Present PGT 434 Tajuk 5

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

PGT 434

Pengurusan Disiplin Sekolah


1. SYED RAIS ZAKWAN BIN SYED RABII 132355
2. WAN MUHAMMAD FAIZUL BIN WAN MOHAMED KOZANI 132365
Huraikan peranan dan tanggungjawab penjawat jawatan
berikut untuk menangani masalah disiplin di sekolah:

1. Pengetua
2. Penolong kanan HEM
3. Guru Disiplin
4. Guru dalam bilik darjah
5. Pejabat Pendidikan Daerah
6. Jabatan Pendidikan Negeri
PENGENALAN

 Setiap institusi pendidikan, disiplin memainkan peranan penting


ke arah pembentukan sahsiah para pelajar.
 Dalam Dictionary of Education, disiplin merupakan peraturan
secara langsung bagi mengawal tingkah laku murid-murid melalui
hukuman atau ganjaran.
 Disiplin juga dapat ditakrifkan sebagai suatu bentuk latihan bagi
perkembangan mental ataupun sikap seseorang (Abdullah
Sani,2008).
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU DALAM
MENANGANI MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH

 Setiap guru ini masing-masing mempunyai peranan yang


tertentu. Setiap peranan tersebut melibatkan jawatan dan tugas
yang disandang oleh guru tersebut.
 Tanggungjawab guru adalah dipikul bersama guru disiplin
untuk membentuk murid menjadi murid yang baik dan
mematuhi peraturan.
SENARAI JAWATANKUASA DISIPLIN
CARTA ORGANISASI

Pengerusi
Pengetua AHLI JAWATANKUASA DISIPLIN
SEKOLAH:
Naib • PENGERUSI: Pengetua
Pengerusi: • NAIB PENGERUSI: Penolong
PK HEM Kanan HEM
• SETIAUSAHA: Ketua Guru
Disiplin
Setiausaha: • PEN. SETIAUSAHA: Guru
Ketua Guru Disiplin
Disiplin • AJK: Guru Penyelaras Tingkatan
Guru Unit Bimbingan &
Kaunseling
Pen.Setiausaha: Guru Disiplin
Guru Disiplin

Unit
Penyelaras Bimbingan & AJK Disiplin Guru Penyelaras
Tingkatan Kaunseling Badan Pengawas
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGETUA
* Guru Besar/Pengetua bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah. Kuasa ke atas guru
dan pelajar diberikan
Peraturan 4 & 5, Peraturan-Peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959
 Menggubal dasar disiplin sekolah mengikut kesesuaian sekolah
 Buku Peraturan Disiplin Sekolah diwujudkan dan menjadi panduan ketika
menjalankan hukuman-hukuman
 Membentuk JK disiplin di sekolah
 Menurunkan kuasa disiplin dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru
lain
 Mematuhi perintah apabila ada perintah bertulis daripada kementerian.
KONSEP MENJALANKAN KUASA DISIPLIN OLEH
PENGETUA

Peraturan Yang Harus Dipatuhi Dalam Menjalankan Kuasa Disiplin:


* kuasa dan budi bicara diberikan
* mengamalkan keadilan
* peruntukan yang dinyatakan dalam
peraturan dipatuhi
* ‘natural justice’ diperhatikan
* hak untuk dibicarakan
* dakwaan dan tuduhan dimaklumkan
* hukuman dijatuhkan selepas pembelaan
* peluang membuat rayuan dan didengari
SAMB…

Langkah-Langkah Yang Harus Diambil:


* Terima aduan, pastikan kebenaran aduan,
siasatan awal dan pastikan kes itu bersabit
* Beri peluang kepada pelajar untuk
menafikan dakwaan/tuduhan dan membela
diri
* Cadangkan hukuman
SAMB…

Membuat Keputusan:
* Bebaskan pelajar jika tuduhan tidak ada
bukti dan tindakan selanjutnya adalah tidak
perlu
* Pelajar mengaku bersalah atau didapati
bersalah maka hukuman perlu dikenakan di
atas kesalahan tersebut
* Hukuman mestilah adil
* Rekod disiplin
Peranan dan Tanggungjawab Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid

 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni


 Melaporkan kepada pengetua mengenai masalah disiplin secara berkala.
 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
 Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar
tatatertib dan salah laku.
 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/
penjaga.
Peranan dan Tanggungjawab Guru Disiplin

 Guru disiplin amat dihormati dan ditakuti oleh kebanyakan


pelajar. Denda yang setimpal akan dikenakan sekiranya pelajar
tersebut melakukan kesalahan.
 Berperanan memilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk
bertugas pada tahun berikutnya.
 Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian
dalam bidang akademik kebolehan dan kemampuan pelajar dalam
bidang sukan dan permainan.
SAMB…

 Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah,


daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru.
Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai
dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.
 Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.
 Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat
lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
 Membantu Pengetua mengawal keadaan sekolah agar murid-murid berada dalam
keadaan harmoni untuk mewujudkan suasana sekolah yang baik.
 Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan di sekolah.
 Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
 Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar.
SAMB…

 Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.


 Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa /
penjaga dalam menangani masalah disiplin.
 Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan
sekolah dikalangan pelajar dan guru.
 Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang
disiplin/buku laporan disiplin.
 Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada
Penolong Kanan HEM seminggu sekali.
 Menghubungi pihak polis jika perlu.
 Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah.
SAMB…
Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes
yang serius seperti:
Penyalahgunaan dadah
Gambar lucah
Video lucah
Majalah lucah
Peras ugut
Kumpulan haram
Bohsia
Bohjan dan lain-lain
PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB
GURU
DALAM BILIK
DARJAH
MENJADI CONTOH
DALAM KELAS MEMANTAU TINGKAH
LAKU PELAJAR

MEMBANTU GURU
MENASIHATI ATAU
DISIPLIN BAGI
MENEGUR DISIPLIN
PENCALONAN
PELAJAR
PENGAWAS SEKOLAH

BUKU KAWALAN KELAS


{Guru akan MEMBERITAHU GURU
mencatat nama DISPLIN UNTUK TINDAKAN
mata pelajaran,
masa, dan jumlah
SELANJUTNYA
pelajar yang hadir
pada masa mereka
mengajar}
PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB
PEJABAT PELAJARAN
DAERAH DAN
JABATAN PENDIDIKAN
NEGERI
PEJABAT PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN
DAERAH NEGERI
PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB  Mengawasi disiplin murid  1.Merancang, mengurus,
PEJABAT
mengelola dan menyelia
 Menyelaras hal-hal berkaitan program,aktiviti pengayaan,
kaunseling, disiplin dan
PELAJARAN
pengukuhan, pencegahan dan
kehadiran murid ke sekolah. pemulihan dan meningkatkan
DAERAH dan  Merancang dan membantu tahap disiplin di sekolah
sekolah mempertingkatkan  2. Merancang, menyelaras
JABATAN pengurusan dan kawalan
disiplin di peringkat sekolah
seminar dan kursus bagi
pengetua, guru besar, GPK
PENDIDIKAN dan ,mengemaskini
maklumat sistem salah laku
HEM dan guru disiplin.

NEGERI BAGI disiplin murid (SSDM)  3.Menyelaras, menganalisis


dan membuat tindakan
 Melakukan pemantauan
MENANGANI disekolah-sekolah dan
susulan terhadap isu-isu kes
salah laku murid
MASALAH DISIPLIN
pemantauan yang lebih kerap
di sekolah-sekolah yang  4.Merancang dan
DI SEKOLAH.
mempunyai masalah disiplin melaksanakan program
yang berat. disiplin dan keselamatan
murid dan Program
bimbingan , kaunseling dan
kerjaya murid.
Pengetua dan guru besar perlu
Jabatan Pendidikan JPN dan PPD perlu melaporkan segala masalah disiplin
Negeri (JPN) dan melaporkan segala yang berlaku di sekolah kepada PPD
Pejabat Pendidikan masalah disiplin yang atau JPN yang berdekatan. Dalam
Daerah (PPD) berlaku di sekolah memastikan pihak sekolah tidak
menjalankan tugas dibawah Kawasan menyembunyikan segala perkara
dan tanggungjawab yang berkaitan disiplin demi
jagaan mereka kepada menjaga prestasi dan nama sekolah ,
dengan menurut KPM dengan kadar
arahan daripada tugas Pegawai PPD dalam
yang segera. Surat menjalankan tanggunjawab pergi ke
Kementerian Ikhtisas
Pendidikan Malaysia. setiap sekolah menjalankan siasatan
dan membuat pemantauan.

