KOMUNIKASI

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Hubungan manusia didasari oleh komunikasi yang baik dan berkesan.

Melalui
komunikasi kita dapat memahami diri kita sendiri dan diri orang lain. Sebagai usaha
untuk membangunkan dan mengembangkan potensi diri kita mesti berkomunikasi.
Aktiviti berkomunikasi dapat menjadikan diri kita sebagai manusia yang konstruktif dan
membantu orang lain. Komunikasi adalah mengenai membina pertalian dengan
manusia lain.

Komunikasi bermaksud proses penyampain atau pemindahan mesej dari seseorang


kepada yang lain. Komunikasi berkesan adalah komunikasi yang berlaku dalam
keadaan-keadaan seperti mesej yang disampaikan difahami dengan tetap dan jelas
oleh penerima, makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan
penerima, perubahan yang berlaku akibat daripada mesej seperti perubahan yang
dikehendaki oleh penghantar serta mesej yang mempunyai kos-efektif.

Proses pembentukan sesebuah komunikasi mempunyai elemen-elemen yang penting


untuk membentuk sesebuah komunikasi.

Elemen pertama ialah penghantar iaitu orang yang mempunyai mesej untuk
disampaikan. Elemen kedua adalah mesej iaitu maklumat, idea atau pandangan yang
datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain. Elemen
ketiga iaitu enkod yang bermaksud mesej diterjemah dalam bentuk yang difahami pihak
lain menggunakan perkataan, bahasa atau simbol. Elemen keempat adalah saluran
iaitu mesej disalurkan kepada penerima melalui lisan, fizikal atau visual. Manakala
penerima pula adalah pihak yang menjadi sasaran mesej dan mempunyai elemen
dekod iaitu mesej diterima dan diterjemahkan oleh penerima dan difahami. Maka
terdapat maklumbalas sebagai tindakbalas terhadap mesej oleh penerima. Namun
terdapat juga gangguan iaitu perkara yang menggangu atau menghalang keberkesanan
komunikasi.

Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam memastikan elemen-elemen dalam


proses komunikasi adalah penghantar mestilah jelas tentang mesej yang hendak
disampaikan serta perlu meneliti dengan baik mesej sebelum disampaikan. Selain itu
penghantar kenalah yakin dengan mesej dan pasti dengan kepentingan mesej untuk
dapatkan perhatian penerima. Antaranya lagi penghantar perlu menghantar mesej pada
waktu yang sesuai serta sensitif kepada maklumbalas pihak lain dan mengenal pasti
gangguan sebelum atau semasa mesej disalurkan. Penghantar perlu mengurangkan
gangguan yang dikenalpasti.

Enkod juga berperanan sebagai mengambarkan mesej yang disampaikan untuk


difahami. Maka dengan itu, enkod hendaklah dipilih perkataan, simbol, isyarat atau ayat
yang mudah ditafsir dan tetap. Agar ia dapat member gambaran jelas pada maksud
mesej. Enkod juga haruslah menggunakan bahasa atau isyarat yang difahami oleh
penerima serta ringkas dan padat sesuai dengan maksud. Mesej guna hendaklah
lengkap supaya dapat difahami dengan jelas kepada gambaran keseluruhan.

Selain daripada itu, elemen saluran juga harus mengambilkira kepentingan mesej sama
ada perlu segera atau tidak. Antaranya lagi keperluan terhadap menerangkan mesej
dengan jelas melalui lisan dan menggunakan saluran yang boleh diterjemah, difahami,
diingati atau disimpan mesej dengan baik. Maka dengan itu, penghantar harus tentukan
saluran terlebih dahulu bagi mengelakkan mesej tidak difahami atau hilang. Ia penting
juga sama ada untuk didokumenkan atau tidak untuk rujukan kemudian.

Oleh hal yang demikian, penerima dan dekod perlulah menerima mesej dengan fikiran
terbuka serta cuba memahami dengan jelas mesej yang dihantar. Penerima perlu
menggunakan proses maklumbalas apabila perlu untuk mengesahkan kefahaman
mengenai mesej yang diterima. Penerima juga harus menerima dan memahami
keseluruhan mesej sebelum member tafsiran dan mengenal pasti halangan penerima
mesej untuk meminimumkan halangan.

Elemen seterusnya ialah maklumbalas. Maklumbalas adalah untuk mengemukan


soalan-soalan sama ada daripada penghantar atau penerima. Terdapat juga reaksi-
reski bukan lisan yang kelihatan serta memohon ulangan jika gagal menafsir atau
memahami dengan tetap. Ringkasan mesej bagi mencepatkan tindakbalas penerima.

Akhir sekali, elemen gangguan apabila kurang persediaan penghantar menyebabkan


mesej kurang jelas dan sukar ditafsir. Penghantar dan penerima tidak dapat
mengenalpasti atau memisahkan antara pemerhatian, sangkaan atau mesej sebenar.
Selain itu gangguan apabila permilihan enkod yang tidak tetap dan terlalu umum akan
menyebabkan salah tafsir. Antaranya lagi, tahap kefahaman berbeza antara
penghantar dan penerima menyebabkan mengambil tempoh yang lama untuk sesuatu
mesej difahami. Maka ia akan menimbulkan prasangka awal yang menyebabkan enkod
ditafsir tidak tepat.

Tambahan lagi, gangguan komunikasi kerana tidak member maklumbalas dengan baik
serta keadaan sekitar yang tidak sesuai. Akhir sekali, gangguan terjadi disebabkan latar
belakang berbeza membentuk sikap berlainan antara penghantar atau penerima.

Kesimpulannya, kemahiran komunikasi merupakan satu aktiviti yang sangat penting


kerana komunikasi adalah kehidupan yang diperlukan oleh manusia dari saat dilahirkan
hinggalah di saat kematian yang bertujuan untuk menyedarkan orang lain tentang
kewujudan kita. Seseorang yang mempunyai keupayaan yang tinggi dalam
berkomunikasi mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya dalam kerjayanya
berbanding mereka yang tidak menguasai ilmu komunikasi.

Oleh itu, komunikasi haruslah dipertingkatkan cara penyampaian dengan mengetahu


proses-proses komunikasi yang sepatutnya dalam apa jua cara sekalipun untuk
memastikan komunikasi dapat berjalan lancer dan mesej yang disampaikan disalurkan
secara tepat terhadap penerima.

RUJUKAN
Ab. Aziz Yusof.2003. Komunikasi Untuk Pengurus. Siri Pengurusan dan Pentadbiran.
Utusan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distribitors Sdn. Bhd

http:// www.sidmaswk.com.my/article00003.aspx

Zawiyah Mohammad Yusof. 2009. Kemahiran Komunikasi. Kuala Lumpur. Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Soadah Wok, Narimah Ismail & Mohd Yusof Hussain. (2003). Proses-proses
Pembentukan Komunikasi. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai