menyokong kesatuan sekerja

dan anti-kolonialisme. Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal

dan pemikir Islam". Kepemimpinannya terpotong oleh penangkapan di

bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1965, dan selanjutnya

dipenjara selama satu tahun atas tuduhan berkomplot untuk menggulingkan

kerajaan Malaysia dan memasang sebuah kerajaan pengganti yang lebih ramah

kepada Indonesia.
Beliau bergiat aktif didalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang menentang penjajahan British.
Beliau juga bekerjasama rapat dengan Ibrahim Haji Yaacob yang memimpin Kesatuan Rakyat
Indonesia-Semenanjung dalam membuat pakatan bersama Soekarno (Presiden Pertama
Indonesia) dan Mohd Hatta (pejuang kemerdekaan Indonesia) untuk mengisytiharkan
kemerdekaan secara serentak di Indonesia dan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1945. Rancangan ini
gagal kerana situasi politik yang berbeza di Indonesia dan Tanah Melayu dimana Tanah Melayu
beralih kepada ancaman komunis dan bintang Tiga sehingga memaksa Darurat diisytiharkan.
Soekarno meneruskan rancangan pengisytiharan kemerdekaan Indonesia dari Belanda pada tarikh
tersebut dan menjadi presiden Indonesia.

Beliau meneruskan perjuangan dengan Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya dan menjadi ketua
umumnya yang pertama. Pidato dan ucapan beliau menjadi terkenal, selain pantun pusaka beliau
yang menggambarkan keinginan dan keazaman penduduk Tanah Melayu untu merdeka.

Di atas robohan Kota Melaka;


Kita Dirikan Jiwa Merdeka;
Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah seorang pemimpin politik Islam yang mendahului
zamannya.

Beliau adalah seorang yang progresif, realistik, berpandangan global serta sentiasa
bertindak berpandukan prinsip-prinsip Islam.

Beliau progresif kerana beliau menolak sebarang bentuk dan unsur kolonialisme.
Motivasi utama dalam perjuangan politiknya dalah untuk memerdekan rakyat Tanah
Melayu – bahkan seluruh bumi Asia – daripada penjajahan, sama ada penjajahan dari
Barat mahupun dari Timur.

Beliau realistik kerana belaiu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia bekerjasama
dengan mana-mana pihak – parti politik bukan Melayu atau bukan berasaskan Islam –
yang memiliki cita-cita dan tujuan yang sama, iaitu untuk sama-sama mencapai
matlamat perjuangan membebaskan rakyat daripada penjajahan.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah menghasilkan buku yang bercorak politik
antaranya:

• Perjuangan Kita, 1946

• Falsafah Kebangsaan Melayu, 1947

• Agama dan Politik, 1954

• Ideologi Politik Islam, 1957 Namanya Diabadikan


Dr. Burhanuddin Al-Helmy meninggal dunia pada 25 Oktober 1969 berpunca daripada

serangan lelah. Sebenarnya Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah jatuh sakit semasa dalam

tahanan ISA. Ketika beliau dibebaskan dengan sekatan kawasan pada tahun 1966,

penyakitnya masih belum sembuh.

Namanya diabadikan di sebuah sekolah di Taiping dan nama jalan di Taman Tun Dr. Ismail,

Damansara, Selangor.

Beliau dianugerah pingat emas Commander of World Order of Human Merit daripada

I’Ordre Universal du Merit Human, Geneva pada 15 November 1959 di atas

sumbangannya dalam pembangunan perubatan homeopati.


TAMAT !!!

You might also like