Etn 1014 Kertas Penerangan 3

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONALKEMENTERIAN PEDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 DAN 6, BLOK E 14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA


PROGRAM / PROGRAM’S ETN 1014 LUKISAN SKEMA ELEKTRONIK

CODE & NAME EE-021-2:2012ELECTRONICEQUIPMMENT AND


APPLIANCE INSTALLATION AND TROUBLESHOOTING

TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
EE-021-2:2012-C01ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. IDENTIFY ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING


NO. DAN PENYATAAN REQUIREMENTS
AKTIVITI KERJA / WORK 2. PREPARE ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
ACTIVITIES NO. AND REQUIREMENTS
STATEMENT 3. PERFORM ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING
4. SUBMIT ELECTRONIC SCHEMATIC DRAWING.

EE-021-2:2012-C01/P(3/4)
NO. KOD / CODE NUM Muka: 1 Drpd: 26
ETN 1014/K01/(P3, P6, P7, P8)

PENERANGAN:
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 2Drpd: 26

1.6 SIMBOL GRAFIK KOMPONEN ELEKTRONIK

Mengikut perkembangan teknologi dalam bidang elektronik, terdapat komponen-


komponen yang terdiri daripada pelbagai jenis yang berlainan bentuk, saiz dan fungsi serta
perbezaan ciri -ciri yang menimbulkan kekeliruan. Oleh itu,simbol-simbol komponen
elektronik dicipta untuk setiap jenis yang berbeza supaya mudah mengenalinya. Simbol
grafik ini juga dilukis mengikut kepiawaian antarabangsa untuk keseragaman sesuatu litar.
Ini membolehkan mereka yang mempelajari bidang elektronik boleh mengenali dan
membaca simbol-simbol grafik ini dengan mudah.

Simbol grafik merupakan gentian kepada alat komponen sebenar. Ia boleh dilukis
dengan cara lakaran atau pun secara lukisan kejuruteraan elektronik. Dalam lukisan litar
skema terdapat rangkaian simbol-simbol grafik yang mewakili rangkaian tersebut. Oleh itu,
kendalian sebenar sesuatu alat itu dapat diketahui. Kaitan rapat antara pengenalan simbol
grafik dengan komponen sebenar boleh membantu seseorang itu mengenal pasti
kedudukan komponen di dalam sesuatu litar, terutamanya dalam kerja-kerja membaiki dan
juga memasang alat elektronik.

1.6.1 KEPIAWAIAN SIMBOL GRAFIK ASA DAN DIN

Simbol grafik elektronik dilukis mengikut persetujuan kepiawaian antarabangsa. Oleh


yang demikian segala simbol yang dilukis dalm litar skema boleh dibaca dan difahami oleh
setiap pembaca litar di negara mana sekali pun di dunia. Simbol grafik dalam rangkaian
litar merupakan susunan perkataannya yang tersendiri. Dengan hanya melihat litar skema,
seseorang dalam bidang kejuruteraaan elektronik boleh memahami maksud kandungan
litar tersebut. Dengan demikian lukisan kejuruteraan elektronik merupakan bahasa
perhubungan diantara mereka dalam bidang yang sama.

Simbol grafik elektronik boleh dilukis mengikut kepiawaian antarabangsa yang telah
ditetapkan dan diiktirafk oleh Pesuruhjaya Elektroteknik Antarabangsa. Kepiawaian yang
dimaksudkan ialah;

i. ASA atau ANSI - American National Standard Institute

ii. DIN - Data International Standart.

iii. BS - British Standart.

a. Simbol Grafik Mengikut Kepiawaian ASA


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 3Drpd: 26

Gambarajah 1a: Contoh Simbol Grafik Mengikut Kepiawaian ASA

b Simbol grafik mengikut kepiawaian DIN


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 4Drpd: 26

Gambarajah 1b: Contoh Simbol Grafik Mengikut Kepiawaian DIN


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 5Drpd: 26

Gambarajah 2:simbol simbol komponen elektronik

1.7 Kaedah Melukis Simbol Grafik Komponen Elektronik.

Simbol grafik bagi komponen elektronik boleh dilukis dengan menggunakan:

 Peralatan lukisan asas

 Bantuan plat pencontoh simbol elektronik.

