Khasiat Sayur Sayuran
Khasiat Sayur Sayuran
Khasiat Sayur Sayuran
Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya
kerana kandungan nutrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat.
Pengamal sayur-sayuran dan buah-buahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat
berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.Kebanyakan negara maju
seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran dan buah-buahan
sebagai menu utama mereka. Ini kerana, mereka telah mengenal pasti bahawa dengan
mengamalkan makan makanan seperti ini dapat meningkatkan kualiti hidup.
Para penyelidik juga telah menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran dan buah-
buahan ini mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihata
serta menyediakan hidup yang lebih sihat. Pengkajian yang secara mendalam oleh pakar-
pakar sains telah membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran dan buah-buahan ini
telah berjaya mengatasi masalah seperti kancer, penyakit hati, kencing manis serta darah
tinggi di mana keempat-empat penyakit ini merupakan penyakit yang telah dikenal pasti
yang mencatatkan kematian yang paling tinggi.
Walau bagaimanapun, ramai di kalangan kita masih kurang mengetahui khasiat yang
diperolehi akibat pengamalan sayur-sayuran dan buah-buahan ini, kerana kurangnya
pendedahan yang diberikan. Di sini terdapat beberapa jenis sayur-sayuran dan buah-
buahan yang telah dikenal pasti mempunyai khasiat dari segi perubatan.
BUAH KELO
Ramai yang menggemari buah kelo kerana rasanya yang enak. Tetapi ramai yang kurang
mengetahui yang buah ini mempunyai khasiat dari segi kesihatan dan perubatan. Nama
saintifiknya adalah Moringa oleifera dan buah ini amat baik untuk jantung, saraf dan
peredaran darah.Buah kelo amat berkesan untuk meredakan demam panas.
Air perahan daun kelo bukan sahaja kaya dengan vitamin A, vitamin C dan kalsium,
malahan juga mengandungi asid amino yang bersifat antibakteria yang membantu
menambahkan darah dan menentang berbagai jenis penyakit.Jus buah kelo digunakan
untuk tujuan melawaskan kencing serta membantu menghilangkan rasa kembung dan
senak akibat ketidakcernaan.
DAUN SALAD
Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak
dimakan begitu sahaja.Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana
daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan. Daun salad atau nama
sainsnya Lactuca sativa, merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan
tidur. Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin A
dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai
lactucarium yang bertindak sebagai sedatif.
Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus
menghilangkan segala keresahan yang melanda.Daun ini juga mengandungi karotin, seraf
dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem
pernafasan .
KOBIS
Brassica oleracea merupakan nama sains bagi bunga kobis dan sayur ini berasal dari
keluaraga Brassica. Sayur ini mengandungi belerang, iaitu sejenis zat galian yang penting
untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah
malahan juga berkesan untuk mengubati masalah -masalah lain di usus.
Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B-
Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang
dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan
pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan
memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah.
Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak
menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus
membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.
TIMUN
Di setengah- setengah tempat, timun juga dikenali sebagai mentimun atau nama
saintifiknya ialah Cucumis sativus .Ia mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan
karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi,
magnesium, fosforus, vitamin A,vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat
kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang
batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun
dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini
dapat mengembalikan suara yang hilang.
Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan
sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun
mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu
keluar darah semasa membuang air besar.
KUCAI
Kucai adalah sejenis sayuran yang menyerupai pokok bawang yang berasal dari keluarga
Lili. Tumbuhan ini tengik baunya tetapi enak dimakan samada sebagai sayur atau ulam.
Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan
menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga
melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara
penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau
dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum
setiap pagi.
ASPARAGUS
Berasal dari keluaraga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi
sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A
dan C dan niasin.
Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid
yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti
jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang
tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh
mengatasi masalah-masalah kulit.
Selain itu asparagus juga mengandungi eleman -eleman yang baik untuk kelenjar tiroid,
pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.
SELERI
Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus,
sodium, potsium,karotin,vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai
Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan
penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi.Terdapat belbagai cara untuk
menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang
paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil
dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang
lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan
bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian
luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah
dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri
memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.
LOBAK PUTIH
Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan
ini sungguh menyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih
mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah
penghadaman. Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan beasal dari keluarga Crucifera.
Sayur ini mengandungi kandungan air , glukos, sokros dan fruktos yang banyak. Ia juga
kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.
PUDINA
Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam
spesies mentha.Terdapat berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
-mentha spicata “moroc-can” yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
-mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit
kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun
pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.
PASLI
Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian
seperti kalsium, magnesium dan klorofil.
Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagimenjaga kesihatan
rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan
darah.
Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi pelbagai
khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.
Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah
serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka
yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.
Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini
dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan
kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
PERIA
Peria atau dikenali sebagai kanbas atau nama sainsnya Momordica charantia adalah
sejenis sayur yang rasanya amat pahit,tetapi di sebalik kepahitan itulah tersembunyi
seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis.
Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras
gula dalam darah dan air kencing. Peng- hidap kencing manis mestilah menjadikan jus
peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu
peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.
