Full Nota GSB
Full Nota GSB
Full Nota GSB
Tutorial
1. Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut pemahaman anda sendiri setelah mengikuti
kuliah daripada pensyarah anda.
-Budi bahasa merujuk kepada tutur kataskelakuan,sopan santun dan tatatertib,akal kebijaksanaan
dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur
kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
2. Jelaskan pengertian budi bahasa daripada persepektif orang Melayu, orang Cina dan orang India.
ORANG MELAYU
-Lantas budi bahasa orang Melaui mewakili peradaban orang Melayu, yang sifatnya sangat indah
ORANG CINA
-Misalnya dalam agama Buddha ada dinyatakan: 'Words have the power to both destroy and heal.
When words are both true and kind, they can change our world'
-Ajaran konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan
hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri,
abang dengan adik dan kawan.
ORANG INDIA
-Dalam agama Hindu nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan dangan dititikberatkan. Empat
objektif yang perlu ada pada manusia iaitu aramldharma, porullartha, inbamlkama dan vidulmoksha
yang berasaskan moral dan etika termasuk budi bahasa dalam menjalani kehidupan seharian.
3.Ulaskan pantun di bawah dengan mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa.
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
-Rumah kukuh kerana mempunyai sendi, kalau sendi runtuh maka rumah juga akan runtuh. Sendi
bagi bangsa adalah budi, kalau tiada budi maka tiada bangsa. Bahasa jiwa bangsa.
AKSES KENDIRI
Tambahkan maklumat berkaitan dengan konsep budi bahasa dalam masyarakat Malaysia dalam blog
anda daripada sumber lain yang anda cari.
-Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasasebagai sistem
lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satukelompok manusia. Amalan
mulia membawa maksud satu tanggapan berkenaanperkara-perkara yang dihajati dan pada masa
yang sama juga menjadi kriteria atauukuran. Amalan mulia sesuatu masyarakat biasanya diasaskan
kepada agama. Budibahasa dan amalan mulia boleh disimpulkan sebagai budi pekerti,
tingkahlaku,perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan
oranglain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Menurut bukuTesaurus
Bahasa Melayu dan pengarangnya Ainon Mohd. Dan Abdullah Hassan pulamentakrifkan budi bahasa
ialah satu etiket,adab sopan santun,pekerti,akhlak yangberadat dan berbahasa.
(2) Bertoleransi
-bersikap sabar
-sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain
(4) Bersopan-santun
-lemah-lembut
-tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
-perilaku yang sopan.
(5) Ramah mesra
-mudah diajak berunding.
-mesra dan memberi senyuman
-penyabar dan tidak emosional.
2. Masyarakat Cina:
Contoh:
-Tunduk ketika memberi salam.
-Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
-Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.
-Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
-Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.
-menolong orang susah
-pemurah
3. Masyarakat India:
Contoh:
-duduk ketika makan dan menggunakan tangan
-Tidak membazirkan makanan.
-Senyap semasa bersembahyang.
-tidak membalas dendam
-Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.
-Mematuhi adat dan resam.
-Salam orang yang lebih tua.
Tutorial
1. Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait
rapat dengan hati seperti kata-katanya: "Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala
anggota pun roboh". Berikan ulasan anda.
-Gurindam ini bermaksud bahawa hati adalah penggerak dari setiap tingkah manusia. Hati yang
mengenali nafsu manusia. Apabila hati sudah rapuh maka tubuh akan mudah jatuh dan rosak. Tapi
jika seorang manusia biasa menjaga hatinya, maka ia merasa lebih sihat dan selalu berfikir positif.
Kerana sesungguhnya apa yang menjadi penyakit dalam tubuh adalah penyakit hati. Bait gurindam
ini sangat dalam maknanya, pemilihan kata sangat luas dan mudah ditangkap maksudnya
2. Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.
-Berbicara soal budi bahasa, kita boleh lihat bagaimana cara pertuturan generasi muda zaman
sekarang.
Mereka sudah tidak lagi segan silu bercakap kasar bukan saja ketika di kalangan rakan sebaya
bahkan pada mereka yang lebih berusia.
3. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan semula amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat.
-PERANAN IBU BAPA
Ibu bapa memberi didikan pendidikan dan agama sejak kecil
Ibu bapa menunjukkan teladan yang baik kepada anaknya.
