Pelan Tindakan Penambahbaikan Minggu 3
Pelan Tindakan Penambahbaikan Minggu 3
Pelan Tindakan Penambahbaikan Minggu 3
Sepenjang minggu ketiga bermula 15 Februari 2016-19 Februari 2016, beberapa perkara
telah dikenal pasti daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta aktiviti di luar
bilik darjah yang telah dan akan dilaksanakan sepanjang praktikum di SK Tambun Tulang.
Berikut merupakan pelan tindakan penambahbaikan dalam bentuk senarai semak yang
perlu dilaksanakan.
Senarai semak :
Bertindak
sebagai guru
asertif
Melaksanakan
sistem ganjaran
PENILAIAN TINDAKAN
yang ada dalam mengumpul maklumat dan pengumpulan data selain soal selidik
d) Menilai sejauh mana murid-murid boleh mematuhi kontrak guru dan murid.
Pada minggu keempat, saya telah menghadapi masalah sumber latihan yang secukupnya
untuk diberikan kepada murid-murid. Akibatnya, sesetengah aktiviti yang telah dirancangkan
tidak dapat dijalankan. Hal ini, menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya
objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.
Masalah ini timbul kerana sumber bagi membuat latihan kepada murid-murid
semakin kekurangan. Perkara ini menyebabkan saya terpaksa memakan masa yang agak
lama untuk menghasilkan bahan yang sesuai dengan menggunakan sumber yang telah
diperoleh itu. Di samping itu, masalah sumber ini juga menyebabkan bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan bahan bantu mengajar juga mengambil masa yang lama untuk
dihasilkan dengan sepenuhnya.
Saya patut merancang dengan teliti sumber yang sepatutnya diperlukan sebelum
mencarinya. Bagi memastikan sumber yang dicari senang diperoleh, saya sepatutnya perlu
sentiasa kemaskini dengan perubahan sumber yang sedang berlaku supaya dapat
memperoleh bahan yang dicari dengan secepatnya. Saya akan mendapatkan bimbingan
dan nasihat daripada pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan
yang lain.
Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada sesi pengajaran akan datang kerana
penggunaan bahan sumber yang sesuai sahaja dapat membentuk satu bahan bantu
mengajar yang sesuai dengan kemampuan murid. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi
dengan segera, sudah tentu objektif-objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai
sepenuhnya. Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan
objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan sumber yang digunakan.