1.7.1 Melukis Menggunakan Peralatan Lukisan Asas

Simbol grafik elektronik hendaklah dilukis dengan kaedah yang betul. Cara-cara
melukis simbol grafik

a. Melukis Simbol Transistor

i .Lukis garisan binaan segiempat sama dan bahagikan kepada 4 bahagian yang

sama.

ii. Lukiskan bulatan garisan condong secara lakar yang sudut bukanya 60o, seperti

di gambarajah 3. Garisan ini ialah garisan panduan untuk menempatkan kaki

pemungut dari pemancar.

Gambarajah 3: Melukis segi empat sama dan bulatan garisan condong


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 6Drpd: 26

iii. Tandakan kaki asas dan pembahagi tengah mengikut langkah – langkah

Gambarajah 4: Melukis Kaki Asas Dan Pembahagi Tengah

b MelukisSimbol Perintang

i. Lukis garisan panduan untuk nisbah yang betul apabila melukis simbol
perintang seperti di gambarajah 5.

Gambarajah 5: Melukis Garisan Panduan Simbol Perintang

ii. Lukis garisan condong untuk gerigi simbol dengan kecondongan buka
sudut 60. Gunakan sesiku segitiga bagi melukis kecondongan garisan ini
seperti di gambarajah 6.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 7Drpd: 26

Gambarajah 6: Melukis Gerigi Simbol

iii. Lukis garisan dengan kecondongan yang bertentangan garisan condong

tadi dalam buka sudut 60. Lakukan begini untuk kesemua (3) garisan

condong seperti di gambarajah 7.

Gambarajah 7: Melukis GerigiSimbol Yang Bertentangan

iv. Setelah selesai melukis garisan condong, lukiskan pula garisan lurus
untuk melengkapkan simbol perintang tersebut seperti di gambarajah 8.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 8Drpd: 26

Gambarajah8: Melukis Garisan Lurus Simbol Perintang

c. Melukis Simbol Diod Penerus

i. Lukiskan garisan panduan untuk nisbah yang betul apabila melukis simbol diod
seperti di gambarah 9.

Gambarajah 9: Melukis Garisan Panduan Simbol Diod

ii. Lukis garisan tegak untuk kedudukan elemen katod seperti di gambarajah 10.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 9Drpd: 26

Gambarajah 10: Melukis Garisan Tegak Untuk Kedudukan Elemen Katod

iii.Dengan menggunakan sesiku segitiga, lukis garisan condong sebelah bawah

menyentuh elemen katod seperti di gambarajah 11.

Gambarajah 11: Melukis Garisan Condong Sebelah Bawah

Menyentuh Elemen Katod

iv. Lukis garisan condang sebelah atas dengan menggunakan sesiku segitiga
menyentuh garisan condong yang pertama pada elemen katod seperti di
gambarajah 12.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 10Drpd: 26

Gambarajah 12: Melukis Garisan Condong Sebelah Atas

v. Lukis garisan mengufuk untuk melengkapkan simbol diod seperti di gambarajah


13.

Gambarajah 13: Melukis Garisan Lurus Simbol Diod

d Melukis Simbol Pemuat / Kapasitor

i. Lukiskan garisan panduan untuk nisbah yang betul apabila melukis simbol
pemuat seperti di gambarajah 14.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 11Drpd: 26

Gambarajah 14: Melukis Garisan Panduan Simbol Pemuat

ii. Lukis garisan tegak selari dengan menggunakan sesiku segitiga seperti di
gambarajah 15.