AKSES KENDIRI
Maklumat tambahan
-Panggilan
Pak-Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak-Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok-Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek
kendiri.
Abang-Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak-Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda
kendiri.
Adik-Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.
a) kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.
-Kesantunan masyarakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu
-Orang Melayu sangat mementingkan kesantunan dalam hubungan masyarakat
-Bahasa halus dan tersirat selalu digunakan supaya tidak mengecil hati orang lain
b) Asmah Hj. Omar (2000), pula menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan
oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu.
-Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang
santun.
-Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktur seperti kesedaran akan peranan masing- nasing,
pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan
berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
c) Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu
i. kesantunan asas
ii. kesantunan berkala.
i. Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat
berhubung antara satu sama lain.
-Dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara satu sama lain yang menghendaki ahli
masyarakat bersopan santun antara satu sama lain.
-Ini kerana dalam mana-mana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan
dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran Islam atau agama-agama lain.
ii. Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang
dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat
tertentu
-Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang
bagaimana, apa yang dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan
disampaikan.
-Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dll
-Komunikasi tersebut mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu
Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
II. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi.
bahasa mesti halus
beradab sopan
perlakuan lemah-lembut
berbudi pekerti
III. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak
perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang
harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
Wujud persetujuan bersama dalam masyarakat
Mewujudkan etika dan peraturan bermasyarakat
Biasanya mengamalkan budaya yang sama
Ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman
Konsep Kesantunan
IV. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW
melalui hadishadis:-
a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih
baik diam.”
b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang
yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia
mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah
kalian saling berkatakata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hambahamba Allah yang
bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik".
V. Menurut Hamka:
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak
pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan
hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.
VI. Menurut Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.
VII. Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai
adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya
membalas, dan bersikap adil ketika kuat
KONSEP PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN
Merujuk kepada air muka
Berkait rapat dengan maruah diri.
Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka
papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan
juga keluarga.
Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi
seseorang.
Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak
mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang
dihujah itu benar.
Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan
mulut perlulah dikawal.
Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah
seperti lidah bercabang, lidah buaya, dan lidah tidak bertulang.
Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang
lain.
Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan
kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun
dan sebaliknya.
Selain itu, senyuman juga merupakan suatu kesantunan bahasa yang dapat merapatkan
hubungan silaturahim antara satu sama lain. Sambil tersenyum sambil berbual mesra supaya
orang akan berasa gembira, senang hati dan selesa untuk terus berbicara. Pada masa yang sama,
rakan yang berbual akan membuat tanggapan yang positif bahawa orang tersebut bercakap
dengan ikhlas dan jujur. Pergerakan badan, ekspresi wajah dan postur badan juga penting untuk
menerangkan sesuatu dengna lebih mendalam tentang sesuatu konsep yang hendak disampaikan.
Dengan ini, senyumlah, memulakan masyarakat yang sejahtera lagi harmoni.
c. Gelaran warisan
Pangeran, Tengku, Megat dan Puteri, Syarif, Syeikh, Siti, Raden, Daeng, Teungku.
d. Gelaran kurniaan
Tun, Puan Sri, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Pendeta Za'aba.
3.2 Komunikasi Nonverbal
Komunikasi nonerbal merupakan komunikasi yang tanpa kata-kata ataupun dikatakan
dalam bahasa badan dan tubuh. Bahasa badan termasuklah perhubungan ruang dari jarak,
orientasi masa, gerak-geri, rupa muka, gerak mata, sentuhan, suara dan juga kadar kelajuan
bercakap. Secara ringkasnya, komunikasi bukan verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi
kecuali percakapan. Tujuan berkomunikasi bukan verbal adalah untuk menyampaikan mesej yang
sukar dilahirkan melalui percakapan atau penulisan. Komunikasi melalui badan tubuh ini dapat
menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan juga status sosial seseorang.
2) Berdasarkan hasil pembacaan anda, huraikan kesantunan lisan dengan merujuk kepada
masyarakat majmuk di Malaysia.