BAYAM
Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti
fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.Dikenali sebagai Spinacia
oleracea dari segi saintifiknya.
Jus bayam mengandungi zat besi secukupnya untuk mengatasi masalah-masalah seperti
anemia sejenis penyakit kurang darah. Kaedahnya adalah dengan mengisar daun bayam
dengandengan segelas air dan diminum dua kali sehari.
Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus
bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat
besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi asid
aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.
KADUK
Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali
sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.
Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab
untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.air rebusan ini juga
berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-
sengal tulang.
DAUN KARI
Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan daripada spesies Murraya
koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau. Daun kari ini biasanya
digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan
pengguna terbanyak daun ini.
Dari segi perubatanya, daun ini amat berkesan dalam mengatasi masalah-masalah haid
dan gonorea, menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang
mengandung dan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah.Selain itu
daun ini juga baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.
KAPSIKUM
Merupakan sejenis cili yang berisi tebal berwarna hijau atau merah. Adalah dari spesies
Kapsikum annuun yang berasal dari keluaraga Solanaceae.Ia kaya dengan vitamin C,
vitamin A dan zat-zat besi seperti kalsium, fosforus, sodium, dan potasium.Sayur ini
dikatakan dapat
meredakan kesakitan yang ada kaitan dengan kegemukan.Ia juga baik untuk pengedaran
darah dan boleh mengtasi masalah sakit kerongkong.
Kapsikum juga mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada
bergumpal, sekali gus menghalang sejenis penyakit darah beku yang dikenali sebagai
trombosis.
TOMATO
Satu kajian terbaru di amerika syarikat telah menunjukkan bahawa pigman merah yang
terdapat pada kulit tomato mengandungi sejenis bahan yang dikenali sebagai Iycopene
yang mana boleh mengurangkan risiko di kalangan kaum lelaki daripada mendapat
penyakit barah prostat.Dalam kajian tersebut, amalan memakan 10 biji tomato seminggu
boleh kurangkan risiko sehingga 45%.
KENTANG
Berasal dari keluarga Solanaceae, dan merupakan sejenis sayuran yang paling popular di
selurug dunia. Terdapat berbagai jenis ubi kentang di seluruh dunia.Ubi kentang kaya
dengan karbohidrat dan zat galian terutamanya dibahagian kulit.
Sayur ini berkesan untuk merawat penyakit batu karang dan juga mengatasi masalah
jerawat dan bisul.Caranya adalah dengan mengadun udi kentang dengan sedikit air
kemudian disapu ke atas jerawat atau bisul yang sudah pecah sebelum ditutup dan dibalut
dengan kain bersih. Cara rawatan yang sama juga digunakan bagi merawat kudis atau
luka.
TERUNG PIPIT
Daripada kajian, terong ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta
mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin
BI.Terong ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin
dengan kandungan sebanyak 0.84%.
Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini
dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula
dapat mengubati retak kulit pada kaki.
BAWANG PUTIH
Dikenali sebagai Allium sativum dan mempunyai kegunaan yang banyak dan khasiat
yang tinggi.Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat
perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada
penyakit darah tinggi.Ia juga membantu menyegarkan pernafasan sekalipun tempat yang
banyak karbon monoksida (asap kenderaan).
Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang kanser kerana
kandungan mineralnya membantutkan ketumbuhan tumor dalam tubuh badan.Selain itu
bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman tersebut dapat dibunuh dengan
menumbuk bawang putih serta menepekkannya di bahagian yang berjerawat.
MANGGA
Berasal dari kelurga Anacardiaceae dan nama saintifiknya dikenali sebagai Mangifera
Indica. Jus buah ini mengandungi khasiat yang tinggi dan berkesan untuk mengubati
pelbagai penyakit. Minuman ini, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
potasium dan magnesium dan vitamin A dan C.
Penyakit hernia atau burut merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun
ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak. Amalan meminum jus buah mangga
merupakan amalan berkesan untuk mereda dan menyembuhkan penyakit ini.Ini kerana
kandungan karbohidrat dan enzim yang tinggi dalam mangga akan mempercepatkan
proses penyembuhan di dalam dan di luar badan.
Selain itu, jus buah mangga ini juga digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk
mengatasi masalah penyidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan.
Petua berkesan adalah dengan menyedut perlahan-lahan jus buah mangga dengan
menggunakan straw dan bukannya dengan meminum terus. Memandangkan kandungan
gula yang tinggi hanya secawan sahaja dihadkan dan bagi mereka yang menghidapi
penyakit kencing manis dan alahan adalah dinasihati membataskan penggunaannya.
AVOKADO
Adalah sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi protein, zat besi, fosforus,
kalsium,sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin.Dikenali sebagai Persea
americana dan buah ini berasal dari keluarga Lauraceae.
Sebiji avokado dipercayai mengandungi kira-kira 300 kalori, dengan 88% daripadanya
terdiri daripada lemak. Ia bertindak dengan berkesan sebagai pelincir semula jadi bagi
membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku,
pergelangan tangan, pinggul dan lutut sekali gus dapat menghindarkan penyakit sengal-
sengal tulang.