Gambarajah 15: Melukis Garisan Tegak Selari

iii. Lukis garisan mengufuk selari dengan menggunakan sesiku segitiga.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 12Drpd: 26

Gambarajah 16: Melukis Garisan Mengufuk Selari

iv Simbol pemuat yang siap dilukis seperti di gambarajah 17.

Gambarajah 17: Simbol Pemuat Yang Siap di Lukis

e Melukis Simbol Cok (Choke)

i Lukiskan garisan panduan untuk nisbah yang betul apabila melukis simbol
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 13Drpd: 26

Cok seperti gambarajah 18.

Gambarajah 18: Melukis Garisan Panduan Simbol Cok

ii Lukiskan garisan panduan mengufuk seperti yang ditunjukkan di gambarajah


19.

Gambarajah 19: Melukis Garisan Panduan Mengufuk

iii Dengan menggunakan pencontoh bulatan, lukis lengkok dari bahagian

tengah menyentuh garisan panduan ufuk seperti di gambarajah 20.

Gambarajah 20: Melukis Lengkok Cok


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 14Drpd: 26

iv Lukiskan lengkok kedua hingga keempat dalam susunan yang menyentuh di

antara satu dengan lain seperti di gambarajah 21.

Gambarajah 21: Melukis Lengkok Ke Dua Hingga Ke Empat Cok

v Lukis garisan mengufuk menyentuh lengkok yang diluar sekali seperti di


gambarajah 22.

Gambarajah 22: Melukis Mengufuk MenyentuhLengkok

vi .Simbol cok yang telah siap dilukis seperti gambarajah 23.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 15Drpd: 26

Gambarajah 23: Simbol Cok Yang Siap di Lukis

2.0 ALATAN UNTUK MELUKIS LUKISAN ELEKTRONIK

2.1 Melukis Dengan Bantuan Plat Pencontoh Simbol Elektronik.

Pencontoh elektronik adalah satu alat yang boleh membantu dalam kerja-kerja
melukis lukisan elektronik. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk.

Gambarajah 24: Contoh plat pencontoh simbol elektronik

Dengan penggunaan pencontoh elektronik kerja-kerja melukis symbol untuk litar


elektronik menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa berbanding dengan peralatan
lukisan asas.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 16Drpd: 26

Pada sekeping pencontoh elektronik,terdapat pelbagai simbol komponen elektronik


yang kerap digunakan dalam lukisan. Jika hendak melukis simbol–simbol
elektronik,pelukis bolehlah memilih simbol yang berkaitan yang terdapat pada plat
pencontoh simbol.. Lazimnya, selain daripada simbol-simbol grafik disertakan juga
simbol-simbol elemen bagi kegunaan melukis.

MELUKIS GAMBARAJAH BLOK DARIPADA LITAR SKEMA


Gambarajah 25 menunjukkan litar penguat yang terdiri daripada transistor TR1 dan
transistor TR2. Selain daripada transistor, terdapat beberapa komponen lain seperti
perintang dan pemuat. Pada punca kemasukan litar itu disambungkan dengan simbol
mikrofon dan pada punca keluaran pula disambungkan kepada pembesar suara .

Untuk meringkaskan kandungan litar peringkat penguat ini. Gambarajah litar ditukar kepada
gambarajah blok seperti yang ditunjukkan, iaitu bentuk segiempat. Untuk simbol pembesar
suara dan mikrofon disambungkan terus kepada punca keluaran yang ditunjukkan dengan
anak panah arah keluar dari blok itu.

Gambarajah 25: Litar skema penguat dan gambarajah blok

MELUKIS GAMBARAJAH BLOK RADIO AM


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 17Drpd: 26

Gambarajah blok adalah mewakili bahagian atau peringkat dalam sesuatu gambarajah litar
skema. Selain daripada itu ia juga mengambarkan secara kasar isi kandungan dan
keterangan bagi peringkat tersebut. Sesuatu litar skema yang lengkap mengandungi
pelbagai simbol komponen mengikut bahagian-bahagiannya. Untuk memudahkan
pembahagian litar dan penerangan mengikut bahagiannya maka satu lukisan gambarajah
blok diperkenalkan. Litar skema diringkaskan mengikut bahagian dan kemudian dilukis
dalam bentuk lukisan blok.