Dari segi kesantunan lisan di Malaysia, kita dapat lihat banyak contoh dalam pergaulan
seharian rakyat. Contohnya, dalam keadaan formal, kita akan menggelar orang yang lebih tua
sebagai Encik, Cik, Tuan, dan Puan. Dalam keadaan tidak formal pula, Pak cik, Mak cik, ataupun
Kak digunakan untuk menggelar seseorang. Dengan memberikan gelaran ini, kita menunjukkan
tanda kehormatan dan perbezaan kedudukan. Dalam istana, perkataan seperti Tuanku, bersiram,
junjung kasih, dan lain-lain lagi telah digunakan untuk tujuan hormat. Setiap masyarakat di
Malaysia akan membongkokkan badan dan mengatakan "Tumpang lalu" untuk meminta jalan
apabila menganggu perbualan orang lain.
ü Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis.
ü Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila.
ü Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi.
ü Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai, iaitu ditandai nada pengucapan
yang rendah, lembut, dan sesuai, walaupun sewaktu menyindir, tidak akan menyinggung perasaan
orang lain.
ü Kesantunan dalam berbahasa juga dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau rujukan
kehormat yang betul dan sesuai.
ü Kesilapan dalam penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat boleh menyebabkan
seseorang berasa tersinggung dan marah.
ü Dalam Bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk
sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan
kepada seseorang.
ü Contohnya, sekiranya seseorang itu pensyarah yang berpangkat doktor falsafah, adalah menjadi
kesilapan besar sekiranya kita memanggil beliau dengan panggilan encik.
ü Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam kehidupan
masyarakat Malaysia
I. Strategi toleransi
II. Strategi bertimbang rasa
III. Strategi memberi salam
IV. Strategi bersopan santun
V. Strategi ramah mesra
VI. Strategi tidak mementingkan diri sendiri
VII. Strategi merendah diri
v Kesantunan Nonverbal atau bukan verbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang
melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan.
v Kesantunan bukan verbal mampu menggambarkan personaliti, tujuan, dan status sosial seseorang
individu.
v Komunikatif lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan dan maksud yang
disampaikan lebih jelas.
v Gerakan anggota badan kita mampu menyampaikan mesej yang akan difahami oleh orang lain.
v Contoh :
-gerakan mata ke sana dan ke mari menunjukkan seseorang itu tidak berminat melihat dan
mendengar sesuatu yang disampaikan kepadanya.
v Pergerakan mata dan dahi yang berkerut menunjukkan seseorang itu berminat tetapi tidak
percaya.
v Mimik muka mempunyai pelbagai maksud yang tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya
dalam komunikasi bukan lisan.
v Air muka boleh menggambarkan emosi, perasaan, harapan, menambat hati seseorang atau
perasaan kurang senang.
v Dalam interaksi keluarga dalam masyarakat Melayu, interaksi tidak selalu bergantung kepada
pemilihan perkataan dan struktur ayat.
v Dalam masyarakat Melayu, anak-anak sentiasa diajar menggunakan tangan kanan untuk
memegang makanan dan apabila memberi dan menerima sesuatu.
v Jadi, penggunaan tangan kiri hendaklah dielakkan.
Alor Setar : Seorang guru disiplin cedera dibelasah sekumpulan 10 pelajar Tingkatan 5 di sebuah
sekolah menengah di Jalan Gunung, di sini, dipercayai kerana menegur pelajar berkenaan yang
lambat menyertai perhimpunan semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kumpulan pelajar
terbabit cuba memprotes tindakan guru lelaki berkenaan dengan membuat bising dalam kelas
sebelum mangsa bergegas naik untuk melihat apa yang berlaku.
Sumber berkata, guru berusia 40-an yang cuba meleraikan tindakan ala samseng kumpulan pelajar
berkenaan, bagaimanapun dikasari apabila kepalanya ditolak sebelum dibelasah. Pelajar lain dalam
kelas hanya mampu melihat kejadian itu kerana tidak berdaya untuk membantu guru berkenaan.
Malah, rotan yang dibawa guru itu juga dipatahkan oleh kumpulan pelajar terbabit kerana geram
dengan teguran berkenaan. Difahamkan, kekecohan itu hanya dileraikan guru lain selepas insiden
berkenaan dimaklumkan pelajar.
‘Saya tak pasti sejauh mana kecederaan guru itu, namun apa yang pasti guru itu kini bercuti dan
berehat,’ kata sumber berkenaan. Usaha untuk mendapatkan komen daripada mangs tidak berjaya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, mengesahkan
menerima laporan kejadian berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana kes
masih dalam siasatan.
