REFLEKSI Penaakulan Matematik 2015
REFLEKSI Penaakulan Matematik 2015
REFLEKSI Penaakulan Matematik 2015
Sebelum saya mendapat tugasan ini saya berasa sangat risau kerana saya tidak tahu
apa yang boleh saya lakukan untuk membuat menerbit dan merumuskan formula
perimeter, luas dan isipadu bentuk.Hal ini disebabkan pada zaman persekolahan, guru
saya tidak pernah menerbitkan formula tersebut dengan
memberitahu kita tentang formula tersebut sahaja. Maka, untuk menjawab soalan
peperiksaan, saya dan kawan saya semuanya menghafal formula tersebut tanpa
mengetahui apa makna di sebalik formula tersebut. Oleh sedemikian, saya telah
mencarimaklumat di pusat sumber dan dalam proses pencarian maklumat di Pusat
Sumber saya mendapati bahawa kandungan buku tidak mencukupi di perpustakaan.
Semasa proses perancangan aktiviti ini, saya telah bertanya beberapa pihak
dan antaranya ialah kawan saya, pensyarah saya dan juga ibu bapa saya. Hal ini
disebabkan untuk memastikan aktiviti itu yang saya rancangkan senang difahami oleh
pelajar dan memastikan bahasa yang digunakan adalah sesuai dan boleh difahami oleh
mereka.
Masalah pertama yang saya hadapi ialah sama ada ingin mengikut pelajaran
lama yang lebih mementingkan pelajaran deduktif atau membuat aktiviti baru dengan
menggunakan pelajaran induktif. Selepas saya menilai kedua- dua pelajaran, saya telah
memilih pelajaran induktif kerana pelajaran ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam
kalangan murid. Hal ini disebabkan para pelajar perlu menggunakan keupayaan mental
untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu
ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat
dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus.
Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar.Melalui
pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan
rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaranakan menjadi
lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat
disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik
darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat
awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan
terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka
22
Selain itu, aktiviti yang saya rancang memerlukan penglibatan pelajar secara
aktif semasa perbincangan dan untuk menjayakan usaha ini, guru perlu membuka
peluang kepada semua pelajar untuk mengemukan pendapat sendiri dan menghormati
semua pendapat semua pelajar. Sekiranya pelajar itu salah, gur dicadangkan supaay
tidak memberitahunya terus terang manakala banyakkan penggunaaan frasa kurang
tepat kepada jawapan mereka supaya mereka terus berani untuk menjawab soalan
yang dikemukan.
Selepas saya melaksanakan akiviti tersebut, say atelah bertanya pendapat
kawan dan membetulkan bahagian yang salah dan tidak sesuai dengan tahap
kefahaman pelajar mereka pada umur itu. Akhir sekali, saya ingin merakamkan setinggitinggi penghargaaan kepada semua pihak yang menolong saya secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini.
23