Rajah blok ini dilukis dalam bentuk segi empat tepat, segi empat sama atau bentuk
segitiga. Bentuk-bentuk ini dilukis mengikut kesesuaian jenis litar dan ruang melukis yang
disediakan. Gambarajah 26 menunjukkan bentuk lukisan gamba rajah blok yang biasa
digunakan apabila melukisnya. Gambarajah blok biasanya dilabel dengan nama mengikut
peringkat sesuatu litar, bentuk gelombang isyarat pada punca-punca kemasukan dan
keluaran serta tanda-tanda lain diperlukan.

Dalam gambarajah blok boleh juga disertakan dengan simbol sesuatu komponen bagi
menguatkan atau menjelaskan lagi gambarajah blok tersebut. Jika bilangan rajah blok itu
lebih daripada satu, blok-blok ini disusun sebelah menyebelah secara sesiri atau selari.
Setiap blok disambungkan oleh garisan lurus mengikut sambungan litar. Untuk
menunjukkan laluan isyarat pada setiap peringkat blok maka sambungan di antara blok
dilabel dengan tanda anak panah pada punca-punca kemasukan dan keluarannya.

Satu gambarajah blok boleh memberi keterangan serta maklumat kepada sistem kendalian
dan operasi sesuatu alat yang dirujuk kepada rajah blok. Ia juga boleh dibaca dengan
mengikut susunan setiap blok. Biasanya ia dibaca dari kiri ke kanan. Membacanya
dilakukan dari satu peringkat ke peringkat blok yang lain dengan mengikut arah tanda.

Gambarajah
Gambarajah
Blok Gambarajah Blok
Blok
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 18Drpd: 26

Gambarajah 26:Contoh Gambarajah Blok

MELABEL GAMBARAJAH BLOK


Setiap gambarajah blok yang siap dilukis hendaklah dilabel mengikut nama peringkat litar
skemanya. Selain daripada melabel nama peringkat, tiap-tiap blok hendaklah juga dilabel
bentuk gelombang isyarat pada punca-punca kemasukan dan punca keluaran pada rajah
blok tersebut. Melabel nama boleh dilakukan dengan melukis secara terus di dalam ruang
kotak blok seperti yang di gambarajah 27. Dalam gambarajah tersebut bloknya dilabel
dengan nama PENGUAT. Jika terdapat beberapa peringkat di dalam sesuatu gambarajah
blok maka setiap peringkat hendaklah dilabel dengan nama peringkat mengikut
susunannya.

Sekiranya ruang untuk melabel nama setiap peringkat itu terhad maka terdapat satu cara
pilihan lain untuk melabelnya . Caranya adalah dengan melabel setiap peringkat dengan
tanda huruf atau angka dengan mengikut.susunan abjadnya. Pada ruangan lain
disenaraikan label mengikut susunan nama peringkatnya dan contohnya diberikan seperti
di gambarajah 27.

Gambarajah 27 : Cara melabel gambarajah blok

3.1.3 MELABEL BENTUK GELOMBANG PADA GAMBARAJAH BLOK

Bentuk gelombang isyarat boleh dilabel pada gambarajah blok bagi kegunaan membantu
memahami kendalian setiap peringkat serta keseluruhan blok tersebut. Cara melabel yang
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 19Drpd: 26

pertama ditunjukkan dalam gambarajah 28a iaitu bentuk gelombang isyarat dilukis
berhampiran dengan punca kemasukan dan punca keluaran rajah blok.

Cara kedua ditunjukkan pada gambarajah 28b iaitu bentuk gelombang isyarat dilukis jauh
sedikit dari kemasukan dan keluaran tetapi ia ditanda dengan arah anak panah ke
bahagian tersebut.