· - Televisyen merupakan alat penyampai maklumat yang berkesan dan pengaruh televisyen itu
sendiri berupaya mempengaruhi cara seseorang individu itu berfikir.
· - Televisyen menjadikan alat propaganda menyampaikan dakyah-dakyah sama ada positif
mahupun negatif.
· - Menyedari televisyen dengan pengisian programnya yang sarat mengandungi kedua-dua nilai
kemanfaatan dan kemudaratan, maka hala tuju dan gerak kerja rancangan-rancangannya perlu
dipantau dari semasa ke semasa.
· - Apa yang dihidangkan kepada umum bukan sekadar hiburan semata-mata malah turut
mendidik masyarakat.
Ø Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.
Ø Menurut Laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang
terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi
sekolah-sekolah di kawasan Bandar.
Ø Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.
Ø Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang
dibenarkan pada hari persekolahan.
Ø Ponteng merujuk kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang
musnasabah.
Ø Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas
tanpa kebenaran.
Ø Ponteng merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas.
Ø Ponteng sekolah melibatkan para pelajar khususnya merujuk kepada golongan pelajar peringkat
sekolah Menengah.
Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah – tidak mampu mengikuti
pelajaran dengan sempurna.
Kurang perhatian, pemantauan atau kasih sayang daripada ibu bapa – ibu bapa sibuk dengan
urusan harian.
Pengaruh rakan sebaya – Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan
pelbagai musnasabah.
Peraturan sekolah yang terlalu ketat – datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng
kerana takut didenda dan dimarahi guru disebabkan kesalahan tersebut.
Ø Pembaziran masa dan tenaga – masa yang dibazirkan tidak akan dipulang atau dikembalikan.
Ø Masyarakat memandang serong kepada pelajar- mereka memandang pelajar sebagai sampah
masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat pada masa
depan.
Ø Masa Depan tidak terjamin- tidak dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal
peneraju yang berwawasan.
Ø Menjejaskan Peratus Kedatangan Pelajar – tidak mencapai syarat wajib kedatangan harian ke
sekolah sebanyak 85% dan tidak dapat menduduki peperiksaan.
Ø Merasa kerugian – tidak dapat memberi ilmu setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar yang
kerap ponteng sekolah
Ø Menganggu proses pembelajaran pelajar – terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali
pelajaran yang tertinggal
Ø Kelas terganggu oleh pelajar yang kerap ponteng sekolah – memburukkan pencapaian mata
pelajaran.
2. Penyalahgunaan Dadah
Ø Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah oleh masyarakat yang bertentangan dengan
tujuan iaitu sebagai perubatan atau rawatan.
Ø Dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya terhadap kita
sekiranya tidak disalahgunakan.
Ø Masalah ini timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.
Punca penyalahgunaan dadah
Ø tertekan dengan masalah yang dihadapi seperti masalah peribadi, keluarga dan tempat kerja. -
tekanan emosi berlaku secara keterlaluan, seseorang itu akan mengalami tekanan dan kemurungan
sehingga tidak mampu berdepan dengan kenyataan tersebut
Ø pengaruh rakan sebaya - mengikuti ajakan rakan-rakan sebaya tanpa membuat pertimbangan
yang wajar termasuk menghisap dadah
Ø Kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa – ibu bapa mementingkan kerjaya sehingga
alpa akan tanggungjawab mendidik anak-anak.
Ø Menjejaskan kebersihan dan kesihatan diri- kelihatan tidak bermaya, pucat dan kehilangan berat
badan.
Ø dijangkiti pelbagai penyakit - menggunakan alat suntikan yang dikongsi dengan penagih lain
semasa menagih dadah.
Ø melakukan perbuatan atau jenayah - Mereka tidak dapat berfikir atau bertindak secara waras
kerana ketidakstabilan emosi.
Ø Menjejaskan prestasi pelajaran remaja- mudah keliru dan mendapat sakit otak.
Langkah penyelesaian
Ø Peranan ibu bapa – mengambil berat tentang anak-anak dan tidak harus hanya mementingkan
urusan kerja semata-mata.
Ø Peranan media massa- menyiarkan berita, drama, rancangan atau cerita yang boleh membawa
keinsafan kepada remaja dan kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap diri sendiri, masyarakat
dan negara.
Pengenalan
§ Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalan raya dengan pelbagai bentuk gaya oleh
remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan
segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat.