JPN dan PPD perlu memastikan JPN dan PPD perlu membantu
setiap sekolah menjalankan perkara menyelesaikan masalah disiplin di
yang telah diminta oleh Pihak KPM sekolah jika masalah disiplin
dalam menangani masalah disiplin di tersebut terlalu berat atau tidak
sekolah. (Surat Ikthisas yang dapat diselesaikan oleh pihak
dikeluarkan oleh KPM) sekolah .
PEMANTAUAN PELAKSANAAN DISIPLIN DI SEKOLAH-
SEKOLAH OLEH JPN DAN PPD
 PPD dan JPN perlu memastikan Pegetua dan Guru Besar merujuk, memahami,
kandungan dan menggunakan, Ordinan Pelajaran ,1957,Peraturan-peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran
dan buku-buku disiplin yang berkaitan.(supaya hukuman mengikut jenis kesalah
berat dan ringan yang betul dan menangani masalah disiplin) cara yang paling
berkesan untuk mengurangkan masalah disiplin dengan berpandukan kepada
arahan daripada KPM dan Jabatan Pelajaran Negeri.(Mohd. Ismail Othman)
 Arahan KPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas BIL 7/1986. JPN dan PPD
mengambil tindakan
- Memastikan sekolah-sekolah mempunyai Ordinan-ordinan Pelajaran,buku-buku
panduan.
- Memastikan sekolah menyalurkan maklumat kepada semua guru melalui
perbincangan mengenai Ordinan Pelajaran.
SAMB…

- Mengerakkan Jawatankuasa Hal Ehwal Murud-murid Peringkat sekolah


supaya berfungsi lebih aktif
- Memastikan Pejabat Pendidikan Daerah mengambil langkah untuk
menyelesaikan masalah disiplin di daerah masing-masing.
 Pemantauan oleh JPN atau PPD penting supaya sentiasa berjaga-jaga dan
mengetahui serta faham tentang prosedur tindakan disiplin dan
memastikan jawatan kuasa disiplin sekolah menjalan tanggungjawab dan
memantau pelaksanaan hukuman. Bukan sahaja tujuan untuk melihat
keadaan persekitaran atau aspek fizikal seperti keceriaan sekolah,
kebersihan dan kerosakkan bangunan semata-mata sahaja.
 Standard Operating Procedure (SOP) Laporan Isu Disiplin Murid adalah panduan
kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
Sekolah dalam mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat dan laporan
berkaitan isu pendidikan khususnya yang berkaitan disiplin murid kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
 Memastikan isu tingkah laku tidak berdisiplin oleh murid diselesaikan dalam tempoh
tujuh hari di peringkat sekolah, PPD atau JPN. Penyelesaian dalam tempoh tersebut
adalah penyelesaian yang berada dalam bidang kuasa pentadbiran sekolah, PPD dan
JPN.
 Jadual 1: Kadar atau tempoh masa Laporan dan penyelesaian kes disiplin.

HARI/ TEMPOH TINDAKAN


HARI PERTAMA (hari 1. JPN perlu siasat serta melaporkan isu disiplin di sekolah
berlaku kejadian di kepada KPM maklumat awal isu tersebut secara ringkas;
sekolah/ keluar 2. JPN boleh hantar laporan siasatan awal sekiranya
media massa) siasatan dan laporan telah dapat disiapkan menerusi
faksimili atau e-mail pada hari pertama kejadian. Boleh
menggunakan borang PK04-3 (Pengurusan Aduan)
sekiranya dapat disegerakan.
HARI / TEMPOH TINDAKAN
HARI KETIGA 1. JPN telah menjalankan siasatan serta menghantar
laporan penuh kepada KPM termasuk tindakan yang
sedang, akan atau telah diambil oleh pihak-pihak terlibat.
2. Menggunakan borang PK04-3.
HARI KETUJUH 1. Kes atau isu atau insiden yang berlaku telah diselesaikan
di semua peringkat termasuk tindakan-tindakan yang perlu,
atau hukuman atau penyelesaian lain yang telah dilakukan.
2. Penyelesaian perlu memaksimumkan kepuasan hati
pihak-pihak yang terlibat.

• Sekiranya kes atau insiden tersebut melibatkan pihak berkuasa lain seperti
pendakwaan di mahkamah, TEMPOH PROSES TIDAK DIKIRA.
• Tahap kes atau insiden yang memerlukan kesegeraan dihantar kepada KPM pada
hari pertama adalah meliputi Kes Berunsur Jenayah, Kelucahan Melampau,
Keracunan Makanan, Kemalangan Serius, Bencana, Buli, Pergaduhan, Isu
Perkauman, Pendemik (contohnya H1N1), Histeria atau lain-lain isu yang pada
pandangan pengetua atau guru besar perlu dilaporkan segera.
PROSES TINDAKAN DAN PENYELESAIAN KES DISIPLIN
LANGKAH TINDAKAN AGENSI

1 • Sekolah siasat kes. S


• Sekolah ambil tindakan awal.
• Sekolah buat laporan awal ke PPD atau terus ke JPN (bagi negeri tiada PPD).
• Bagi kes/insiden yang serius, sekolah perlu terus lapor ke JPN.