Di samping itu, amalan memakan buah ini setiap hari boleh menurunkan paras kolestrol
di samping mengekalkan paras lipoprotein iaitu sejenis kolestrol yang baik yang
bertindak melindungi seseorang itu daripada diserang sakit jantung.
Isi avokado yang kaya dengan vitamin A, minyak dan riboflavin amat berkesan untuk
memulihkan kesegaran dan kelicinan kulit serta mengatasi masalah kulit kering.
LEMON
Dikenali sebagai Citrus limon dari segi saintifiknya dan boleh ditemui pada bila-bila
masa sepanjang tahun.Buah ini seperti buahan lain kaya dengan vitamin C yang berkesan
untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, siflis dan klamidia. Ini
kerana ia bertindak membunuh kuman bakteria, sekali gus mempertingkatkan daya tahan
badan.
Kandungan vitamin C dalam jus lemon, yang turut mengandungi zat besi, kalsium,
fosforus, potasium,magnasium dan vitamin B-Kompleks, juga bertindak membunuh
sejenis bakteria dikenali sebagai stafilokokus.Bakteria ini menjadi punca beberapa jenis
penyakit seperti keracunan makanan, radang paru-paru dan jangkitan jangkitan lain.
DELIMA
Merupakan sejenis buah yang berasal dari kawasan Mediterrane. Dikenali sebagai Punica
granatum dan mengandungi asid tannin yang amat muajarab untuk hapuskan masalah
cacing di kalangan kanak-kanak.
Selain daripada asid tannin , buah ini juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus,
sodium, potasium, magnasium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan
cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus.
Penyakit buasir juga dapat dirawat dengan buah delima ini .Airnya yang bertindak
sebagai astringen, disapu ke bahagian yang bengkak dan dilakukan beberapa kali
sehingga sembuh.
BELIMBING BULUH
Buah ini mempunyai rasa yang masam dan juga digunakan dalam pelbagai jenis masakan
tempatan seperti sambal belacan dan masak lemak. Dikenali sebagai Averrhoa belimbi
linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi
perubatan.
Jus buah ini berkesan untuk melegakan penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam.
Selain itu ia juga berkesan untuk melicinkan kulit muka serta mengatasi masalah jerawat
dan merawat sakit gigi. Bagi mereka yang menghidapi batuk yang berterusan, adalah
dinasihati merebus buah ini dan minum air rebusan ini setiap pagi dan petang.
PISANG
Antara buah tempatan yang digemari ramai adalah pisang atau dikenali sebagai Musa
sapientum dari segi sainsnya.Pisang kaya dengan vitamin A dan C, kalsium, fosforus,
potasium dan besi .Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa jenis buah yang
mengandungi kromium, iaitu sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam
metabolisme glukos yang penting untuk memberi tenaga.
Selain itu, pisang juga merupakan jawapan yang tepat bagi mereka yang menghadapi
masalah sembelit, dan juga dapat melegakan penyakit ulser dan penyakit gastritis atau
radang perut.
NANAS
Berasal dari keluarg Bromeliaceae dan nama sainsnya ialah Ananas comosus. Buah ini
mempunyai kandungan vitamin A, B, da C yang tinggi.
Jus nanas ini bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi
masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalan minum jus nanas,
juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas. Enzim yang terdapar pada buah
nanas boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan
fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Selain itu buah ini juga melancarkan
perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing,
cacing dan kelesuan tubuh badan.
TEMBIKAI
Buah tropika ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A
dan C, asid folik dan zink. Dikenali sebagai Citullus vulgaris dan mempunyai khasiat
yang tinggi.
Jus buah ini amat muajarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti demam,
masalah perut kembung, sakit kepala dan penyakit paru-paru. Jus ini juga memberi
tenaga dan kekuatan di kalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh badan
yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit . Selain itu penyakit
artritis, gout serta keracunan uremik yang berlaku akibat kehadiran asid urik yang
berlebihan dapat diatasi dengan pengamalan minum jus buah ini.
PLUM
Berasal dari keluarga Rosaceae dan mengandungi khasiat yang tinggi.Buah ini
mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak
sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah
sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah
kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah.
Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang
diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.
Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi
pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah,
arak dan ubat-ubat aspirin.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, kita telah mengenal pasti beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan
yang bukan sahaja mengandungi kandungan khasiat yang tinggi malahan juga
mempunyai nilai-nilai perubatan yang amat muajarab. Walau bagaimanapun masih
terdapat banyak lagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang belum dikaji potensinya
sebagai radas kesihatan manusia.Sekecil-kecil cili padi sekalipun mungkin mengandungi
kompaun yang berguna untuk menyelamatkan manusia. Jika kita masih melengah-
lengahkan usaha pengkajian ke atas tumbuh-tumbuhan ini, mungkin banyak lagi nyawa
yang akan terkorban akibat pelbagai jenis penyakit.