§ Aksi samseng jalanan yang berbahaya akan menyebabkan nyawa pengguna jalan raya lain berada
dalam keadaan yang membimbangkan.
§ Aksi-aksi berbahaya yang biasanya dilakukan oleh golongan mat rempit ialah :
o Superman – menunggang laju sambil terbaring seperti aksi superhero, Superman sedang terbang
o Pereng/ corner – bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.
3) Kurang didikan agama- mudah terjebak dengan perkara-perkara yang tidak bermoral.
4) Desakan naluri- remaja suka mencuba dan tidak takut pada risiko yang bakal ditempuh.
5) Cara hidup- remaja yang berpendidikan rendah lebih cenderung melibatkan diri dalam kancah
lumba haram ini.
6) Kurang kasih sayang ibu bapa- ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan mengabaikan anak-anak
mereka
Ø Berlaku kes-kes jenayah –golongan ini sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.
Ø Berlaku kes seperti pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai penyakit membunuh seperti
AIDS.
Ø Terdesak untuk mendapatkan duit untuk pengubahsuaian dan membeli alat ganti motosikal, kos
petrol serta wang pertaruhan.
Ø Memeras ugut, meragut dan mencuri seterusnya merugikan ekonomi negara kita.
Langkah penyelesaian
Ø Perhatian yang secukupnya-ibu bapa meluangkan masa dengan berbual dengan anak mereka dan
mendengar luahan serta rintihan hati mereka.
4. Isu Vandalisme
ü Vandalisme ialah satu tingkah laku menconteng atau merosakkan harta benda awam atau
persendirian.
Punca Vandalisme
· - Pengaruh rakan sebaya- bagi kumpulan remaja yang tidak bermoral, akan timbul idea untuk
menconteng dan merosakkan harta benda di sekeliling mereka.
Kesan Vandalisme
· - Imej negara terjejas- pelancong asing melihat keburukan yang dipaparkan oleh rakyat.
Langkah penyelesaian
· - Ibu bapa memberi penekanan agama, kasih sayang, dorongan dan perhatian- Anak-anak akan
merasa bahagia berada di samping keluarga yang harmoni.
5. Isu Gangsterisme
· - Penglibatan gejala gangsterisme terbahagi kepada dua golongan iaitu delinkuen dan devian.
· -Menurut Haslina Hassan (2000), beliau mengatakan delinkuen dan tindakan ganas remaja
merupakan perlakuan yang diwariskan oleh golongan terdahulu dan aktivitinya di luar kawasan
sekolah.
· - Peranan media massa – melalui filem aksi yang ditayangkan, majalah-majalah serta
pendedahan terhadap gejala gangsterisme melalui televisyen.
Langkah penyelesaian
· - Peranan masyarakat- mempunyai sikap prihatin dan mengambil tahu anak-anak jiran supaya
anak-anak sentiasa merasakan mereka diperhatikan dan akan berwaspada untuk melakukan perkara
yang tidak sihat berhampiran dengan tempat tinggal.
· -Peranan ibu bapa- memberi pendidikan agama yang cukup serta menyedarkan anak-anak
tentang bahaya terlibat dalam gejala tidak sihat demi masa depan mereka sendiri.
6. Pembuangan bayi
Pendahuluan:
Ø Saban hari pelbagai berita berkaitan dengan pembuangan bayi dilaporkan dan bayi tersebut
dijumpai di merata-rata tempat.
Ø Untuk menyembunyi perbuatan tersebut, mereka sanggup membuang bayi yang tidak berdosa
dengan harapan akan diberi peluang menjalani kehidupan.
Ø Gejala ini dapat ditangkis sekiranya wujudnya kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat
dengan mengambil tahu dan cuba membanterasnya serta melahirkan sifat penyayang.
Faktor-faktor
ü Kurangnya didikan agama dalam diri remaja –mudah terpengaruh untuk melakukan gejala yang
tidak sihat.
ü Keruntuhan institusi keluarga dalam sesebuah masyarakat- sibuk dengan pembangunan dan
mengejar kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab sebenar mereka dalam membina
sebuah keluarga yang bahagia.
ü Peranan masyarakat-memandang hina orang yang melakukan dosa seperti berzina, buang bayi
dan sebagainya.