2 • PPD perlu semak maklumat yang diterima daripada sekolah dan perlu juga siasat. PPD
• PPD menghantar laporan awal ke JPN beserta ulasan dan pandangan awal PPD.
• PPD perlu bantu sekolah dalam menyelesaikan masalah tersebut termasuk
tindakan yang wajar.
• Bagi kes/insiden yang serius, PPD boleh lapor terus kepada JPN atau KPM.

3 • JPN perlu semak maklumat yang diterima daripada PPD (siasat sekiranya perlu). JPN
• JPN menghantar laporan awal ke KPM beserta ulasan dan pandangan awal JPN.

4 • JPN perlu menjalankan siasatan selanjutnya serta menghantar laporan penuh JPN
kepada KPM termasuk tindakan yang sedang, akan atau telah diambil oleh pihak-
pihak terlibat.
SAMB…

LANGKAH TINDAKAN AGENSI

5 • KPM (BPSH) perlu membuat ulasan serta pandangan terhadap BPSH


laporan dikemukakan JPN.
• BPSH perlu mengangkat laporan kepada KPPM.
• Sekiranya perlu tindakan lanjut, BPSH perlu memaklumkan kepada
JPN untuk diambil tindakan seterusnya.
• JPN melaporkan semula kepada BPSH
6 • BPSH mengkaji laporan akhir JPN. serta menentukan tindakan dari BPSH
segi dasar operasi KPM
SELESAI
PANDUAN TATACARA
DISIPLIN SEKOLAH UNTUK
PENGETUA, GURU BESAR,
GURU DISIPLIN DAN GURU
SEKOLAH
Tindakan Pelajar Ponteng Sekolah Berterusan
JAWATAN PROSES KERJA

Guru Tingkatan 1. Mengenal pasti pelajar ponteng pada akhir waktu pertama

GT/PK (HEM) 2. Mengemukakan senarai nama kepada PK (HEM)

3. Mengenal pasti pelajar yang ponteng selama 3 hari berterusan.

4. Hantar surat amaran pertama (selepas 3 hari tidak hadir)

5. Pantau kehadiran pelajar berkenaan.

Kaunselor 6. Jika pelajar hadir selepas itu, hantar untuk khidmat kaunseling.

Guru Tingkatan 7 Surat amaran kedua dihantar selepas 7 hari pelajar yang sama tidak hadir.

8. Hantar surat amaran terakhir selepas 7 hari pelajar tersebut tidak hadir (selepas surat
amaran kedua)

Pengetua 9. PK(HEM) memaklumkan ketidakhadiran pelajar berkenaan kepada Pengetua.

PK (HEM)/JK Disiplin 10. Selepas amaran terakhir (14 hari tidak hadir), pelajar masih belum hadir ke sekolah, PK
Sekolah (HEM) memanggil mesyuarat JK Disiplin Sekolah untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya.
Tindakan Pelajar Ponteng Sekolah Berkala
JAWATAN PROSES KERJA

Guru Tingkatan 1. Mengenal pasti pelajar ponteng pada akhir waktu pertama

GT/PK(HEM 2. Mengemukakan senarai nama kepada PK (HEM)

3. Mengenal pasti pelajar yang ponteng selama 10 hari berterusan.

4. Hantar surat amaran pertama (selepas 10 hari tidak hadir)

5. Pantau kehadiran pelajar berkenaan.

Kaunselor 6. Jika pelajar hadir selepas itu, hantar untuk khidmat kaunseling.

Guru Tingkatan 7 Surat amaran kedua dihantar selepas 10 hari pelajar yang sama tidak hadir.

8. Hantar surat amaran terakhir selepas 20 hari pelajar tersebut tidak hadir

Pengetua 9. PK(HEM) memaklumkan ketidakhadiran pelajar berkenaan kepada Pengetua.