Gambarajah 28a:Cara MelabelGelombang Isyarat Pada Gambarajah Blok.

Gambarajah 28b : Cara Melabel Gelombang Isyarat Pada Gambarajah Blok.

3.2. TAJUK : LITAR ELEKTRONIK

TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih tentang cara – cara
melukis litar skema daripada lukisan gambaran serta teknik merangka dan menyusun atur
komponen.

PENERANGAN:
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 20Drpd: 26

3.2.1

Gambarajah skematik (schematic diagram)

Tujuan skematik diagram dilukis ialah untuk memudahkan memahami tugas


setiap komponen yang terdapat dalam sesuatu unit. Gambarajah 1 menunjukan
hubungan diantara komponen dan kedudukannya. Dengan memahami tugas dan
kedudukan setiap komponen, litar akan menjadi lebih mudah dilihat dan dibaca.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 21Drpd: 26

Gambarajah 29: Hubungan Antara Komponen

3.2.2 Melukis Litar Skema Daripada Lukisan Gambaran.

Lukisan gambaran adalah lukisan komponen elektronik yang dilukis mengikut


piawaian secara terbuka. Ia merupakan gambaran sebenar bagi pendawaian
sesuatu litar elektronik yang mana segala komponen dilukis dalam bentuk
sebenar dan dalam bentuk symbol grafik.

Komponen-komponen elektronik dilukis dalam pelbagai sudut pandangan, oleh


itu untuk mengenalpasti jenis setiap komponan, perlulah komponen diamati
dengan teliti. Sebagai contoh lukisan gambaran bagi komponen dari dua
kedudukan pandangan yag berbeza ditunjukkan dalam gambarajah 2. Tanda nilai
juga diletakkan dalam lukisan supaya dengan adanya tanda nilai atau tanda
nombor rujukan boleh membantu mengenal sesuatu komponen seperti
gambarajah 31.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 22Drpd: 26

Gambarajah 30: Lukisan gambaran bagi komponen transistor.

Gambarajah 31: Lukisan gambaran bagi komponen


perintang dengan

disertakan tanda nilai dan tanda rujukan.

3.2.3 Kaedah melukis, merangka dan membentuk


litar

Untuk memperolehi gambarajah litar yang teratur dan kemas, beberapa perkara
perlu dititikberatkan seperti penyusunan komponen, corak pendawaian,
penyesuaian saiz komponen dan ruang semasa melukis litar skema.

a) Penyusunan Komponen

Dua perintang di susun sesiri.

Gambrajah 32 menunjukkan contoh penyusunan teratur

Gambarajah 32: Menyusun Atur Komponen


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 23Drpd: 26

i. Kesesuaian saiz simbol grafik bagi komponen diantara satu komponen


dengan yang lain juga perlu diambil kira.

ii. Apabila satu gambarajah litar terdapat satu jenis simbol grafik atau
mempunyai bilangan lebih daripada satu komponen, maka saiz simbol
berkenaan hendaklah dilukis sama saiz.

iii. Bagi komponen yang mempunyai kutub positif dan negetif, apabila melukis
simbol grafiknya hendaklah ditandakan kekutubanya.

3.2.4 Teknik Merangka Dan Menyusun Atur Komponen

Setelah dikenalpasti simbol-simbol komponen yang betul berdasarkan lukisan gambaran,


tugas seterusnya adalah merancang serta merangka susun atur simbol untuk membentuk
litar skema. Di peringkat ini segala peraturan melukis litar skema hendaklah dipatuhi iaitu
peraturan pembentukan litar, kepiawaian simbol dan saiz seragam.

i. Lukiskan garisan lakar menegak dan mengufuk bagi menentukan kedudukan


piawai symbol seperti gambarajah 34.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 24Drpd: 26

Gambarajah 34: Membentuk garisan-garisan lakar

ii. Setelah merangka kedudukan simbol, lakarkan saiz yang sesuai bagi simbol
dalam litar yang hendak dilukis seperti gambarajah 35.