Kesan-kesan
§ - Bayi yang dibuang berasa sedih dan kecewa terhadap ibu bapanya yang tidak berhati perut dan
tidak mengenali ibu bapa kandung dia apabila dia dewasa.
§ -Masyarakat setempat dikuntuk- menimbulkan persepsi buruk dari orang luar tentang sikapn
masyarakat setempat ini.
Kesimpulan
Ø Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam menangani gejala ini dan tidak
hanya berdiam diri serta menyalahkan mana-mana pihak.
Ø Kita sebagai masyarakat seharusnya prihatin untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian yang
terbaik dalam menangani masalah ini.
Ø Remaja hari ini seharusnya sedar akan kesilapan mereka dan berfikir secara waras sebelum
melakukan sesuatu agar tidak menyesal di kemudian hari.
6.4 Isu Teknologi maklumat dan komunikasi
Definisi
o ICT dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan, menyesuaikan diri
dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan komunikasi dalam organisasinya.
o Guru-guru dapat memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk tujuan
pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti CD Rom,
cakera padat, video, komputer, komputer bimbit dan perisian-perisian aplikasi komputer.
o Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap.
o Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang luas
untuk melaksanakan pemindahan kewangan.
· -Membuka minda supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung.
· -Menjimatkan waktu, tenaga kerana maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan
memudahkan kerja bagi penerimanya.
v Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian
dalam bidang ini.
Ø Pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian computer, perekaan bentuk perisian, perekaan
bentuk sistem pangkalan data serta MIS.
Kebaikan dan Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT)
Kebaikan :
ü Iklan terbaharu dalan blog abuaslam ialah iklan ‘My Egg Service’ oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan kenderaan secara ‘internet online’.
ü Agensi kerajaan memanfaatkan teknologi ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing-
menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan.
ü Bagi industry perbankan, Maybank Berhad menawarkan sistem online dalam jenama maybank2u
untuk memudahkan urusan pemindahan wang dan pembayaran bil.
Keburukan :
Ø Peluang pekerjaan sebagai ajen insuran kenderaan dan pekerja di kaunter bank dan tiket
berkurangan dan menambahkan kadar pengganguran dalam negara.
§ Penggunaan kata-kata sapaan atau kata-kata panggilan yang kasar yang dikatakan kurang sopan
kini telah menjadi kebiasaan pengguna IT.
§ Kata gandi nama yang halus dan bersopan wajar dipratikkan dalam perbualan seharian sama ada
dalam alam maya atau realiti.
§ Percampuran antara bahasa Malaysia dan Inggeris menjejaskan pemartabatan bahasa di peringkat
nasional atau internasional.
§ Kita sebagai bangsa yang bertamadun mempunyai jati diri sendiri dalam aspek penggunaan
bahasa supaya disanjung oleh pihak lain yang turut menyukai bahasa kita.
§ Para remaja tidak menghormati orang tua dengan tidak memanggil orang tua dengan gelarannya.
Contoh-contoh Alat ICT yang disalahgunakan pada Zaman ini yang menjejaskan kesantunan.
1. Jenayah siber
· Merujuk kepada aktiviti jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi
internet.
· Pengguna internet melakukan jenayah siber seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian
ke atas program atau data komputer.
2. Penggodam maklumat
· Penggodam dan pengganas siber yang bersikap sesuka hati memusnahkan data dan mengubah
sistem komputer.
· Mereka menggunakan internet untuk mencuri maklumat sulit yang dimiliki oleh individu,
syarikat dan organisasi dan memperoleh keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing.
3. Bahan-bahan pornografi
o Amalan menonton video lucah dalam kalangan belia didorongi oleh filem-filem dan program-
program televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotic.
· Golongan belia menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak
dan ‘copy dan paste’ maklumat dan hasil kerja orang lain melalui internet.
· Menjejaskan amalan kesantunan dan mengakibatkan individu yang terlibat tidak melakukan
sesuatu tugas dengan hasilnya sendiri.
Langkah-langkah mengatasi isu kesantunan berbahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi
A. Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi
dalam media sosial.
B. Pihak sekolah hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul semasa menggunakan
TMK.
D. DBP hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul semasa
menggunakan TMK.
· - Fesyen Barat-meniru fesyen barat terutamanya dari segi pemakaian menjadi ikutan
masyarakat Malaysia dewasa ini.