Roza Otunbayeva
Roza Otunbayeva Роза Отунбаева | |
---|---|
Presiden Kyrgyzstan | |
Menyandang jawatan 19 Mei 2010 | |
Didahului oleh | Kurmanbek Bakiyev |
Ketua Kerajaan Sementara Kyrgyzstan | |
Dalam jawatan 7 April 2010 – 19 Mei 2010 | |
Didahului oleh | Daniar Usenov (Perdana Menteri) |
Digantikan oleh | Kosong |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Osh, Kesatuan Soviet (kini Kyrgyzstan) | 23 Ogos 1950
Parti politik | Parti Demokratik Sosial |
Tempat belajar | Universiti Negara Moscow Lomonosov |
Roza Isakovna Otunbayeva (lahir 23 Ogos 1950) adalah Presiden Kygyzstan sementara selepas Pemberontakan Kyrgyzstan 2010 pada April 2010 dan Kurmanbek Bakiyev diusir ke Belarus.
Beliau adalah bekas menteri luar negeri dan ketua Kaukus Parlimen untuk Parti Sosial Demokrat Kirgistan .Otunbayeva ialah Presiden wanita pertama dari blok negara CIS / SCO.
Biodata
[sunting | sunting sumber]Otunbayeva dilahirkan di Osh , Kyrgyz SSR , Soviet dalam keluarga Ishak Otunbayev. Dia lulus dari Fakulti Falsafah dari Universiti Negara Moscow pada tahun 1972. Kemudian menjadi ketua jabatan falsafah di Kyrgyz State National University selama enam tahun. Pada tahun 1975 ia menjadi Calon Sains selepas mempertahankan disertasi bernama "Kritik terhadap pemalsuan dialektik Marxist-Leninis oleh para ahli falsafah dari sekolah Frankfurt.
Otunbayeva telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Dia fasih berbahasa Inggeris dan Rusia di sebelah Kyrgyz.
Politik
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1981, ia memulakan kerjaya politiknya sebagai setiausaha kedua Parti Komunis di Bishkek. 1980-an, beliau dilantik menjadi ketua delegasi Kesatuan Soviet UNESCO di Paris. Kemudian menjadi Duta Besar Soviet ke Malaysia. 1992 apabila Kyrgyzstan merdeka dari Rusia , Perdana Menteri Askar Akayev melantik beliau menjadi Menteri Luar Negeri dan Timbalan Perdana Menteri.
Beliau kemudian dilantik sebagai duta besar pertama negaranya ke Amerika Syarikat dan Kanada. Pada 1998-2001, beliau menjabat sebagai Duta Besar Kyrgyz pertama ke United Kingdom . Pada 2002-2004, ia adalah ketua wakil PBB ke Georgia .
Kembali aktif dalam politik Kyrgyzstan. Disember 2004, beliau dan tiga ahli parlimen pembangkang lain menubuhkan Parti Ata-Jurt dalam pemilihan parlimen Februari 2005. Walau bagaimanapun beliau disekat menjadi calon kerana calon mestilah berada di dalam negara selama 5 tahun.
Revolusi Tulip
[sunting | sunting sumber]Revolusi Tulip diadakan sehingga menggulingkan Presiden Kyrgyzstan Kurmanbek Bakiyev pada April 2010. Sebelum itu, Bakiyev dipilih sebagai presiden dan Feliks Kulov menjadi Perdana Menteri, Otunbayeva gagal untuk menerima sokongan parlimen yang diperlukan untuk menjadi Menteri Luar Negeri. Otunbayeva menjadi kunci protes November 2006 yang menekan penggubalan Perlembagaan baru yang yang lebih demokratik.
Pada tarikh 7 April 2010, Otunbayeva terpilih sebagai ketua kerajaan interim Kirgistan, selepas rusuhan meluas di Bishkek dan mengusir Presiden Kurmanbek Bakiyev . Bakiyev melarikan diri ke Jalal-Abad dan kemudian ke negara jiran Kazakhstan dan kemudian lari lagi ke Minsk, Belarus. Otunbayeva bersumpah untuk membawanya untuk dibicarkan dimahkamah atas tuduhan rasuah dan penyelewengan.
Sebagai presiden sementara Otunbayeva mempunyai empat timbalan laki-laki.
Sepatutnya Pemilihan presiden diadakan pada 31 Disember 2011. [2]
Etnik Kyrgyz menyerang etnik Uzbek
[sunting | sunting sumber]Pada Jun 2010, rusuhan kaum berlaku di Osh dan Jalal-Abad dan menyebabkan 400,000 etnik Uzbek melarikan ke sempadan Uzbekistan. Seramai 198 terbunuh dan 2000 cedera. Roza menyatakan jumlahnya dikatakan 10 kali ganda data rasmi kerana mayat terus dikebumikan tanpa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Amalan ugama Islam menggalakkan jenazah dikebumikan secepat mungkin.
Pemimpin politik nasionalis Kyrgyz menyusun organisasi untuk mengusir etnik Uzbek dari kawasan mereka. Anak Kurman iaitu jutawan Maxim Bakiyev (32) disyakki menjadi dalang kerana menyalurkan wang kepada kumpulan perusuh . Buktinya ialah rakaman perbualan telefon antara Maxim dengan abangnya Janysh Bakiyev. Roza meminta Maxim diektradisi dari Britain ke Kyrgyzstan.[3]
Roza telah menghubungi Presiden Rusia Dmitry Medvedev dan Presiden Uzbekistan Islam Karimov untuk mendapatkan pasukan keamanan kerana polis dan tentera gagal mengawal keadaan . Polis juga tidak lagi dipercayai kerana turut aktif dalam pembunuhan etnik Uzbek.