Gambarajah 35: Menentukan saiz simbol dalam litar

iii. Semasa menyusun simbol didalam litar, tentukan jarak yang sesuai diantara
satu simbol dengan simbol yang lain bagi mengstabilkan struktur litar tesebut.

Antara perkara-perkara yang perlu di lakukan semasa membuat perangkaan dan


penyusun atur simbol komponen berpandukan lukisan gambaran, antaranya:

i. Kenalpasti simbol komponen yang terdapat dalam lukisan gambaran.

ii. Kenalpasti penyambungan setiap komponen dengan komponen-komponen lain.


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 25Drpd: 26

iii. Kenalpasti penyambungan pada setiap terminal atau kaki komponen kepada
komponen yang betul.

iv. Rangka bentuk litar yang hendak dibina dan penyusunan setiap komponen.

3.2.5 Melabel Lukisan Litar Skema

Bagi litar elektronik yang menggunakan berbagai-bagai rangkaian simbol komponen,


mestilah dilebel dengan betul setiap tanda komponen rujukan. Jika perlu, sertakan
tanda nilai komponen tersebut. Label bagi setiap komponen perlu ditulis dengan
ringkasan nama setiap komponen. Nilai bagi komponen perlu lah ditulis dibawah tanda
komponen rujukan. Tanda komponen rujukan mestilah di tulis disebelah kanan symbol
komponen dagi komponen menegak dan disebelah atas bagi symbol komponen
melintang. Label bagi setiap komponen ditulis dengan ringkasan nama setiap
komponen di tunjukkan dalam Jadual1.

Komponen Lebel/Tanda Rujukan

Perintang R

Pemuat / Kapasitor C

Transistor TR, Q

Diod D

Transfomer T
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 26Drpd: 26

Gegelung / Induktor L

Suis S

Jadual 1: Komponen Dan Labelnya

Contoh melebelkan komponen adalah seperti di gambarajah 36.

Gambarajah 36: Litar siri selari yang siap dilukis dan di label

4 PROSEDUR MENGHANTAR KERTAS LUKISAN

i. Melaksanakan Kerja melukis dalam tempoh yang ditetapkan.

ii. Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas
melukis dijalankan.

iii. Menghasilkan lukisan secara individu.

iv. Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu :


NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 27Drpd: 26

(a) Memahami skop

(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang lebih jelas

v. Mengisi dan melengkapkan maklumat pada ruangan tajuk pada kertas lukisan.

vi. Menggunakan kertas lukisan yang sesuai.

vii. Menghantar hasil lukisan untuk disemak dan dinilai oleh pensyarah pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan .

Soalan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan lukisan gambaran.

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 28Drpd: 26

2. Apakah ciri - ciri pada lukisan gambaran yang boleh menentukan jenis

komponen.

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

3. Berikan 3 faktor penting dalam proses penyusunan komponen untuk membuat litar .

a. ……………………………………………………………………..

b. ……………………………………………………………………..

c. ……………………………………………………………………..

RUJUKAN:

1. Mohd Noh Bin Sarip & MD. Nasir Bin Abd. Manan (2005), Lukisan Kejuruteraan
Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustakan, Petaling Jaya; ms 40-42, ISBN NO 983-
62-7434-0

2. Md Nasir AbdManan (1999), LukisanElectronik, International Book Service,


K.Lumpur, ISBN NO 993-63-7654-1

3. http://www.rekacipta.net/2011/06/perisian-berguna-bagi-pembangunan.html.
NO.KOD/ CODE NUM EE-021-2:2012-C01/P(3/4) Muka: 29Drpd: 26

4. Joseph A. Risse. 1968. Understanding electronic test equipment. H. W. Sams 

5. Al Williams. 1993. Build your own Printed Circuit Board (ISBN: 007142783X).
Mcgraw-hill 

6. Stephen S. Heineman, George W. Genevro. 1979. Machine Tools Process and


Applications. Canfield Press 

You might also like