PK(HEM)/JK Disiplin 10. Selepas amaran terakhir, pelajar masih belum hadir ke sekolah, PK(HEM)
Sekolah memanggil mesyuarat JK Disiplin Sekolah untuk mengambil tindakan yang
sewajarnya.
Tindakan Pembuangan Pelajar Dari Sekolah
JAWATAN PROSES KERJA
Pengetua 1. Menerima maklumat atau aduan bertulis
2. Memutuskan sama ada terdapat ‘merit’ dalam aduan
 Tiada merit – kes tutup
 Ada merit – teruskan kes
3. Mengurus siasatan untuk mendapat maklumat sebenar dan lengkap.
4. Menentukan sama ada terdapat kesahihan aduan.
 Tiada merit – kes tutup/ ambil tindakan lain
 Ada merit– teruskan kes

JK Disiplin 5. Mesyuarat JK Disiplin kali pertama.


Sekolah
6. JKDS memutuskan sama terdapat kes ‘prima facie’
 Tiada merit – kes tutup/ ambil tindakan lain
 Ada merit– teruskan kes
Pengetua/PK 7 Pengerusi JKDS menyediakan surat pertuduhan dan cadangan pembuangan sekolah kepada tertuduh dengan
(HEM) salinan kepada ibu bapa/penjaga serta Borang Akuan Terima dan memberi tempoh 14 hari untuk pelajar
membela diri secara bertulis.
JK Disiplin 8. JPDS bermesyuarat kali kedua untuk mempertimbangkan pembelaan, jika ada.
Sekolah
Pengetua 9. Mengemukakan cadangan pembuangan pelajar kepada PPG dengan menyertakan dokumen yang lengkap.
Tertuduh digantung persekolahan sehingga kes selesai. Ibu bapa/penjaga tertuduh dimaklumkan secara
bertulis.
PPG 10. PPG menerima dokumen cadangan pembuangan pelajar oleh JKDS.

JKDP 11. Pegawai Meja Disiplin Pelajar meneliti semua dokumen.


JAWATAN PROSES KERJA
12. JKD Peringkat Gabungan bermesyuarat untuk meneliti dan membuat keputusan sama ada kes bersabit atau
tidak.

13. JKD Peringkat Gabungan memperakukan/tidak memperakukan cadangan pembuangan tertuduh.

14. PPB mengemukakan cadangan pembuangan pelajar daripada JKDPG kepada Pengarah PS dengan
menyertakan dokumen yang lengkap.

PPS 15. PPS menerima cadangan pembuangan pelajar.

JKDP Negeri 16. Urus Setia semak dokumen dan mencadangakan mesyuarat.

17. Bermesyuarat untuk memutuskan sama ada bersetuju dengan cadangan pembuangan pelajar.
18. Urus Setia JKDPN memaklumkan keputusan kepada pihak sekolah.

Pengetua 19 Menerima keputusan dan memberitahu pesalah dan ibu bapa/ penjaga dan memberi peluang untuk merayu
kepada PPS secara bertulis (dalam tempoh sebulan)

PPS 20. Menerima rayuan, jika ada.

JKDP Negeri 21. Bermesyuarat untuk memutuskan rayuan.


 Jika ditolak – kes selesai. (Surat jawapan dihantar terus kepada ibu bapa/penjaga)
 Jika diterima – teruskan

PPG 22. PPS mengarah PPG untuk menerima semula pelajar.

23 PPG menempatkan pelajar di sekolah yang ditetapkan.


Tindakan Terhadap Penyalahgunaan Dadah
JAWATAN PROSES KERJA

Pengetua 1. Menerima arahan daripada Agensi Dadah Kebangsaan/JPNS untuk mengenal pasti dan
mengumpul pelajar yang berisko tinggi.

PK(HEM)/Pegawai 2. Mengumpul pelajar secara rambang untuk menghadiri taklimat tentang ujian air kencing.
Antidadah
3. Mengadakan ujian air kencing terhadap pelajar yang berkenaan.

4. Merekodkan butir-butir pelajar yang mengaku menggunakan dadah/ menghidu gam (Borang UAK
1).
5. Lengkapkan Borang PTDI.

6. Hantar Borang PTDI ke Jabatan Pelajaran Sarawak.

Pengetua 7 Menerima laporan ujian kencing dan senarai pelajar yang positif/ mengaku menggunakan dadah.

Pengetua/PK(HEM) 8. Memberitahu dan memanggil ibu bapa/penjaga untuk berbincang.

9. Ambil tindakan disiplin, jika perlu (Pekeliling ikhtisas Bil. 7/75 dan 9/75 Disiplin Sekolah)

Kaunselor 10. Adakan sesi kaunseling individu/kelompok.

