Cabaran Kerjaya
Cabaran Kerjaya
Cabaran Kerjaya
YANG MENJURUS
KEPADA KESIHATAN
MENTAL
Asmida bt Ahmad
A
KANDUNGAN
Pengenalan Kerjaya
Cabaran kerjaya
Penutup
Presentation title 2
Pengenalan Kerjaya
Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang bagi
mendapatkan wang atau upah. Ia bertujuan untuk menyara hidup dan
memenuhi keperluan harian seseorang. Kerjaya merangkumi pelbagai bentuk
yang merangkumi bidang tugas, tempat, masa serta identiti seseorang
individu tersebut.
Secara ringkasnya pekerjaan merangkumi tugasan yang perlu dijalankan oleh
seseorang secara individu atau kumpulan bagi mendapatkan wang atau
pendapatan
Presentation title 3
Kerjaya Pilihan Rakyat Malaysia
8 Pekerjaan Popular Jadi Pilihan Rakyat
Malaysia
• 1. Teknologi Maklumat & Pembangunan Perisian
• 2. Pemasaran Digital
• 3. Pekerjaan Kewangan
• 4. Pengurus Projek
• 5. Pembangunan Perniagaan & Eksekutif Jualan
• 6. Pakar Perubatan
• 7. Pendidik
• 8. Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan
Presentation title 5
Cabaran Kerjaya
• Perkembangan dunia masa ini telah mendedahkan para remaja kepada kerjaya yang lebih kompleks. Hal ini
disebabkan idea globalisasi dan ledakan teknologi maklumat semakin mendapat sambutan serta dorongan daripada
pelbagai pihak, terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun dan maju.
• Kerjaya kini menjadi semakin berfokus dan menjurus kepada tugasan-tugasan khusus. Kewujudan pengkhususan
ini secara tidak langsung telah memacu perkembangan industri ke hadapan dengan begitu pantas dan lebih agresif.
• Globalisasi pula telah menghasilkan pelbagai kerjaya baru yang mungkin, pada awalnya begitu janggal dalam
kalangan para remaja. Kewujudan perniagaan secara on- line dan perniagaan jualan langsung telah membuka
dimensi baru kepada kaedah berniaga yang selama ini dimonopoli oleh dunia perniagaan konvensional. Kini,
masyarakat telah mula dapat menerima sistem baru ini dalam kehidupan seharian mereka. Kerjaya dalam bidang
ini turut menjanjikan pulangan yang lumayan.
• Dalam aspek yang lain pula, kini telah wujud satu masalah baru dalam kalangan para remaja untuk menentukan
kerjaya mereka. Terlalu banyak peluang kerjaya yang terbentang menyebabkan mereka gagal mengenalpasti dan
memahami secara mendalam kerjaya yang ingin diceburi. Lantas, kebanyakan remaja hanya mula memikirkan
kerjaya mereka selepas menamatkan alam persekolahan atau mendapat keputusan peperiksaan. Pilihan kerjaya kini
adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan , bukan lagi minat dan cita-cita sebenar mereka.
• Fenomena ini sebenarnya telah menjadikan para remaja hari ini kurang berdaya saing apabila berada dalam alam
pekerjaan. Seringkali kita mendengar keluhan dan rasa tidak puas hati yang diluahkan oleh mereka selepas
beberapa tahun bekerja.
Presentation title 6
SAMBUNGAN
• Perasaan ini sebenarnya merupakan kesan langsung yang wujud apabila remaja merasakan
yang mereka berada dalam keadaan ‘at a wrong time, in a wrong place”. Contohnya,kerjaya
yang diceburi bukan pilihan atau minat remaja. Kebanyakan mereka akan menganggap
bahawa kerja itu hanya untuk makan gaji atau “sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja”.
Tuntasnya, jelaslah kepada kita bahawa remaja menjadi kurang berdaya saing disebabkan oleh
kerjaya yang diceburi bukannya pilihan utama mereka.
• Sistem pendidikan kini tidak mendedahkan remaja kepada kerjaya pilihan mereka pada usia
yang muda sehingga remaja tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk mencapai cita-
cita mereka. Sistem pendidikan di negara kita juga tidak banyak membantu dalam
menjuruskan pendidikan ke arah kerjaya para remaja tersebut. Contohnya, mata pelajaran
yang ditawarkan seperti bidang kesusasteraan,kemanusiaan dan sosiologi tidak menjurus
kepada alam pekerjaan sebenar. Hal ini berbeza dengan negara-negara maju yang lain kerana
mampu melahirkan generasi yang lebih bersikap positif dan agresif dalam bidang yang
mereka ceburi pada usia yang muda. Oleh yang demikian, sistem pendidikan yang sedia ada
merupakan satu cabaran kepada kerjaya remaja masa kini.
• Persoalan penting yang harus diberikan perhatian kini adalah apakah para remaja kita
sebenarnya telah bersedia untuk memahami cabaran ini dan bersedia untuk menghadapinya ?
Presentation title 7
“ CABARAN KERJAYA
MENGUNDANG MASALAH
KESIHATAN MENTAL
”
Apakah Kesihatan Mental
• Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera di mana seseorang individu
menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik,
dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat. Ini
bermaksud, kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan
kemampuan masyarakat berfungsi secara effektif. Kesihatan mental adalah
ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam
pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.
1 2 3 4 5
Presentation title 10
Teknik Menangani Stress
Presentation title 11
Penutup
Pemilihan kerjaya yang tepat mengikut minat dan personaliti akan
menjadikan seseorang individu mendapat kepuasan berkerja sekaligus
mengelakkan kecenderungan mengalami masalah berkaitan kesihatan
mental. Oleh itu, pentingnya bagi seseorang mengenalpasti kerjaya
pilihan mereka.
Presentation title 12
ASMIDA BT AHMAD
Thank you GBK SK TAMAN
EHSAN