PK(HEM)/Kaunselor 11. Pemantauan terhadap pelajar berkenaan.

12. Tindakan susulan yang sewajarnya(kaunseling lanjut/rujuk kepada agensi lain/kem waja diri)

PK(HEM) 13. Pemantauan berterusan dan ujian air kencing semula ( 3 bulan sekali).
Tindakan Salah Laku Pelajar
JAWATAN PROSES KERJA

PK (HEM)/Guru 1. Menerima aduan salah laku daripada guru-guru atau pelajar


Disiplin
2. Buat siasatan dan mencatat butiran salah laku ke dalam fail disiplin kelas, jika ada kes.
3. Ambil tindakan mengikut berat ringannya salah laku :
1. Nasihat
2. Rotan (lelaki)
3. panggil ibu bapa/penjaga
4. lapor kepada polis (kes jenayah)

4. 4.1 Beri markah demerit.


4.2 Pantau gerak laku pelajar berkenaan

5. Jika berulang, dan demerit terkumpul bertambah, hantar surat amaran pertama untuk memanggil ibu
bapa.
6. Pelajar membuat perjanjian untuk berkelakuan baik

7 Menerima laporan atau aduan tentang pelajar yang sama.

PK 8. Hantar surat amaran kedua dan rotan jika perlu. Dapatkan khidmat kaunseling.
(HEM)/kaunselor
9. Pantau gerak laku pelajar berkenaan. Demerit bertambah.
Pengetua/PK (HEM) 10. Surat amaran terakhir jika kes salah laku sudah pada tahap yang serius dan perjanjian terakhir dibuat
oleh pelajar
11. Bawa kes ke JK Disiplin Sekolah mengikut prosedur biasa.
Jika dicadangkan buang sekolah, ikut prosedur berkenaan.
Tindakan Kebenaran Keluar Dari Kawasan Sekolah/Balik
JAWATAN PROSES KERJA

Guru Kelas 1. Pelajar meminta kebenaran keluar kelas daripada guru mata pelajaran dengan memberi
sebab atau alas an.

2. Guru kelas menyerahkan “Pas Keluar” kepada pelajar berkenaan.

Pengetua/Penolong 3. Pelajar berjumpa Pengetua/PK(P)/PK (HEM/PK(KK) untuk meminta kebenar keluar


Kanan dari kawasan sekolah.

4. Pelajar diarah untuk mengisi Borang Kebenaran Keluar dari kawasan sekolah atau Surat
Kebenaran Balik.

5. Pelajar keluar/balik.

6. Pelajar mengembalikan Borang Kebenaran Keluar atau Surat Kebenaran Balik kepada
Pengetua/Penolong Kanan dengan pengesahan ibu bapa/penjaga atau orang yang
berurusan dengan pelajar pada masa tersebut.

Pengetua/Penolong 7 Menyerahkan borang/surat yang telah disahkan oleh sesiapa yang berkenaan kepada
Kanan/Guru Guru Tingkatan untuk rekod.
Tingkatan
KESIMPULAN

 Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah merupakan masalah


yang serius dan perlu ditangani.
 Sememangnya, pengetua selaku tonggak kepimpinan di sekolah
memainkan peranan yang penting dalam mengatasi hal tersebut
 Walau bagaimanapun, bantuan serta kerjasama daripada pihak-pihak
lain berupaya untuk merealisasikan hasrat ini.
RUJUKAN
 Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang: PTS Publications and
Distributors Sdn Bhd.
 Ibrahim Mamat. (1998). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
 Omardin Ashaari. (1998). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
 Rohaty Bte Mohd Majzub. (1991). Disiplin dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
 Othman, M. I. (2006). Menangani disiplin di sekolah. Utusan Publications.
 Kementerian Pendidikan Malaysia, Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) Laporan
Isu disiplin. LAMPIRAN S.O.P. 1:3:7
 Nasrul Hisyam Nor Muhamad, Zarina A Rashid, Regulations and Law on Governing Students
Discipline in Malaysia. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education Vol. 1 , No. 1 (201 7 ) ,
1 - 11
 http://jpnselangor.moe.gov.my/jpns/index.php/korporat/ppd/ppd-gombak/maklumat-ppd-
gombak/fungsi-objektif
 panduan-tatacara-disiplin-sekolah_1_.pdf
 FAIL_MEJA_PK_HEM.docx

You might also like